Anda di halaman 1dari 7

1 Soalan 1 hingga soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai. 1.

Saya nampak kejadian _________ berlaku di _________ . Ketika itu, saya sedang berdiri di sini, kata perempuan itu sambil menunjuk ke arah tempat dia berada semalam. A. ini , itu C. itu , di situ B. ini , di situ D. itu , di sini

2. Keempat-empat orang muda itu tidak berupaya ________ almari yang berat itu. A. mengusung C. menjunjung B. memikul D. memegang 3. Sebagai _________ , Adi Putra mesti menunjukkan sikap yang baik terhadap anak-anak muridnya. A. maharaja C. mahaguru B. mahasiswi D. mahasiswa 4. Ekzos kereta Pak Yusoff yang buruk itu mengeluarkan asap hitam ____________ . A. bertimbun-timbun C. berduyun-duyun B. berkepul-kepul D. berbondong-bondong 5. ___________ yang melanggar ___________ peraturan yang telah ditetapkan akan dikenakan denda yang berat dalam sesi perkhemahan ini. A. Apa-apa , siapa-siapa C. Siapa-siapa , mana-mana B. Apa-apa , bila-bila D. Mana-mana , siapa-siapa

6. ___________ negeri di Semenanjung Malaysia pada hari ini diramalkan mendung pada sebelah pagi manakala __________ buah negeri pula akan mengalami ribut petir pada sebelah petang. A. Segenap , setiap C. Seluruh , beberapa B. Setiap , segenap D. Beberapa , seluruh
7. ___________ penduduk di negara ini fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. A. Pelbagai C. Beberapa B. Kebanyakan D. Ramai 8. Kami akan datang ke pejabat awak __________ semasa ke semasa. A. di C. daripada B. ke D. dari 9. Mesyuarat itu akan diadakan __________ hari Ahad ini ____________ Dewan Besar Sekolah Menengah Kamil. A. dari , ke C. di , pada B. ke , pada D. pada , di

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

2 10. Penyanyi bersuara ___________ itu sudah sembuh penyakitnya dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. A. lunak C. bising B. cantik D. kemas 11. Beberapa _________ pakaian kotor di dalam bilik itu akan dicuci oleh orang gaji Datin Yusmawati. A. gugus C. rumpun B. berkas D. longgok 12. Lori panjang itu dapat membawa kira-kira enam ratus _________ beras. A. mangkuk C. bakul B. guni D. bungkus 13. Azlan terpaksa ___________ kerana sudah enam bulan dia menganggur. A. cari jalan C. ikat perut B. curi tulang D. alas perut 14. Amirul __________ apabila melihat motosikal barunya yang berkuasa tinggi bercalarbalar. A. ada hati C. besar hati B. keras hati D. panas hati 15. Dalam perjalanan ke Shah Alam, Minah makan cempedak goreng sebagai ___________ sahaja. A. kepala udang C. makan suap B. alas perut D. buah tangan 16. Watson Nyambek merupakan pelari __________ di Malaysia ketika ini. A. terlaju C. terpantas B. terdepan D. terkuat 17. Kulit bayi lembut bak _____________ . A. tuala B. belut

C. tilam D. sutera

18. __________ sahabat-sahabatku, berusahalah dengan gigih! A. Wahai C. Amboi B. Syabas D. Nah 19. Semua ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Belia Jajahan Ke 14 itu _________ cadangan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan. A. membangkang C. menyampuk B. menyodok D. menyimpang

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

3 20. Kaum Iban di Sarawak melangsungkan perkahwunan mereka mengikut _________ dan budaya mereka sendiri. A. tatasusila C. tatarakyat B. tatatertib D. tatacara Soalan 21 hingga soalan 22 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 21. Kalau kita selalu memburu binatang, lama-kelamaan binatang akan berkurangan, kata Cikgu Wahidah. A. Cikgu Wahidah mengatakan lama-kelamaan binatang akan berkurangan. B. Cikgu Wahidah mengatakan bahawa binatang akan berkurangan sekiranya kita memburunya selalu. C. Memburu binatang adalah pekerjaan yang berkurangan pada pendapat Cikgu Wahidah. D. Cikgu Wahidah melarang kita memburu binatang.

