Anda di halaman 1dari 1

kemahiran belajar

Kemahiran belajar Ditakrif sebagai keupayaan atau kecekapan yang


perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul,
memproses dan merumuskan maklumat maklumat secara sendiri. Cara
belajar dengan berkesan merupakan satu kombinasi berbagai strategi
dan kemahiran belajar. Setiap cara kemahiran adalah berguna dan
sesuai dengan konteks suasana, masa dan tempat yang
tertentu.Kemahiran belajar penting ,antara kepentingannya ialah

 Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu


secara sistematik dan bermakna

 Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa


meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang
hayat.

 Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam


pelbagai situasi.

 Memupuk disiplin kendiri pelajaran.

 Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.

 Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.

 Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.

 Meningkatkan daya ingatan pelajar.

 Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan


seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang
hayat.

 Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan


masa dengan sebaiknya

Anda mungkin juga menyukai