Anda di halaman 1dari 11

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta saya, Encik Raffae Hj Musleh dan Puan Dayang Kalsum Bahrin
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Sekali lagi sayang ingin mengucapkan ribuan terima kasih.saya doakan semoga kita
memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

1
1.0 Pengenalan

Kemahiran belajar merujuk kepada belajar cara pembelajaran yang berkesan.


Kemahiran ini membolehkan kita untuk belajar dengan lebih cekap. kemahiran ini
hendaklah dikuasai dan sentiasa diamalkan bagi memudahkan kita membuat nota
dan mengingat maklumat dalam tempoh masa yang lama. Dalam kemahiran belajar
kita akan mempelajari cara mentafsir maklumat, mengatasi dan mengingat semula
maklumat.Kemahiran belajar merupakan satu asas penting bagi setiap manusia tidak
kira pelajar mahupun seorang suri rumah. Secara holistiknya, kemahiran belajar
mampu menjadi aset untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

2.0 Konsep kemahiran belajar

Belajar kemahiran belajar merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik


belajar secara efektif adanya guru dan tiada guru. Pelajar perlu menguasai
kemahiran belajar supaya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan supaya
kita dapat berusaha untuk mengatasi kelemahan diri dengan memanfaatkan
kelebihan dan kekuatan kita kepada tahap yang maksimum. Antara konsep
kemahiran belajar ialah merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan penghafalan.
Setiap pelajaran perlu menggunakan kaedah penghafalan yang berkesan supaya
maklumat mudah diingati. Selain itu, mengumpul maklumat penting dan membuat
rujukan kerana banyak fakta dan imput yang baru diperoleh.

Menurut, Selmes pada tahun 1987 menyatakan bahawa Kemahiran Belajar


adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai,
memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran
belajar bererti kebolehan atau kecekapan yang patut dikuasai oleh setiap pelajar
agar membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara
kendiri serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Menurut Kamus Dewan pada tahun 1996 ‘Kemahiran’ ditakrifkan sebagai


kecekapan dan kepandaian. ‘Belajar’ pula diertikan sebagai ‘usaha untuk
memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu atau menjalani latihan’ dan
sebagainya. Daripada definisi ini dapat disimpulkan bahawa kemahiran belajar
adalah kecekapan dan usaha gigih untuk memperolehi ilmu pengetahuan.
Kemahiran belajar amat penting demi memastikan perkara yang diajar dapat
difahami oleh pelajar.

2
Komponen Kemahiran Belajar

Pengurusan
Pembelajaran
Kemahiran
Abad ke- Pengurusan
21 masa

Komponen
Kemahiran Gaya
Refleksi belajar
Belajar

Mengambil Membaca
nota dan berfikir
Penyertaan
aktif di dalam
kelas

Komponen Kemahiran Belajar

3.0 Konsep Mengambil Nota dan Mencatat Nota


Nota yang menarik, tersusun secara sistematik dapat meningkatkan daya ingatan
kita dan keberkesanan dalam proses pembelajaran. Hasil daripada kajian yang
dijalankan menunjukkan bahawa pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas
kuliah dapat mengingat 90% hingga 100% daripada topik yang didengar manakala
pelajar dan yang tidak mencatat nota dan tidak belajar 80% melupai apa yang
dipelajari. Hasil kajian oleh G.staley menunjukkan bahawa orang yang membaca
nota mengingat 10% berbanding dengan orang yang menyalin nota dapat mengingat
65% hasil notanya. Antara kemahiran mencatat yang boleh digunakan dalam
membuat nota ialah anotasi(Annotation), nota ringkasan(Outline note), nota

3
jalur(Column note) dan nota rumusan. Anotasi(annotation) merupakan nota yang
ditulis dalam bentuk kerangka isi penting. Anotasi bertujuan untuk mengenal pasti
kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan. Nota bentuk anotasi biasanya
menggunakan highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang
dinyatakan.Nota ringkasan(outline notes) pula adalah nota yang disediakan dalam
bentuk mata(point) dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan, point
dan subpoint, frasa dan kata kunci, tajuk besar dan tajuk kecil serta indentation.
Seterusnya, Nota lajur(column notes) merujuk kepada cara meembuat nota
menggunakan format berbentuk lajur. Nota lajur merupakan kaedah yang sangat
sesuai digunakan untuk subjek Sains dan Matematik. Kaedah ini untuk
mengklasifikasikan sesuatu supaya mudah difahami. Nota rumusan adalah nota
yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca
atau yang didengar. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah
diringkaskan dan ditulis dalam perenggan dan lebih berfokus kepada isi penting.
Nota ini boleh dibaca dan diringkaskan dengan ayat sendiri.