22. Bersabarlah, Mamat. Ini semua dugaan Tuhan, kata Tok Ketua. A. B. C. D. Tok Ketua memaksa Mamat supaya bersabar menghadapi dugaan. Mamat menyuruh Tok Ketua bersabar dalam menghadapi dugaan Tuhan. Tok Ketua menasihati Mamat supaya bersabar menghadapi dugaan Tuhan. Tok Ketua mengatakan ini semua dugaan Tuhan.

Soalan23 hingga soalan 24 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. 23. A Walaupun Danial bersalah, tetapi dia tetap anak kamu, kata Wak Loyah. B Walaupun, Danial bersalah tetapi, dia tetap anak kamu, kata Wak Loyah. C Walaupun Danial bersalah, tetapi dia tetap anak kamu? kata Wak Loyah. D Walaupun Danial bersalah tetapi, dia tetap, anak kamu, kata Wak Loyah. 24. A. B. C. D. Aduh! sakitnya perut saya. Apa yang perlu saya buat sekarang? Aduh, sakitnya perut saya! Apa yang perlu saya buat sekarang. Aduh sakitnya perut saya. Apa yang perlu saya buat sekarang? Aduh, sakitnya perut saya! Apa yang perlu saya buat sekarang?

Soalan 25 hingga soalan 26 Pilih ayat nafi daripada ayat-ayat berikut. 25.

A. B. C. D.

Bilakah mereka hendak datang? Silalah duduk. Amboi, besarnya kereta awak! Buah tangan ini bukannya untuk awak.

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

26.

A. B. C. D.

Eh, engkau rupanya. Siapakah kawan awak itu? Nenek saya tidak mengambil baju itu. Bangunan baru di tepi pusat membeli-belah itu amat tinggi.

Soalan 27 hingga soalan 28 Pilih ayat majmuk daripada ayat-ayat yang berikut. 27. A. B. C. D. 28. A. B. C. D. Siapakah yang membuka pintu almari ini? Pergilah engkau dari sini! Orang itu menaip surat sambil mendengar radio. Emak memasak kari ayam di dapur. Dia kurus tetapi kuat makan. Rumah buruk itu telah dirobohkan. Adakah awak ke mana-mana semalam? Mereka sedang mengulang kaji pelajaran.

Soalan 29 hingga soalan 30 Pilih ayat yang betul struktur ayatnya 29.

30.

A. B. C. D.

Encik Kamal bertugas di Bank Simpanan Nasional berapa lamakah? Di Bank Simpanan Nasional itu berapa lamakan Encik Kamal bertugas? Bertugas di Bank Simpanan Nasional itu berapa lamakah Encik Kamal? Berapa lamakah Encik Kamal bertugas di Bank Simpanan Nasional itu?

A. Akhlak Mulia Masyarakat Jaya bertemakan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lepas. B. Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lepas bertemakan Akhlak Mulia Masyarakat jaya C. Pada tahun lepas bertemakan Akhlak Mulia Masyarakat jaya bertemakan Hari Kebangsaan. D. Pada tahun lepas sambutan Akhlak Mulia Masyarakat Jaya bertemakan Hari Kebangsaan.

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

Soalan 31 hingga soalan 35 Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikut. RANCANGAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU 1999 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETAI, PASIR PUTEH, KELANTAN Persatuan Bahasa Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1980 atas cadangan guru kanan Bahasa Melayu iaitu Cikgu Haji Shamsuddin bin Ahmad. Pada tahun ini, ahli-ahli persatuan telah bertambah kerana kemasukan pelajar-pelajar baru. Oleh itu, beberapa aktiviti telah dirancang untuk memberi faedah kepada ahli-ahli persatuan ini khususnya. Bagi penggal pertama, persatuan ini telah merancang mengadakan pertandingan seperti syarahan, perbahasan, dan mendeklamasi sajak. Tujuan pertandingan adalah adalah untuk menyediakan pelajar-pelajar yang berani melahirkan pendapat. Pada permulaan penggal kedua nanti, pesta ria sekolah akan diadakan. Oleh itu, pihak persatuan cuba menambah wang tabung persatuan dengan membina gerai menjual makanan dan minuman. Selain itu, persatuan juga akan mengadakan minggu Bahasa Melayu pada awal penggal kedua. Pada minggu tersebut, beberapa aktiviti akan diadakan seperti pertandingan melukis poster dan cogan kata, lakonan, tarian, nyanyian, dan pertandingan menguji pemahaman tatabahasa pelajar. Walau bagaimanapun, rancangan-rancangan di atas hanyalah merupakan cadangan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa. Setiap keputusan akan dibawa ke pengetahuan guru penasihat persatuan ini iaitu Cikgu Mohamed Noor bin Abu Bakar dan Puan Pauziah binti Haji Jaafar. Disediakan oleh, 1 Januari 1999

