Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A (20 MARKAH) Soalan 1 hingga soalan 4 berdasarkan petikan di bawah ini .Malam itu bulan cerah.

Menebarkan cahayanya seperti pelangi, berkilauan di atas daun.Tuk Mat hanya datang sekejap, sekadar memberi laporan bahawa segala-galanya sudah beres.Berehat, pak, esok orang ramai, penat pula untuk melayan. Tuk Mat memberitahu.Bapa jangan risau, semuanya sudah siap! tambahnya, menyalam tangan Pak Itam, lalu meminta diri.Hampir menitik air mata Pak Itam melihat susah payah dan pengorbanan Tuk Mat bagimenjayakan niat dan cita-citanya. Rasanya, inilah khidmat baktinya yang terakhir. Melepaskan kerinduannya untuk melihat anak-anak tanah Langat, teman taulan, sahabat dan cucu cicit anak-anak remaja berkumpul dengan penuh keharmonian. Makanlah, minumlah, dan kalau ada yang mahu makan rambutan yang kebetulan tengah bermusim, panjat di belakang rumah. Rambutan gading ada, Cik Embong, rambutan Pak Ali, manggis, langsat, jambu air, semuanya tengah menggugus di dahan. Durian pun tengah meluruh, tadi pun sudah dipesan kepada Mat Piah peraih, pagi esok carilah durian di dusun lain. Pagi esok walau seulas pun tidak akan dijual. Lusanya tentu semua surat khabar akan menyiarkan ceritanya, seorang pejuang nasionalis, seorang penulis yang berani, yang masuk keluar penjara kerana memperjuangkan nasib anak bangsanya.Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu mengerumuninya,mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya. Sudah jelas dalam kepala Pak Itam, kalau ditanya kenapa merayakan hari jadi di kampung, bukan di hotel besar, selesa dalam dewan yang segar dengan serapan alat hawa dingin. Pak Itam senang sahaja menjawabnya; kalau buat di hotel selain daripada tidak berkemampuan, orang kampung tidak akan merasa, rakyat marhean tetap menggigit jari. Bukankah dia pemimpin rakyat marhean? Kalau dia mahu kaya dari dahulu lagi dia sudah jadi jutawan, bukankah dia anak Melayu pertama jadi majistret di Malaya. Belajar di tanah Inggeris. Orang Melayu masa itu huruf A pun dikatakan kayu pangkah, bukankah peluang untuk menjadi orang kaya menganga di depan mata? Pak Itam tidak mahu. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Memori Seorang Tua) 1 Apakah khidmat bakti Pak Itam yang terakhir? A Mengadakan majlis hari jadi di dewan hotel yang berhawa dingin B Berkongsi pengalaman sebagai seorang pejuang menentang penjajah C Mengadakan jamuan makan untuk keluarga dan penduduk di kampung D Menasihatkan anak-anak tanah Langat supaya tidak keluar masuk penjara
1

2 Pilih penyataan yang betul tentang perwatakan Pak Itam. I Mendapat pendidikan Inggeris di Malaya II Seorang penulis yang antipenjajah Inggeris III Bercita-cita menjadi orang Melayu yang kaya IV Bergantung hidup kepada hasil jualan buah-buahan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

3 Pak Itam beranggapan dia akan dikerumuni dan ditemuramah oleh wartawan kerana dia A merupakan majistret Melayu yang pertama B berkongsi memori hidup dan perjuangannya C mengadakan majlis hari jadi secara besar-besaran D menanam pelbagai jenis rambutan di belakang rumahnya

4 Apakah mesej utama bagi petikan cerpen di atas? A Majlis merayakan hari lahir penting bagi warga tua. B Penduduk di kampung hidup dengan penuh keharmonian. C Pemimpin rakyat marhean membela hak dan maruah bangsanya. D Kakitangan kerajaan berpeluang menjadi jutawan dalam masyarakat.

Soalan 5 hingga soalan 7 berdasarkan petikan di bawah ini .Pokok putat kampung atau nama saintifiknya Barringtonia racemosa merupakan pokok yang tumbuh liar di kawasan tanah bencah dan tebing sungai. Pucuk putat bukan sahaja menjadi kegemaran serangga tetapi dijadikan ulam oleh masyarakat kampung di Kelantan. Pucuk putat merupakan ulam yang sukar diperoleh kerana pokok putat tidak mengeluarkan pucuk sepanjang tahun. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tumbuhan ini bagi mengenal pasti kepentingan tumbuhan ini dalam perubatan. Antara kajian yang dijalankan termasuklah biji tumbuhan ini dipercayai mampu merawat penyakit kanser dan ulser, manakala akar tumbuhan ini mempunyai khasiat antibakteria.Walaupun masyarakat mengamalkan pemakanan ulam pucuk putat, mereka masih tidak mengetahui khasiat pucuk putat dan menyebabkan mereka tidak mementingkan penjagaan pokok tersebut. Mereka hanya bergantung pada ekosistem bagi memastikan pokok putat tumbuh segar. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berusaha membongkar rahsia pucuk putat ini. Pasukan penyelidik terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk mencari pokok putat. Hal ini demikian kerana pokok putat telah banyak berkurangan kerana tindakan manusia yang menceroboh kawasan tanah bencah dan tebing sungai untuk pertanian. Pokok putut semakin pupus disebabkan oleh kerja penyelenggaraan dan pendalaman sungai untuk mengelakkan banjir. Hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa daun putat bukan sahaja mempunyai antioksidan yang sangat tinggi tetapi komponen antimikrob serta bahan aktif yang lain.Untuk mengatasi masalah kekurangan pucuk putat yang boleh membekalkan bahan antitoksin dalam badan manusia, pasukan penyelidik telah menghasilkan kapsul Wengtonia yang dihasilkan daripada daun putat. Khasiat daun putat di dalam kapsul Wengtonia boleh dinikmati sepanjang tahun tanpa perlu menunggu musim pokok putat mengeluarkan pucuk. Penggunakapsul Wengtonia bukan sahaja dapat menyahtoksin dalam badan mereka, tetapi dapat memastikan bakteria jahat tidak membiak dalam badan mereka.Bahan aktif yang terdapat dalam produk daun putat ini dipercayai ada persamaan dengan bahan aktif yang ada dalam melodeon yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan untuk menjalankan proses penyahtoksin dan program pemulihan penagih dadah di semua Pusat Serentidi Malaysia. Bahan ini juga berpotensi untuk dijadikan bahan untuk mengurangkan kesakitan sebagaimana morfin. Kapsul Wengtonia yang merupakan bahan makanan semula jadi dipercayai dapat mengeluarkan toksin daripada badan penagih dadah secara kekal dan tidak menimbulkan kesan sampingan.Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian dilakukan ke atas tumbuhan ini sebagai penyahtoksin penagih dadah,
3

begitu juga dengan kebolehan tumbuhan ini melawan sel kanser payudara. Oleh hal yang demikian, pasukan penyelidik UMK sedang bekerjasama dengan Agendi Dadah Kebangsaan bagi menjalankan ujian klinikal tentang keberkesanan produk ini dalam membantu penagih dadah menghilangkan ketagihan dadah. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik , Februari, 2011)

5 Apakah fokus perbincangan petikan di atas? A Kepupusan pokok putat di Malaysia B Manfaat pucuk putat dari segi perubatan C Kekurangan penyelidikan tentang pokok putat D Pucuk putat merupakan sumber makanan masyarakat kampung

6 Usaha yang dapat menjamin bekalan pucuk putat yang mencukupi adalah dengan I menggalakkan penyelidikan tentang khasiat pokok putat II menghapuskan serangga perosak yang memusnahkan pucuk putat III mengusahakan pokok putat sebagai tanaman makanan atau sayuran IV menegah pembangunan di kawasan tanah bencah dan tebing sungai A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7 Para penyelidik tempatan digalakkan mengkaji pokok putat kerana pokok putat A berfungsi sebagai penyahtoksin bagi penagih dadah B menghasilkan bakteria yang baik dalam badan manusia C merupakan makanan kegemaran bagi serangga dan manusia D boleh dikomersialkan sebagai produk kecantikan semula jadi
4

Soalan 8 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.

Pada Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan mental dalam kalangan pelajar. Guru-guru didedahkan cara mengenal pasti pelajar yang berhadapan tekanan mental dan tindakan susulan bagi memastikan pelajar berkenaan menerima bimbingan seawal mungkin.Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) merangka penyediaan modul tersebut.

Berdasarkan rekod KKM, bilangan pesakit mental yang menerima rawatan di hospital awam meningkat 15.6 peratus kepada 400 227 orang pada tahun 2010 berbanding pada tahun sebelumnya. Menurut Dr. Khaidzir Ismail, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa remaja di Amerika Syarikat banyak yang membunuh diri. Mereka yang membunuh diri datang daripada keluarga yang bermasalah. Selain itu, terdapat segelintir remaja yang gagal mencapai keputusan akademik yang diharapkan. Tambahan pula, remaja tersebut menjadi harapan keluarga atau sekolah.

Pelaksanaan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan dalam kalangan pelajar bertepatan dengan strategi Dasar Perlindungan Kanakkanak.Dalam konteks ini, guru mestilah diberikan kefahaman secukupnya berkenaan dengan hak dan perlindungan pelajar. Melalui modul ini, pihak sekolah dapat melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat pelajar yang menjadi mangsa pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi.Justeru, ada pihak tertentu mencadangkan modul ini diserapkan ke dalam kurikulum pelajaran sekolah menengah agar para pelajar sama ada yang mengalami tekanan mental atau tidak mendapat pendedahan dan memahami tekanan mental.

Ada cadangan supaya pelajar diberikan pendedahan tentang hak mereka seawal tahun satu agar mereka dapat meningkatkan kewaspadaan. Hal ini disebabkan penjenayah mensasarkan kanak-kanak untuk didera dan dieksploitasi. Seandainya mereka diberi kefahaman tentang hak mereka, maka mereka tidak mudah terpedaya atau diperalatkan oleh penjenayah atau sesiapa sahaja yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya.

Terdapat beberapa contoh kes pembunuhan kanak-kanak di negara kita yang membabitkan kanak-kanak. Antaranya kes pembunuhan adik Siti Mazni Abdul Rahman, 14 tahun. Kes ini telah melibatkan empat orang remaja berumur antara 14 hingga 16 tahun yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Sebagai kesimpulannya, kanak-kanak merupakan aset negara dan akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Kerjasama KKM dan KPM melaksanakan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah merupakan langkah yang bijak untuk menuju pembentukan generasi sejahtera, waras, dan berilmu. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat,Tekanan Mental,Mac.2011 )

8 Mengapakah Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) ingin memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah?

A supaya para remaja dapat memahami hak mereka B kerana para remaja tidak dapat mengawal tekanan perasaan C disebabkan ramai para remaja yang mengalami tekanan jiwa yang kritikal D supaya para guru dapat menangani masalah tekanan pembelajaran murid di sekolah

9 Pada pendapat anda, mengapakah penjenayah mensasarkan kanak-kanak untuk didera dan dieksploitasi?

A Kanak-kanak patuh kepada ibu bapa B Kanak-kanak kurang dikawal oleh ibu bapa C Kanak-kanak boleh menyimpah rahsia dan takut kepada penjenayah. D Penjenayah menganggap kanak-kanak belum berfikiran matang dan mudah dipujuk.

10 Berdasarkan petikan di atas, apakah fokus utama yang hendak disampaikan?

A Modul Kesihatan Mental. B Tekanan mental dalam kalangan pelajar. C Masalah mental dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. D Kementerian Kesihatan Malaysia dan Modul Kesihatan Mental
6

11 Ayat yang berikut menggunakan kata tengah dengan maksud yang sama kecuali

A Anaknya yang tengah berjawatan jurutera B Bahagian tengah rumah itu masih dalam pembinaan C Ibu tengah memasak ketika adik pulang dari sekolah D Bola yang ditendang oleh Afiq melantun ke tengah jalan

12 Antara yang berikut yang manakah yang terbentuk daripada pendepanan kata adjektif dengan kata bantu. I Belum sampai rombongan pengantin ke Kuala Pahang. II Belum tentu baik barang lelongan itu. III Sedang bertatih anak bongsu pasangan itu. IV Masih teguh lagi bangunan lama itu.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

13 Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mengandungi unsur keterangan? I Rakyat negara itu menuntut kemerdekaan daripada penjajah. II Ketangkasan penjaga gol itu menarik perhatian. III Perdebatan antara kedua-dua pihak semakin hangat. IV Penduduk di situ bekerjasama demi kemajuan kampung mereka.

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

14 Antara yang berikut, yang mana bukan ayat majmuk A Kakak memandu sambil mendengar radio. B Seorang jurujual di pasar raya itu terkorban dalam kebakaran. C Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk rindukan bulan. D Ketika masih kecil dahulu, mereka selalu berkelah di Pantai Sepat

15 Antara yang berikut, ayat yang manakah yang mengandungi subjek kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama? I Masakan ibu sungguh menyelerakan. II Berolahraga menjadi kegemaran remaja. III Makan suap perbuatan yang keji. IV Pengedaran dadah menjejaskan generasi muda negara.

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16 I : Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguh-sungguh. II : Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi membentuk satu molekul air Ayat I dan II di atas masing-masing ilah jenis ayat majmuk keterangan A syarat dan akibat B akibat dan syarat C musabab dan harapan D musabab dan tujuan

17

Dua butir bom tangan buatan Jepun telah meletup pada petang semalam.

Unsur inti dalam subjek di atas ialah A bom B Jepun C tangan D dua butir
8

18. Burung Angsa Itik Bangau

Yang tersenarai di atas tergolong dalam kumpulan perkataan A hiponim B homonim C sinonim D polisemi

19 Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah tidak boleh dipasifkan? I Adik bertandang ke rumah kawannya. II Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin. III Dia berasa amat hiba mengenangkan nasibnya. IV Mekanik itu sedang membaiki kereta saya dirinya. A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV

20 Ayat manakah antara berikut yang menggunakan kata pemeri yang sesuai? I Tanggungjawab itu adalah terlalu berat untuk dipikul oleh neneknya. II Kerugian syarikat itu adalah disebabkan oleh kelemahan pihak pengurusan. III Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat itu akan diadakan pada hari esok. IV Pelaburan melalui amanah saham ialah untuk pulangan jangka panjang.

A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV


9

BAHAGIAN B (20 MARKAH) Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 200 hingga 300 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. 1. Kewujudan laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya merupakan salah satu perkhidmatan internet yang terkini. Bincangkan impak laman sosial ini kepada masyarakat dan negara.

2. Malaysia dikatakan mempunyai kekuatan untuk menjadi pusat pendidikan serantau. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.

3. Masyarakat kini mengambil vitamin dan bahan minuman bertonik untuk memastikan mereka mendapat diet yang seimbang pada setiap hari. Jelaskan kebaikan pengambilan vitamin dan bahan minuman bertonik tersebut

4. Kini, stesen televisyen dan pengusaha pawagam cenderung menyiarkan drama dan filem yang berunsur mistik untuk menarik minat penonton. Rancangan sedemikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton. Sebagai pengerusi sebuah persatuan dan kesenian yang berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum tersebut selengkapnya

10

BAHAGIAN C (10 MARKAH) Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Kenapa Mak Lijah, kenapa? tegur Munir setelah menaiki tebing alur. Aku penat. Ular tedung senduk itu, ujarnya sambil mengurut-urut dada. Di mana mak Lijah? tanya Seman yang turut bersama-sama naik ke situ. Di tengah jalan tu. Mak Lijah menunjuk ke arah laluannya tadi. Kamu berdua tolong ambil kain kelumbung aku tu. Tapi ingat, boleh jadi ular tedung masih ada di situ, pesan Mak Lijah. Seman mencabut sebatang buluh yang terpacak di pinggir titi. Baiklah Mak Lijah. Kalau ada ular tu, kami pukul dengan sebatang buluh ini, katanya. Yalah. Buluh tu sumpahan ular. Baik-baik ya, nasihat Mak Lijah. Baiklah, Mak Lijah, ujar Seman. Mereka terus berlalu dari situ. Ha! Itu pun kain kelumbung Mak Lijah. Berlonggok di atas batas bendang tu. Mari kita tengok, ajak Munir. Kamu kais kain kelumbung tu dengan buluh. Cermat cermat sikit, suruh Munir. Seman menyodok hujung buluh ke bawah kain tersebut. Dia mengangkat perlahan-lahan. Tak ada ular pun. Boleh jadi ular tu dah menyusup keluar, katanya sambil mengurut dada.Ambil kain tu. Kita serahkan kepada Mak Lijah. (Dipetik daripada Rejab F.I. Apakah yang Mak LIjah Cari?, Dewan Siswa,Dewan Bahasa dan Pustaka, Oktober 2010, halaman 12)

11

BAHAGIAN D (10 MARKAH) Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan, dan kemudian buat pembetulan.

Bilangan warga China yang memasuki negara ini untuk mencari rezeki semakin bertambah setiap tahun. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan yang setiap hari dianggarkan kira-kira 1286 orang warga China memasuki Malaysia. Sebahagiannya datang untuk melancong. Manakala sebahagian lagi datang untuk mencari rezeki di negara ini. Mutakhir ini, dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia kecoh dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh gadis warga China yang bekerja di negara ini. Dengan membekalkan kecantikan dan kelembutan, gadis warga China ini berjaya menggoda untuk memperoleh wang. Menurut kajian sebuah akhbar Cina tempatan, dianggarkan setiap seorang gadis warga China menyedut hampir RM10 ribu setiap bulan daripada setiap lelaki Cina tempatan yang berjaya mereka goda dan perdaya.

12

Anda mungkin juga menyukai