Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, kesantunan ialah gambaran imej ataupun sifat peribadi seseorang
individu sama ada berperangai baik atau sebaliknya. Dalam erti kata lain, kita boleh melihat
kesantunan seseorang itu semasa berkomunikasi dengan kita untuk mengenali tingkah laku
dan ragam sahabat baik kita secara dekat. Maksudnya perangai sebenar sahabat kita yang
kita sangka berta

hap amat baik tidak lagi sesuai apabila rakan kita didapati tidak kasihan terhadap
seorang nenek yang sedang tenat dan memerlukan tempat duduk semasa berada di dalam
bas. Sudah terang lagi bersuluh, nilai kesantunan yang sebenar bukan sekadar dilihat
melalui tutur kata seseorang sahaja, tetapi juga dilihat pada perbuatan atau tingkah lakunya
semasa berkelompok di dalam masyarakat.

2.0 ASPEK KESANTUNAN BAHASA

Kesantunan bahasa mempunyai maksud kehalusan dan peradaban dalam berbahasa


ketika bercakap sama ada melalui lisan atau tulisan. Hal ini dapat diamalkan melalui
pemilihan perkataan yang bersesuaian dengan keadaan, tajuk perbincangan, dan hubungan
ataupun kaitan kita dengan individu yang akan menjadi pendengar. Bukan itu sahaja,
perbualan secara lisan atau tulisan haruslah mempunyai ciri-ciri termasuklah bersikap ikhlas
dan merendah diri, serta menghindari kesilapan dalam menggunakan panggilan nama
peribadi semasa bercakap dengan seseorang. Amalan kesantunan bahasa dalam
kelompok masyarakat Melayu merupakan aspek yang dianggap vital kerana “mulut manis
mematahkan tulang” . Dalam kesantunan bahasa, Bahasa Melayu mempunyai sistem
sapaan dan gelaran yang tersendiri Sistem panggilan ini termasuklah gabungan gelaran,
ganti nama dan rujukan hormat. Penggunaan kosa kata dan kata ganti nama diberi
perhatian khusus agar ianya bersesuaian dengan pangkat, usia dan tahap kerapatan
sesuatu hubungan adalah merupakan ciri-ciri kesantunan berbahasa. Oleh hal yang
demikian, individu yang mengamalkan bahasa yang halus dan beradab dikatakan tinggi budi
bahasanya, sebaliknya individu yang menggunakan perkataan yang kesat dan tidak sopan
akan dilabel sebagai biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa dalam perbualan dapat
dikekalkan sekiranya ciri-ciri berikut sentiasa diamalkan. Selain itu, ianya juga dapat
menghindarkan terjadinya konflik seperti salah faham dalam kalangan masyarakat dan akan
menjamin keamanan negara kerana masyarakatnya yang harmoni.

1
3.0 KONSEP BUDI BAHASA

Budi bahasa merujuk kepada cara bertutur, perbuatan, sopan santun dan adab, akal
kebijaksanaan dan perlakuan kebakan yang diiringi dengan kata-kata hikmah, setiap gerak
laku, tatacara hidup dan prasangka baik terhadap orang lain. Dalam pandangan masyarakat
berbilang kaum seperti kaum Cina dan India, budi bahasa bermaksud semua perlakuan
yang baik terhadap orang lain serta memberi kebaikan kepada orang lain. Contohnya,
semasa berada di dalam hospital, doktor yang berbangsa cina berusaha untuk merawat
pesakit tanpa mengambil kira status, pangkat, bangsa ataupun agama. Perkara ini
menampakkan kita bahawa budi bahasa antara kaum itu wujud di negara kita yang tercinta
ini. Selain itu, budi bahasa juga membawa maksud kesopanan dan kesantunan seseorang
individu dalam melakukan sesuatu terutamanya yang mempunyai hubungan dengan bahasa
seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyakiti hati perasaan mana-mana pihak.
Melalui pandangan masyarakat Melayu, Budi bahasa bermaksud kesantunan orang Melayu,
adat, perbuatan, percakapan dan sifatnya yang sungguh damai dalam pergaulan seharian.
Masyarakat Melayu berpegang teguh terhadap adat resam dan agama. Masyarakat Melayu
berpandangan bahawa tidak manis sekiranya anak dara duduk bersila sebaliknya perlu
duduk bersimpuh. Konteks budi bahasa merangkumi beberapa ciri iaitu bertimbang rasa,
bertoleransi, bertolak ansur, bersopan santun, beramah mesra dan tidak mementingkan diri
sendiri. Sekiranya konteks-konteks ini diamalkan dalam perbualan kita, kita akan disegani
oleh masyarakat kerana dianggap mempunyai budi bahasa yang tinggi.

