Anda di halaman 1dari 10

1

ISI KANDUNGAN

M/S
PENGHARGAAN 2
…………………………………………………………………………………
PENDAHULUAN ………………………………………………………………………………… 3-4
FAKTOR DAN SEBAB………………………………………………………………………….. 4-6
IMPAK KEPADA 6-7
PENDIDIKAN………………………………………………………………….
INISIATIF DAN 7-8
TINDAKAN………………………………………………………………………
KESIMPULAN ……………………………………………………………………………………. 8-9
RUJUKAN ………………………………………………………………………………………… 10
2

Penghargaan

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh,

Alhamdulillah, bersyukur ke hardat ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat


melengkapkan tugasan subjek Cabaran Dan Isu Semasa Dunia (GCI 1022) dengan suksesnya.

Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah yang saya hormati serta kasihi, Encik
Zahiri bin Zainal yang banyak membimbing dan membantu saya daripada segi penulisan dan
fakta sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, tidak lupa juga jasa yang tidak terhingga kedua ibu bapa saya dalam memberi
sokongan moral serta dorongan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Curahan kasih sayang
yang tidak terhingga daripada mereka menyebakan saya kekal bersemangat untuk terus
menaip sehingga tugasan ini selesai.

Ucapan perhagaan ini juga di tujukan kepada rakan-rakan saya yang kekal bersama
saya dan banyak memberi bantuan dalam beberapa aspek sehingga kerja kursus ini selesai.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung sepanjang proses untuk melengkapkan tugasa kerja kurus ini.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka yang tidak terhingga ini.

Sekian
3

1.0 PENDAHULUAN

Kesihatan merupakan perkara yang penting bagi manusia untuk meneruskan hidup.
Kesihatan dirumuskan sebagai keadaan tubuh badan yang utuh dan kuat untuk melakukan
aktiviti harian tanpa sebarang masalah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948)
1
mengtakrifkan maksud kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat,
cergas, cerdas serta bebas daripada sebarang penyakit berdasarkan keadaan sosial dan
masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa kesihatan individu merangkumi faktor fizikal, mental
dan sosial yang sihat. Amalan gaya hidup sihat merupakan jalan utama untuk seseorang itu
memiliki tahap kesihatan yang baik telah meniti dari bibir ke bibir masyarakat di negara kita.
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia masih lagi lalai dalam menjaga kesihatan diri mereka
dan membendung penyakit-penyakit kronik misalnya sakit jantung, kencing manis, strok dan
obesiti.

Pemakanan pula merupakan kajian tindak balas organisma hidup terhadap makanan.
Sektor ini menyiasat tentang punca psikologi, sosial, budaya, ekonomi dan teknologi yang
mempengaruhi pemilihan makanan. Bukan itu sahaja, ia juga turut mengkaji penyerapan nutrien
oleh tubuh dan kaedah biologi yang membolehkan seseorang individu itu menghadam makanan
yang dimakan. Makanan merupakan perkara yang mustahak bagi kehidupan manusia kerana
nutrien-nutrien yang terdapat pada sesuatu makanan itu diperlukan semasa proses
tumbesaran. Diet yang sihat dapat memberikan pelbagai jenis zat misalnya nutrien, tenaga dan
komponen-komponen lain yang diperlukan oleh manusia untuk membendung daripada
kekurangan dan kelebihan zat makanan serta menyihatkan tubuh seseorang. Setiap individu
boleh memiliki diet yang sihat dengan melatih diri mereka untuk mengawal pemakanan
seharian mereka. Diet juga boleh di definisikan sebagai pengambilan makanan seimbang yang
mempunyai zat-zat utama misalnya karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air.

Berdasarkan U.S.Food and Drug Administration dalam Suriati dan rakan-rakan (1993),
pemakanan yang sihat ialah makanan seimbang yang mengandungi 6-11 hidangan daripada
kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi ,3-5 hidangan daripada kumpulan sayuran, 2-4 hidangan
daripada kumpulan buah-buahan, 2-3 hidangan daripada kumpulan daging, ayam, ikan, telur
dan kekacang, 2-3 hidangan daripada kumpulan hasilan tenusu iaitu susu , keju dan dadih.
Manakala lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin. Dengan mengamalkan

1
MD AMIN BIN MD TAFF (2007). TINJAUAN TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DI
KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU AMBILAN JUN SESI 2004/2005 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
Johor : Johor Bahru.
4

diet sedemikian, kesihatan tubuh badan akan terjamin serta individu itu lebih aktif untuk
melakukan aktiviti fizikal dan mental. Pemakan seimbang amat penting untuk setiap golongan
masyarakat kerana penyakit-penyakit kronik merupakan masalah utama di negara kita
mahupun di negara-negara lain. Namun begitu amalan pemakanan seimbang ini kurang
diamalkan di kalangan rakyat malaysia kerana sikap masyarakat itu sendiri yang memandang
enteng terhadap risiko terjejasnya kesihatan diri mereka.

2.0 FAKTOR DAN KESAN

Masalah kesihatan di peringkat global dikaitkan dengan isu sikap dan keprihatinan
manusia. Tamsilnya di Rwanda, salah sebuah negara di Afrika, penyakit dan wabak HIV atau
AIDS menjadi masalah yang utama negara tersebut kerana sikap sambal lewa akan
kepentingan kesihatan. Bukan itu sahaja, penyakit Malaria juga turut berlaku setiap tahun di
negara itu dan hampir 300 juta kes itu dicatakan. Manakala di negara China, penyakit-penyakit
SARS (Severe Acute Respiratory Syndrom) 2mula berkembang dengan kadar yang cepat pada
tahun 2002. SARS ialah penyakit yang boleh mengakibatkan radang paru-paru. Sekarang,
negara China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat, dan United
Kindom. Kerugian 16 billion oleh negara-negara Asia dan kematian lebih seribu nyawa telah
menyebabkan seluruh dunia panik. (Ruxin, 2008). Hal ini terjadi kerana populasi manusia
semakin meningkat dari tahun ke tahun berikutnya. Selepas 60 tahun berakhirnya perang dunia
kedua, populasi manusia meningkat tiga kali ganda iaitu sebanyak 6 billion. Di sebabkan itu
juga, sumber makanan untuk sesebuah negara tidak mampu untuk menampung bilangan
manusia yang kian meningkat. Oleh itu, inisiatif penting untuk membendung masalah kesihatan
dan pemakanan perlu dilakukan oleh semua pihak agar isu ini dapat diselesaikan.

Seterusnya, memandangkan di negara kita dipenuhi dengan kepelbagaian budaya,


terdapat pelbagai jenis sajian yang boleh didapati di negara kita misalnya makanan melayu
( nasi lemak, rendang ayam, ketupat, dan lain-lain), makanan cina ( kuey teow, yong tau foo
dan lain-lain), makanan india ( roti canai, tosai dan sebagainya), makan barat ( chicken chop,
fish n chip dan banyak lagi) dan lain-lain. Disebabkan itu, negara kita menjadi tumpuan para
pelancong untuk menghabiskan cuti mereka. Bukan itu sahaja, faktor ini juga merupakan
penyebab mengapa masyarakat di negara kita sering mengabaikan pengambilan makanan
seimbang. Semakin ramai yang gemar menikmati makan di luar rumah berbanding

2
Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim (2015), hlm. 156
5

menyediakan makan sendiri di rumah. Amalan makan di premis makanan siap bukan sekadar
untuk mengisi perut, tetapi telah menjadi satu budaya untuk bersosial, bersantai dan juga
sebagai satu pertemuan ekonomi atau busines antara pihak berkenaan (Mohd Azlan &
Noraziah 2005; Noraziah et al. 2009). Manakala Wook et al. (2007) berpendapat bahawa saiz
keluarga yang kecil serta saiz rumah siap bina termasuk ruang dapur yang semakin sempit
menyebabkan masyarakat lebih selesa makan di luar. Norlaila Hamima Jamaluddin, Metro, 22
Julai 2007 3menjelaskan bahawa daripada 26 juta penduduk di negara ini, dianggarkan hanya
3% sahaja yang benar-benar sihat dan tiada risiko menghidap penyakit kronik. Bukan itu
sahaja, Kajian daripada Penyakit Tidak Merebak (NCD) 2005/06 ke atas 2572 penduduk
dewasa tempatan yang berumur di antara 25 hingga 64 tahun menunjukkan kira-kira 11.6 juta
penduduk dewasa negara Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko
mendapat penyakit dan hanya 3% sahaja bebas daripada sebarang faktor risiko penyakit. Oleh
itu kadar kematian disebabkan penyakit kronik telah dicatatkan meningkat dari tahun ke tahun
seterusnya.