Anis Syahirah
(ANIS SYAHIRAH) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Sungai Petai, 31. Bilakah Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sungai Petai ditubuhkan ? A. 1 Januari 1999 C. Tahun 1999 B. 1 Januari 1980 D. Tahun 1980 32 Siapakah guru kanan Persatuan Bahasa Melayu pada tahun penubuhan tersebut ? A. Cikgu Mohamed Noor bin Abu Bakar B. Cikgu Pauziah binti Haji Jaafar C. Cikgu Haji Shamsuddin bin Ahmad D. Cikgu Anis Syahirah

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

33. Apakah rancangan Persatuan Bahasa Melayu pada penggal pertama ? A. Mengadakan pertandingan syarahan dan mendeklamasikan sajak. B. Mengadakan pesta ria, minggu bahasa dan pertandingan syarahan. C. Mengadakan minggu bahasa, melukis poster, nyanyian, tarian, dan lakonan. D. Mengadakan pertandingan syarahan, perbahasan, dan mendeklamasikan sajak. 34.Apakah cadangan pihak Persatuan Bahasa Melayu semasa Pesta Ria sekolah ? A. Menjual kuih-muih dan minuman. B. Mengadakan persembahan tarian. C. Mengadakan aktiviti lakonan. D. Menganjurkan peraduan melukis poster.

35. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan faedah ? A. Kegiatan C. Kecekapan B. Keuntungan D. Kejayaan

Soalan 36 hingga soalan 40 Baca pantun di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tuang minyak dengan corong, Tumpah sedikit terkena jari, Jangan suka bercakap bohong, Nanti dewasa menjadi pencuri. Pergi mengai di bekas lombong, Dapat pula si ikan duri, Jangan suka bersikap sombong, Kawan benci habis lari. Hendak mengambil buah keranji, Jangan guna tangan kiri, Orang cacat jangan dikeji, Kelak menimpa diri sendiri.

Banyak sungguh anak angsa, Sampai jatuh ke dalam perigi, Usah kita berputus asa, Kiranya kita gagal lagi. Gatal sungguh gigitan pijat, Miang pula sentuhan hama, Teruskan usaha dengan giat Tentu kejayaan akan menjelma. Ambil kelapa dibuat kerabu, Boleh juga dibuat kaya, Jangan lupa ayah dan ibu, Kalau sudah di puncak jaya.

36 Apakah jenis pantun di atas ? A. Teka teki B. Seloka

C. Jenaka D. Nasihat

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

37 Apakah yang berlaku sekiranya seseorang suka menipu ? A. B. C. D. Akan Akan Akan Akan mendapat perhatian daripada ibu bapa. menjadi pencuri. menjadi orang berguna. dihormati oleh kawan-kawan.

38. Bagaimanakah keadaan orang yang suka bersikap sombong ? A. B. C. D. Dipuji oleh kawan-kawan Diberi galakan oleh ibu bapa Tidak disukai oleh kawan-kawan. Mendapat ikan duri di lombong.

39. Mengapakah kita mesti berusaha bersungguh-sungguh ? A. Menjadi seorang jutawan C. Mendapat kerabu kelapa B. Menjadi penternak angsa D. Mencapai kejayaan. 40. Siapakah yang perlu kita ingat sekiranya kita telah berjaya ? A. Orang cacat B. Ayah dan Ibu C. Gigitan pijat D. Minyak dalam corong

SOALAN TAMAT

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

Anda mungkin juga menyukai