Anda di halaman 1dari 11

1 Soalan 1 hingga Soalan 11 Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-tayat di bawah

ini. 1. Ilmu tidak akan datang bergolek, ____________ setiap pelajar perlu berusaha mendapatkannya. A. tambahan pula B. namun begitu C. dengan itu D. lebih-lebih lagi 2. Ali telah kematian kedua-dua orang tuanya,________menjaditanggungjawabnya membesarkan adik-adiknya. A. sungguhpun begitu B. oleh sebab itu C. walau bagaimanapun D. di samping itu 3. _____________ pencuri itu dapat melepaskan diri, ______________pihak polis tetap berusaha untuk memberkasnya. A. Sungguhpun.namun B. Walaupunlantaran C. Walaupun...dengan itu D. Semenjaknamun 4. Nenek mengunyah _______________ sirih. A. sehelai B. sekapur C. secangkir D. sebuah 5. Beberapa _______________ mata kail digunakan oleh Atan untuk memancing ikan. A. batang B. bilah C biji D. bentuk

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

6. Pak Kadir _______________ dua biji periuk dengan menggunakan sebatang kayu di atas bahunya. A. memapah B. mengandar C. menarik D. membimbit 7. Pak Kaduk lambat tiba kerana terpaksa _______________ arus yang deras. A. menongkah B. mengayuh C. mendayung D. menghilir 8. Tidak mungkin kita dapat mandi di sungai itu kerana airnya sangat __________________. A. kotor B. jernih C. payau D. kuat 9. Sesiapa yang ingin menjawab, sila _________________ ke hadapan. A. bangun B. tampil C. mudik D. masuk 10. Janganlah itu pula menjadi alasan awak, kita perlulah berusaha kerana _________________. A. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga B. sekali air bah, sekali pasir berubah C. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan D. takut kerana salah, berani kerana benar 11. Rupa-rupanya ________________ untuk menyelesaikan masalah itu. A. cari jalan B. buka jalan C. minta jalan D. ada jalan

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

3 Soalan 12 dan Soalan 13 Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah. 12. Suraya seorang yang baik hati walupun dia pendiam. A. pemurah B. penyengap C. berat mulut D. peramah 13. Perasaannya menjadi gelabah apabila melihatkan rumahnya terbakar. A. tenang B. bergelora C. gelisah D. sedih Soalan 14 dan Soalan 15 Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris. 14. Ya, tetapi awak tiada di rumah ketika itu. A. Mengapakah awak tiada di rumah semalam? B. Adakah awak datang ke rumah saya semalam? C. Ke mana awak pergi ketika itu? D. Mengapakah awak datang ke rumah saya? 15. Kamarul telah meminjam wang daripada orang lain untuk membayar hutangnya kepada Mat Piah. A. Mengapakah Kamarul meminjam wang daripada orang lain? B. Mengapakah Kamarul membayar hutangnya kepada Mat Piah? C. Bagaimanakah Kamarul menjelaskan hutangnya kepada Mat Piah? D. Kepada siapakah Kamarul menjelaskan hutangnya? Soalan 16 hingga Soalan 17 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul . 16. A. "Salmah. Awakkah yang sepatutnya memberitahu dia?" kata Ani. B. "Salmah, awakkah yang sepatutnya memberitahu dia?" kata Ani. C. "Salmah, awakkah yang sepatutnya memberitahu dia!" kata Ani. D. "Salmah, awakkah yang sepatutnya memberitahu dia," kata Ani.

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

4 17. A. Buku berjudul Kecundang Akhirnya telah dicetak untuk kali ke-3. Buku itu ditulis oleh A.Rengga. B. Buku berjudul 'Kecundang Akhirnya' telah dicetak untuk kali ke-3. Buku itu ditulis oleh A Rengga. C. Buku berjudul 'Kecundang Akhirnya', telah dicetak untuk kali ke-3. Buku itu ditulis oleh A.Rengga. D. Buku berjudul Kecundang Akhirnya telah dicetak untuk kali ke 3, buku itu ditulis oleh A.Rengga. Soalan 18 hingga Soalan 19 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang bergaris. 18. Mamat lari lintang-pukang apabila dikejar anjing. A. Apabila dikejar anjing, Mamat lari tidak tentu hala. B. Anjing lari lintang-pukang apabila Mamat mengejarnya. C. Lintang-pukang Mamat mengejar anjing itu. D. Lintang-pukang Mamat melarikan diri apabila anjingnya telah mengejarnya. 19. Saya sangat yakin kamu akan berjaya jika kamu berusaha bersungguhsungguh. A. Kamu akan berusaha bersungguh-sungguh jika kamu yakin. B. Saya yakin kamu akan berusaha bersungguh-sungguh. C. Berusahalah bersungguh-sungguh sehingga kamu yakin berjaya. D. Sekiranya kamu berusaha bersungguh-sungguh, saya yakin kamu pasti berjaya. 20. Hang Tuah merupakan legenda kepahlawanan Melayu yang masih diingati sehingga hari ini. A. Sehingga hari ini Hang Tuah masih diingati sebagai legenda kepahlawana Melayu. B. Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu sehingga hari ini. C. Legenda Hang Tuah tetap diingati sebagai pahlawan Melayu sehingga hari ini. D. Kepahlawanan legenda Hang Tuah masih diingati hingga hari ini.

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

5 Soalan 21 dan Soalan 22 Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud menyaling. 21. I. Kita perlu hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. II. Kilat sabung-menyabung sewaktu hujan turun. III. Budak itu memekik-mekik memanggil ibunya. IV. Kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang baik. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II dan IIIsahaja 22. I. Unggas bersahut-sahutan di dalam hutan. II. Helikopter itu berlegar-legar di udara. III. Hidup berjiran mestilah bantu-membantu. IV. Mereka sedang berlumba-lumba di padang. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja Soalan 23 dan Soalan 24 Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud berulang-ulang. 23. I. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. II. Kakinya yang bengkak itu masih berdenyut-denyut. III. Tangannya tergaru-garu celah pehanya yang gatal itu. IV. Penonton terlonjak-lonjak kegembiraan apabila Malaysia memenangi pingat emas. A. I, II dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II dan IV sahaja

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

6 24. I. Setiap murid diminta untuk mengibar-ngibarkan bendera. II. Dia terhencut-hencut apabila kakinya terpijak paku. III. Anak itik berenang-renang di dalam kolam. IV. Mereka berebut-rebut ketika menaiki bas. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 25. I. Cita-citanya ingin meneroka angkasa lepas. II. Pada bulan lepas, saya akan ke luar negeri. III. Usah dikenang lagi perkara yang lepas. IV. Cakap lepasnya menyakitkan hati orang lain. A. I dan II sahaja B. II, III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja 26. I. Kalau bukan awak siapa lagi yang melakukannya. II. Barang itu bukan saya yang punya. III. Cerita yang bukan itu tidak seharusnya didengar. IV. Ayahnya bukan seorang doktor tetapi seorang guru. A. I, II dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II , III dan IV 27. I. Emak mengumpan kelapa menggunakan sebilah parang. II. Harun mengumpan gadis itu dengan kata-kata yang manis. III. Umpanan yang cantik membolehkan gol dijaringkan. IV. Ikan itu dipancing menggunakan umpan cacing. A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

7 Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 28. I. Kucing ialah merupakan haiwan peliharaan. II. Kereta itu terbabas lalu melanggar sebatang pokok. III. Batu itu tidak terangkat olehku. IV. Zuraidah ingin menceburkan bidang kewartawanan. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 29. I. Abang sayang akan adiknya. II. Pak Samad sedang memasang orang-orang di tengah sawah. III. Kakinya melecur terkena besi panas. IV. Para-para hadirin diminta duduk sebelum acara dimulakan. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja 30. I. Beberapa helai rerambut pada pipinya telah dicabut. II. Janganlah asingkan diri awak daripada rakan sekelas. III. Beberapa ekor cicak melompat-lompat di dalam kotak itu. IV. Tolong hantarkan barang ini ke orang itu. A. II dan III sahaja B. III dan IV sahaja C. I dan III sahaja D. I dan II sahaja

