Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 1 : JELASKAN APAKAH CARA-CARA MEMBUAT NOTA YANG

TERBAIK BAGI MEMBANTU ANDA DAPAT BELAJAR DAN MEMAHAMI


SESUATU TOPIK DI DALAM MATA PELAJARAN YANG ANDA AMBIL?

Antara cara-cara membuat nota yang terbaik termasuklah :-

a) Annotation – catatan isi penting atau kandungan perbincangan dalam kuliah


sahaja. Hilighter digunakan dalam catatan untuk menonjolkan isi penting yang
dinyatakan.

b) Outline notes – nota ditulis dalam bentuk points menggunakan


perenggan,nombor atau perkataan. Nota ini menyeneraikan point utama dan
subpoint.

c) Column notes – nota dicatat mengikut tajuk atau subtajuk dalam satu kolum.
Idea utama di kolum sebelah kiri dan penjelesannya berada dalam kolum sebelah
kanan.

d) Nota rumusan – nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami
daripada teks yang dibaca atau didengari.

SOALAN 2: KENAPAKAH PENGURUSAN GRAFIK PENTING DI DALAM ANDA


BERUSAHA MENGHASILKAN NOTA YANG TERBAIK UNTUK ANDA BACA
NANTI?

Antara jenis pengurusan grafik ialah membanding dan membeza,rajah


jaringan,kaitan keseluruhan,membuat urutan mengikut peringkat,rangkian
sebab,membuat keputusan,menyelesaikan masalah.Grafik amat penting dalam
usaha menghasilkan nota yang terbaik ialah ia dapat membantu mengvisualkan
apa yang difikirkan mengenai kandungan sesuatu teks.Hal ini menyebabkan kita
lebig faham dan mudah ingat apa yang kita belajar.

SOALAN 3: JELASKAN KENAPAKAH PETA MINTA BEGITU PENTING UNTUK


MEMBANTU ANDA MEMAHAMI SESUATU KONSEP DI DALAM TAJUK YANG
INGIN ANDA KUASAI DI DALAM SUBJEK YANG ANDA AMBIL?

Antara ciri-ciri peta minda termasuklah menggunakan kata kunci,berasaskan imej,


menggunakan pelbagai warna,dilukis dalam 3 dimensi dan lukisan dengan saiz
yang berbeza.Peta minda juga akan menjadikan pembelajaran lebih terancang
kerana nota telah tersusun mengikut topik. Hal ini memudahkan pelajar untuk
membuat ulang kaji dengan masa yang singkat. Pelajar juga akan lebih fokus untuk
memahami konsep yang telah dibuat rumusan dengan peta minda. Pelajar akan
lebih rajin untuk membuat nota kerana pada masa ini mereka dapat menonjolkan
kreativiti mereka dalam menghasilkan peta minda. Setiap pelajar mempunyai cara
tersendiri untuk menghasilkan peta minda dan hanya mereka yang memahami peta
minda tersebut. Mudah diingati kerana setelah pelajar memahami topik tersebut
mereka akan membuat rumusan berdasarkan topik itu dalam bentuk peta minda.
Melalui cara tersebut daya ingatan pelajar dapat ditingkatkan.
SOALAN 4: JELASKAN JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI SETIAP KONSEP
PEMETAAN i-THINK YANG ANDA TELAH DI MINTA UNTUK MEMBUAT
RUJUKAN DI DALAM BUKU DAN SEBAGAINYA.

JENIS PETA I-THINK

Peta Pemikiran ini mempunyai 8 jenis iaitu :-

A. Peta Bulatan
B. Peta Buih
C. Peta Buih Berganda
D. Peta Pokok
E. Peta Dakap
F. Peta Alir
G. Peta Pelbagai Alir
H. Peta Titi

KONSEP PEMETAAN I-THINK

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir


dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta
inovatif. i-THINK membawa maksud INNOVATIVE THINKING (Pemikiran Inovatif).
Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir supaya dapat melahirkan modal
insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif,kritis dan inovatif.Bukan itu
sahaja,konsep I-Think dapat memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan
mampu berdaya saing.

SOALAN 5: HURAIKAN KENAPAKAH TEKNIK PENYOALAN ARAS TINGGI


PENTING KEPADA GURU-GURU YANG AKAN MENGAJAR DI SEKOLAH
NANTI YANG AKAN MENJALANKAN SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS UNTUK MENGAJAR SESUATU SUBJEK?

Teknik menyoal aras tinggi digunakan untuk menggalakkan KBAT. Pada masa kini,
KBAT berasaskan domain kognitif dalam taksonomi bloom iaitu
mengingat,memahami,mengaplikasi,menganalisis,mencipta dan menilai.KBAT juga
mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical,
pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu
data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan
semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai
berfikir secara kritis dan kreatif.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka
peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara
bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada
guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini
semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.
Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka
supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.
Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP
ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa
proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan
murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat
daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang
telah dipelajari.
RUJUKAN

https://www.slideshare.net/TajulddinMuhammad/konsep-kbat-dan-ithink

https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/kbat/1336-
kemahiran-berfikir-aras-tinggi-aplikasi-di-sekolah-2014/file

Anda mungkin juga menyukai