RBT 1044
PERALATAN
PERTUKANGAN
Pita Pengukur
Digunakan untuk mengukur jarak yang lebih
panjang dari pembaris keluli.
Berukuran antara 3 hingga 6 meter.
Pembaris Keluli
Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak,
membuat garisan lurus serta memindahkan
ukuran.
Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan
biasanya berukuran 300 mm (12") panjang.
Sesiku L
Terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan
oleh panjang bilahnya.
Bilah dan tonggak dibina bersudut 90°.
Ia berfungsi untuk:
• membuat garisan bersudut tepat (90°)
• menguji kepersegian
• menguji kerataan permukaan kayu
Tolok Penanda
Digunakan untuk:
• membuat garisan selari dengan muka atau tepi
kayu
• menanda tebal atau lebar pada beberapa
kepingan kayu
Untuk mendapat garisan tanda yang tepat,
pastikan:
• taji sentiasa tajam
• skru tangan diketat dengan betul
• muka tonggak sentiasa bersentuh dengan
permukaan kayu apabila menggunakannya
Tolok Serong
Digunakan untuk menanda dan
memindahkan sudut yang bukan 90°.
Skru pelaras digunakan untuk
melonggar dan mengetatkan bilah tolok
serong.
Untuk mendapatkan sudut yang tepat,
pastikan muka tonggak atau badan
sentiasa bersentuh rapat dengan
permukaan kayu apabila
menggunakannya.
Gergaji Tangan
Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah.
Ada dua jenis :
• mengerat kayu — memotong melintangi urat kayu
• membelah kayu — memotong selari dengan urat kayu
Saiz gergaji di tentukan oleh:
• panjang bilah
• bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)
Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.
Gergaji Puting
Digunakan untuk:
• memotong kayu bersaiz kecil
• memotong tanggam kayu
Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan
menguatkan bilah gergaji.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual
dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan 12 -
14 gigi setiap 25 mm (1 inci).
Gergaji Lengkung Halus
Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung
pada bahan nipis.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.
Tukul Kuku Kambing
Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.
Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
Tukul Warrington
Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja
ketukan ringan.
Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
Pahat Tepi Serong
Digunakan untuk :
• kerja menatal tanggam
• membersihkan bucu tanggam
• kerja meraut
Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong.
Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm hingga
25mm.
Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon tinggi.
Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25° - 30°
supaya sentiasa tajam.
Kikir Parut
Digunakan untuk:
• merata dan mengikir kayu dengan cepat
• membentuk lengkuk pada tepi kayu
Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir
dan gred giginya.
Ada empat jenis:
• kikir rata
• kikir separuh bulat
• kikir bulat
• kikir tiga segi
Gandin Kayu
Digunakan untuk:
• kerja pemasangan projek
• menukul pahat
Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya.
Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:
• gandin kepala segi empat
• gandin kepala bulat
Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu,
getah, plastik atau kulit.
Gandin Getah
Digunakan untuk mengetuk logam kepingan atau
lain – lain permukaan bahan supaya tidak bercalar
dan kemek.
Gandin getah mempunyai muka yang lembut.
Click icon to add
Click icon to add
picture
picture
SEKIAN, TERIMA
KASIH