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

8 Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca berita di bawah ini. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Sambutan perayaan Deepavali bagi penghuni Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah tahun ini ternyata lebih bermakna dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang turut memeriahkan suasana sambutan itu. Dr. Siti Hasmah bersama dengan anggota-anggota Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), hari ini turut menyampaikan bantuan periuk nasi dan hamper untuk kegunaan 32 penghuni pusat tersebut. Setiap penghuni turut diberikan sumbangan RM50 seorang. Keceriaan setiap penghuni jelas kelihatan apabila mereka berpeluang bersalaman dan bergambar bersama dengan Dr. Siti Hasmah dan anggota Bakti yang lain. Dr. Siti Hasmah kelihatan turut menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan yang menyentuh antara lain tentang betapa pentingnya sambutan perayaan diadakan bagi meraikan kanak-kanak terutama yang kurang bernasib baik. Dr. Siti Hasmah selaku Yang Dipertua Bakti, kemudianya menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada 30 keluarga India yang kurang bernasib baik di Guru Dharma Society Centre Aid, di sini. Centre Aid ialah sebuah pusat khidmat sosial yang memberikan khidmat perubatan sekali pada setiap minggu, kelas tambahan dan bantuan makanan kepada keluarga miskin - Bernama. 31. Mengapakah sambutan Deepavali pada tahun tersebut lebih bermakna bagi Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah? A. kehadiran Perdana Menteri dan isterinya B. kehadiran Yang Dipertua Bakti C. Penghuni pusat tersebut dapat menyambut Deepavali. D. Mereka telah diberikan sumbangan dan bantuan. 32. Apakah bentuk sumbangan yang diberikan kepada setiap orang penghuni pusat tersebut? A. periuk nasi dan hamper B. wang tunai dan hamper C. wang tunai sebanyak RM50.00 D. bantuan makanan

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

33. Mengapakah Dr. Siti Hasmah menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan? A. kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan B. kerana dapat bersalaman dan bergambar dengan penghuni-penghuni pusat tersebut C. kerana dapat meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik D. kerana mengenangkan nasib kanak-kanak yang kurang bernasib baik 34. Perkataan keceriaan dalam petikan boleh digantikan dengan A. kegembiraan B. ketenangan C. kesungguhan D. kemeriahan 35. Yang berikut ialah khidmat yang diberikan olah Guru Dharma Society Centre Aid kecuali... A. memberikan khidmat perubatan sekali setiap minggu. B. mengadakan kelas tambahan kepada penghuni pusat tersebut. C. memberikan bantuan makanan kepada keluarga miskin. D. membantu keluarga India yang kurang bernasib baik.

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

10

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. La Nina merupakan salah satu daripada fenomena alam. Perkataan ini diambil daripada bahasa Sepanyol yang mempunyai maksud tertentu. Semasa negara dilanda jerebu dan cuaca panas, keadaan ini dikaitkan dengan fenomena El Nino. Sekarang ini negara akan menghadapi fenomena La Nina yang dikaitkan dengan fenomena cuaca buruk seperti huian lebat, ombak besar dan ribut. Antara kesan La Nina ialah banjir besar sebagai akibat hujan lebat yang mengakibat kemusnahan terhadap harta benda dan nyawa. Kerajaan telah menjalankan kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi fenomena ini serta usaha membersihkan sistem perparitan agar banjir yang teruk tidak berlaku. Orang ramai perlulah mendengar nasihat daripada pihak berkuasa supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Yang penting sekali, mereka harus mempersiapkan apa-apa yang perlu dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan agar diri dan keluarga terselamat. Orang ramai boleh memberikan kerjasama untuk mengelakkan kemusnahan harta benda dan nyawa akibat fenomena ini. Antaranya ialah dengan memastikan sistem perparitan di kawasan rumah dalam keadaan memuaskan. Nelayan-nelayan dinasihati tidak turun ke laut ketika hujan lebat ataupun ketika angin kuat. Semua pihak perlu bersiap sedia untak menghadapi fenomena yang akan melanda negara kita ini. 36. Fenomena El Nino adalah dikaitkan dengan... A. jerebu dan kemarau. B. cuaca buruk dan hujan lebat. C. musim tengkujuh. D. perubahan cuaca dan suhu. 37. Apakah kesan daripada fenomena La Nina? A. hujan lebat, ombak besar dan ribut. B. angin akan bertiup kencang. C. sistem perparitan akan tersumbat. D. kemusnahan harta benda dan nyawa.

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

11 38. Apakah usaha-usaha orang ramai untuk membantu kerajaan mengatasi masalah La Nina? A. berpindah apabila rumah dilanda banjir B. bersiap sedia untuk menghadapi La Nina C. membersihkan parit dan longkang di kawasan rumah D. mematuhi segala arahan yang dikeluarkan 39. Mengapakah nelayan-nelayan dinasihati tidak turun ke laut apabila hujan lebat dan angin kencang? A. perahu mereka akan dimasuki air B. mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini C. hasil tangkapan akan berkurangan. D. jerebu dan cuaca panas menyukarkan mereka menangkap ikan 40. Yang berikut ialah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebagai persediaan menghadapi La Nina kecuali... A. menjalankan kempen-kempen kesedaran B. membersihkan sistem perparitan C. mempersiapkan keperluan untuk menghadapi La Nina D. memberikan nasihat dan arahan kepada orang ramai

SOALAN TAMAT

O12 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SULIT

Anda mungkin juga menyukai