Anda di halaman 1dari 25

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI
UMAR BIN AHMAD
PENSYARAH
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
IPG KAMPUS PULAU PINANG
Takrif Dan Fungsi Komunikasi
• Berasal daripada bahasa Latin communiacatus
yang bermaksud berkongsi sesuatu.
• Menekankan penyebaran atau pengiriman
mesej.
• Komunikasi merupakan satu proses pertukaran dan
penyebaran pendapat, pandangan atau maklumat
melalui ucapan, tulisan ataupun isyarat.
• Menekankan perkongsian makna.
• Schram (1971) dalam Zawiyah Mohammad
Yusof (2009), mentakrifkan komunikasi sebagai
satu perkongsian orientasi terhadap satu set
isyarat maklumat.
• Roger (1976) dalam Zawiyah Mohammad Yusof
(2009), komunikasi ialah satu proses kerana
kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan
berkongsi makna sesama sendiri dengan tujuan
mencapai persefahaman.
• Komunikasi berlaku sekiranya pihak yang terlibat
bersetuju dan memahami maklumat, isyarat atau
simbol yang disampaikan oleh sesuatu pihak.
• Menekankan aspek tingkah laku.
• Careter (1973) dalam Zawiyah Mohammad Yusof
(2009), menganggap komunikasi sebagai satu
tindakan.
• Satu cara individu mencari dan menyebarkan
maklumat mengenai realiti di sekelilingnya supaya
dapat mengawal perjalanan hidupnya sama ada
secara sendirian ataupun berkelompok.
• Komunikasi adalah satu tingkah laku yang
digerakkan oleh individu untuk mencari dan
menyebarkan maklumat.
• Apabila individu berkomunikasi, ia berusaha
mencari maklumat yang boleh digunakan untuk
mengatasi permasalahan.
• Dengan cara ini, individu mempunyai
gambaran yang tepat mengenai persekitaran
yang perlu dihadapi.
• Menekankan pujukan.
• Hovland (1953) dalam Zawiyah Mohammad
Yusof (2009), komunikasi sebagai proses
penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk
menukar tingkah laku individu lain.
• Keberkesanan komunikasi bergantung sama
ada pada keupayaan mempengaruhi atau
menukar sikap atau tingka laku individu lain
atau tidak.
• Theodorson & Theodorson (1969), dalam Khairuddin
Mohamad (2012), melihat komunikasi dari
perspektif penyebaran
• proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap
atau emosi daripada seseorang dengan
menggunakan simbol-simbol.
• Menurut Emery, Anlt dan Agee (1965),
• komunikasi ialah satu seni menyalurkan maklumat,
idea-idea dan sikap-sikap dari seseorang kepada
seseorang yang lain.
• Satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea
dan fikiran dari seseorang individu kepada individu
yang lain.
• Untuk komunikasi yang berkesan perlu
memberi penekanan kepada perkongsian
makna dan maklum balas.
• Ketiadaan komunikasi berkesan membawa
banyak masalah dalam masyarakat.
• Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui
hubungan baik antara penyampai dan
penerima.
Hubungan baik melalui 4M
• Mengetahui
• mengetahui latar belakang individu penerima yang boleh
memudahkan proses komunikasi.
• Memahami
• memahami minat, nilai dan cara berfikir penerima.
• Menghargai
• Memberikan penilaian yang positif terhadap tingkah laku dan
maklum balas yang diterima daripada khalayak.
• Menghormati
• menghormati pandangan khalayak akan mendorong mereka
mengemukakan hujah-hujah yang berkesan.
Fungsi Komunikasi:

• Sebagai Kendali :
• Fungsi komunikasi sebagai kendali memiliki iaitu
komunikasi bertindak untuk mengendalikan perilaku
orang lain atau anggota dalam beberapa cara yang
harus dipatuhi. 
• Sebagai Motivasi :
• Komunikasi memberikan perkembangan dalam
memotivasi dengan memberikan penjelasan dalam hal-
hal dalam kehidupan kita. 
• Sebagai Pengungkapan Emosional :
• Komunikasi berperanan dalam mengungkapkan
perasaan-perasaan kepada orang lain, baik senang,
gembira, kecewa, tidak suka. dan lain-lainnya. 
• Sebagai Informasi :
• Komunikasi memberikan informasi yang diperlukan dari
setiap individu dan kelompok dalam mengambil
sesuatu keputusan.
Bidang-Bidang Komunikasi

