Anda di halaman 1dari 3

Bab 1 : Tersingkap Rahsia

Sinopsis Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik
untuk membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal
bergegas pulang ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin.
Cara taipan di dalam manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan
keselesaan kepada mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di
dalam alam Abdullah Bin Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama
Abdullah bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya membuatkan Haiqal
tertanya-tanya sejarah hidup beliau. Apabila Haiqal bertanyakan lebih lanjut
berkaitan individu tersebut kepada uminya, uminya cuba untuk mengelak
daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk menyingkap identiti
individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori hidupnya pada umurnya 6
tahun. Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah
bapa kandungnya. Uminya berasa sebak untuk menyatakan perkara tersebut di
samping memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya. Haiqal juga turut
sebak apabila melihat uminya menangis.
Persoalan 1. Rahsia sejarah hidup yang menghantui diri seorang anak
- Haiqal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayah kandungnya
setelah membaca manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk
mencari ayahnya yang telah lama terpisah dengannya.
2. Persoalan kasih sayang terhadap ibu
- Haiqal amat menyayangi uminya dengan tidak memaksa uminya
menceritakan lebih tentang ayah kandungnya apabila melihat uminya
menangis sebak apabila memberitahu tentang ayah kandungnya
ketika dia berumur 6 tahun.
3. Persoalan menghormati ibu bapa
- Haiqal menghormati keputusan serta perasaan ibunya dengan tidak
lagi bertanya tentang ayahnya sehingga dia tamat pengajian
STPMnya.
4. Persoalan ketaatan terhadap perintah ibu
- Haiqal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang
ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya
apabila dia dewasa.
Latar Masa 1. Semasa Haiqal 6 tahun
- Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa lelaki yang selama ini
dipanggilnya ‘walid’ bukanlah ayah kandungnya.
2. Pukul 3 petang
- Haiqal bangun sambil menyandarkan badannya di kepala katil.
3. Pada suatu malam, seminggu sebelum Haiqal masuk ke sekolah tadika
- Umi masuk ke kamar tidur Haiqal. Umi melabuhkan punggung di birai
katilnya dan menangis sambil memberitahu Haiqal bahawa walid
bukan ayah kandungnya.
Latar Tempat 1. Di hadapan taman permainan kanak-kanak
- Oleh sebab Haiqal terkocoh-kocoh mahu sampai ke rumah lewat
petang tadi, dia hampir terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba
sahaja berlari melintasi jalan yang saban hari dilaluinya.
2. Kamar tidur Haiqal
- Pada suatu malam, seminggu sebelum Haiqal masuk ke sekolah
tadika, umi masuk ke kamar tidur Haiqal. Umi melabuhkan punggung
di birai katilnya dan menangis sambil memberitahu dia bahawa walid
bukan ayah kandungnya.
Latar 1. Masyarakat yang penyayang
Masyarakat - Haiqal amat menyayangi ibunya.
2. Masyarakat yang menghormati ibu bapa
- Haiqal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang
ayahnya sehingga dia tamat pengajian STPMnya.
3. Masyarakat yang taat kepada ibu bapa
- Haiqal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang
ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya
apabila dia dewasa.
4. Masyarakat mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
- Haiqal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayahnya setelah
membaca manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk mencari
ayahnya yang telah lama terpisah dengannya.
Gaya Bahasa 1. Simile
- Seperti ulat melekat di daun
2. Penggunaan bahasa Indonesia
- Sore
3. Ayat pendek
- Gelap.
4. Ayat sederhana panjang
- Peristiwa itu masih basah di layar mindanya.
5. Personafikasi
- ….ingatnya ditelan kedinginan dinihari yang kian mengigit.
Watak 1. Haiqal
Perwatakan - Haiqal ialah anak kepada umi dan Abdullah bin Kayan
- Haiqal seorang yang baik hati. Contohnya dia sayang akan umi, ayah
kandungnya, ayah tirinya dan adik tirinya.
- Haiqal seorang yang menghormati uminya. Contohnya dia percaya
bahawa uminya seolah-olah ingin menutup terus sejarah hidup
Abdullah bin Kayan mungkin mempunyai alasannya yang tersendiri.
Dia menghormati pendirian uminya apatah lagi umi tidak pernah
berbohong kepadanya.
2. Umi
- Umi ialah ibu kandung Haiqal.
- Umi ialah isteri kepada Abdullah bin Kayan pada mulanya dan
kemudian bercerai.
- Umi menangis apabila menyatakan bahawa walid bukan ayah
kandungnya di kamar tidur Haiqal.
3. Abdul Fatah
- Abdul Fatah merupakan ayah tiri Haiqal.
- Abdul Fatah berkahwin dengan umi.
4. Abdullah bin Kayan
- Abudllah bin Kayan merupakan ayah kandung Haiqal.
- Abdullah bin Kayan merupakan suami kepada umi pada mulanya dan
kemudian bercerai.
Teknik Plot 1. Imbas kembali
- Ingatan semula Haiqal tentang peristiwa dia hampir terlanggar
seorang budak kecil. Contohnya, oleh sebab dia terkocoh-kocoh
mahu sampai ke rumah sore tadi, dia hampir terlanggar seorang
budak kecil yang tiba-tiba sahaja berlari melintasi jalan yang saban
hari dilaluinya.
2. Saspen
- Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid
bukanlah ayah kandungnya yang sebenar. Pembaca tertanya-tanya
tentang perkara yang ingin disampaikan oleh Haiqal kepada uminya.
3. Dialog
- Contohnya, umi berbual- bual dengan Haiqal.
Nilai 1. Nilai kasih sayang
- Haiqal amat menyayangi uminya dengan tidak bertanya lanjut tentang
ayah kandungnya apabila melihat uminya menangis dengan sebak
apabila menyebut tentang ayah kandungnya.
2. Nilai hormat-menghormati
- Haiqal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang
ayahnya sehingga dia tamat pengajian STPMnya.
3. Nilai ketaatan
- Haiqal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang
ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya
apabila dia dewasa.
Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi ibu kita dengan sepenuh hati.
- Haiqal menyatakan bahawa dia sayang akan ibunya apabila ibunya
bertanya kepadanya pada suatu malam sebelum diberitahu tentang
ayah kandungnya.
2. Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita.
- Haiqal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang
ayahnya sehingga dia tamat pengajian STPMnya.
3. Kita hendaklah taat kepada perintah ibu bapa kita.
- Haiqal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang
ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya
apabila dia dewasa.

Anda mungkin juga menyukai