Anda di halaman 1dari 35

GKB 1053

KEMAHIRAN BELAJAR

EN.KHAIRUDIN B.
SAIDIN
0197998142
khairudinsaidin@yahoo.com
MAKLUMAT KURSUS

• NAMA KURSUS : KEMAHIRAN BELAJAR


• KOD KURSUS : GKB 1053
• KREDIT : 3 (2 JAM KULIAH + I JAM TUTORIAL)
• TEMPOH INTERKASI : 45 JAM INTERAKSI

• STRATEGIK PELAKSANAN : 18 JAM INTERAKSI FIZIKAL + 27 JAM


INTERAKSI TIDAK SEGERAK
1

1 PENGENALAN
KEMAHIRAN BELAJAR
Konsep Kemahiran Belajar

❑ Kemahiran belajar didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan,


atau kebolehan seseorang memperoleh pengetahuan dan
perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman individu itu
berinteraksi dengan persekitaran.
❑ Kemahiran belajar mampu mendorong pelajar untuk berusaha
mengatasi kelemahan serta memanfaatkan kelebihan atau
kekuatan dalam memaksimumkan tahap pencapaian dalam
pelajaran.
❑ Kemahiran belajar boleh digunakan untuk memproses maklumat
yang membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 5
Kepentingan Kemahiran Belajar

❑ Memudahkan pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik


dan bermakna.
❑ Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa
meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang
hayat.
❑ Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam
pelbagai situasi.
❑ Memupuk disiplin kendiri pelajar.
❑ Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
❑ Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 6
Kepentingan Kemahiran Belajar

❑ Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.


❑ Meningkatkan daya ingatan pelajar.
❑ Mencungkil serta mengasah bakat dan potensi pelajar.
❑ Membantu pelajar memperoleh kemahiran membuat rujukan
daripada pelbagai sumber media.
❑ Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan
seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang
hayat.
❑ Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan
masa dengan sebaiknya.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 7
Komponen Kemahiran Belajar

❑ Tanggungjawab utama untuk kejayaan akademik semasa


belajar di pusat pengajian tinggi adalah terletak pada diri
pelajar itu sendiri.
❑ Pengendalian pembelajaran kendiri memerlukan pelbagai
kemahiran peribadi untuk menguruskan pembelajaran kendiri
sehingga berjaya.
❑ Pelajar perlu memahami komponen-komponen kemahiran
belajar yang diperlukan demi memastikan matlamatnya
berada di landasan yang betul serta mendapat gambaran
untuk melakukan pembelajaran itu dengan baik.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 8
Komponen Kemahiran Belajar

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 9
1. Pengurusan Pembelajaran

❑ Tuliskan semua tugasan di dalam buku perancangan atau agenda.


❑ Tetapkan senarai “To Do List” demi memastikan setiap tugasan
dapat disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan serta
memastikan tiada tugasan yang gagal disempurnakan.
❑ Gunakan kalendar untuk menandakan projek jangka panjang, kuiz,
ujian serta peperiksaan.
❑ Wujudkan rangkaian kenalan yang boleh membantu apabila anda
memerlukannya.
❑ Pelajar haruslah sentiasa teratur dan bermotivasi sepanjang kursus
pengajian, terutama bagi tempoh pengajian yang panjang.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 10
2. Pengurusan masa

Untuk menguruskan masa agar sentiasa teratur, pelajar perlu:


❑Membuat senarai yang singkat (lebih kurang 15 minit) untuk
setiap tugasan.
❑Membina stamina dari semasa ke semasa agar tugasan dapat
dilaksanakan dengan lancar.
❑Mendahulukan tugasan yang paling sukar.
❑Memberikan ganjaran kepada diri sendiri dengan aktiviti
kegemaran setelah tugasan diselesaikan.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 11
3. Gaya belajar

