Anda di halaman 1dari 2

2.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan — Presentation


Transcript
 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 2. Berpandukan hasrat dan cita-cita yang terkandung dan tersirat dalam
PENYATA RAZAK dan RAHMAN TALIB, Akta Pelajaran 1961, Laporan
Jawatankuasa Kabinet serta RUKUNEGARA maka Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dirumus dan dinyatakan seperti berikut:
 3. ‘ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
 4. Pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’
 5. Faktor asas yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal FPK:
1. Faktor2 masyarakat : a) Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara ini. b)
Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaan. c) Faktor
politik yang menentukan ideologi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar
pendidikan. d) Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan
dalam usaha membawa pembangunan
 6. dan kemajuan negara. 2. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan
asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
3. Faktor global yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,
perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi
sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.
 7. Falsafah Pendidikan Guru: ‘ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.’
 8. Definisi Pendidikan: Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.
Pendidikan sebagai proses latihan. Pendidikan sebagai proses perkembangan
fizikal, intelek, sosial dan emosi seorang individu. Pendidikan sebagai proses
indoktranisasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayakan apa yang
disampaikan. Pendidikan sebagai proses berterusan untuk individu seumur
hidup.
 9. Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat
seperti memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
Pendidikan sebagai suatu disiplin, seni dan sains.
 10. ‘ Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk
mengembangkan fizikal intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka
supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam
kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang
sihat bagi faedah diri, masyarakat dan negara.’
 11. Definisi Falsafah Pendidikan Educational Encyclopedia: merupakan
sebahagian dari disiplin pendidikn, terlibat dengan tujuan-tujuan, kaedah atau
hasil dari proses mendidik. ‘ Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem
kepercayaan, pegangan dan prinsip yang membincangkan pelbagai hal
mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut
 12. dijalankan di sekolah atau bilik darjah.’ John Dewey – ‘Democracy and
education’ ‘ Falsafah pendidkan adalah mendekati falsafah hidup yang
memberatkan pendidikan. Lebih mementingkan tujuan dan matlamat
pendidikan satu satu masyarakat atau bangsa, mementingkan peraturan,
penyampaian
 13. pentaksiran dan pemandangan praktikal ilmu dan pengalaman yang
bersangkutan dengan pendidkan.’
 14. Falsafah pendidikan barat: Tradisional Esensialime (William Bagley,
Thomas Briggs dan Frederick Breed) Mengekalkan tradisi dan tamadun
sesuatu masy. Elemen pendidikan didapati drp pengetahuan semasa dan
lampau. Moden Progresivisme (John Dewey) Pengalaman manusia asas untuk
mendapat pengetahuan. Penyebaran pengetahuan sebagai penerangan dan
tidak dianggapa benar selamanya
 15. Nilai masyarakat diajar sepanjang persekolahan. Tumpuan kepada guru.
Guru sebagai pembimbing Beri pilihan kepada pelajar pilih opsyen Guru
sebagai pembimbing.
 16. Parenialisme Tabii manusia tetap – pengajaran berkesan selalu diulang.
Sekolah agen masyarakat dgn tujuan untuk bentuk manusia jadi rasional.
Kurikulum sekolah perlu menekankan perkara sejagat. Akademik utk pelajar
pandai dan vok. Utk yg. Kurang. Rekonstrukionisme Pendidikan berpusatkan
masyarkat. Tumpuan diberi kpd. Ekonomi dan kebajikan masy. Peranan guru
bukan sebagai penyampai ttp.timbulkan isu-isu sosial yang penting.
 17. Eksistensialisme (Kneller 1971) Moral adalah kebebasan individu. Beri
kebebasan memilih. Individu didik diri sendiri Peranan guru bukan beri ilmu
ttp membantu pelajar mencari kesedaran kendiri.
 18. Falsafah Pendidikan Islam: Tujuan: menyebarkan pengalaman dan
kebudayaan manusia dari satu generasi ke satu generasi. Matlamat pendidikan
Islam: i. mewujudkan perlembagaan seimbang dalam diri individu.
 19. ii. Melengkapkan setiap insan dgn ilmu pengetahuan agama supaya
menjadi insan beriman. Perkara dalam dasar pendidikan Islam: i. keesaan
Tuhan (tauhid) ii. Kepercayaan kepada nabi dan rasul iii.kepercayaan kepada
wahyu
 20. iv. Setiap manusia bertanggungjawab terhadap tindakannya. v. ada
kehidupan selepas mati vi. Persamaan dan persaudaraan sejagat.
 21. Kesimpulan: i. melahirkan manusia bertaqwa ii. Melahirkan manusia
mencari keredhaan Allah iii. Melahirkan manusia bercita-cita tinggi dengan
menuju kejayaan sebagai tujuan hidup.

Anda mungkin juga menyukai