Anda di halaman 1dari 43

TEMA - Novel Jendela Mengadap Jalan

 Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi


pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.

NOVEL JENDELA MENGADAP JALAN IKUT BAB

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Satu 1


Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah
Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk
pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi
menjaga hati ibunya.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Dua 2.


Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas
ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian
tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke
kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan
Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili
berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan
Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke
daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili
menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda
Cina atau kacukan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Tiga 3.


Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke
Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk
mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh
pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya.
Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk
pulang.
Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Empat 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai
dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek
di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek
datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid
kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Lima 5.


Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu.
Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban
akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara
tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga
menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan
dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan
herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya
berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu
kepastiannya.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Enam 6.


Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili
menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain
sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek
membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India,
Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka
seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-
tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan
menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan
herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar
berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Tujuh 7.


Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak
dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya
begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya
merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan
datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang
sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu
gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari
datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa
bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya
dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya
bukanlah sebangsa dengannya.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Lapan 8.


Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan,
malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang
selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili
tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat
belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama.
Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara,
menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa
segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan
buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh
Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan
bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi
penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai
pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan
tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab Sembilan 9.


Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk
menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat
kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat
atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung
memilih untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah
masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel
telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden
berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah
dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk
menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk,
walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah
perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah
perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional
diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat
dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah
secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 10.


Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional,
kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan
tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan
penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang
diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk
juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima
penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata
datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung
termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak
lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan
kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan
pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk
kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 11.


Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke
mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir
tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua
halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak
bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala
dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh
tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan
secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan
datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk
datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan
antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus
memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili
menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan
soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu
banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 12.


Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-
penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau
membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah
Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari
tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini,
telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan
kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman
kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang
tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili
meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki
mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor
ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul
sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta
menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan
pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut.
Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana
bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang
lelaki dan seorang perempuan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 13.


Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah
berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu
bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba
yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan
tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung
hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk
menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-
barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti.
Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke
rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi
memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus
bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili
sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan
bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 14.


Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan
rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk
bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat
kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke
perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah
neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk
pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka
tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit,
tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha
bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 15.


Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang
kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan
kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba
dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran
tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan
nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan
menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya
datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding
terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 16.


Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan
untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba
sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan
lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel
seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu
yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama
bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha
sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana
telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar
pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan
untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan
pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal
pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah
nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat
Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.
Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini
hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar
menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 17.


Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah
menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di
Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah
telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga
dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah
dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan
tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan,
pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi,
malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan
disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika
pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan
bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 18.


Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung,
Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk
berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika
tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang
ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi
isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak
gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan
menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa
di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel
mengenai pisang.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 19.


Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di
restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang
goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit
darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang
pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu
ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili.
Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan
campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa
barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke
rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti
biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel
mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan
besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh
beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali
itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-
tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili
telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua
anak lelaki Che Jah.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 20.


Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel
telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam,
kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq.
Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk
kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah
dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun,
pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap
dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah
supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan
Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya.
Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 21.


Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana
berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja
berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka
dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-
penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian
mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup
malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi
maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang
bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk
berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih
telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia
biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak,
bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon
kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak
membenarkannya atas faktor keselamatan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 22.


Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah
ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang
daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke
rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan
kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang
Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili
dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che
Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh
ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam
persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi
telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru.
Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak
nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon
maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap
Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-
muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya
khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di
rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 23.


Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga
orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung
memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya
melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum
selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan
tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa
yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan
dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang,
menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi
mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya
terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah
mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 24.


Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori
membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam
sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa
kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah
surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-
penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid
didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu
juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau
atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 25.


Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama
ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek
menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak
berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili
perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa
gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan
menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita
kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu
kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan
membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh
tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk
perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan
tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum
sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra
melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah
oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia
akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 26.


Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu
perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro
pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal
yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti
persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala
hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa
tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab
Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 27.


Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil
Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan
basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu
perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek
bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah
Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik
sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman
sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah
ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas
rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang
naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang
Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun
yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat
tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta
cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang
bertindak melulu.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 28.


Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya.
Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering
pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya.
Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana
penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk
pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang
sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah
dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah
sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat.
Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong
pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan
Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga,
penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus
kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 29.


Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah
keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke
Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes
tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika
datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel
hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan
merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-
penduduk kampung.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 30.


Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung
ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan
ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 31.


Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam
menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya.
Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu
lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu
keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang
dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami
Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara
untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut
lunas undang-undang.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 32.


Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa
orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh
anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya.
Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat
tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan
Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah
mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung
berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan
badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba
untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan
rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk
yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin
membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 33.


Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin
mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama
tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung,
bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat
pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat
laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan
diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat
bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi
membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah
berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang
pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq
dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 34.


Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil
pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk
kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari
kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk
perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju
perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya.
Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi
ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek
agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya
tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu
tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak
dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang
rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 35.


Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk
membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk
mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua
penduduk dan ketua kampung.

Novel Jendela Mengadap Jalan - Bab 36.


Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya.
Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan
sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya,
Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam,
sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka
tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula,
Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal
dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di
Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di
Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula
akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah
banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke
Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang
jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis
artikel tentang pisang.

TEMA
Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi
pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.

Masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada keluarga


Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah
sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan
dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah
akhirnya Berjaya diselamatkan.

Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang


sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan
luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan.
Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan
kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan
sampingan kepada penggunanya.

Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa


buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal
kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang
melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah
menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau
tersebut.

Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu


prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk
kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai
contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan
kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili
tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.

PERSOALAN
Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah
seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah
menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya
Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti
ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai
daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai
suaminya.
Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir
oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung
yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional
yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah
hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke
hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah
yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan
Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana
beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili
sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya
meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya
yang buruk selama ini.
Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di
kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan
pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial.
Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak
bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk
kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian
kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk
kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap
suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-
anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.

PLOT

Permulaan
 Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu
dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan
percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak
ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
 Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga
Geetha dalam bas.
 Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh
nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.

Perkembangan

 Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian


kubah surau.
 Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang
kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan
perumahan di kampung datuk.
 Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan
rawatan secara tradisional.
 Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah
Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan
menggunakan herba tradisional.
 Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana
menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan
masakan nenek sangat sedap.
 Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan
kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang
berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
 Danel sering menulis artikel tentang pisang.
 Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya
diselamatkan oleh Danel.

Konflik

 Konflik dengan diri sendiri


 Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat
sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan
tradisional menyebabkan datuk keliru.
 Konflik dengan orang lain
 Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan
sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional
berbanding perubatan moden.
 Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman
yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya
Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan
dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che
Jah minta diceraikan.
 Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di
kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak
gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi
kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

Klimaks / Puncak

 Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan


kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq
dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.

Peleraian

 Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat


laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan
dipulihkan.
 Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
 Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
 Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
 Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju
perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan
tanah mereka.
 Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik
Lili.
 Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah
penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman
Jatropha Cuncas.
 Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
 Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis
perpisahan pengetuanya.
 Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki
PMR.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Lili

 Lepasan sekolah menengah


 Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
 Berpura-pura menjaga hari ibunya
 Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan
buah-buahan
 Akur cakap orang tua
 Suka berkawan dan peramah
 Menjadi teman baik Geetha
 Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak
Che Jah yang nakal,
 Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya
mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan
jenayah keganasan rumah tangga.
 Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk
pembinaan masjid baru di kampungnya itu.

Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)

 Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional


 Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
 Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan
Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
 Ajar Lili Ilmu Kegamaan
 Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
 Saying Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
 Berjaya Mengislamkan William
 Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
 Berumur 70tahun
 Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
 Rajin Membaca Kitab
 Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur
Menggunakan Herba
 Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
 Pandai Mengurut (Menngurut Danel)

Danel

 Anak William
 Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
 Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
 Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
 Percaya Perubatan Moden
 Akrab Dengan Datuk
 Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
 Sering Membantu Nenek Memasak
 Memasak Menggunakan Pisang
 Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.

Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)

 Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan


 Isteri Kepada Datuk
 Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk
Terbalikkan Mata Kilat)
 Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
 Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
 Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

Geetha

 Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu


 Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti
Malaya
 Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas
Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
 Menjadi Akrab Dengan Lili.
 Seorang Yang Tepati Janji.

Abang Rashid

 Sering Membantu Datuk Dan Nenek


 Mengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang
Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
 Kutip Buah Dari Kebun Datuk
 Belum Berkahwin

Ibu Lili

 Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan
Tumbuhan
 Tanam Herba Pembuka Selera Makan
 Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
 Gemar Belajar Silat.
 Belajar Di Luar Negara
 Menjawat Jawatan Penting.

Rafiq Dan Haziq

 Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.


 Menduduki Pmr
 Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
 Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
 Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
 Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.

Seman

 Suami Che Jah


 Kaki judi, berhutang dan minum arak
 Melarikan kubah surau
 Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah
isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat
melepaskan geram dan marah.
 Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
 Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada
pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.

Latar Tempat
Dungun

 Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal


 Daerah asal ibu Lili

Pekan Sejahtera

 Tempat Tinggal Geetha


 Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.

Pekan Sentosa

 Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili

Bendang

 Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung

Masjid

 Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid


Bersama-Sama Penduduk Kampung.
 Tempat Datuk Bersolat Berjemaah

Rumah Datuk
 Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
 Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu
Dengan Lili.
 Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
 Tempat Danel berurut dengan datuk

Kedai Runcit Letchumi

 Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja


 Tempat Lili Bertemu Geetha
 Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.

Kedai Runcit Ah Kwan

 Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur


 Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.

Balai Raya

 Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan


masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang
tidak dikenali.
 Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya
Seman yang melarikan kubah surau

Latar Masa
Maghrib

 Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah


Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.

Pagi

 Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat


Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
 Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.

Latar Masyarakat
Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi Kekeluargaan

 Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi,


Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta
Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak
Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah
Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.

Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga


Orang Lain.

 Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-


Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.

Latar Masyarakat Yang Prihatin

 Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah


Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
 Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk
Memaklumkan Sikap Seman.
 Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab
Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan
Perlu Memperjuangkannya.
 Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili
Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara
Mereka Bersependapat Dengan Lili.

Latar masyarakat yang buruk sangka.

 Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana


disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang
kampung kepada pemaju perumahan.
 Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri
kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang
memang nakal.
 Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk
kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan
supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan

Teknik Penulisan
Pemerian

 Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek


dan datuk Lili.
 Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung
nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan
ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
 Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang
melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan
kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
mereka hadapi.

Dialog

 Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai


menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
 Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden
dan tradisional. Danel berbincang dengan dtuk secara
berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan
datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
 Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan
Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah
kepada orang luar.
 Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che
Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang
dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan
datuk.
Monolog

 Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian


lama dipeloporinya di kampung itu.
 Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek
dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan
ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.

Imbas Kembali

 Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu


Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan
agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang
mengamalkan ilmu kegamaan

Saspens

 Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau.


Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh
Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung
beranggapan yang sama.

Nilai
Nilai Jati Diri

 Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang


diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan
perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Nilai Tanggungjawab

 Penduduk kampong bergotong-royong membantu


menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin

 Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari
Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah
Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan
Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
 Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku
dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan
menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka
berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya
menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah

Nilai baik hati

 Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek


memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek
memang sedap.
 Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain
dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu
Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada
menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan
moden.

Nilai kasih sayang

 Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili
tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
 Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi
ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh
dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang
bahagia.

Pengajaran

1. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di


sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan
menjadi seperti sediakala.
2. Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan
herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
3. Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat
menikmati hidup yang aman.
4. Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara
bermusawarahsupaya segala masalah dapat diatasi tanpa
menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
5. Kita hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan
keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan
penuh kasih sayang.

Novel Komsas Tingkatan 4

Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (15)


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik antara watak
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

Satu daripada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji ialah nilai
keberanian.
Jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian bagi setiap novel
tersebut.
[8 markah]
MRSM 2017 - SKEMA JAWAPAN

Jendela Menghadap Jalan Songket Berbenang Emas

- Konflik antara suami dengan - Konflik antara bapa dengan


isteri. anak.
Hampir 10 tahun Che Jah dan Dahlia tidak bersetuju dengan
anak-anaknya menjadi mangsa tindakan bapanya, Embong yang
penderaan suaminya, Seman ingin menghantar ibunya, Saleha
yang pulang lewat malam. Akibat ke hospital bahagia untuk
kesan alcohol dan kalah judi mendapatkan rawatan lanjut.
mereka sering dibelasah oleh - Konflik antara anak murid
Seman dengan guru.
- Konflik antara masyarakat Cikgu Salwani tidak
kampung. membenarkan Dahlia keluar dari
Penduduk Kampung Sentosa asrama untuk tinggal di rumah
menghadapi konflik tentang isu tetapi Dahlia berdegil dan terus
peletakan kubah yang baharu di meninggalkan asrama tanpa
masjid lama atau di masjid kebenaran gurunya.
baharu yang akan dibina - Konflik antara ibu mentua
- Konflik antara generasi muda dengan menantu.
dengan golongan tua. Nek Kiah tidak suka akan
Danel yang mewakili generasi perkahwinan antara anaknya,
muda hari ini lebih gemar Saleha dan Embong dan sering
memilih rawatan moden untuk membanding-bandingkan
mengubati penyakit bapanya keluarga mereka yang hidup
namun bapanya memilih rawatan miskin dengan anak-anak Nek
tradisional yang diusahakan oleh Kiah yang lain.
datuk Lili.