• Intrapersonal
• Interpersonal
• Kumpulan Kecil
• Massa
• Awam
Interpersonal

• Proses interaksi yang melibatkan individu


dengan individu yang lain atau sekumpulan
individu lain.
• Perlu interaksi secara bersemuka atau menerusi
media teknologi yang dapat melahirkan potensi
maklum balas dengan segera.
• Bagaimana dalam konteks PdP di bilik darjah?
Intrapersonal
• Komunikasi berlaku secara dalaman pada diri
individu itu sendiri.
• Data diproses dan ditafsirkan untuk
membolehkan keputusan dibuat.
• Melibatkan pemikiran, perasaan dan cara
seseorang melihat dirinya sendiri. Setiap individu
memegang dua peranan, iaitu sebagai sumber
dan penerima. Mesej terdiri daripada pemikiran
dan perasaan yang diproses oleh atak. Maklum
balas pula boleh jadi dalam bentuk bercakap
sendiri, mengeluh, menjerit atau menolak idea.
• Tumpuan kepada proses pemahaman ingatan
yang diterima oleh pancaindera manusia.
• Melibatkan proses perolehan maklumat yang
merangkumi 4 tahap iaitu:
• Sensasi –
» proses pencerapan informasi melalui panca indera.
• Persepsi –
» mentafsir pengamatan dan buat kesimpulan berdasarkan
pengalaman sedia ada. 
• Memori –
» proses penyimpanan informasi.
• Berfikir –
» aktiviti mengingat kembali dan bertindak atas informasi.
Massa
• Komunikasi sehala yang melibatkan seorang komunikator
dengan audiens/khalayak yang sangat ramai.
• Penggunaan saluran-saluran tertentu bagi menyebarkan
mesej seperti media cetak, elektronik, dan sebagainya.
• Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi
dan menghibur.
• Komunikasi massa sebagai suatu proses melalui mana
komunikator-komunikator menggunakan media untuk
menyebarluaskan pesan-pesan secara luas dan terus-
menerus menciptakan makna-makna serta diharapkan
dapat mempengaruhi khalayak yang besar dan beragam
dengan melalui berbagai-bagai macam cara.
• Komunikasi massa adalah suatu proses dengan
mana organisasi-organisasi media memproduksi
dan mentransmisikan pesan-pesan kepada
publik yang besar, dan proses di mana pesan-
pesan itu dicari, digunakan, dimengerti, dan
dipengaruhi oleh audiens/khalayak.
• Ini bererti, proses produksi dan transmisi pesan
dalam komunikasi massa sangat dipengaruhi
kepentingan khalayak.
• (Stephen W.  Littlejohn.Theories of Human Communication. Belmont :
Wardsword Publishing. 1999. hal 562)
Komunikasi Awam/Khalayak
• Komunikasi awam melibatkan komunikasi
seorang komunikator dengan sejumlah besar
pendengar atau dengan rujukan lain sering
disebut sebagai khalayak.
• Biasanya bersifat sehala.
• Berguna untuk memberitahu, memujuk,
mempengaruhi dan menghibur.
• Pengucapan awam yang bersifat informatif
• Dalam komunikasi bentuk ini, khalayak terdedah
dengan pengetahuan serta maklumat semasa
atau kemahiran-kemahiran baharu yang membolehkan
individu meningkatkan daya penjanaan
wang sampingan misalnya.
• Khalayak dapat menikmati pengucapan awam begini di
kampus universiti, ceramah agama di masjid, kempen
keselamatan, bengkel kemahiran dan sebagainya.
• Pengucapan awam yang bersifat persuasif
• Pengucapan jenis persuasif bermatlamat untuk
mempengaruhi dan mengubah sikap khalayak.
• Oleh yang demikian kita sering dapat
mendengar pengucapan awam seperti ini
dalam ceramah parti politik atau kempen
syarikat semasa mempromosi barangan baharu
keluaran mereka.
Komunikasi Kumpulan Kecil
• Komunikasi dua hala yang melibatkan
kumpulan terdiri daripada tiga hingga dua
belas orang ahli.
• Penting untuk berkongsi maklumat,
mendapatkan idea, menyelesaikan masalah
dan bantu membantu. Misalnya, dalam
mesyuarat atau sesi kaunseling kelompok
• Saiz kumpulan yang sesuai:
• Agak sukar mengawal kumpulan yang terlalu besar
kerana boleh memberikan kesan terhadap proses
- proses interaksi yang berlaku.
• Maka, saiz kumpulan yang sederhana dalam jumlah
lima hingga tujuh orang adalah sesuai dan biasanya
merupakan jumlah yang memadai bagi proses interaksi
yang baik.
• Tingkat interaksi:
• Kekerapan interaksi membantu meningkatkan
persefahaman yang lebih tinggi dalam kalangan
ahli kumpulan.
• Peranan ahli:
• Setiap ahli kumpulan yang memainkan peranan dan
melaksanakan amanah yang mereka
terima memberikan nilai yang sangat penting. Kejayaan
peranan yang mereka mainkan menyumbang
kepada kejayaan menyeluruh operasi kumpulan.
• Kesepakatan:
• Apabila menghadapi kebuntuan untuk membuat
keputusan tentang sesuatu perkara, setiap ahli
kumpulan tetap berusaha mencapai kata sepakat yang
boleh diterima semua dan akur bagi kebaikan
kumpulan.
• Faham matlamat yang perlu dicapai:
• Apabila ahli kumpulan dapat memahami dan
meyakini sesuatu matlamat, maka mudahlah
membina kesepakatan dan seterusnya
mengekalkan sinergi dalam kumpulan.
• Kualiti kerjasama ahli akan lebih terserlah
dengan pemahaman yang jitu tentang
matlamat yang perlu dicapai.

Anda mungkin juga menyukai