Anda di halaman 1dari 22

TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN Kemajuan atau kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada prestasi pekerjapekerja yang menganggotai organisasi tersebut. Kegemilangan sesebuah organisasi bukan terletak pada satu kompleks bangunan tetapi amat bergantung kepada bakat, kebolehan dan kemampuan manusia sebagai pekerja. Pekerja yang berprestasi cemerlang merupakan `modal insan yang menjadi aset dan pemacu kepada organisasi yang cemerlang atau sebaliknya. Modal insan ini boleh di kelasifikasikan dalam dua keadaan, pertama ianya wujud dalam bentuk pemilikan oleh individu melalui kemahiran dan ilmu yang dikuasai. Ini bermakna orang yang berpendidikan atau berkemahiran tinggi secara dasarnya memiliki modal insan yang lebih besar atau lebih bernilai berbanding orang yang rendah tahap pendidikan atau kemahirannya. Kedua, individu itu sendiri boleh dilihat sebagai modal insan yang berguna untuk persekitarannya. Modal insan juga boleh dipertingkatkan potensinya. Penjanaan modal insan perlu mengabungkan dimensi kerohanian, akhlak, nilai dan unsur jati diri yang sesuai dengan keperluan organisasi. Faktor-faktor dalaman inilah yang menjadi asas kepada falsafah modal insan yang disebut oleh YAB. Perdana Menteri. Insan akan memiliki modal atau menjadi aset kepada organisasi adalah insan yang sedar akan amanah dan tanggungjawab, yang bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas, dan yang sentiasa menggunakan akal fikiran dan kudrat yang ada padanya untuk memajukan dirinya, jabatannya dan juga organisasinya 2.0 NILAI BITARA UPSI1

Enam nilai dan 24 penunjang atau diskriptor BITARA UPSI sebagai nilai bersama (sharedvalues) universiti diperkenalkan untuk menjadi amalan di kalangan staf akademik dan staf bukan akademik iaitu; i. Berintegriti: Amanah, Telus, Akauntabiliti, dan Adil ii.
1

Profesional:

Muhammad Rais Abdul Karim. (2006). Melestari Pendidikan Gemilang ke Arah Penjanaan Modal Insan. Tanjung Malim: Pencetakan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Beretika, Iltizam, Cinta Ilmu, dan Kompenten iii. Semangat Berpasukan: Muafakat, Fokus Matlamat, Hormat-Menghormati, danBangga UPSI iv. Berorentasikan Pelanggan: Responsif, Proaktif, Mesra, dan Berkualiti v. Prihatin Kebajikan Anggota: Empati, Penghargaan, Keselesaan Persekitaran, dan Peluang Untuk Maju vi. Kreatif dan Inovatif Penambahbaikan Berterusan, Nilai Tambah, Rebut Peluang, dan Berdaya Cipta

2.1 Berintegriti2

Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah maksud sebenar integriti ini?

Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.

Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).

http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=818:integriti-perkhidmatanawam&catid=42:rencana&Itemid=57

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai?

Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.

Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat, membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya.

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. 2.2 Semangat Berpasukan3 Semangat berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan
3

http://www.sabah.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5.htm

penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan.

Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada kakitangan secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya. Manfaat yang akan diperolehi oleh jabatan dengan bertindak secara berpasukan ini ialah:

Berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan.

Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

Cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan, cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu.

Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti. Aspek-aspek tersebut yang meliputi:

Pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas. Semangat saling percaya-mempercayai di kalangan kakitangan. Komunikasi yang lancar di dalam organisasi.

Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, kakitangan-kakitangan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang kakitangan untuk mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan.

Dalam suasana kerja berpasukan, kakitangan mudah menjalankan perasaaan percayamempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budibicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.

Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan kakitangan itu seterusnya memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan ini bahagian-bahagian dan unit-unit di dalam jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta sumbersumber lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan bahagian-bahagian dan unit, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan.