Secara umumnya, gaya belajar terbahagi kepada


tiga, iaitu:
❑Pelajar gaya kinestetik—mempunyai kemahiran
psikomotor yang baik serta memerlukan masa
rehat yang singkat antara tugasan; kemahiran
komunikasi yang baik serta mampu bekerjasama
dengan baik dalam kumpulan belajar; lebih
berminat kepada projek, kuiz dan ujian.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 12
❑ Pelajar gaya visual—mampu menggambarkan
cerita dan peristiwa daripada visual yang dilihat
tetapi mudah lupa butiran terperinci perkara
tersebut; lebih suka memendekkan bahasa
untuk mengingati kandungan pelajaran;
berminat menggunakan pengurusan grafik
dalam pembelajaran.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 13
❑ Pelajar gaya auditori—memahami kandungan
pembelajaran melalui proses mendengar dan
bercakap seperti dalam situasi kuliah dan
perbincangan kumpulan; menggunakan teknik
pengulangan sebagai cara untuk mengingat;
sering bertanyakan soalan untuk penjelasan;
berminat memilih buku teks dan novel audio
sebagai bahan pembelajaran.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 14
4. Membaca dan berfikir

Sewaktu belajar, anda perlu banyak membaca bahan rujukan


bermaklumat sambil berfikir dengan berkesan untuk
mendapatkan informasi, pengetahuan dan fakta mengenai
sesuatu perkara. Pembacaan dengan tujuan bermaksud:
❑Membuat ulang kaji tugasan.
❑Memberikan perhatian kepada gambar, kapsyen, grafik, graf dan
carta.
❑Membaca kandungan bab sambil mencatat kata kunci.
❑Merumuskan idea utama secara lisan atau bertulis.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 15
5. Penyertaan aktif di dalam
kelas

Penyertaan aktif di dalam kelas merujuk ciri-ciri yang berikut:


❑Bersedia untuk belajar dari aspek fizikal dan mental.
❑Membaca tajuk pelajaran terlebih dahulu sebelum dibincangkan
di dalam kelas.
❑Menyediakan soalan untuk ditanyakan kepada guru bagi
mendapatkan sebarang penjelasan.
❑Sentiasa berkongsi maklumat dan berinteraksi di dalam kelas.
❑Melibatkan diri dalam semua projek kumpulan dan aktiviti
pasukan.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 16
6. Mengambil Nota

❑ Pengambilan nota amat penting untuk memahami konsep utama,


pengekalan maklumat dan penerangan mengenai suatu topik yang
kurang jelas. Pelajar digalakkan untuk mengambil nota dalam
pembelajaran.
❑ Aktiviti mengambil nota dapat memupuk pelajar terlibat secara
kreatif dalam pembelajaran dan membantu mereka untuk
meningkatkan pencapaian akademik (Allen & Reeson, 2008).
❑ Pengambilan nota dianggap sebagai alat pembelajaran yang
berkesan terhadap prestasi pembelajaran (Kobayashi, 2005).
❑ Nota yang berkesan membolehkan pelajar mengingati apa yang
telah dibaca dan didengar ketika pembelajaran.
❑ Selain itu, pelajar mungkin perlu membuat nota daripada
pembacaan, kuliah atau seminar.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 17
7. Refleksi

❑ Pelajar perlu melakukan refleksi terhadap strategi persediaan


pembelajaran.
❑ Pelajar hendaklah mengenal pasti bahagian proses
kemahiran belajar yang berfungsi dengan baik serta
bahagian yang masih memerlukan kerja tambahan.
❑ Pelajar juga perlu menyemak keputusan ujian sama ada
bertambah baik atau sebaliknya selari dengan peningkatan
usaha yang telah dilakukan.
❑ Hal yang perlu diingat oleh pelajar ialah kemahiran belajar
memerlukan latihan, usaha dan masa.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 18
8. Kemahiran Abad ke-21

❑ Kemahiran abad ke-21 ialah satu kebolehan yang perlu


diperkenalkan kepada para pelajar bagi menjamin keupayaan
mereka dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran selari dengan
perkembangan teknologi maklumat pada masa ini.