4.0 Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota

Alat berfikir merupakan instrumen untuk memudahkan kita mengunakan minda kita
dengan sistematik dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea dan
maklumat ita mudah disusun, jelas dan mudah difahami.

Pengurusan Grafik

Pengurusan Grafik merupakan perkara alat berfikir yang digunakan menterjemah


perkara yang difikir di dalam minda proses berfikir secara eksplisit. Dengan
pengertian yang lain merupakan pemetaan atau corak penyusunan maklumat ke
dalam bentuk visual seperti corak, simbol dan seumpama untuk kita memahami
perkaitan, percanggahan, pemisah atau hierarki sesuatu perkara yang dikaji.

Peta Minda

Peta minda adalah kaedah mengingat yang berkesan untuk mendapatkan semula
maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.
Selain itu, membantu anda untuk meningkatkan kecerdasan dan mempunyai

4
kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman diri sendiri. Terdapat
beberapa jenis peta minda iaitu jenis pokok, jenis alir, jenis kitaran dan peta jenis
tulang ikan dan jenis cabang. Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun
dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan
berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti kajian-kajian lepas yang
dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan Ong (2007),
menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda dalam
pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik.

Contoh Peta Minda

Pemetaan I-Think

THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.Pemetaan I-Think
mempunyai lapan bentuk peta pemikiran iaitu jenis peta pemikiran ialah peta bulat,
peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir
dan peta titi.

5
Rajah Contoh Peta i-THINK

Teknik Menyoal Aras Tinggi(KBAT)

Kemahiran menyoal merupakan alat perkembangan minda yang paling penting bagi
manusia.menurut Kindsvatter pada tahun 1992 sekiranya soalan yang ditanya
berasaskan kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi. Oleh
itu untuk meningkatkan kemahiran belajar kritis dan kreatif KBKK, soalan yang
beraras tinggi harus diperkembangkan. Taksonomi soalan boleh berbentuk aras
tinggi dan aras rendah dan soalan bertumpu atau bercapah. Kebolehan mengingat
dan dan memahami merupakan asas kemahiran Berfikir aras Rendah (KBAR).
Seterusnya, keupayaan mengaplikasai, menganalisis , menilai dan mencipta
merupakan asas kemahiran Berfikir aras tinggi (KBAT)

6
Rajah Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Implikasi Alat Bantu Belajar Dalam Membantu Proses Pembelajaran

Menurut kajian telah banyak menunjukkan keberkesanan penggunaan alat-alat


berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran malah peratusan keberkesanan tersebut
dapat dItingkatkan lagi sekiranya teknik pengajaran dan pembelajaran diperbetulkan
agar dapat mencapai keberkesanan yang optimum. Dalam suatu kajian oleh Rusilah,
Yusminah, Nur’ Ashiqin, Isamudin dan Siti Arba’iah (2005) dari Kolej Matrikulasi
Melaka mendapati keputusan kuiz 1 yang telah dijalankan menunjukkan keputusan
yang kurang memberangsangkan. Oleh itu, mereka memperkenalkan penggunaan
peta minda bagi meningkatkan pemahaman terhadap konsep matematik serta
membantu mereka dalam menjawab soalan matematik dalam kuiz dan ujian
seterusnya. Keputusan mendapati terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian,
kuiz kedua dan peperiksaan akhir. Kajian Laura (2011) turut mendapati sebanyak
69% daripada penggunaan peta pemikiran telah berjaya meningkatkan keupayaan
pelajar dalam membanding beza.

Selain itu, kebolehan pelajar dapat diperkembangkan melalui kemahiran Berfikir


Aras Tinggi (KBAT). Para pelajar akan dapat menilai dan mengukur pembelajaran
yang telah dikuasai. Secara tidak lansung dapat membantu menjadikan mereka lebih
produktif dan berdaya saing. Hal ini dapat meningkatkan kefahaman dan
mengukuhkan terhadap pembelajaran mereka.