Semangat berpasukan di kalangan kakitangan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan. Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah:

Menjalankan kempen kesedaran. Mengadakan latihan. Mewujudkan struktur pasukan. Memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja. Memberi pengiktirafan. Kempen Kesedaran

Kempen ini bertujuan menarik minat dan kesedaran kakitangan tentang perlunya semangat berpasukan dalam organisasi. Kempen ini boleh dilaksanakan melalui sesi ceamah, taklimat, tayanagan video dan risalah-risalah. Aspek-aspek yang sesuai ditekankan di dalam kempen ini ialah:

Konsep semangat berpasukan. Faedah kepada prestasi kerja individu. Faedah kepada organisasi. Peranan individu untuk menjayakan semangat berpasukan. Bentuk-bentuk sokongan yang disediakan oleh organisasi. Mengadakan latihan

Latihan ini diadakan untuk melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi menjalankan kerja secara berpasukan. Dengan yang demikian, mereka akan dapat memberikan sumbangan dengan berkesan kepada Pasukan-pasukan kerja yang mereka anggotai. Semasa latihan ini pihak pengurusan boleh memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran yang berikut:

Kepimpinan bagi Pasukan Kerja. Penetapan objektif dan aktiviti Pasukan Kemahiran komunikasi Teknik-teknik penyelesaian masalah. Mewujudkan Struktur Pasukan

Semangat berpasukan di kalangan kakitangan akan daapt dimanfaatkan sepenuhnya apabila jabatan mewujudkan struktur-struktur seperti Pasukan Kerja. Pasukan Petugas, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainya. Melalui struktur ini individu akan dapat menyalurkan sumbangan mereka secara sistematik dan berkesan. Pihak pengurusan pula boleh menggunakan pasukan-pasukan ini untuk menjelaskan dasar-dasar jabatan tentang penningkatan kualiti.

Memberi Lebih Kuasa Bertindak (Empowerment) Kepada Pasukan Kerja

Prestasi Pasukan-pasukan Kerja di jabatn akan cemerlang apabila pihak pengurusan memberikan lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada mereka. Melalui tindakan ini Pasukan-pasukan Kerja mampu bertindak balas dengan cepat dan menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menyelesaikan masalah-masalah kualiti kerja. Pihak pengurusan boleh melaksanakan empowerment di dalam berbagai bentuk seperti:

Penurunan Kuasa Menyediakan kemudahan dan sumber yang mencukupi untuk menjalankankerja. Memberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerjanya yang lebih besar dan penting. Memberi peluang kepada Pasukan-pasukan Kerja untuk turut serta dalam penggubalan matlamat kualiti jabatan.

Memberi Pengiktirafan Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Pasukan-pasukan Kerja perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh jabatan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa jabatan benar-benar menghargai sumbangan mereka dan nilai bekerja secara berpasukan. Dengan ini kakitangan akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan semangat berpasukan dan komited terhadap nilai berkenaan. 2.3 Profesional4 Sebenarnya bukan satu tugas mudah untuk memberikan definisi profesional yang benar-benar tepat kerana profesional mempunyai definisi atau maknanya yang tersendiri serta berbeza bagi setiap orang. Ada sesetengah ilmuan memberi perjelasan berdasarkan konteks, sebahagian lagi melihatnya dari segi praktis. Sebagai contoh, ada yang mengatakan profesional adalah berkaitan dengan sikap seseorang, jenis pekerjaan, kesukaran kerja, kepakaran dan bayaran kepada jenis pekerjaan tersebut. Walau bagaimanapun, berikut dijelaskan ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional. Mungkin daripada penjelasan ini akan dapat memberikan kefahaman kita tentang makna profesional.

http://kulanzsalleh.com/pekerjaan-yang-dianggap-profesional/

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus. Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturanperaturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan yang profesional.

2.4 Perkhidmatan Pelanggan Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam sesebuah sekolah.". Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah.

Kini kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak peningkatan mutu perkhidmataan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor-faktor di atas seakan mendesak guru agar berubah. Mereka perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk (Zainal Abidin,1999).

Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institusi pendidikan. Manakala Moore (1995), pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan menilai pembelajaran. Peranan ini memerlukan sokongan daripada orang lain. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam pengajaran yang bertanggungjawab merancang, memandu dan menilai pembelajaran.

Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru

menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.

Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan istematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek. Guru juga perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal untuk meningkatkan profesionalisme guru. Kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari segi emosi. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Seseorang juga memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan. Seorang guru juga harus mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Profesionalisme guru dapat ditingkatkan dengan menanamkan sikap tanggungjawab seseorang guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru yang

lain di hadapan pelajar, ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seseorang guru. Seseorang guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai seorang guru, contohnya berniaga di waktu persekolahan. Guru juga perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguhsungguh seiring dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seseorang guru juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Untuk meningkatkan profesionalisme guru seorang guru perlu agen khidmat pelanggan yang beretika dalam berhubung dengan pelanggannya serta masyarakat sekelilingnya.

2.5 Prihatin Kebajikan Anggota KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. Selepas mengenal pasti calon yang layak untuk diberi latihan perguruan, faktor yang perlu dipertimbangkan ialah kelulusan tenaga pengajar institusi yang ditugaskan untuk menyediakan guru. Kelulusan pensyarah yang melatih bakal guru akan memberikan kesan terhadap kualiti guru pelatih yang menamatkan pengajian daripada sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menaik taraf kelayakan pensyarah di maktab perguruan daripada ijazah pertama kepada ijazah lanjutan iaitu kelulusan Masters atau Ph.D.. Ia seiring dengan penawaran kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) iaitu kursus perguruan asas sepenuh masa sekolah rendah selama 3 tahun (6 semester). Oleh itu, pensyarah dimaktab perguruan dan universiti perlu cekap dalam aspek kandungan ilmu pengetahuan dan juga pedagogi. Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi,

kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas. Memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru. Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan negara. Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik kearah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Meluaskan dan meningkat R&D. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru iaitu dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru dengan mensifarkan GSTT, memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan, mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran, mengkaji keperluan kemudahan ansuran bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru. Penempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan dengan menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. Data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi disediakan Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah

pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi profesion perguruan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsung dengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan, kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan Kerajaan juga telah memperkenalkan kod etika perguruan untuk mempertingkatkan lagi profesion perguruan. Kod etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya yang tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana ia memberikan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesionalisme guru. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika adalah dalam bentuk dokumen, maka usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Melalui kod etika ini, ia diharap dapat meningkatkan lagi profesion perguruan.

Untuk meningkatkan profesionalisme guru, aspek latihan juga merupakan satu perkara yang perlu dititiberatkan. Latihan kini menjadi semakin penting kerana perubahan yang berlaku dengan begitu pantas. Para calon yang ingin menjadi guru bukan sahaja perlu diberi latihan praperkhidmatan yang relevan dan mencukupi untuk menghadapi gelombang perubahan yang berlaku di sekolah, malah mereka juga perlu mengemaskinikan ilmu teras dan ilmu pedagogi menerusi sistem pemajuan profesional yang meluas dan mantap. Maka usaha yang lebih serius perlu dilakukan untuk memastikan kritikan terhadap profesion perguruan tidak lagi berlanjutan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Peningkatan profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sistem ganjaran dan kenaikan pangkat. Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak. Jawatan Pengetua Cemerlang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang akan membawa

kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan. Program ini adalah merupakan program pemilihan Pengetua DG2(DG48) ke DG1(DG5. Pengiktirafan diberikan untuk menhargai pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap tugas yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktiraf mereka sebagai guru cemerlang. Konsep guru cemerlang yang diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang istimewa, dedikasi dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka. Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara Time-Based, mereka boleh dinaikkan ke red yang lebih tinggi iaitu dari DGA6 (DGA29) kepada DGA5(DGA3). Guru-guru yang tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara Time-Based. Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat sekurang-kurangnya 12 tahun di gred DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di mata tangga maksimum. Untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru, kerajaan telah menubuhkan Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada tahun 1987. Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan menjadikan ianya sebuah universiti dengan nama

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa pemilihan semua pengetua dan guru besar sekolah pada masa akan datang adalah berdasarkan pemilihan ke atas calon-calon yang didapati berpotensi dan benar-benar layak sahaja untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Bagi memenuhi keperluan ini, mulai tahun 1999, KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar sebelum mereka dilantik ke jawatan berkenaan. Semua kursuskursus ini dijalankan dengan usaha sama KPM dan IAB. Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965, pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru.. Tujuan utama penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan mengembelang seluruh warga pendidik dan anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajian. Objektif utama penubuhan YGMB ialah untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahli-ahli Yayasan melalui bencana dan sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan terutama dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan pembangunan hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya. Kebajikan guru dapat ditingkatkan lagi melalui sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun dan ia diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai sumbangan dan jasa para guru. Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru diisytiharkan sebagai memberi pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. Walaupun yang diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masyarakat negara ini di atas pengorbanan para pendidik dapat memberikan penjelasan yang besar dalam dunia pendidikan. 2.6 Kreatif dan Inovatif Peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya dimata masyarakat. Abu Bakar Nordin (2003). Oleh itu seorang guru harus ada sifat profesionalisme yang tinggi. Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang contohnya bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika dan tatasusila

profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan. Pelajar akan lebih memberi tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai cikgu itu dan sebaliknya. Sikap dan penampilan seorang guru banyak membawa kesan positif kearah meminati sesuatu subjek. Contohnya, kebanyakan pelajar tidak meminati subjek sejarah, tetapi ada juga pelajar yang meminati subjek sejarah kerana faktor guru yang mengajar adalah seorang yang kelakar yang dapat menceriakan kelas dan dapat menhilangkan perasaan mengantuk pelajar. Keadaan sebaliknya jika mereka tidak menyukai guru tersebut, maka mereka tidak akan memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Dalam meningkatkan profesionalisme guru, tugas guru bukan semata-mata mengajar sesuatu subjek tertentu tetapi seorang guru juga berperanan mendidik para pelajarnya. Oleh itu seorang guru harus sentiasa menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak masyarakat dari segenap aspek temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini diterima oleh guru maka mereka mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang sempurna. Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam kalangan pelajar mereka. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerap nilai murni. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh semua warga sekolah. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu pengetahuan.

Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan profesion perguruan. Ilmu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru yang lain (Mohd Taib Hj. Dora, 2005). Guru yang berkualiti merupakan guru yang profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tentang teori dan amalannya, pengajaran dan pembelajaran, peka terhadap perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila

profesion perguruan. Guru perlu membaca sebanyak mungkin buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kursus dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum. Guru perlu berilmu pengetahuan. Cabaran hari ini guru perlu memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran IT perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Umumnya, guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sanggup berkorban. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermaksud, apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan dihayati oleh para pelajar. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran, kebolehan, beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam pembacaan dan penulisan akademik seperti jurnal. Seseorang guru perlu bersifat kehadapan dari segi ilmu tentang dan kaedah mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu berasaskan pengalaman berdasarkan Pratte et al (1993). Menurut Andrews (1961), ia adalah satu proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman pengalamannya yang membawa kepada perbaikan dan pertumbuhan dirinya Guru itu perlu melibatkan diri dalam program pemajuan professional secara berterusan. Pada era globalisasi, ilmu yang diperolehi oleh seseorang ketinggalan dengan pantas. Oleh itu ahli dalam profesion perguruan iaitu guru itu sendiri perlu menghayati himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Guru-guru yang baru tamat latihan dan yang baru mula berkecimpung dalam bidang perguruan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat telah didedahkan dengan program BTAP (Beginning Teacher Assistant Program). Program ini menetapkan satu himpunan ilmu yang perlu dikuasai oleh pendidik yang bertaraf permulaan ini. Antara kemahiran atau konsep yang perlu diketahui adalah seperti memanfaatkan masa pembelajaran akademik, memelihara akauntabiliti, prihatin terhadap perbezaan individu, mengamalkan prinsip-prinsip penilaian, pelaksanaan peraturan