Selain itu, masalah obesiti merupakan musuh utama negara kita kerana statistik yang
diambil daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015
menunjukkan bahawa negara Malaysia telah menjadi sebuah negara obes. Hal ini
mengakibatkan negara kita menjadi salah sebuah negara paling gemuk di Asia dengan
jangkaan populasi berat berlebihan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus
(Kementerian Kesihatan Malaysia, Sinar, 23 April 2019). Hasil daripada kajian NCD, mendapati
bahawa lebih ramai wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti
berbanding lelaki dan dijangkakan 5.8 juta atau separuh penduduk Malaysia menghidap
masalah ini. Bilangan ini amat membimbangkan kerana penyakit-panyakit kronik yang lain
misalnya sakit jantung, diabetes dan sebagainya mudah untuk dihidap oleh pesakit obesiti.
Punca utama isu ini terjadi ialah pengambilan makanan yang berlebihan oleh kebanyakkan
masyarakat di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana kuantiti lemak yang berlebihan itu
akan berkumpul di dalam badan dan tanpa disedari penambahan berat badan seseorang
berlaku.Tambahan pula sikap rakyat Malaysia yang malas melakukan aktiviti sukan sudah
semestinya masalah kesihatan ini tidak dapat dibendung. Bukan itu sahaja, peningkatan taraf
hidup manusia yang semakin sibuk bekerja sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk
mengurus diri juga boleh diselitkan sebagai faktor berlakunya peningkatan berat badan secara

3
. Norlaila Hamima Jamaluddin. (2007, 22 Julai) ‘Penyakit Kronik’ Metro.
6

berlebihan. Mereka akan memakan makanan segera serta mengaharapkan teknologi-teknologi


canggih melakukan kerja-kerja seharian. Kesannya peratusan penghidap penyakit ini akan
meningkat setiap tahun. Tidak mustahil juga negara Malaysia akan lebih banyak melahirkan
generasi yang obesiti pada masa akan datang jika masalah ini tidak dibendung dari sekarang.

3.0 IMPAK KEPADA PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Impak isu amalan pemakanan seimbang bukan amalan pemakanan rakyat Malaysia
memberi kesan yang negatif dalam bidang pendidikan. Hasil perkembangan kemajuan negara
bukan sahaja memberikan kesan positif justeru ia juga turut meberikan kesan negatif misalnya
ia menyebabkan ramai pelajar yang lalai dalam mengawal pemakanan harian mereka. Bagi
seorang pelajar yang sering melakukan aktiviti fizikal di sekolah, mereka memerlukan nutrien
yang cukup agar dapat meneruskan aktiviti pembelajaran. Sekiranya mereka sering
mengaibaikan mengambilan nutrien yang seimbang sudah semestinya mereka tidak dapat
mencapai keadaan fizikal yang optimum untuk meneruskan dan memberi tumpuan sepenuhnya
proses pembelajaran di dalam kelas. Pelajar yang kurang fokus di dalam kelas akan mendapat
kesan yang buruk kepada diri mereka sendiri. Prestasi pelajaran mereka akan cenderung untuk
merosot disebabkan oleh pelajar tersebut gagal untuk mempelajari segala ilmu pengetahuan
yang diberikan oleh guru semasa proses P&P dijalankan. Hal ini akan menyebabkan masalah
mental yang teruk kepada pelajar misalnya masalah kemurungan, kebimbangan yang
melampau dan tekanan yang kini menjadi bualan di media massa serta di beberapa keratan
akhbar. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar sekolah, kolej
dan universiti boleh dipengaruhi oleh 4masalah kemurungan (Andrews & Wilding; Stark &
Brookman 1994), kebimbangan (Andrews & Wilding 2004; Seligman & Wuyek 2007) dan
tekanan (Demakis & McAdams 1994; Md Aris Safree Md Yasin & Mariam Adawiah Dzulkifli
2011). Terdapat satu kes bunuh diri di Kuala Lumpur mengenai tekanan perasaan yang dialami
oleh seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sehingga dia sanggup terjun dari tingkat 11
pangsapuri didiaminya akibat dimarahi oleh keluarga kerana tidak mendapat keputusan yang
memuaskan (Metro,2010). Hal ini menunjukkan bahawa pengabaian pemakanan seimbang
berhubung rapat dengan masalah mental pelajar.

