Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK

DI KAMPUS

KELAB ALAM SEKITAR


JABATAN SAINS SOSIAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
BATU LINTANG
SESI 2013/2014
1.0 PENGENALAN

Isu penggunaan air dan elektrik yang tinggi semakin mendapat perhatian ramai. Di Malaysia,
pembaziran tenaga elektrik yang ketara di kalangan masyarakat Malaysia ketika ini boleh dibendung
sekiranya pengguna lebih menghargai tenaga elektrik dan menerima hakikat subsidi elektrik sedang
dikurangkan secara berperingkat. Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan
Malaysia (CETDEM), Gurmit Singh berkata kebanyakan pengguna selesa dengan kadar elektrik yang
begitu murah di negara ini sehingga menyebabkan mereka berpendapat penggunaan elektrik adalah
satu kemudahan dan bukan keperluan (Bernama, 2011). Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman (2011), mengakui pembaziran sedang berlaku dan
langkah penjimatan elektrik harus membabitkan semua pihak (Bernama, 2011). Dari segi
penggunaan air, rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air
berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kepada Berita Harian (Rifhan A. Rahim, 2011). Menurut Kajian
Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari
sedangkan kadar penggunaan air yang disyorkan bagi setiap individu ialah 165 liter sehari. Rakyat
Singapura pula menggunakan 155 liter dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Dapatan audit hijau yang dijalankan pada Mac 2012 mendapati IPG Kampus Batu Lintang membayar
bil bayaran elektrik seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jumlah bil elektrik IPG Kampus Batu Lintang pada tahun 2010 dan 2011

Tahun Bil elektrik (RM)


2010 394,568.68
2011 355,011.77

Dapatan menunjukkan pihak pengurusan IPG KBL perlu membayar bil elektrik dan air yang sangat
tinggi pada kedua-dua tahun. Jadual 2 pula menunjukkan bil yang lebih terperinci berdasarkan
pembahagian mengikut blok dan bangunan. Walau bagaimanapun, terdapat bangunan yang tidak
mempunyai bil berasingan, sebaliknya bergabung dengan bil dari bangunan yang lain. Ini kerana
kedua-dua bangunan menggunakan meter yang sama. Dapatan menunjukkan blok pentadbiran dan
akademik menyumbang kepada bil yang paling tinggi pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM76,420.00
manakala RM84,430.61 pada tahun 2010. Blok pentadbiran meliputi bangunan pejabat utama seperti
pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, pejabat am dan juga jabatan-jabatan di IPG KBL. Penggunaan
tinggi kerana peralatan seperti komputer, lampu, pendingin hawa yang digunakan secara meluas di
bangunan tersebut.

Jadual 2 : Bil elektrik mengikut bangunan, blok dan tahun

Bil elektrik (RM)


Blok/Bangunan Tahun
2010 2011
Hostel Blok A 9105.82 13472.25
Hostel Blok B 13472.25 15441.01
Hostel Blok C 11509.60 15525.62
Hostel Pelajar Lelaki 41925.18 41925.18
Blok Kuliah (selatan) 5245.78 5469.48
Blok Kuliah(utara) 15152.42 14873.28
Dewan Brooke 2517.30 2517.32
Dewan Kuliah 19553.35 21143.92
Hal Ehwal Pelajar 22247.79 21945.94
Blok Baru Sains 14396.08 18202.3
Blok Pentadbiran 84430.61 76420.00
TAZA 21339.29 23437.74
Bangunan p&p 55698 28968.5
Lain-lain (music hall, tadika, chapel, street lighting, 77975.21 54111.10
staircase lighting, car porch, surau, kafetaria)

Jumlah keseluruhan 394,568.68 355,011.77


2.0 MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk melahirkan generasi yang mengamalkan amalan gaya hidup
mesra alam. Pelbagai aktiviti diatur agar semua warga IPG dapat mengetahui apa yang mereka boleh
lakukan untuk menghargai alam sekitar serta mengamalkan amalan gaya hidup mesra alam. Program
ini juga bermatlamat untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan pejimatan elektrik di
kampus.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar, cabaran-cabarannya serta
melahirkan sikap prihatin terhadap alam sekitar.