❑ Berikut ialah kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh para


pelajar:
(a) Kemahiran 4C’s
(i) Pemikiran Kritikal: Pemikiran kritis dan mencari penyelesaian kepada
masalah
(ii) Kreativiti: Berfikir di luar kotak
(iii) Kolaboratif: Bekerjasama dengan orang lain
(iv) Komunikasi: Berkomunikasi dengan orang lain
SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 19
(b) Keterampilan literasi digital—memberikan
tumpuan kepada literasi maklumat, literasi
media serta literasi teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Pelajar perlu mengetahui
cara untuk menentukan sumber yang boleh
dipercayai dan memisahkannya daripada
maklumat yang salah yang membanjiri Internet.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 20
(c) Kemahiran kerjaya dan kehidupan—fokus
kepada sifat peribadi dan profesional dalam
kehidupan seharian pelajar dengan memberi
tumpuan kepada hala tuju kendiri, interaksi
sosial, produktiviti dan akauntabiliti.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 21
Ciri-ciri Pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG)

❑ Persekitaran pembelajaran ditakrifkan sebagai segala yang


berlaku di sekeliling seperti kelas, jabatan, fakulti atau
universiti (Al-Rukban, Khalil, & Al-Zalabani, 2010).
❑ Persekitaran pembelajaran juga merujuk lokasi fizikal,
konteks dan budaya yang menjadi tempat pembelajaran para
pelajar.
❑ Istilah ini merangkumi budaya sekolah atau kelas dan ciri-ciri
kepemimpinannya, termasuk cara pelajar berinteraksi dan
bergaul antara satu sama lain, serta cara untuk
menganjurkan suasana pendidikan bagi memudahkan
pembelajaran.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 22
Ciri-ciri Pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG)

❑ Berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang wujud di Institut Pendidikan


Guru:
(a) Persekitaran yang terbuka
Pelajar mengalami persekitaran pembelajaran yang terbuka dan tidak
formal antara pensyarah dengan rakan-rakan. Pendekatan
pembelajaran yang lebih bersifat kolaboratif yang mana pelajar
dihormati sebagai rakan sekerja dan pendapat mereka dihargai dan
mendapat galakan daripada rakan-rakan yang lebih
berpengalaman. Pendekatan ini menggalakkan dialog dan
kerjasama antara pelajar dengan pensyarah serta mewujudkan
peluang untuk mencipta atau mengemukakan idea dan inovasi
baharu.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 23
Ciri-ciri Pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG)

(b) Pendidikan berpusatkan pelajar


Terdapat banyak sokongan dari segi pedagogi dalam pendidikan
berpusatkan pelajar. Pensyarah sedia mempersiapkan diri mereka
untuk membantu pelajar dan memastikan pelajar memahami
sepenuhnya kandungan kursus. Kaedah ini merujuk tumpuan para
pelajar untuk membolehkan mereka membangunkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kemahiran menganalisis, kemahiran penyelidikan
bebas, kerja kumpulan, penyelesaian masalah dan kemahiran
kepemimpinan sebagai persediaan mereka untuk menempuh alam
pekerjaan.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 24
Ciri-ciri Pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG)

(c) Kerja kursus


Kerja kursus terdiri daripada yang berikut:
(i) Projek merujuk kerja kursus yang melibatkan satu set aktiviti yang
berkait dengan hasil pembelajaran pelajar.
(ii) Ujian amali dilaksanakan bagi kursus yang berteraskan kemahiran
dengan tujuan untuk mengukur kebolehan pelajar dalam
mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dari aspek penguasaan
kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan sikap
semasa ujian atau proses penghasilan produk.
(iii) Ujian akhir kursus dilaksanakan bagi tujuan menguji penguasaan
pelajar dalam pelajaran yang diperoleh secara teori bagi setiap kursus.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 25
Ciri-ciri Pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG)
(d) Kuliah
Bentuk pengajaran secara syarahan kepada kumpulan lebih daripada 20 orang
pelajar merupakan pendekatan pengajaran yang menggunakan strategi
pembelajaran berpusatkan guru. Bagi sesetengah kursus terutamanya dalam
bidang pendidikan, tempoh masa adalah sebanyak 4 jam kuliah rasmi pada
setiap minggu termasuk tutorial, manakala kursus generik, mempunyai masa 3
jam seminggu termasuk tutorial.

(e) Tutorial
Merupakan pendekatan pengajaran yang menggunakan strategi pembelajaran
berpusatkan pelajar. Dalam sesi tutorial pelajar akan mendapat perhatian dan
bimbingan yang intensif daripada pensyarah. Biasanya aktiviti yang dijalankan
dalam sesi tutorial adalah seperti perbincangan lanjutan tentang sesuatu topik
kuliah, input tambahan daripada pensyarah, pembentangan hasil tugasan serta
penilaian terhadap aktiviti pembentangan dan penglibatan pelajar.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 26
Ciri-ciri Pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG)

(f) Kajian tindakan


Kajian tindakan merupakan bentuk penyelidikan yang perlu dilaksanakan oleh
setiap pelajar IPG bagi melengkapkan kursus mereka. Pelajar akan melalui
proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik
supaya mereka boleh menilai, menambah baik dan memantapkan proses
membuat keputusan dan amalan.

(g) Kerja berkumpulan


Kerja kumpulan ialah tugasan untuk pelbagai program ijazah di IPG.
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan kerja berpasukan (kumpulan kecil)
dalam kalangan pelajar, merentasi budaya yang berbeza di dalam kelas, dan
juga untuk membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah dan
kepemimpinan. Kerja kumpulan merupakan aspek penting dalam pengalaman
pembelajaran untuk mensimulasikan keadaan sebenar yang perlu ditempuh di
tempat kerja.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 27
Ciri-ciri Pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG)
(h) Pemikiran kritikal dan kebebasan berfikiran
Pemikiran kritikal dan kebebasan fikiran ialah tonggak kehidupan akademik di IPG. Hal ini
bermaksud, pelajar berupaya menilai maklumat mengenai topik yang berbeza dan untuk
membentuk pendapat yang bebas dan berpengetahuan; meneliti dan mempersoalkan
kepercayaan yang kadang-kadang diambil begitu sahaja; menyemak pendapat
berdasarkan bukti atau pengetahuan baharu; memberi dan menerima kritikan secara
membina dan murah hati, serta kesediaan untuk terlibat dalam perbincangan dengan
rakan-rakan dan belajar daripada orang lain.

(i) Pembelajaran dalam talian


IPG turut memperkenalkan pembelajaran dalam talian. Kaedah ini memberikan situasi
yang lebih fleksibel kepada pelajar bagi memilih masa dan tempat untuk menyiapkan
tugasan. Semua bahan pembelajaran, penghantaran kerja kursus, perbincangan sesama
pelajar dan pensyarah berlaku dalam talian. Melalui sistem ini, pelajar dapat mengakses
bahan pembelajaran, menonton syarahan dan melibatkan diri dalam perbincangan dalam
talian sama ada dari asrama atau di mana-mana sahaja. Sebahagian kursus melibatkan
kerja kumpulan bagi tujuan menggalakkan kerjasama pasukan dan interaksi dengan
pelajar lain.
SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 28
Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self-regulated Learning)

❑ Pembelajaran Regulasi Kendiri atau Self-Regulated Learning (SRL) ialah proses


pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat
pembelajaran, memilih alat bantu belajar dan menggunakannyadalam
pembelajaran. Selain itu, SRL membantu pelajar untuk mengkaji dan menilai
pendekatan pembelajaran serta hasil usaha mereka untuk memperoleh pemahaman
yang lebih mendalam tentang sesuatu pembelajaran.
❑ Sebab-sebab pelajar perlu SRL adalah untuk tujuan yang berikut:
(a) Meningkatkan pencapaian dalam akademik.
(b) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
(c) Memberikan penghargaan intrinsik.
(d) Meningkatkan dan memperluas pemahaman dan ilmu pengetahuan.
(e) Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
(f) Memupuk sikap yang terpuji dan keterampilan diri sendiri.
(g) Menilai halangan yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang diperlukan.
(h) Memupuk sikap berdikari dalam diri pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran
secara efektif.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 29
Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self-regulated Learning)