4
HAMZAEFFA SAMSUDIN & KEVIN TAN CHEE HONG (2016) Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi
Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 14(1), 11-16
7

Selain itu, gelaja obesiti kini telah menjadi masalah bagi golongan muda terutamanya
pelajar yang boleh mengakibatkan terdedahnya mereka kepada pelbagai penyakit kronik
misalnya masalah jantung, darah tinggi, diabetes, asma, masalah tulang, strok dan lain-lain
yang boleh membawa kepada kematian di awal usia. Hal ini juga akan mengakibatkan mereka
kurang aktif dalam bidang kokurikulum kerana mereka merasakan diri mereka tidak layak serta
malu dengan bentuk fizikal tubuh mereka. Disebabkan itu, mental pelajar juga turut terganggu
sehingga mengakibatkan emosi mereka tidak stabil. Larry R. Berkower (1974),mengatakan
pelajar terdedah kepada tekanan perasaan akibat gangguan dari rakan mereka. Markus M,
(2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental. Bukan
itu sahaja, Markus M, (2002) juga menyatakan sejarah lampau banyak mengejek dan
mendiskriminasikan orang yang obesiti. Risiko setiap pelajar obes untuk mengalami kejadian
buli dan ejek mengejek di sekolah akan meningkat. Pelajar-pelajar yang mempunyai lebihan
berat badan akan lebih gemar memencilkan diri atau berseorangan agar diri mereka tidak
menjadi bahan ejekkan rakan-rakan lain. Hal ini akan menyebabkan prestasi mereka dalam
pembelajaran dan kokurikulum merosot serta matlamat sesebuah sekolah untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang juga terhalang.

4.0 INISIATIF DAN TINDAKAN NEGARA

Negara Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah isu
amalan pemakanan seimbang bukan amalan pemakanan rakyat Malaysia agar peratusan
masalah kesihatan yang dialami oleh penduduk tempatan dapat dikurangkan. Terdapat
beberapa inisiatif dan tindakan negara yang boleh dikupas untuk mengatasi isu-isu tersebut.
Antaranya ialah Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesihatan misalnya Kempen
Cara Hidup Sihat supaya rakyat Malaysia dapat mengamalkan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian mereka. Bukan itu sahaja, contoh kempen yang boleh dilakukan seperti
pada tahun 2004, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Hamad Badawi melancarkan
Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Ini
merupakan inisiatif yang boleh dikatakan berkesan kerana dengan adanya platform dunia maya
yang luas iaitu media massa, media sosial dan televisyen, ianya boleh ditularkan serta dijadikan
tempat untuk menyampai maklumat-makliumat penting kepada semua masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana internet merupakan penggunaan harian semua manusia pada
zaman berteknologi ini. Semua masyarakat perlu peka dan mengambil cakna terhadap mesej-
mesej yang diberikan oleh kerjaaan dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Empat
elemen utama boleh diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat iaitu pengambilan makanan
8

yang sihat, senaman dan kecergasan fizikal, tidak merokok, menangani stres dan sihat tanpa
alkohol. Dengan menekankan empat elemen berikut, risiko terhadap cara berkaitan cara hidup
misalnya masalah pemakanan tidak seimbang, kurang aktiviti fizikal, merokok serta masalah
kesihatan dapat menjadi mesej utama yang disampaikan oleh kerajaan kepada masyarakat.
Namun begitu, masyarakat masih lagi tidak dapt mengikuti dan menghayati maklumat yang
disampaikan oleh kerajaan semasa menjalankan kempen-kempen kesihatan kerana sikap pihak
bertanggungjawab yang hanya acuh tak acuh dalam melaksanakan kempen-kempen tersebut.
Oleh itu, kerajaan perlu bersikap ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
kempen-kempen agar dapat menarik minat rakyat untuk turut mengikut kempen itu.