Cadangan Penambahbaikan

Alat bantu belajar ini banyak membantu pelajar dalam membuat nota.Namun
pembanggunan alat bantu belajar hendaklah dilakukan untuk mengatasi kelemahan
dalam alat bantu belajar sedia ada. Antara cadangan alat-alat bantu belajar yang
boleh dipraktikkan ialah menambahkan warna yang menarik perhatian pada nota

7
yang dibuat menggunakan “highlighter” bagi isi penting dalam nota. Nota akan
menjadi lebih menarik serta memupuk minat pelajar untuk membaca nota serta
dapat memudahkan mereka mengingat semula kata kunci dalam nota.

Membuat nota ringkas dengan menggunakan bahasa sendiri. Jika hanya


membaca dan menghafal sesuatu fakta, mungkin otak kita lambat untuk
mengingatkan kembali ketika menjawab peperiksaan. Daripada nota ringkas dan
menarik, ia akan memperkuatkan lagi daya ingatan kita tentang sesuatu tajuk yang
kita pelajari. Cadangan seterusnya ialah nota gambar rajah dapat memberikan
gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari. Kaedah ini dapat
membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji. Gambar rajah atau
carta penting, bolehlah disalin daripada nota , buku teks atau buku rujukan.

Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik .
Teknik gambar rajah ini bebas mengikut kreativiti sendiri.

Usaha penambahbaikan yang dicadangkan ialah formula akronim. Bagi pendapat


saya formula ini membantu kita untuk mengingat fakta-fakta penting dengan lebih
mudah dimana kita hanya menghafal huruf awal dan menukar mengguna suku kata
baharu yang lebih menarik dan mudah diingati. Sebagai contoh urutan warna pelangi
merah, jingga, kuning, hijau, biru, Indigo dan ungu. Huruf awal bagi semua warna
ialah M,J.K.H.B,I,U. Seterusnya menjadikan sambungan huruf awal itu kepada satu
ayat mudah seperti ” Mak Jah Ke Hutan Bawa Ikan Ulam”. Hal ini boleh
ditambahbaikan dalam alat bantu belajar kerana ia berkesan dalam membantu
pelajar untuk menghafal.

RUMUSAN

Tuntasnya, belajar kemahiran belajar ini banyak membantu saya sebagai seorang
bakal guru dimana ia kerana amat membantu proses pembelajaran dan pelajaran
saya. Penggunaan alat bantu belajar dalam kemahiran belajar ini membantu saya
dalam membuat nota.Catatan nota yang baik dapat meransang pemikiran saya untuk
memperoleh ilmu yang baru. Selain itu, teknik ini membantu saya menggunakan
minda dengan lebih baik, sistematik dan berkesan. Oleh itu, alat bantu belajar ini

8
merupakan salah satu usaha pembanggunan dalam dunia pendidikan belajar demi
membantu pelajar dan juga para pencinta ilmu bagi memudahkan mereka
merancangan pembelajaran dengan mudah.

9
Rujukan

Academia edu (2019). Gaya pembelajaran dimuat turun dari laman web :

https://www.academia.edu/11670837/KEMAHIRAN_BELAJAR_GKB_1053

Carian umum (2010). Alat bantu belajar dimuat turun dalam laman web:

http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf

Carian umum (2016).Kemahiran mengambil dan membuat nota dimuat turun dalam
laman web:

https://sites.google.com/site/hanisahredh/bab-5-kemahiran-mengambil-dan-
membuat-nota

Carian umum (2017). Alat berfikir dimuat turun dalam laman web:

https://diyanasir.wordpress.com/2017/10/04/alat-berfikir/

Carian umum (2005). Definisi kemahiran belajar dimuat turun dalam laman web:

http://iptarlearningskills.blogspot.com/2015/09/definisi-kemahiran-belajar.html

Dr. Syed Ismail Syed Mestapa. Kemahiran Belajar. Petaling Jaya. Sasbidi Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2017). Edisi keempat. Kuala lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Wong Kiet Wah. (2019). Kemahiran Belajar . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

10
11

Anda mungkin juga menyukai