4.0 KEPENTINGAN KESANTUNAN BAHASA DAN BUDI BAHASA DALAM


MASYARAKAT MALAYSIA BERDASARKAN TOKOH TEMPATAN DAN LUAR
NEGARA

Kesantunan bahasa dan budi bahasa mempunyai kepentingannya yang tersendiri.


Antaranya ialah mewujudkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di negara
kita. Masyarakat yang mengamalkan konsep budi bahasa akan saling menghormati tidak
kira kaum dan agama individu tersebut. Masyarakat juga akan dapat hidup dalam suasana
yang harmoni dan sejahtera walaupun hidup bersama orang yang berlainan budaya, adat
dan kepercayaan sekiranya wujudnya sikap saling menghormati antara masyarakat. Selain
itu, salah faham antara kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969 juga dapat dihindari. Ini
menunjukkan betapa pentingnya kesantunan dan budi bahasa dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum.

2
Menurut Asmah Haji Omar (2000),”kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa
sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung dari pihak
pendengar”. Kesantunan ialah cara atau strategi yang dipakai oleh penutur bagi mencapai
tujuan tertentu. Maksud tersuratnya kata-kata tersebut ialah kita perlulah menggunakan
bahasa yang sopan semasa berkomunikasi dengan individu lain bagi mengelakkan konflik
berlaku antara satu sama lain yang boleh membawa kepada putusnya hubungan
silaturrahim sesama masyarakat. Maksud tersirat dalam kata-kata ini ialah penggunaan kata
yang baik dalam perbualan seharian amat vital diamalkan oleh seseorang individu.

Berdasarkan pandangan Awang Sariyan (2007), “kesantunan bahasa ialah penggunaan


bahasa yang baik,sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya”. Ini membawa maksud bahawa
kesantunan ialah aturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh sesuatu
kelompok masyarakat tertentu sampai menjadi prasyarat bermasyarakat. Manakala maksud
tersiratnya ialah bahasa menunjukkan sifat dalaman seseorang sama ada bersifat baik
ataupun tidak beradab dan kurang sopan.

Manakala takrifan Hamka (2002), “kesantunan merujuk kepada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang”. Ini
bermaksud perkataan yang sopan dan beradab yang dapat menyenangkan hati manusia
yang keras juga salah satu daripada kesantunan. Dalam erti kata lain, kesantunan bukanlah
dipandang daripada sudut luaran sahaja, ianya juga dinilai dari dalam diri kita.

Mengikut pandangan Aristotle, “ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan
adabnya, bukan asal keturunannya”. Ini bermaksud aspek kesantunan mempunyai peranan
yang signifikan dikira terhadap seseorang individu bagi mengenalpasti seseorang itu bersifat
terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela. Selain itu, tahap kehormatan juga bukan dinilai
melalui keturunan ataupun agama.

Mengikut Khalifah Abdul Malik Marwan, “semulia-mulia manusia ialah orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan orang lain
ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat. Ini bermaksud bahawa pemimpin
masyarakat atau orang yang berkuasa, harta dan kedudukan dalam masyarakat juga perlu
mempunyai kesantunan. Contohnya, merendah diri dan bersikap pemaaf terhadap orang
lain serta bersikap adil dapat menjaga keharmonian hidup antara rakyat biasa dan
pemimpin. Ia juga bermaksud bahawa kita perlu besantun terhadap semua golongan
masyarakat tidak mengira pangkat atau darjat.

3
RUMUSAN

Tuntasnya, kesantunan bahasa amat penting kepada setiap individu bagi


pembentukan perangai dan budi bahasa sebagai panduan untuk menjalani kehidupan.
Amalan-amalan murni seperti hormat-menghormati,bersopan-santun dan sebagainya perlu
diamalkan sejak kecil lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Individu
yang bersifat mulia dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial dan
kerosakan akhlak kerana mereka tahu akan implikasi tindakan tersebut.

4
RUJUKAN

Khairuddin Mohamad (2017), Kesantunan Masyarakat Malaysia, Shah Alam:Oxford Fajar


Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar (2002),Setia dan Santun Bahasa, Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Awang Sariyan (2007),Santun Berbahasa,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamka (2002), Merantau ke Dell, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2017/11/konsep-budi-bahasa.html?m=1

http://vivianwee.blogspot.com/2013/10/kepentingan-kesantunan-berbahasa.html?m=1

http://pengajianmalaysia.over-blog.com/kesantunanberbahasa

Anda mungkin juga menyukai