Anda di halaman 1dari 17

ASAS TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

RBT 1044
Pita Pengukur
 Digunakan untuk mengukur jarak yang lebih
panjang dari pembaris keluli.
 Berukuran antara 3 hingga 6 meter.
Pembaris Keluli
 Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak,
membuat garisan lurus serta memindahkan
ukuran.
 Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan
biasanya berukuran 300 mm (12") panjang.
Sesiku L
 Terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan
oleh panjang bilahnya.
 Bilah dan tonggak dibina bersudut 90°.
 Ia berfungsi untuk:
• membuat garisan bersudut tepat (90°)
• menguji kepersegian
• menguji kerataan permukaan kayu
Tolok Penanda
 Digunakan untuk:
• membuat garisan selari dengan muka atau tepi
kayu
• menanda tebal atau lebar pada beberapa
kepingan kayu
 Untuk mendapat garisan tanda yang tepat,
pastikan:
• taji sentiasa tajam
• skru tangan diketat dengan betul
• muka tonggak sentiasa bersentuh dengan
permukaan kayu apabila menggunakannya
Tolok Serong
 Digunakan untuk menanda dan
memindahkan sudut yang bukan 90°.
 Skru pelaras digunakan untuk
melonggar dan mengetatkan bilah tolok
serong.
 Untuk mendapatkan sudut yang tepat,
pastikan muka tonggak atau badan
sentiasa bersentuh rapat dengan
permukaan kayu apabila
menggunakannya.
Gergaji Tangan
 Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah.
 Ada dua jenis :
• mengerat kayu — memotong melintangi urat kayu
• membelah kayu — memotong selari dengan urat kayu
 Saiz gergaji di tentukan oleh:
• panjang bilah
• bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)
 Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.
Gergaji Puting
 Digunakan untuk:
• memotong kayu bersaiz kecil
• memotong tanggam kayu
 Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan
menguatkan bilah gergaji.
 Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual
dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan 12 -
14 gigi setiap 25 mm (1 inci).
Gergaji Lengkung Halus
 Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung
pada bahan nipis.
 Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
 Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.
Tukul Kuku Kambing
 Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.
 Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
Tukul Warrington
 Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja
ketukan ringan.
 Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
Pahat Tepi Serong
 Digunakan untuk :
• kerja menatal tanggam
• membersihkan bucu tanggam
• kerja meraut
 Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong.
 Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm hingga
25mm.
 Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon tinggi.
 Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25° -
30° supaya sentiasa tajam.
Kikir Parut
 Digunakan untuk:
• merata dan mengikir kayu dengan cepat
• membentuk lengkuk pada tepi kayu
 Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang
kikir dan gred giginya.
 Ada empat jenis:
• kikir rata
• kikir separuh bulat
• kikir bulat
• kikir tiga segi
Gandin Kayu
 Digunakan untuk:
• kerja pemasangan projek
• menukul pahat
 Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya.
 Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:
• gandin kepala segi empat
• gandin kepala bulat
 Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu,
getah, plastik atau kulit.
Gandin Getah
 Digunakan untuk mengetuk logam kepingan atau
lain – lain permukaan bahan supaya tidak bercalar
dan kemek.
 Gandin getah mempunyai muka yang lembut.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai