Anda di halaman 1dari 15

1.

MAKLUMAT CERITA 1.1 Tajuk Ocean Heaven (Julai 2010) 1.2 Tema Cerita "Explore true love and affections from the angle of ordinary people" 1.3 Pelakon dan watak 1.4 Jet Li sebagai Sam Wong / Wang Xincheng Wen Zhang sebagai David / Dafu Kwai Lun-mei sebagai Ling Zhu Yuanyuan sebagai Puan Chai Dong Yong sebagai Ketua Tang Gao Yuanyuan sebagai isteri Sam Wong yang meninggal/Ibu kepada Dafu Yan Minqiu sebagai Pengetua Liu Chen Rui sebagai Xia Ya

Sinopsis Filem ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa tunggal kematian isteri yang berada dalam lingkungan umur antara 30 tahun hingga 40 tahun yang bernama Sam Wong yang dilakonkan oleh Jet Li, yang sedang sakit tenat dan mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinannya. Malangnya, anak tersebut menghidapi autism yang diberi nama sebagai Dafu, dilakonkan dengan baik oleh Wen Zhang. Kisah ini menggambarkan perjuangan seorang ayah yang berusaha mengajar anaknya yang autisme berumur 21 tahun dengan sabar. Si ayah yang sedang mengira detik kematiannya mengurus dan memenuhi keperluan Dafu

semenjak kematian isteri 14 tahun yang lalu, iaitu ketika Dafu berumur 7 tahun lagi. Sedari kecil, dia sering membawa Dafu kemana sahaja walaupun ketika bekerja. Sam Wong sebelumnya pernah berputus asa kerana memikirkan tentang kehidupan Dafu selepas pemergiannya nanti mengambil keputusan ingin mati bersama-sama dengan anaknya dengan cara menenggelamkan diri di laut. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana Dafu masih mampu berenang dan menyelamatkan mereka anak-beranak meskipun tubuhnya sudah dipakaikan dengan batu pemberat. Selepas kejadian itu, Sam Wong mula mencari dan meminta bantuan daripada yayasan sosial mulai dari Rumah Asuhan hinggalah Rumah Sakit Jiwa supaya dapat menjaga anaknya selepas pemergiannya nanti. Sayangnya tidak ada satu pun daripada institusi tersebut dapat menerima Dafu kerana tidak sesuai dengan kriteria yang mereka tetapkan. Sepanjang tempoh tersebut, beliau mengajar anaknya mempelajari tugas-tugas asas dalam usaha untuk menjaga dirinya serta mencarikan tempat yang sesuai.Sepanjang perjalanan cerita, boleh dilihat dengan jelas hubungan yang semakin erat antara si ayah dan anak serta masyarakat di sekeliling yang prihatin. Ling Ling yang dilakonkan oleh Kwai Lun-mei memainkan peranan seorang badut yang merupakan sebahagian daripada sarkas kecil jalanan yang membuat persembahan di dalam akuarium, tempat Sam Wong bekerja dalam tempoh yang singkat dan tidak disangka antara yang membawa kepada persahabatan yang rapat antara mereka . Walaupun Dafu berusaha untuk mempelajari banyak tugasan asas, Sam Wong sangat tekun dalam mengajar anaknya tentang tugasan yang dia perlu tahu bagaimana untuk menguruskan dirinya apabila bapanya meninggal dunia. Sementara itu, Puan Liu iaitu pengetua sekolah berasrama penuh untuk kanakkanak terencat akal di mana Dafu pernah belajar semasa zaman kecilnya mengesyorkan Dafu kepada sebuah institusi yang baru dibuka di mana beliau boleh tinggal di situ selepas bapanya meninggal dunia. baik dengan Dafu,

Dafu terus belajar dengan tekun biarpun pada mulanya agak susah untuk menukar kebiasaannya kepada sesuatu yang baru. Ling Ling, mengetahui bahawa dia akan meninggalkan akuarium itu dengan kumpulan sarkasnya mengajar Dafu mengangkat telefon yang ada dalam akuarium dan apabila dia mendengarnya, dan dia akan bercakap kepadanya. Selain itu, Sam Wong buat kali pertama, berenang dalam akuarium bersama anaknya, berpakaian sebagai penyu laut dan memberitahu anaknya supaya jangan takut apabila dia pergi. Dia akan menjadi seperti penyu di dalam akuarium, selalu berenang dekat dengan dengannya. Ling Ling telah pergi dengan kumpulan sarkasnya. Sam Wong akhirnya meninggal dunia, dan pengebumian beliau dihadiri oleh rakan-rakan rapat dan ahli keluarga yang lain. Selepas pengebumian tersebut, Dafu dilihat melakukan beberapa perkara yang bapanya berusaha dengan banyak untuk mengajar dengan jayanya. Dia memasak untuk dirinya sendiri, tahu bagaimana untuk menaiki bas, dan menjawab telefon apabila Ling Ling membuat panggilan serta bekerja sebagai tukang bersih di tempat ayahnya bekerja dahulu. Apa yang tersirat di dalam kisah ini ialah Dafu akan tahu bagaimana untuk memimpin hidupnya sendiri, walaupun masih ada kawan lama Sam Wong membantu sepanjang pejalanan hidupnya.

2.0

PENGENALAN Watak yang bernama Dafu ialah seorang remaja 21 tahun yang menghidapi penyakit

autism yang tergolong dalam Autism Regresif kerana dikesan ketika Dafu berusia 7 tahun dan bukannya pada awal bayi. Perkembangan pesakit ini tidak sama dengan remaja yang normal dan ia memerlukan kepada pemerhatian yang rapi. 2.1 Definisi Perkembangan Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi, perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benarbenar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

2.2

Definisi Autisme Autisme diklasifikasikan sebagai ketidaknormalan perkembangan neuro atau kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Ia juga dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan sekadar kecacatan psikiatris mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial,

komunikasi, emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Istilah autism berasal daripada perkataan Autos yang bermaksud diri sendiri dan Isme yang bermaksud suatu aliran. Oleh itu, autism bermaksud keadaan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autism dikenali sebagai sindrom Kanner, kerana sempena nama seorang ahli psikiatri kanak-kanak berasal dari Amerika yang bernama Leo Kanner yang menemui penyakit tersebut pada tahun 1943. Autisme juga dikenali sebagai sindrom Asperger yang berbentuk autisme tahap sederhana. Ia juga melibatkan masalah dengan kegagalan integrasi deria (Sensory Integration Dysfunction), dan dikaitkan dengan beberapa penyakit seperti: 1. Fragile X-Syndrome 2. Phenylketonuria 3. Tuberous Sclerosis 4. Neurofibromatosis 5. Sindrom Asperger 6. Sindrom Rett Autisme yang utama terbahagi kepada dua iaitu: 1. Autisme Regresif bermula ketika berusia 18 bulan 2. Autisme Awal Bayi hadir semasa kelahiran

3.0

GEJALA-GEJALA / CIRI-CIRI YANG DITUNJUKKAN OLEH PESAKIT

AUTISME Penyakit autism atau psikosis terjadi sebelum kanak-kanak tersebut berumur 30 bulan. Perubahannya boleh disedari dengan gangguan kualitatif pada komunikasi secara verbal atau nonverbal, pada aktiviti berimaginasi, dan pada aktiviti komunikasi sosial yang memerlukan kepada soal jawab. Di antara gejala-gejala atau tanda-tanda yang paling penting yang ditunjukkan tergolong dalam tiga bahagian, iaitu dari sudut kognitif, afektif dan juga psikomotorik. 3.1 Kogitif 3.2 Kemampuan berkomunikasi secara verbal atau nonverbal yang tidak atau kurang berkembang. Kelainan pada pola bercakap Gangguan kemampuan mempertahankan percakapan Permainan sosial yang abnormal Memori mengenai perkara yang sama/rutin Situasi emosi yang tidak normal Kekurangan teori berfikir Sukar untuk memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak yang bercakap Kurang memberikan tumpuan pada persekitaran. Sering di dalam dunia sendiri. Pertuturan yang tidak jelas Seorang yang teliti

Afektif Tiada empati/perasaan Tidak menghiraukan orang lain Memberontak jika tidak mendapat apa yang diinginkan Susah untuk bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

Lambat memberi respon Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, bertindak agresif atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri atau orang terdekat.

Minat yang tidak berubah dan pelik. Sangat sensitif terhadap rasa, bau atau bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Bersikap pasif iaitu tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik atau buruk.

3.3

Psikomotorik Sering memperlihatkan gerakan tubuh stereotipik Pergerakan yang sama yang ketara Tidak mahu bertentangan mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap Tidak suka sentuhan (tidak mahu di peluk atau dipegang) Mengulangi perkataan yang sama, tetapi tidak faham dengan maksudnya. Suka melakukan perkara yang sama (berulang kali) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. Tidak boleh duduk diam. Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.

Semua tanda-tanda yang dinyatakan di atas ada terdapat pada personaliti dan tingkah laku Dafu. Kita boleh melihat dan menilai pengorbanan yang dilakukan oleh Sam Wong dan juga ibu bapa yang mempunyai anak seperti Dafu. Tahap kesabaran yang ada pada mereka mungkin tidak sama dengan kita. Oleh itu, kita sebagai masyarakat haruslah lebih prihatin dengan masalah seperti ini.

4.0

MENGENAL PASTI TANDA MASALAH AUTISME Agak terlalu sukar untuk mendiagnosa kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah,

samaada kanak-kanak tersebut mengalami autism atau tidak. Diognosa yang di buat hanyalah bergantung kepada pemerhatian yang dibuat ke atas kanak-kanak sepanjang hari dan ini hanya dapat dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak sahaja. Jika kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan yang jelas, dan hanya mengalami masalah perkembangan pemikiran (kognitif) dan bahasa yang agak lambat, mungkin didiagnosakan sabagai Sindrom Asperger. Autism bermula ketika proses pembentukan saraf, menyebabkan kanak-kanak didapati gagal berkomunikasi dan bergaul dengan baik bersamasama dengan rakan sebaya dan melakukan kelakuan yang pelik dan terbatas. Kanak-kanak tersebut mengalami gangguan proses penterjemahan di dalam otak apabila perhubungan antara sel-sel saraf dan struktur sel-sel saraf itu sendiri telah rosak. Ini menyebabkan mereka gagal memahami arahan, melakukan kelakuan yang berulang dan tidak berminat bergaul. Autism selalunya dapat dikesan pada umur 18 bulan atau lebih awal lagi.apabila telah sampai umur 2 tahun, diagnosis yang lebih tepat dapat dibuat oleh doktor yang pakar dan berpengalaman. Oleh itu, diagnosis harus dilakukan sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun. Untuk mendiagnosa autism, doktor akan menilai perkembangan kanak-kanak itu dalam dua langkah, iaitu: 1. Perkembangan fizikal dan mental 9 bulan, 18 bulan, 24 bulan (suntikan imunisasi wajib) 2. Penilaian komprensif diagnose dilakukan oleh sepasukan doktor yang terdiri daripada Child Psychiatrist, Pediatrician, Audiologist dan Speech Therapist. Antara tanda-tanda yang mudah dikesan ialah: 1. Kanak-kanak yang tidak senyum sebenar-benarnya apabila diacah oleh orang dewasa apabila memasuki umur 9 bulan atau lebih. 2. Kanak-kanak itu tidak cuba menyebut perkataan yang mudah seperti mama. tata, dan papa (babbling) apabila memasuki umur 12 bulan.

3. 4.

Apabila berumur 16 bulan, langsung tidak dapat menyebut perkataan mudah. Apabila berusia 24 bulan, masih tidak dapat menyebut 2 perkataan yang mudah walaupun diminta mengajukkan perkataan kita.

5.

Tidak mampu bergaul dengan rakan-rakan sebaya apabila mencecah umur 8 bulan.

5.0

FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA PENYAKIT AUTISME Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme

berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU). Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Di antaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003). Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme. Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).

10

6.0

TERAPI YANG DI GUNAKAN UNTUK PESAKIT AUTISME Jika kita menonton cerita Ocean Heaven, kita boleh lihat terapi yang digunakan oleh Dafu. Beliau kelihatan seperti orang normal ketika berenang dan bermain bersama dolphin.

6.1

Terapi Dolphin Selama berabad-abad, dolphin dikenali sebagai mahluk yang cerdas dan baik hati. Selain membantu mengarahkan kapal di lautan, cerita mengenai pertolongan mereka pada perenang-perenang yang berjaya juga sudah ada sejak dahulu. Para doktor masa kini mencuba menggunakan dolphin sebagai terapi bagi anak yang memerlukan perhatian khusus. Anak-anak autism ini suka berada di dalam air yang hangat, menyentuh tubuh dolphin dan mendengar suara yang dikeluarkan oleh dolphin-dolphin tersebut. Dalam dua dekad terakhir ini, beberapa ahli terapi dan psikologi berpendapat bahawa berenang dengan dolphin mempunyai kekuatan unyuk menyembuhkan. Bahkan beberapa orang percaya bahawa getaran yang dikeluarkan oleh dolphin dapat menyembuhkan sel-sel manusia. Terapi lumba-lumba (Dolphin Theraphy) dikatakan boleh meningkatkan kemampuan pertuturan dan tindk balas tingkahlaku anak-anak autism ini.

6.2

Terapi-terapi lain Selain itu, terdapat terapi-terapi lain yang di guna pakai pada masa sekarang yang sesuai untuk anak-anak yang menghidapi autism. Jenis terapi yang diperlukan dan sesuai untuk tiap individu berbeza-beza bergantung kepada keadaan anak. Mungkin ada sesetengah anak yang memerlukan kepada beberapa jenis terapi yang dilakukan secara konsisten. Beberapa jenis terapi yang ada antara lain ialah: 1) Applied Behavioral Analysis (ABA) sejenis terapi yang telah lama di pakai dan dilakukan penelitian yang

khusus untuk anak yang autism. Sistem yang dipakai adalah untuk memberi latihan yang khusus pada anak dengan memberikan hadiah atau pujian.

11

2) Terapi Pertuturan (Speech and Languange Theraphy) terapi yang membantu anak-anak autism yang mempunyai masalah dalam

berbicara dan berbahasa. 3) Terapi Fisik dan Okupasi (Physical and Occupational Theraphy (OT)) terapi yang melatih mempergunakan otot-otot halusnya dengan baik. fisioterapi dan terapi integrasi sensoris akan banyak menolong untuk

menguatkan otot-otot dan memperbaiki keseimbangan tubuh. 4) Terapi Sosial membantu anak-anak untuk bergaul dengan teman yang sebaya

dengannya, memerlukan kepada seseorang yang memahami keadaan pesakit. 5) Terapi Bermain salah satu kaedah untuk anak yang autistik belajar untuk berbicara,

berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial dengan menggunakan teknikteknik yang tertentu. 6) Terapi Perilaku latihan yang memerlukan kepada mencari penyelesaian yang berkaitan

dengan latar belakang masalah dengan merekomenkan perubahan lingkungan dan rutin anak tersebut untuk memperbaiki perilakunya. 7) Terapi Perkembangan (Relationship Development Intervention) mengajari pesakit tentang minatnya, kekuatannya dan memerhati

peringkat perkembangannya, kemudian kepada kemampuan sosial, emosional dan intelektual. berbeza dengan ABA yang lebih mengajarkan ketrampilan yang lebih

khusus.

12

8) Terapi Visual dan Audio pesakit lebih mudah belajar dengan melihat dan mendengar sesuatu,

kemudian dilaksanakan. 9) Terapi Perubatan memberi ubatan dan vitamin mengikut dos yang dibenarkan.

13

14

RUJUKAN
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Ocean_Heaven 2. http://dhila13.wordpress.com/2012/01/08/ulasan-film-ocean-heaven-kisah-nyata-seorangayah-dan-anaknya-autis/ 3. http://www.scribd.com/doc/14548043/Bahasa-Kanakkanak-Autisme 4. http://www.autis.info/index.php/terapi-autisme/10-jenis-terapi-autisme 5. http://icareautism.blogdetik.com/category/tak-berkategori/page/2/

15

Anda mungkin juga menyukai