Anda di halaman 1dari 3

Analisis Kemahiran Bernilai Tambah Dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran, satu garis panduan telah dibina dengan

menjadikan pembelajaran menjadi lebih menarik. Salah satu elemen yang perlu ada ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku ialah kemahiran bernilai tambah. Kemahiran ini diterapkan di dalam pembelajaran bahasa Melayu supaya dapat mendidik murid-murid menjadi lebih yakin dan dan bermotivasi dalam menempuhi alam kehidupan yang mendatang yang tentunya dijanjikan dengan cabaran yang lebih hebat. Di dalam kemahiran bernilai tambah ini terdapat tujuh perkara yang dipertengahkan. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi malumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Namun begitu tidaklah semua kemahiran bernilai tambah ini perlu ada dalam setiap perancangan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam pembinaan rancangan pengajaran harian (RPH) kemahiaran ini perlu ada sekurangkurangnya satu dan adalah lebih baik sekiranya terdapat lebih dari satu kemahiran bernilai tambah ini dalam pengajaran sukatan Bahasa Melayu. Kemahiran-kemahiran yang diselitkan dalam pengajaran Bahasa Melayu ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Selain itu, kaedah ini akan menjadikan sesuatu pengajaran seperti serampang dua mata yang mana objektif pengajaran bahasa dicapai disamping terdapat beberapa kemahiran yang berkait ketika pengajaran berlangsung. Kemahiran tersebut juga dapat dilihat mampu menyiapkan diri setiap individu dalam meyelusuri dunia yang semakin hari semakin mencabar. Menyelusuri Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dipilih kemahiran bernilai tambah yang pertama dapat dilihat ialah kemahiran berfikir. Ini berdasarkan set induksi yang dirancang dalam rancangan pengajaran harian tersebut. Kemahiran ini diaplikasikan dengan menyediakan satu kaedah memberi peluang murid menyatakan pendapat. Kemahiran berfikir ini dapat dilihat dengan jelas di mana guru menunjukkan gambar pada kad-kad imbasan kepada murid-murid dan seterusnya diminta untuk memberi pendapat tanpa sebarang sekatan dan

penolakkan idea. Dapat dilihat melalui kemahiran berfikir yang diterapkan akan membina satu sifat keyakinan diri yang tinggi. Pada langkah satu Rancangan Pengajaran Harian kemahiran bernilai tambah yang dapat dilihat selain kemahiran berfikir ialah kemahiran belajar cara belajar. Dalam aktiviti langkah satu murid murid diminta untuk membaca petikan yang telah dipilih untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Selepas membacakan petikan anatara aktiviti yang menjana kemahiran berfikir ialah menyenaraikan kata ganda dan mencari nilai yang terdapat dalam petikan. Bagi kemahiran belajar cara belajar ialah melalui aktiviti dimana murid diminta untuk mencari nilai yang tedapat dalam petikan. Bertitik tolak dari mencari nilai yang terdapat murid dapat memahami isi petikan dan menjadikan nilai yang terdapat dalam petikan sebagai garis panduan untuk belajar cara belajar menerap nilai murni dalam kehidupan. Nilai yang murid-murid dapat senaraikan berdasarkan petikan secara tidak langsung akan cuba diterapkan dalam kehidupan mereka.. Seterusnya dalam Rancangan Pengajaran Harian dalam langkah dua, kemahiran bernilai tambah yang dapat dikupas ialah kecerdasan pelbagai. Dari kemahiran bernilai tambah ini dapat dilihat menerusi aktiviti di mana murid diminta menyatakan pribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kecerdasan pelbagai yang diketengahkan dalam rancangan pengajaran harian ialah interpersonal. Selain itu murid-murid turut diarahkan menyatakan maksud perkataan yang terdapat pada perenggan akhir petikan. Pada masa ini murid akan membina keyakinan dalam memberi jawapan serta dapat menjana pemikiran dalam mengupas segala perkataan yang terdapat pada perenggan akhir petikan. Aktiviti yang menarik serta melibatkan penglibatan murid secara menyeluruh menjadikan pembelajaran lebih berkesan kerana kemahiran bernilai tambah yang diterapkan menjadikan pemngajaran lebih berkesan dan bermakna dalam kehidupan. Langkah tiga dalam rancangan pengajaran harian yang telah dipilih terdapat kemahiran bernilai tambah yang telah diselitkan bagi menjadikan penagjaran lebih berkesan. Kemahiran yang terdapat pada langkah tiga ialah konstruktivisme. Berdasarkan kemahiran bernilai tamabah tersebut murid dapat membina

pemahaman baru disamping mengabungkan dengan pengajaran baru. Aktiviti yang telah dirancang ialah mengisi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

Pengalaman lama yang ada pada murid-murid ialah perkataan asas bagi sesuatu perkara, namun setelah mendapat pangajaran dari guru mata pelajaran murid dapat mengantikan dan memberi satu pengertian sesuatu perkataan boleh digantikan dengan kata ganda. Seperti kuda merupakan perkataan asal apabila digandakan menjadi kekuda yang membawa pengertian yang berbeza. Pada penutup pengajaran, kemahiran berfikir sekali lagi menjadi pilihan guru. Ini bersesuaian dengan keadaan di mana pada kebiasaannya di akhir pengajaran akan berlangsung satu sesi penilaian oleh guru. Dengan ini murid perlu berfikir dan mengaitkan segala pengajaran yang telah mereka lalui dengan sertiap persoalan mahupun guru akan menceritakan keseluruhan pengajaran untuk hari tersebut. Dengan adanya kemahiran bernilai tambah yang dibentuk dan dibina dalam rancangan pengajaran harian ini penagjaran dan pembelajaran dilihat lebih

berkesan dan kemahiran sampingan dapat di peroleh selain kemahiran asas bahasa.

Anda mungkin juga menyukai