❑ Menurut Zimmerman (2000) terdapat tiga fasa yang menentukan keberkesanan dalam
proses pembelajaran regulasi kendiri seperti yang dijelaskan berikut:
(a) Fasa Pemikiran (Forethought Phase)
Pelajar menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai
kejayaan dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi
pembelajaran.
(b) Fasa Pelaksanaan (Perfomance Phase)
Pelaksanaan tugas yang dirancang oleh para pelajar, memantau perkembangannya
serta menggunakan beberapa strategi kawalan diri secara kognitif dan bermotivasi
menyelesaikan tugas.
(c) Fasa Refleksi Kendiri (Self-Reflection Phase)
Pelajar membuat penilaian terhadap prestasi mereka ke arah matlamat akhir. Mereka
membuat penilaian terhadap pelaksanaan, kejayaan atau kegagalan tugasan mereka.
Penilaian ini menghasilkan reaksi dalam diri mereka yang boleh memberikan kesan
positif atau negatif dalam diri pelajar ketika menyelesaikan tugasan.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 30
Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self-regulated Learning)

❑ Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa berjaya


kerana mereka mengawal tindakan terhadap matlamat
pembelajaran (Perry, Philips & Hutchinson, 2006).
❑ Pembelajaran regulasi kendiri seharusnya diaplikasikan
dalam tiga fasa pembelajaran yang berbeza, iaitu fasa
pertama, semasa pembelajaran awal; fasa kedua,
ketika mengatasi masalah yang dihadapi semasa
pembelajaran; dan fasa ketiga adalah ketika mengajar
orang lain (Palincsar & Brown, 2009).

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 31
Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self-regulated Learning)

Terdapat tujuh elemen dalam proses pembelajaran regulasi kendiri, iaitu:


(a) Motivasi kendiri
Pelajar mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan pembelajaran
dengan berkesan. Motivasi tersebut mestilah atas kehendak diri sendiri
berbanding dengan pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan. Pelajar
akan mempunyai motivasi kendiri hanya dengan adanya keyakinan kendiri
(self-efficacy) yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyelesaikan
tugasan pembelajaran dengan baik.
(b) Merancang
Pelajar mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada
bagi tugas pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan
pembelajaran dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk
mencapai matlamat mereka.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 32
Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self-regulated Learning)

(c) Pengawalan tumpuan


Pengawalan dalam pembelajaran regulasi kendiri merujuk tumpuan
yang maksimum terhadap tugasan pembelajaran. Pelajar regulasi
kendiri cuba memfokuskan tumpuan mereka terhadap isi pelajaran dan
berusaha untuk tidak hilang fokus.
(d) Aplikasi strategi pembelajaran
Pelajar memilih dan menggunakan strategi pembelajaran untuk
memproses bahan yang dipelajari. Pelajar regulasi kendiri memilih
strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang
ingin dipenuhi.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 33
Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self-regulated Learning)

(e) Menetapkan matlamat


Mengenal pasti pengakhiran untuk aktiviti pembelajaran. Pelajar
pembelajaran regulasi kendiri mengetahui tentang tugasan yang perlu
diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca. Mereka mungkin
mahu mencari dan mempelajari fakta dengan lebih spesifik,
mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau
hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan
ujian di bilik darjah.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 34
Pembelajaran Regulasi Kendiri
(Self-regulated Learning)

(f) Pemantauan kendiri


Pemantauan kendiri dilakukan dari semasa ke semasa menyemak
untuk melihat sama ada perkembangan berlaku untuk mencapai
matlamat. Pelajar perlu sentiasa memantau perkembangan mereka
semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran
atau memodifikasi matlamat mereka jika perlu.
(g) Penilaian kendiri
Pelajar menilai hasil terakhir daripada usaha sendiri. Pelajar
pembelajaran regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang
dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan.

SPG Kemahiran Belajar All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2019 1– 35

Anda mungkin juga menyukai