Anda di halaman 1dari 10

PRAKATA

Syukur, kerana dengan limpah kurnia-Nya, buku Kesantunan Berbahasa berjaya


disiapkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Buku ini telah ditulis
berdasarkan tajuk dalam buku Kesantunan Masyarakat Malaysia. Buku ini amat
sesuai dijadikan bahan rujukan oleh rakan-rakan 1 PPISMP kerana memuatkan
kupasan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Selain itu, buku ini sesuai digunakan untuk pembaca umum oleh mereka yang ingin
memperoleh maklumat lanjut tentang kesantunan berbahasa.
Buku ini mengandungi 5 topik dan setiap topik dihuraikan dengan bahasa yang
mudah difahami dan berkonsepkan mesra pembaca. Di dalamnya, menerangkan
tentang kesantunan berbahasa dalam konteks kesopanan dan kehalusan yang wujud
ketika menggunakan bahasa. Turut dijelaskan dalam buku ini ialah fungsi penjagaan
air muka sebagai asas kesantunan, peranan bahasa sapaan serta konsep
kesantunan merentas budaya.
Diharapkan buku ini dapat memenuhi kehendak dan hasrat para pembaca yang
selama ini tercari-cari buku panduan dan rujukan yang sesuai bagi mendalami bidang
kesantunan berbahasa.

1
OBJEKTIF
Setelah mempelajari subtopik ini, pelajar memperoleh pengetahuan tentang:-
 Definisi santun bahasa dan aspek-aspek peraturan berbahasa yang
meliputi peraturan linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik

2
PENDAHULUAN
Tingkah laku berkomunikasi berkait rapat dengan martabat kehidupan
manusia. Ketiadaan kemahiran berkomunikasi merupakan satu kecacatan
sosial yang boleh merencatkan perhubungan sesama manusia. Kemahiran
perhubungan perseorangan amat penting dikuasai kerana kita sentiasa
berdepan dengan manusia yang terdiri daripada individu yang
berbeza,mempunyai keunikan peribadi,mempunyai keegoan dan harga diri
yang pelbagai,serta prinsip hidup dan pandangan. Lazimnya proses
berkomunikasi boleh mewujudkan kesan seperti berikut:-

a. membebaskan/mengongkong kegiatan manusia


b. merapatkan/merenggangkan perhubungan manusia
c. mencipta/memusnahkan keharmonian dan kemanusiaan sejagat
d. mencipta/melenyapkan mutu kehidupan insan
e. mengangkat/merosakkan martabat hidup serta ketamadunan manusia

Sebaliknya, komunikasi berkesan boleh dimanfaatkan untuk mengurus diri


peribadi dan sebagai asas untuk bekerjasama serta mewujudkan keselarasan
sosial sejagat.

3
KONSEP PERATURAN BERBAHASA

Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan


bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Apabila seseorang
penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu
mengamalkan santun bahasa.Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i. Peraturan linguistik
ii. Peraturan sosiolinguistik
iii. Peraturan pragmatik

4
PERATURAN LINGUISTIK
Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang
menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.Aspek utama yang mewakili
bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.

Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam


penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding
dengan urusan tidak rasmi.Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh
dialek bahasa akan digunakan oleh penutur.

Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan


linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.Contohnya, penggunaan
tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam
komunikasi bertulis seperti dalam penulisan surat dan laporan.Begitu juga
penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata ganti diri yang tepat terhadap
seseorang.

Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu bapa atau
orang yang lebih tua.Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi
dengan sahabat handai yang rapat.

Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya dapat
menjelaskan mesej dengan baik serta santun.

Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah untuk menjaga


kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej
yang disampaikan.Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir
atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat dapat mengurangkan jurang
komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keagamaan bahasa yang digunakan
oleh sesuatu pihak.

5
PERATURAN SOSIOLINGUISTIK
Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa
yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam
konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks
komunikasi tulisan).Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal
ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.

Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri
mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam
masyarakat.Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi
penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.

Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain),
panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat
Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata
ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah
satu adab atau unsur kesantunan bahasa.Dalam suasana tidak rasmi juga masih
diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan
seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.Sebagai contoh,
orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.

Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan
dengan betul sebagai tanda hormat.Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua
daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara
atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan
panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan
sebagainya.Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor jarak
sosial.

6
Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara
individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok.Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan
kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi
yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau orang-orang
yang lebih tua daripada kita.Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang
mempunyai status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya
sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan bahasa yang digunakan.

Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan


status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.Aspek sosiolinguistik
seterusnya ialah cara memula dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi
kesantunan berbahasa.

Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan


assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan
memberikan kata-kata hormat kepada hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan
orang-orang tua.Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima
kasih dan diakhiri dengan “ Wa ‘alaikumus salam wa rahmatullahi wabarakatuh ”.

Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran


percakapan.Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam
perbualan.Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai
bercakap.Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua
mestilah memastikan orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara dengan
berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan pendapat.”Begitu juga seorang
anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk percakapan ibu
bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap pastikan ibu bapa telah
selesai bercakap.

7
Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan
berbahasa.Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta
sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu
kepada saya.”Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah
menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada
suara.Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa
berkomunikasi.Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu
ketat dipatuhi.Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks
percakapan bergantung kepada perkara-perkara berikut:-

→ Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi
juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila
diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka
perkataan itu dikatakan tidak santun.

→ Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu
perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika
diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun.

→ Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan
percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji
masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun
oleh isterinya sekiranya cara penyampaian menjadi sindiran, misalnya dalam konteks
suami menyindir isterinya yang tidak pandai memasak.

8
PERATURAN PRAGMATIK
Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan
berkesan.Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan
dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.Percakapan dengan
menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi
percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasaan marah dan tidak puas
hati seseorang.

Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan


dengan tujuan komunikasi.Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang
sopan dan berkesan.Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan
sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat
kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan
pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.

Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan
wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.Terdapat pelbagai jenis wacana
seperti wacana penceritaan, pemaparan, dan penghujahan.Setiap wacana tersebut
memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan
matlamatnya.

Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel memerlukan bahasa
yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik
supaya menarik minat pembaca.Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk
penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta dan terima
kasih supaya dapat mempengaruhi orang yang dipujuk.

9
RUJUKAN
Amat Juhari Moain. (1985). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Satu
Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2007). Kesantunan Berbahasa dalam Pengurusan Pentadbiran


dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Aziz Salleh. (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi Yang Efektif . Shah
Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd.

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal . Kuala


Lumpur:Institut Tadbiran Awam Negara.

Abd. Rahim Abd. Rashid & Yap Kim Fat. (1995). Bahasa Melayu: Komunikasi
Berkesandan Pengucapan Umum . Selangor: Siri Pendidikan Longman.

Abdul Halim A. Karim. (1992). Pengucapan Awam . Sungai Petani: Institut Tadbiran
Awam Negara.

10

Anda mungkin juga menyukai