Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

WONG SIEW XIANG


1. Nama Guru
Pengajaran Kemahiran Berfikir-
3. Bidang: Pengetahuan dan
2. Judul Teori dan Amalan
Profesional

4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa: 1 minggu


TIADA
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Mengajar kemahiran berfikir bukanlah suatu perkara baru tetapi sudah termaktub dalam sistem
Pendidikan negara. Malangnya perlaksanaannya tidak meluas dan terhad kepada guru-guru dan
ibu bapa yang peka tentang pentingnya perkembangan daya pemikiran pelajar. Kemahiran
berfikir boleh diperkembangkan dan boleh dipertimbangkan melalui mata pelajaran yang diajar.

Bab 1 :Pentingnya Pengajaran Kemahiran Berfikir


- Pemikiran penting untuk menghadapi cabaran zaman maklumat, menyesuaikan diri
dengan tempat kerja yang sentiasa berubah, dan mengekalkan sistem demokrasi.
- Definisi pemikiran : pertuturan senyap, iaitu bercakap dengan diri sendiri tanpa sebutan.
- Ciri – ciri pemikiran :
a) satu proses mental yang memerlukan pengetahuan
b) melibatkan pengolahan kemahiran – kemahiran mental tertentu
c) ditujukan ke arah penyelesaian masalah
d) tingkah laku dihasilkan
e) merupakan sikap
- Pemikiran berkait rapat dengan tahap penguasaan pembelajaran dan pencapaian.

Bab 2 :Biologi dan Psikologi Pemikiran


- Pengkhususan hemisphera otak :
a) Hemisfera kiri lebih terlibat dalam proses pemahaman bahasa, pengiraan matematik
dan tugas-tugas logikal.
b) Hemisfera kanan lebih bertumpu kepada fungsi-fungsi visuospatial, auditori dan
sintesis.
- Sifat-sifat pemikiran :
a) Pemikiran sebagai cuba jaya : pertalian antara rangsangan dan respons
b) Pemikiran sebagai celik akal : kebolehan memahami bagaimana semua bahagian-
bahagian masalah dapat disepadukan bagi memenuhi syarat- syarat matlamat.
c) Pemikiran sebagai mencari makna : proses mencari skemata atau pengalaman yang
lalu yang sesuai untuk dikaitkan dengan pengalaman atau maklumat baru.
d) Pemikiran sebagai pembentukan konsep : memudahkan individu memahami
persekitarannya serta mengurangkan tekanan kognitif.
e) Pemikiran sebagai pembinaan maklumat : memerhati dan membina pengetahuan
dengan membuat hubung kaitan antara objek, peristiwa atau orang di persekitarannya.
f) Pemikiran sebagai penaakulan deduktif : membuat kesimpulan berdasarkan premis,
pernyataan atau maklumat yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber.
g) Pemikiran sebagai penaakulan induktif : mengemukakan pelbagai jawapan, idea,
kesimpulan dan alternatif yang boleh diterima sebagai betul.
h) Pemikiran sebagai penyelesaian masalah : proses yang melibatkan pergerakan
daripada satu keadaan ke satu keadaan lain dengan pelaksana.

Bab 3 : Program Perkembangan Daya Intelek (P.D.I)


- Program P.D.I ialah suatu usaha ke arah mengoperasikan falsafah pendidikan negara
yang menekankan aspek peningkatan daya intelek pelajar.Tujuannya untuk :
a) mempertingkatkan daya pemikiran pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari.
b) mengajar secara langsung kemahiran berfikir dengan harapan pelajar dapat
memindahkan kemahiran berkenaan kepada pelbagai situasi berlainan.
c) meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari.
d) melatih pelajar supaya lebih sedar tentang cara mereka berfikir.
e) melahirkan sikap yang berkaitan dengan pemikiran yang baik.
- Mempunyai tiga dimensi, iaitu :
a) Kandungan – mata pelajaran sekolah
b) Pelajar – kemahiran berfikir dan sikap berfikir positif
c) Guru – Perancangan, Strategi pengajaran, Penilaian, dan Suasana pemikiran

Bab 4 : Proses dan Kemahiran Berfikir


- Manfaat kegiatan penyelesaian masalah :
a) Melatih kemahiran merancang
b) Memberi peluang mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
c) merangsang pemikiran kritis dan kreatif
d) mempertingkatkan penguasaan bahasa
e) Menggalakkan pemerhatian dan pengujian hipotesis
f) Memperkembangkan keyakinan dan kepakaran
g) Menjadi pembelajaran lebih bermakna dan relevan
- Langkah – langkah penyelesaian masalah :
i) Mengenal pasti masalah
ii) Mendefinisikan masalah
iii) Mencari penyelesaian
iv) Bertindak
v) Menilai kejayaan tindakan
- Langkah – langkah membuat keputusan :
i) Menentukan keputusan yang hendak dibuat
ii) Menyenaraikan Alternatif – alternatif yang mungkin
iii) Memeriksa kebaikan dan keburukan setiap alternatif yang disenaraikan
iv) Memilih satu alternatif
v) Menilai alternatif yang dipilih
- Pemikiran kritis : Kebolehan menilai idea, bukti, cadangan, tindakan dan penyelesaian
- Pemikiran kreatif : Pemikiran yang asli dan kewujudan idea-idea baru

Bab 5 : Strategi Mengajar Kemahiran Berfikir


- Komponen utama kemahiran berfikir :
a) Definisi
b) Syarat – Bila? Bagaimana? Apakah kemahiran lain?
c) Prosedur – Langkah menggunakannya
- Metakognisi ialah fungsi eksekutif yang mengurus dan mengawal bagaimana seseorang
menggunakan mindanya. Tiga kebolehan Metakognisi ialah merancang, mengesan dan
menaksir.
- Strategi yang diketengahkan bagi pengajaran kemahiran berfikir : K.A.D.A.R ( Kenalan –
Ajar – Demonstrasi – Aplikasi – Refleksi)
- Teknik untuk menggalakkan bacaan dan pemikiran :
i) Membuat ramalan
ii) Membaca bab, artikel atau rencana
iii) Membincang dan memberi pendapat

Bab 6 : Guru dan Perkembangan Daya Pemikiran Pelajar


- Ciri – ciri guru berkesan :
i) Dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi
ii) Mempunyai penguasaan isi yang mendalam
iii) Kejelasan penerangan
iv) Model dan melatih pelajar memproses maklumat
v) Membetulkan salah fahaman di kalangan pelajar
vi) Memperkembangkan pengalaman pelajar
vii) Reflektif
- Tingkah laku guru yang merangsangkan pemikiran dalam bilik darjah :
a) Penstrukturan pengajaran – peruntukan masa, jelaskan kepentingan berfikir,
penyusunan bilik darjah
b) Teknik penyoalan – Menyediakan soalan yang merangsang pelajar berfikir
c) Tindak Balas Guru – Elakkan maklum balas negatif ; Menerima, memuji dan
menghurai; masa menjawab soalan yang memadai
d) Tumpuan kepada proses pemikiran
e) Bahasa pemikiran – Menggunakan perkataan berfikir, Arahan yang menggalakkan
berfikir, menggunakan bahasa yang tepat

Bab 7 : Penilaian Kemahiran Berfikir


- Tujuan penilaian kemahiran berfikir ialah untuk menenukan sejauh manakah pelajar :
a) boleh berfikir dalam sesuatu mata pelajaran
b) boleh berfikir dalan konteks di luar mata pelajaran sekolah.
- Langkah-langkah dalam pembinaan alat pengukuran kemahiran berfikir :
i) Tentukan tujuan ujian yang dibina
ii) Mengadakan Jadual Penentu Ujian (JPU)
iii) Pembinaan/Pemilihan soalan-soalan yang sesuai
iv) Penyusunan soalan-soalan bentuk alat pengukuran dan pentabiran
v) Analisis, tafsiran dan pelaporan
- Teknik penilaian yang biasa digunakan : Ujian objektif dan ujian esei
- Ciri – ciri pelajar yang berfikir : Ketekunan, Reflektif, Fleksibel, suka mencari masalah,
mengkaji semula, pengesanan kendiri, mengemukakan masalah, menggunakan
pengetahuan lama dan baru, pemindahan ke situasi lain, dan bahasa yang tepat.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kemahiran berfikir merupakan asas kepada pembelajaran yang berkualiti tinggi. Ini sejajar
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing
pada abad ke-21. Kerjasama dari Ibu bapa, pihak pentabir sekolah dan guru penting dalam
memberikan keadaan pembelajaran yang menggalakkan pemikiran pelajar. Ini selaras dengan
aspirasi yang dikecapi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Menerapkan strategi yang dinyatakan dalam kelas abad ke-21.

2. Menambahkan aktiviti yang menggalakkan pelajar berfikir dalam pengajaran dan


pembelajaran harian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
Wong Siew Xiang John anak Rimbar

Anda mungkin juga menyukai