MRSM 2017 - SKEMA JAWAPAN


Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (21)
(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah
persoalankeberanian.

Jelaskan dua persoalan keberanian yang terdapat dalam sebuah novel


yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah


menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa
yang menunjukkan ketabahan watak utama.
[8 markah]
PERLIS - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)

Jendela Menghadap Jalan Songket Berbenang Emas


- Keberanian mengambil risiko.- Keberanian mengambil
risiko.
Lili berani pergi ke rumah Che
Jah melawat Haziq dan Rafik Peristiwa Dahlia berani keluar
walaupun dia pernah diculik oleh dari asrama untuk melawat
mereka berdua ibunya Saleha di Hospital
Permai. Dahlia berbuat
- Keberanian dalam demikian kerana terlalu
menyelesaikan masalah. merindui ibunya.
Peristiwa Lili, Danel, dan Geetha - Keberanian untuk
berani menyelesaikan masalah menyelamatkan diri daripada
kubah surau yang dihadapi oleh bahaya.
penduduk di Kampung Sentosa.
Embong berani membunuh ular
- Keberanian menyelamatkan sawa yang membelitnya di
rakan. kebun sawit di Kampung Parit
Danel berani menyelamatkan Lili Haji Kadir.
yang diculik oleh Rafik dan Haziq.- Keberanian menyelamatkan
orang yang ditimpa musibah
Dahlia berani menyelamatkan
Said, anak Aton yang lemas di
sungai berhampiran rumah
Dahlia.

PERLIS - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Jendela Menghadap Jalan Songket Berbenang Emas


- Peristiwa Lili membantu - Peristiwa Dahlia menuntut
menyelesaikan konflik rumah ilmu.
tangga Che Jah.
Dahlia tabah menuntut ilmu
Lili tabah menempuh cabaran walaupun hidup dalam
dalam usaha membantu Che Jah kemiskinan dan menghadapi
dan anak-anaknya daripada terus masalah keluarga seperti
menjadi mangsa keganasan ibunya yang sakit dan ayahnya
Seman yang sering memukul yang dipatuk ular.
mereka.
- Peristiwa Dahlia
- Peristiwa Lili menyelesaikan menguruskan adik- adiknya.
isu kubah.
Dahlia tabah memikul
Lili dan Danel tabah menempuh tanggungjawab menguruskan
cabaran untuk menyelesaikan isu adik-adiknya terutama Anggerik
kubah yang menjadi konflik yang masih kecil ketika ibu dan
penduduk kampng sehingga ayahnya dimasukkan ke
mereka berpecah-belah. hospital
- Peristiwa Lili diculik oleh - Peristiwa Dahlia menerima
Rafik dan Haziq. penghinaan dan kejian
daripada masyarakat
Lili tabah menerima dugaan sekeliling.
apabila dia diculik oleh Rafik dan
Haziq semasa dalam perjalanan Dahlia tabah menerima
pulang dari pekan. Dia tabah tuduhan Aton yang
apabila dikurung di dalam pondok menuduhnya sengaja
usang di hujung kampung. menyebabkan Said lemas di
sungai.

Songket Berbenang Emas

- Pergunungan Matang, Kuching di- SMK Temenggong Ibrahim di


Sarawak Batu Pahat, Johor
Rumah inap desa yang dinamakan Dahlia belajar di SMK
Chalet Tajau Emas yang diasaskan Temenggong Ibrahim. Di sini
oleh bapa Waheeda, haji Fadhil Zahari meluahkan hasratnya
terletak di Pergunungan Matang. untuk mengikat tali
- Silicon Medical Centre (SMC) di pertunangan dengan Dahlia.
Singapura - Bilik Kerjaya, SMK
Waheeda mengambil keputusan Temenggong Ibrahim
melakukan pembedahan plastic di Cikgu Hisyam dan Dahlia
Silicon Medical Centre. berbincang tentang masalah
- Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di yang dihadapi oleh Dahlia
Kajang berhubung dengan keputusan
Waheeda mendapatkan rawatan di Dahlia untuk keluar dari asrama
Pusrawi akibat tekanan perasaan- Hospital Permai
yang dialaminya selepas bercerai Saleha menerima rawatan di
dengan Zahid. Hospital Permai kerana
- Chalet Aya-Sajinah dianggap gila oleh penduduk
Pusat peranginan di Cameron kampung.
Highland yang dimajukan oleh- Hospital Batu Pahat
Waheeda selepas ditukarkan Embong menerima rawatan di
namanya daripada Iwana Iwani. Di sini kerana dipatuk ular.
sini juga Waheeda bertemu semula
dengan Zahid selepas 20 tahun
berpisah.
Novel Songket Berbenang Emas
Sinopsis Umum

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia,seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak
sulung,Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai
masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana
mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke
wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan
sehingga tidak berminat untuk belajar.Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh
jirannya.Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun,
Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke
Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti


Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja
yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi
fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke
rumah Dahlia untuk tujuan merisik.Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih
belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh


Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja.Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa
dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan
bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan
emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya,Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan.
Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia
terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu
cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala
Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo
secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar
tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya
menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan
sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan
rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia
mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami


Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang
yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui
bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah
menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang
mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis
berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka
akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup
senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa
orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa
Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha
untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada
hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta
agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta
izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia
meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah
faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang
menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan
menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak
tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu
menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,


Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak
Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong
juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak
kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga
sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital
itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji
Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang
sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat
gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang


Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang
pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik
menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke
sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik
guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia
berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada
hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak
melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu
Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama
tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya.
Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman
memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke
rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila.
Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah,
nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua
orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak
Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin
ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan
menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak
masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana
dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista


Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap
dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said
merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan
mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang
mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah
dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah.
Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun,
Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca
Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul
10.25 pagi , Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong
mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di
dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati
Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku
pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa
depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu.
Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu
Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan


Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya
lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya.
Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak
mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana
orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang
ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan
maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong
keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran
rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa
orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong
dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa


Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk
membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang
telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya.
Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman
berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan
Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .

Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !


Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan
perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana
STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di
perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui
masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu
Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam
STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak


Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong
semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus
menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan
kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong
terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di
Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar
akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai.
Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk
meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai


Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan
kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang
merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai
ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya
menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia
berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu
dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan
Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan


Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam
itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang
sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia
menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan
emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama
lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba,
Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat
dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang


Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri
orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin
menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu
miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia
kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga
Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman


Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana
suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi
halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga
tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia,
cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk
menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung


Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya.
Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka
untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa
menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah
Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota
sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi
seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung . Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera


Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari
yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian,
Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam
dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut
apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang
rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia
mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya.
Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit


Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan
dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi
Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan
wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji
akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.Tauke Lim juga meminta agar
Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana
anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak
lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut
apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di
depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu


Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya
terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi
peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana
memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur
tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk
membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari
pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai
hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut
telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit


Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah
bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah,
Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan
menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam
dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
abahnya.Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu
demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan


Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke
balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan
diadakan malam nanti . Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku
ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar
turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia
tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton
telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia.
Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah
memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput


Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-
kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti,
cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama
ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin
menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia
menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan
perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di
mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke
rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan


Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia
dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai
sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah
pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-
sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring
dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan


Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek
Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan
baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya
ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas
untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang
berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku !


Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah
juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru
agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan
masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka
telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan
parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga
dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan


Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan
keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan,Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman


Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat
tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia
akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun.Dahlia akan
mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.
Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas
ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari
belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk
bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung
kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak
RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya.Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu
punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat
sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang
emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak
diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang
Melayu walau berada di mana-mana pun.

Dicatat oleh Cikgu Roosezah di 11:48 PTG


Label: Novel Songket Berbenang Emas

Tiada ulasan:
Catat Ulasan

Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama


Langgan: Catat Ulasan (Atom)

EMPUNYA BLOG

Cikgu Roosezah
Lihat profil lengkap saya

99 NAMA ALLAH

MASA ITU EMAS

SELOKA PAK KADUK

GURINDAM 12

LAGU RAKYAT

SYAIR SITI ZUBAIDAH

LABEL
Artikel (1)
Berita (1)
Catatan (1)
Ejaan (1)
Gambar (1)
Kaedah Pengajaran (1)
Karangan (2)
Komsas (6)
Motivasi (1)
Nota (1)
Novel 6:20 (2)
Novel Azfa Hanani (17)
Novel Jendela Menghadap Jalan (8)
Novel Kembara Amira (14)
Novel Merdeka Merdeka (1)
Novel Songket Berbenang Emas (2)
Peribahasa (1)
Ucapan dan doa (5)
Video (1)

ARKIB BLOG
PENGIKUT

Anda mungkin juga menyukai