Anda di halaman 1dari 2

1.

NYATAKAN DAN JELASKAN APAKAH PERSEDIAAN YG PERLU PELAJAR


LAKUKAN UNTUK MENGHADAPI HARI-HARI PEPERIKSAAN DI MASA
HADAPAN?

Pelajar akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. pelajar akan
menyediakan jadual waktu belajar dan pelajar akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya pelajar ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini
demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para
pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa
yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika pelajar mengikut jadual
waktu belajar yang telah pelajar tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir
kerana peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan
pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang
telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat
persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang
kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka
mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan.
Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi pelajar masa yang cukup
untuk membuat persediaan awal supaya pelajar dapat mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan yang akan pelajar duduki nanti.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam


peperiksaan, pelajar akan membuat lebih banyak latihan dan pelajar juga akan
mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada
Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke
dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, “praktis asas
kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau
seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan
dalam hidup.pelajar akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai
mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana pelajar akan lebih menguasai sesuatu
topik dan secara tidak langsung pelajar akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang
akan ditanya dalam peperiksaan. pelajar juga akan membuat ulang kaji secara
berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan
“ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. pelajar akan belajar bersungguh-sungguh dan
pelajar akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan pelajar tidak
akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran sains.
Tegasnya, pelajar membuat lebih banyak latihan dan jika pelajar mengulang kaji
pelajaran secara berterusan, pasti pelajar akan mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan nanti.

2. HURAIKAN APA YG PERLU DIAMALKAN OLEH PELAJAR UNTUK


BERTINDAK DALAM PENTAKSIRAN MEREKA BAGI MENINGKATKAN
INTERGRITI MEREKA DALAM FASA-FASA PEPERIKSAAN YG AKAN MEREKA
LALUI?

Pelajar perlu masa yang cukup untuk belajar.Pelajar juga harus memastikan
ruang belajar tersusun.Pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis pengurusan
grafik, peta minda dan gambar rajah.Seterusnya,pelajar boleh membuat latihan
berdasarkan soalan-soalan lepas dan berdasarkan latihan tersebut,pelajar boleh
menjelaskan jawapan kepada orang lain.Pelajar juga harus mengambil masa rehat
antara waktu pembelajaran.Pelajar perlu banyakkan meminum air.Pelajar perlu
merancang hari peperiksaan mereka supaya dapat bersedia awal.

3. JELASKAN APAKAH YG ANDA FAHAM TENTANG PLAGIAT ? BERIKAN


CONTOH-CONTOH YG SESUAI DALAM HURAIAN ANDA.

Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud


"perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain
tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".Dalam bidang akademik,
gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai
penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah
digantung atau dibuang dari universiti. Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme
dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati
menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau
diberhentikan kerja. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam
penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat menciplak, melalui kegagalan
mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan. Sementara penciplakan dalam
bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya,
perkembangan Internet, di mana rencana dipaparkan sebagai teks elektronik,
menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui potong
dan tampal sesuatu teks dari sesebuah laman web ke satu lagi laman.

Anda mungkin juga menyukai