Selain itu, Pihak sekolah boleh memperkenalkan sistem piramid makanan kepada
pelajar-pelajar sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar-pelajar merupakan generasi
baharu yang akan menggantikkan tampuk pemimpinan negara bak kata peribahasa melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Generasi muda perlu dijaga seperti menatang minyak yang
penuh kerana generasi muda ialah benih baharu sesebuah negara yang akan menggantikan
generasi yang lama. Sekiranya kes-kes obesiti terhadap kanak-kanak menjadi masalah yang
tidak dapat dikawal, impian negara untuk melahirkan generasi baharu yang cemerlang akan
musnah. Guru-guru boleh menggunakan masa mentor mentee di sekolah untuk
memperkenalkan sistem ini kerana sesi itu merupakan masa bersemuka guru-guru bersama
murid untuk membicangkan perkara-perkara penting. Dengan melakukan pendekatan
sedemikian, pelajar-pelajar akan lebih fokus untuk mendengar penerangan tentang piramid
makanan berbanding mendengarnya semasa waktu P&P. Hal ini dikatakan demikian kerana
semasa waktu P&P, pelajar-pelajar telah menggunakan hampir keseluruhan tenaga untuk
belajar. Oleh itu, generasi muda dapat dipertahankan daripada gejala obesiti sekiranya semua
pihak memainkan peranan masing-masing untuk membendungnya.

Kesimpulan

Natijahnya, isu-isu tehadap pemakanan dan kesihatan memberi impak yang buruk
kepada semua pihak kerana isu-isu ini bersifat global. Semua negara mengalami masalah yang
sama dan pihak kerajaan masing-masing telah melakukan inisiatif tersendiri untuk
membendung isu pemakanan dan kesihatan ini. Namun, kebanyakkan penduduk terutamanya
di negara kita masih lagi kurang dihayati dan diamalkan kerana sifat kurang keprihatinan dalam
pemilihan makanan seharian mereka. Misalnya negara kita telah menyarankan pengambilan
9

sayur-sayuran dan buah-buah dalam setiap menu pemakanan seharian seseorang tetapi
perkara ini tidak berlaku kerana 72.8% atau 8.7 juta penduduk kita tidak mengamalkannya 5.
Oleh itu, bukan sahaja kerajaan malah semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk
membendung isu ini agar peratus masalah kesihatan masyarakat di seluruh dunia dapat
dikurangkan.

5
Isu-isu Kenegaraan Malaysia, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2017), hlm. 172
10

Rujukan

Andrews, B. & Wilding, J.M. 2004. The relation of depression and anxiety to life-stress and
achievement in students. British Journal of Psychology 95(4): 509-522.

Grosvenor, M. B., Smolin, L. A., & Bedoya, D. L. (2017). Visualizing nutrition: Everyday
choices. Brantford, Ont.: W. Ross MacDonald School Resource Services Library.

Stewart-Brown, S., Evans, J., Patterson, J., Petersen, S., Doll, H., Balding, J. & Regis, D. 2000.
The Health of students in institutes of higher education: An important public health problem?
Journal of Public Health Medicine 22: 492-499.
Ibrahim, M. A., Othman, M. A., Abdullah, S. F., Chin, K. T., Ismail, N. (2015), Cabaran dan Isu
Semasa Dunia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Sabri, A. Z., Abu, R., & Yusoff, S. M. (2007). Isu-isu kenegaraan Malaysia. Sungai Petani:
Cosmopack.

Samsudin, H & Kevin Tan, C. H., (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan
Prestasi Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan
Malaysia, 14(1), 11-16

Anda mungkin juga menyukai