Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN 1 Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut.

Pilih jawapan yang betul.


1. Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh. A.sopan B.baik C.rajin D.taat 2. Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang. A.mabuk B.bimbang C.penat D.takut 3. Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah. A.menyaman B.memukul C.menghukum D.memarahi 4. Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung. A. sesuai B. cantik C.cukup D.lengkap 5. Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar itu. A. moden B. panjang C. kukuh D. indah 6. Sudah saya duga Abu akan datang awal ke sekolah. A. jangka B. Tahu C. yakin D. sedar 7. Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri. A. Setokin B. Seluar C. Capal D. Kasut

TATABAHASA LATIHAN 1

8. Makanan yang Cik Yati jual di pasar malam itu sungguh laris. A.habis B.laku C.lazat D.terkenal 9.Datuk telah jatuh sakit setelah mendengar berita kehilangan cucu kesayangannya. A. derita B. pedih C. uzur D. perit 10. Air telaga itu telah tercemar. A. perigi B. tasik C. sungai D. kolam Beri perkataan berlawan atau berpasang bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. 11. Pekerja yang cuai itu telah dibuang kerja. A. rajin B. teliti C. patuh D. jujur 12. Ikan-ikan di tasik itu boleh dilihat kerana airnya sangat jernih. A.kotor B.keruh C. jarang D. cetek 13. Air sungai itu pasang pada waktu pagi. A. surut B. jatuh C. rendah D. cabut 14. Ubat yang dimakan oleh adik itu sangat mujarab. A. Penawar B. Pil C. Racun D. Madu 15.Orang yang berhati mulia tidak akan menyakiti hati orang lain. A. baik B. buruk C. waras D. hina

TATABAHASA LATIHAN 1

16.Bau bunga mawar itu sangat wangi. A. busuk B. sedap C. harum D. hidu 17. Farid telah lupa akan nama budak itu. A. tahu B. ingat C. sedar D.perasan 18. Perut saya sakit kerana terlalu lapar. A.penuh B. ketat C. banyak D. kenyang 19. Salina mengangkat beg yang berat itu. A.malas B.halus C.ringan D.sedikit 20. Kucing peliharaan itu sangat jinak. A. baik B. ganas C. liar D. jahat Pilih kata gandaan yang sesuai bagi melengkapkan tiap-tiap butiran berikut. 21.Beruang sarkas itu ______ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan pistol mainan. A. tiba-tiba B. pura-pura C. cuba-cuba D. ikut-ikut 22. Ke mana sahaja Puteri Aini pergi dia akan ditemani oleh ______nya. A. amah-amah B. dewi-dewi C. pari-pari D. dayang-dayang 23. Kaki ibu ______ kerana terlalu lama duduk bersila. A.gatal-gatal B. semut-semut C. luka-luka D. sedu-sedu

TATABAHASA LATIHAN 1

24. Negara kita akan menjadi huru-hara kalau rakyatnya tidak mematuhi__________ A. syarat-syarat B. ikrar-ikrar C. rukun-rukun D. undang-undang 25. Zaini sakit kepala tetapi ibunya menyangka dia hanya ______ sahaja. A.cuba-cuba B.suka-suka C.rasa-rasa D.main-main 26. Apabila Encik Rosli menutup pintu bilik tidurnya, tangan anak perempuannya ______ tersepit. A. dekat-dekat B. nyaris-nyaris C. cepat-cepat D. jari-jari 27. Harga ______ di gerai itu mahal walaupun telah layu-layu belaka. A. ikan-ikan B. kuih-muih C. sayur-mayur D. lauk-pauk 28.______ boleh bercahaya pada waktu malam. A. Jentik-jentik B. Pijat-pijat C. Anai-anai D. Kunang-kunang 29. Keadaan di pasar itu ______ dengan suara orang ramai. A. riuh-rendah B. gopoh-gapah C. kelam-kabut D. nyaring-nyaring 30. Adik menangis kerana ______nya tercucuk tulang ikan. A. tupai-tupai B. gigi-gigi C. langit-langit D. sibur-sibur Pilih perkataan berimbuhan yang betul bagi melengkapkan tiap-tiap butiran berikut . 31. Adik hanya akan makan ubat itu kalau ______ oleh ayah. A. dipaksa B. terpaksa C. paksaan D. memaksa

TATABAHASA LATIHAN 1

32. Bapa selalu menasihati kami supaya ______. A.jimatkan B. penjimat C. berjimat D. menjimatkan 33. Emak ______ pokok-pokok bunga di taman ini dua hari seminggu. A. menyiram B. tersiram C. disiram D. bersiram 34. Kakak Ali bersolek kerana ingin ______ cantik. A. melihat B. kelihatan C. dilihat D. penglihatan 35. Pokok rambutan di belakang rumahnya tidak pernah ______. A. buah B. membuah C. berbuah D. terbuah 36.______ televisyen ialah kegemaran saya. A. Bertonton B. Menonton C. Tontonan D.Tertonton 37. Pelawak yang ______ itu berasal dari kampung ini. A. kenalkan B. dikenal C. terkenal D. mengenal 38. Murid-murid itu sedang menjalani ______ jasmani di padang. A. berlatih B. latihan C. pelatih D. latihkan 39. Ibu ______ saya sebuah buku cerita. A. membeli B. terbeli C. membelikan D. pembeli 40.______ itu menembak seekor singa liar. A. Memburu B. Pemburu C. Terburu D. Berburu

TATABAHASA LATIHAN 1

Anda mungkin juga menyukai