3.2 Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan guru pelatih.

3.3 Membantu kerajaan khususnya IPG KBL dalam penjimatan tenaga elektrik.

3.4 Menyedarkan pelajar akan kepentingan penjimatan tenaga elektrik

4.0 RASIONAL

Program ini diadakan lanjutan daripada dapatan audit hijau yang dilakukan pada bulan Mac
mendapati IPG Kampus Batu Lintang perlu membayar lebih RM300,000 untuk elektrik. INi
menunjukkan jumlah pembayaran yang agak tinggi. Justeru, hasil dapatan tersebut menunjukkan perlu
ada kempen penjimatan tenaga elektrik bagi mengurangkan bil elektrik di IPG Kampus Batu Lintang,
Kuching

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Ahli Kelab Alam Sekitar

5.2 Semua penghuni Kolej Kediaman

5.3 Pensyarah IPG Kampus Batu Lintang

6.0 Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa Nama
Penaung Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan
Pengarah, IPG KBL
Penaung II Encik Jamiran bin Salam
Timbalan Pengarah, IPG KBL
Penasihat Encik Awang Hepeni bin Awang Ongget
Ketua Jabatan Sains Sosial
Pengerusi Dr. Tiwi binti Kamidin
AJK Sukarelawan Lestari, IPG KBL
TimbalanPengerusi Encik Tay Teck Pin
AJK Lestari IPG KBL
AJK PELAKSANA
Pengerusi Hilary Jainol
Naib Pengerusi Lisa Jawai ak. Usit
Setiausaha Siti Atifah binti Jainuddin
Naib Setiausaha Tobit Chin
Bendahari Alice Uyang
Naib Bendahari Marilyn Sandra Jeffrey
AJK Freda Frediana binti Florian Freddy Harlan
Rosyati binti Akalam
Ladindry bin Lumbis

7.0 PROJEK YANG HENDAK DIJALANKAN

Bil. Projek/ Aktiviti Objektif Tarikh Tindakan


1. Perjumpaan dengan Membincangkan program 18 Febuari Dr. Tiwi binti
penyelia kolej kediaman – penjimatan tenaga elektrik 2013 Kamidin
perbincangan di kolej kediaman
2. Perjumpaan dengan ketua Menerangkan akan program 26 Febuari Ketua warden
sayap di Kolej Kediaman penjimatan elektrik yang 2013 AJK KAS
diadakan di kolej kediaman Pengerusi
program/ projek
3. Penyediaan sudut informasi Memberi kesedaran kepada 27 Febuari – Ketua sayap
“Kempen penjimatan warga IPG di kolej 7 Mac 2013 kolej kediaman
tenaga elektrik di papan kediaman dan Ajk kolej
kenyataan di kolej kediaman
kediaman (pertandingan
antara kolej kediaman)

4. Pengadilan sudut informasi Menentukan sudut kempen setiap bulan Ketua warden &
“Kempen Penjimatan penjimatan elektrik yang bermula penyelia &
tenaga elektrik di papan paling menarik bulan Mac pembantu
kenyataan di kolej penyelia kolej
kediaman; bilik-bilik kolej pemeriksaan mengejut di kediaman
kediaman & pemeriksaan bilik-bilik kediaman yg blok yang
mengejut lampu2 atau kipas tidak tutup lampu & kipas paling
yang tidak ditutup di bilik- (markah ditolak banyak
bilik kolej kediaman ditolak
markah
(tidak
menutup
lampu dan
kipas jika
tidak
berpenghuni
5. Perjumpaan dengan semua Memaklumkan kepada 1 Mac 2013 Ketua Waden
pelajar Kolej Kediaman semua pelajar penghuni Ketua Sayap
a. Pertandingan di antara kolej kediaman akan Penyelaras
kolej kediaman kewujudan pertandingan, Projek
b. Makluman penjimatan makluman penjimatan
elektrik dan jadual
leektrik & jadual
penutupan lampu
penutupan lampu
c. Makluman tentang
pemeriksaan mengejut
lampu & kipas tidak
ditutup
6. Makluman kepada Ketua Memaklumkan kewujudan 1 Mac 2013 Penyelaras
Jabatan program penjimatan Projek dan
Penyerahan brosur & Ikrar elektrik di IPG KBL kumpulan yang
Aku Janji kepada Ketua terlibat –
Jabatan (semasa launching penyediaan
program 1 Mac 2013) sticker &
pamplet

AJK
Sukarelawan
Lestari
6. Pengedaran Brosur dan Memastikan setiap jabatan 1 Mac 2013 Kumpulan
Banner Penjimatan Elektrik dan unit diberi peringatan (utk PPISMP Jun
di peringkat jabatan & unit untuk melakukan launching) 2012 BI (SK);
penjimatan elektrik PISMP Pra
6 Mac 2013 Sekolah dan
(utk PISMP BI 4
diedarkan di Januari 2012
jabatan2)
7. Earth Hour (aman damai Tanda sokongan IPG KBL Tarikh earth Kumpulan
Hour) bagi Kolej Kediaman kepada program Earth Hour hour PPISMP Jun
(26.3.13) tapi 2012 BI (SK);
cuti – PISMP Pra
dilaksana Sekolah dan
3 April 2013 PISMP BI 4
Januari 2012
8. Slot Kempen Penjimatan Memupuk dan Mac – AJK KAS
Tenaga Elektrik semasa meningkatkan tahap September Kumpulan
perhimpunan bulanan kesedaran guru pelatih PPISMP Jun
(video/ ucapan) terhadap kepentingan 2012 BI (SK);
menangani fenomena PISMP Pra
pembaziran tenaga elektrik Sekolah dan
PISMP BI 4
Januari 2012

8.0 Belanjawan

Bil. Perkara Harga


1. Banner program penjimatan elektrik:
a. Di Kolej KEdiaman RM100
b. Di blok pentadbiran RM100
2. Hadiah utk pemenang sudut informasi –
Hamper: rm100 RM100
3. Hadiah Pemenang Penjimatan Elektrik:
a. Sijil dlm ‘frame’ RM70
b. Piala pusingan RM150
4. Sijil-sijil :
Kumpulan terlibat Percuma – sijil dari IPG
AJK KAS
5. Jumlah RM520

9.0 Kesimpulan

Selaras dengan objektif Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik ini diadakan, seharusnya aktiviti-aktiviti
yang dirangka akan mampu memberikan input dan kesan yang baik terhadap semua guru pelatih,
pensyarah dan staf IPG Kampus Batu Lintang. Malah, melalui kempen ini, warga IPG Kampus Batu
Lintang boleh menjadikannya sebagai satu pengalaman berharga yang sangat berguna ke arah
mencapai impian kerajaan untuk melakukan penjimatan tenaga elektrik.

Disediakan: Disemak Oleh:

______________ _______________________
(Hilary Jainol) (Dr. Tiwi binti Kamidin)
Pengerusi Projek Penyelaras IPG Lestari
Kempen Penjimatan Elektrik IPG Kampus Batu Lintang
IPG Kampus Batu Lintang Kuching, Sarawak
Kuching, Sarawak

Disemak:

________________________
(Encik Awang Hepeni bin Awang Ongget)
Ketua Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Batu Lintang
Kuching, Sarawak

Diluluskan:

______________________________________________
(HJ. AWANG HAMBALI BIN HJ. AWANG HAMDAN)
Pengarah
IPG Kampus Batu Lintang
Kuching, Sarawak

Anda mungkin juga menyukai