yang tekal, menerapkan budaya yang bersifat efektif, menhargai harga diri (self-concept) pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, melakukan perancangan dan menguasai teknik menyoal. Guru perlu menanamkan sifat positif untuk meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri. Guru perlu menanamkan sifat ingin tahu, dengan demikian sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar. Sifat ingin tahu dan kualiti tersebut meningkatkan martabat profesion perguruan, dipandang tinggi dan sentiasa dihormati oleh masyarakat ( Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yonus @ Ahmad, 2005). Seorang guru juga harus minat kepada buku atau dengan erti kata lain suka membaca buku, bukan hanya bahan bacaan picisan tetapi juga yang bersifat ilmiah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Pembacaan yang luas dalam dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada seseorang guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Di samping itu, sikap membaca dapat membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca dalam diri seorang guru amat penting untuk meningkatkan profesion perguruan. Guru perlu mempertingkatkan lagi kebolehan mereka dalam menggunakan ICT untuk menaikkan lagi profesion perguruan. Hal ini penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk mengekalkan ciri seorang guru yang berkualiti, seseorang guru itu perlu berusaha denagn sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru terbabit sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer. Guru yang kurang mahir menggunakan bantuan Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan, dalam lima tahun yang lepas tidak pernah dipersoalkan profesionalismenya oleh kebanyakan orang. Namun kini, guru yang tidak berupaya menggunakan komputer untuk menyediakan soalan ujian dan peperiksaan sudah dianggap tidak atau kurang profesional dalm menjalankan tugas. Senario ini menggambarkan bahawa amalan sesuatu pekerjaan yang dianggap profesional pada suatu ketika jika tidak dinaik tarafkan dari semasa ke semasa dan akan dipersoalkan tahap keprofesionalismenya. Hal ini dapat diatasi dengan menghadiri kursus-kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada rakan sejawat yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini

membolehkan seseorang guru mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang tertinggi. Seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi untuk meningkatkan lagi profesion perguruan. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. Oleh itu seorang guru perlu menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang muktahir. Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pengajaran Behavioral, Teori Pengajaran Kognitif, Teori Pengajaran Humanis, Teori Pengajaran Sosial Kognitif, dan Teori Pengajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Antara model-model pengajaran yang patut diamalkan oleh seorang guru yang berkualiti ialah Model Pengajaran Expositority, Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat, Model Pengajaran Inkuiri, Model Pengajaran Projek, Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang memuaskan iaitu pelajar dengan senang hati akan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Bibliografi Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Ayers,W. 1990. Pethinking the professional of teaching: A progressive option. Action in Teacher Education Journal.Vol.,XII,No.,1 Harrison, R.H.& Gowin, L.E. 1966. The elementary teacher in action. San Francisco: Wadsworth Publishing Company,Inc. Ishak Haron & Koh Boh Boon. 1985 . Asas-asas dalam amalan pedagogi.Kuala Utusan Publication &Distributor Sdn. Bhd. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohammad Sani Ibrahim. 2000. Sustaining Effecttive Change In Teaching And Learning Lumpur:

Practices Through Attitude Reengineering. Kertas kerja yang telah dibentangkan dalam The Seventh International :iteracy & Education research Network Conference On Learning di RMIT University, Melbourne, Australia pada 5-9 Julai 2000. Mohd Salleh Lebar . 2000. Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia. Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang . 1996 . Pendidikan di Malaysia . Subang jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang, & Lee Sok Mee. 1988. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Moore, K..D. 1995. Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc. Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Petaling

Noor Azmi Ibrahim. 1994 .Profesionalisme dan pengupayaan dalam Guru. Keluaran 6. Rahimah Ahmad. 1992. Peningkatan produktiviti guru saranan dan tindakan. Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 16: 33-43. 60

pengurusan.Jurnal

Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia, sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993 . Pengisian Wawasan Pendidikan. Kertas Kerja Dalam Persidangan Pendidikan Nasional. Institut Aminudin Baki,Genting. 8-11 April. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie . 1990. Pentadbiran pendidikan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zainal Abidin Mohamed .1999. Pengurusan strategik di sektor pendidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai