Anda di halaman 1dari 22

KONSEP EMOSI

EMOSI?.

PENGERTIAN Didefinisikan sebagai satu perasaan efektif yang dialami oleh seseorang individu yang memberi makna kepadanya. Dalam pelbagai bentuk gembira; sedih; takut; marah dll. Luahan emosi memberi gambaran kpd orang lain tentang perasaan kita. Permulaan hubungan emosi ibu bapa dengan bayi melalui intonasi suara.

EMOSI?.

PENGERTIAN Ekspresi muka ibu sama ada tersenyum atau sedih atau tegang boleh mempengaruhi perkembangan emosi bayi (akhir tahun pertama). Dua konsep utama dalam perkembangan emosi kanak-kanak:a) Regulasi Emosi. b) Kompetensi Emosi.

REGULASI EMOSI

Regulasi emosi melibatkan cara yng berkesan untuk mengawal ledakan emosi supaya individu boleh mengawal diri dalan sesuatu keadaan. Cara-cara untuk meregulasikan emosi:a) Bermula daripada punca luaran kepada punca dalaman.
Bayi bergantung kpd ibu bapa untuk menenangkan emosi; latihan diberikan kpd kanak-kanak supaya dapat membina sendiri secara dalaman.

REGULASI EMOSI

Cara-cara untuk meregulasikan emosi:b) Strategi kognitif.


Menggunakan minda iaitu menganggapkan
cabaran sebagai sesuatu yang positif; elakkan fikiran yang membangkitkan emosi negatif.

c) Ledakan emosi.
Dengan kematangan dan sokongan drpd ibubapa, dan guru kanak-kanak dapat mengawal ledakan emosi.

REGULASI EMOSI

Cara-cara untuk meregulasikan emosi:d) Memilih dan mengawal situasi dan perhubungan.
Semakin meingkat usia kk, mereka berupaya memilih siyuasi dan hubungan yang boleh mengurangkan emosi negatif.

e) Menangani tekanan.
Kanak-kanak didedahkan dengan strategi mengawal dan menangani tekanan.

KOMPETENSI EMOSI

Menurut Carolyn Saarni (Santrock,2007) untuk menghasilkan individu mempunyai keompetensi emosi mereka harus menguasai kemahiran personal dan sosial yang tertentu:KEMAHIRAN
1. Kesedaran emosi sendiri.
2. Mengenal pasti emosi orang lain.

CONTOH
Boleh membezakan emosi diri dalam pelbagai keadaan. Memahami keadaan emosi orang lain.

KOMPETENSI EMOSI KEMAHIRAN


3. Menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi yang relevan dengan situasi yang dihadapi.

CONTOH
Menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi dalam situasi tertentu dengan tepat dan sesuai.

4. Berempeti dan simpati dengan keadaan yang dialami oleh orang lain.

Sensitif terhadap perasaan orang lain yang sedang kecewa atau berdukacita.

5. Menyedari bahawa emosi Seseorang yang sedang dalaman tidak semestinya marah tidak semsetinya diluar secara luaran. menunjukkan kemaharan secara fizikal.

KOMPETENSI EMOSI KEMAHIRAN


6. Mengawal emosi negatif dengan meregulasikan emosi tersebut.

CONTOH

Mengawal marah dengan meninggalkan situasi yang menyebabkan emosi tersebut atau fikiran perkaraperkara yang boleh meredakan perasaan marah. 7. Sedar tentang keupayaan Menunjukkan kemaharan emosi yang dapat kepada seseorang rakan mempengaruhi sesuatu mungkin boleh menjejaskan hubungan. persahabatan.

PERKEMBANGAN EMOSI
Persoalan yang timbul:a) Bagaimanakah perkembangan emosi berlaku daripada peringkat bayi sehingga remaja? b) Apakah pengalaman-pengalaman emosi yang dilalui pada peringkat-peringkat tersebut? PERKEMBANGAN EMOSI BAYI Terdapat 2 kategori emosi bayi:-

1. Emosi utama
2. Emosi kesedaran kendiri

EMOSI BAYI
1. EMOSI UTAMA Bermula pada 6 bulan pertama seperti terkejut, gembira, marah, sedih, takut, benci dan berminat. 2. EMOSI KESEDARAN KENDIRI Tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu (1 tahun) Perasaan bangga, rasa bersalah (2 tahun) Emosi utama menolong bayi berkomunikasi dengan persekitaran Menangis dan senyuman adalah ekpresi emosi pertma ditunjukkan oleh bayi apabila berkomunikasi dengan orang dewasa.

EMOSI BAYI
MENANGIS Satu bentuk komunikasi bayi dengan persekitaran. Tangisan yang pertama memberi makna paru-paru bayi sudah dipenuhi oleh udara. Tangisan kemudiannya memberi isyarat untuk menunjukkan lapar, marah, sakit, takut dan sebagainya. Persoalannya perlukah tangisan bayi ditenangkan?. John Watson menyatakan ibu bapa yang sering bertindak apabila bayi menangis seolah-olah meneguh perbuatan tersebut.

EMOSI BAYI
Mary Ainsworth (Santrock, 2007) menegaskan respons yang cepat membawa kepada hubungan yang lebih erat.

Erik Erikson sepatutnya memberi respons segara supaya memnimbulkan rasa percaya bayi terhadap orang dewasa dan seterusnya akan merasa lebih selamat.

EMOSI BAYI
SENYUMAN Dua jenis senyuman? SENYUMAN REFLEKTIF Tingkahlaku secara sendiri tanpa rangsangan luar bayi tersenyum semasa tidur. SENYUMAN BERSOSIAL Tindakbalas daripada rangsangan luar yang bermula pada umur 2-3bulan. John Bowlby (Santrock, 2007) menegaskan bahawa senyuman sosial bayi menunjukkan rasa selesa, selamat dan disayangi.

EMOSI BAYI
KETAKUTAN Bermula 6 18 bulan Selalunya melibatkan keresahan dan ketakutan apabila berhadapan dengan orang baru.

EMOSI AWAL KANAK-KANAK Bermula 2 tahun. Bangga:- apabila dalam keadaan gembira di atas kejayaan melakukan sesuatu. Malu:- apabila merasakan tidak dapat melakukan sesuatu. Rasa bersalah:- apabila berakhir dengan kegagalan.

EMOSI AWAL KANAK-KANAK


Ciri kanak-kanak pada peringkat ini:a) mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi. b) boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan orang lain.

c) boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan


boleh mengenal pasti kaitan emosi dengan situasi tertentu d) menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

EMOSI AWAL KANAK-KANAK


Bercakap dan berkomunikasi dengan kana-kanak boleh menolong mereka menangani perasaan malu, bersalah, sedih dan marah.

Orang dewasa patut memberi pendedahan cara mengawal emosi kepada kanak-kanak seperti megawal emosi marah apabila berkongsi alat permainan

EMOSI PERINGKAT PERTENGAHAN DAN AKHIR KANAK-KANAK


Ciri kanak-kanak pada peringkat ini:a) berkebolehan untuk memahami emosi yang lebih kompleks (bangga dan malu). b) memahami lebih emosi boleh timbul dalam satu

keadaan.
c) menitikberatkan situasi yang membangkitkan emosi.

d) lebih berjaya mengawal emosi negatif


e) berinisiatif untuk menukar emosi kepada bentuk yang lebih bermanfaat.

EMOSI PERINGKAT PERTENGAHAN DAN AKHIR KANAK-KANAK


Ciri kefahaman emosi pada peringkat ini:a) boleh berkomunikasi tentang emosi yang dialami dan boleh memahami hubungan emosi dengan situasi yang dialami.

b) memahami iaitu sesuatu situasi boleh menyebab


emosi berlainan pada individu berlainan. c) menyedari iaitu emosi terhadap sesuatu perkara

boleh kekal lama selepas ia berlaku.


d) menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal mengurus emosi berdasarkan keperluan sosial.

EMOSI PERINGKAT REMAJA


Alam remaja terdedah dengan pergolakan emosi yang hebat. Selalu merajuk dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan emosi mereka. Selalunya akan melepaskan emosi negatif kepada ibubapa / orang yang dekat sebagai satu helah bela diri. Perubahan emosi secara mendadak disebabkan oleh perubahan hormon kematangan.

Orang dewasa seharusnya memahami perubahan yang dialami oleh remaja berbincang untuk mengawal emosi.

IMPLIKASI TERHADAP P & P


Bina asas kepercayaan dalam bilik darjah
beri layanan sama rata; elak membanding bezakan murid; elak layanan berdasarkan khabar angin.

Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan


perkenal perbendaharaan kata emosi dan bincangkan frasa emosi dalam penceritaan; galakkan mm meluahkan emosi dalam penulisan jurnal dll; jelas dan ceritakan emosi sendiri dalam situasi tertentu.

Bantu pelajar mengenal emosi orang lain


suruh pelajar meneka emosi rakan; semasa menonton filem suruh mm meneka emosi karektor dalam situasi tersebut.

Bincang strategi mengawal emosi


beri alternatif untuk mengawal emosi spt berhenti sejenak, tinggal tempat tersebut dll; menjadi model kpd pelajar melalui cerita mengawal perasaan marah dll

IMPLIKASI TERHADAP P & P


Bantu pelajar mengenal perbezaan budaya dalam ekspresi emosi
beri peluang membincang emosi yang terdapat dalam keluarga masingmasing.
beri kesedaran terhadap emosi orang lain kerana perbezaan emosi antara individu wujud dalam satu situasi yang sama.

Anda mungkin juga menyukai