Anda di halaman 1dari 25

TEORI

PERKEMBANGAN
KONSEP PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua
faktor asas.

Menurut Crow dan Crow (1983), pertumbuhan


merupakan satu kejadian semulajadi manakala arah
yang diambil oleh pertumbuhan hasil dari faktor
luaran dikatakan sebagai perkembangan.

Ini bermakna,pertumbuhan adalah satu proses


semulajadi dan perkembangan pula sebagai hasil
dari pengaruh keadaan alam sekitar ke atas kanak-
kanak semasa ia membesar.
PENGERTIAN PERTUMBUHAN

Pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang bersifat


kuantitatif.Melibatkan perubahan dari segi fizikal dan mental
sebaik mencapai kematangan.

Menurut Karl E.Garrisson,pertumbuhan merupakan


perkembangan seseorang dalam bentuk saiz badan .

Atan Long,mentakrifkan pertumbuhan sebagai perubahan yang


dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain
dari semasa ke semasa.

D.S Wright dan Ann Taylor menyifatkan pertumbuhan sebagai


pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang.
PRINSIP PERTUMBUHAN
Pertumbuhan ialah satu proses yang lengkap dan
sempurna.Ianya dapat diukur dan dilihat dengan nyata melalui
edaran masa.
Kadar pertumbuhan berbeza antara seorang individu dengan
inidivu lain.
Merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam pelbagai
sifat seperti saiz,tinggi dan struktur.
Pertumbuhan manusia mengikut corak yang tertentu.
Ianya berlaku secara peringkat demi peringkat.
Pertumbuhan ditentukan oleh baka.
Proses pertumbuhan mencapai kemuncak ketika seseorang
mencapai kematangan.
FAKTOR-FAKTOR PERTUMBUHAN
Potensi yang diwarisi iaitu baka.
– Baka yang diwarisi daripada ibubapa secara umumnya akan
menentukan had pertumbuhan individu
Keadaan kesihatan ibu semasa penghamilan
– Kadar pertumbuhan seseorang bermula daripada dalam
kandungan.Kesihatan ibu yang mengandung sangat penting
bagi menjamin pertumbuhan fetus.
Keadaan pertumbuhan selepas lahir.
– Pemakanan merupakan asas bagi pertumbuhan seseorang bayi.
Ia hendaklah seimbang dengan peringkat usia.
Trauma lahir
– Kesulitan yang dialami semasa bersalin,menjejaskan
pertumbuhan bayi
PENGERTIAN PERKEMBANGAN
Perkembangan adalah sebahagian daripada proses untuk mencapai
kematangan.

Perkembangan tidak boleh diukur dengan kaedah pengukuran


kuantitatif

Walaupun sukar diukur namun perkembangan seseorang individu


dapat dikesan.

Karl Garrison pula berpendapat bahawa perkembangan itu adalah


hasil daripada tindakan yang saling berkait diantara perkembangan
jasmani dan pembelajaran.Semua perkembangan,sama ada berbentuk
satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut
beberapa aturan semulajadi.
PRINSIP PERKEMBANGAN
Merupakan satu proses perubahan yang berlaku
akibat tindakan yang berkaitan dengan
perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Perubahan-perubahan ini adalah dari segi emosi,
jasmani,mental dan sosial.
Proses perkembangan membawa perubahan ke arah
sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan
semulajadi.Contohnya bayi berupaya meniarap
sebelum merangkak.
Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat
kematangan tertentu..
Proses ini berlaku berterusan sepanjang hayat.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
• Semua individu mengikut corak perkembangan
yang sama iaitu dari satu peringkat ke satu
peringkat.Ada susunan yang dahulu dan ada yang
kemudian.
• Proses perkembangan bersifat berterusan.
• Banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor baka dan
juga persekitaran.
• Perkembangan berlaku mengikut kadar yang
berlainan.
• Corak perkembangan berbeza-beza mengikut
individu.
• Perkembangan satu–satu bahagian anggota tubuh
saling berhubung rapat dengan perkembangan
anggota yang lain.Ia berlaku secara seimbang dan
serentak.
TEORI PERKEMBANGAN

Teori perkembangan merangkumi aspek


pertumbuhan dan perkembangan manusia di
mana perkembangan yang berlaku pada setiap
manusia adalah bersifat kualitatif yang tidak
dapat diukur tetapi jelas terjadi. Perkembangan
merupakan satu bidang yang multidimensi dan
pelbagai dan ia terbahagi kepada 4 dimensi iaitu
perkembangan biologi, kognitif, emosi dan
sosial.
TEORI PERKEMBANGAN GESELL

Arnold Lucius Gesell – Ahli Psikologi yang pentingkan baka


sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang
individu.
Kematangan fizikal – faktor utama proses pembelajaran.
Semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu
1925 – Hasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku
(perkembangan motor)
‘An Atlas of Infant Behaviour’ (1934) & ‘Infant & Child in Culture of
Today’ (1943).
Peringkat perkembangan berbeza antara individu kerana kadar
pertumbuhan yang berbeza.
PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK
GESELL

Peringkat Pertama (0-1 tahun)


 1 bulan – Hasil tangisan berbeza
 4 bulan – Mata bayi boleh ikut objek yang bergerak
 6 bulan – Bayi boleh menggenggam objek
 7 bulan – Boleh duduk & merangkak
 12 bulan – Berdiri dengan berpaut pada kerusi.
Peringkat Kedua (1-2 tahun)
 mula jalan bertatih atau dibantu pengasuhnya.
 mula memahami makna ‘JANGAN’
 2 tahun – boleh berjalan
Peringkat Ketiga (2-3 tahun)
 boleh makan sendiri
 bercakap menggunakan ayat mudah
 boleh berlari
Peringkat Keempat (3-4 tahun)
 boleh menunggang basikal beroda tiga
 boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa
Peringkat Kelima (4-5 tahun)
 mula bersosialisasi
 mengemukakan soalan berperingkat-peringkat
 bersedia untuk ke kelas prasekolah
TEORI PERKEMBANGAN HAVIGHURST

Robert J.Havighurst – 5 Jun 1900


Ijazah Ph.D – Kimia – 1924 – U.Ohio
1974 – Professor Emiritus in Development &
Education.
Menekankan bahawa perkembangan
seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi
alam sekitarnya.
Peringkat-Peringkat Dalam Teori Tugas
Perkembangan Havighurst

Peringkat Bayi – Awal Kanak-kanak (0-2 tahun)


Peringkat Pertengahan Kanak-kanak (2-3 tahun)
Peringkat Prasekolah (4-6 tahun)
Peringkat Sekolah Rendah (6-12 tahun)
Awal Remaja (12-18 tahun)
Akhir Remaja (18-22 tahun)
Awal Dewasa (22-34 tahun)
Pertengahan Dewasa (34-60 tahun)
Akhir Dewasa (60-75 tahun)
Tua (75 hingga meninggal dunia)
TEORI PERKEMBANGAN ERIKSON

Erik Erikson – Tokoh Psikologi yang membentuk satu teori


yang komprehensif tentang perkembangan manusia
berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka.
Teori beliau digelar psikososial – gabung 3 faktor yang
pengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi
dan sosial.
5 prinsip Erikson :-
a. Keperluan asas
b. Perkembangan bergantung kepada keperluan asas.
c. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap t’tentu
d. Setiap tahap mempunyai konflik – mesti di atasi.
e. Gagal – jejas perkembangan seterusnya.
TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN
PSIKOSOSIAL ERIKSON

TAHAP 1 – Tahap percaya lawan tidak percaya (Lahir – 1 tahun)


TAHAP 2 – Tahap autonomi lawan rasa malu/sangsi (1-3 tahun)
TAHAP 3 – Inisiatif lawan rasa bersalah (3-6 tahun)
TAHAP 4 – Tahap industri lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)
TAHAP 5 – Identiti lawan kekeliruan peranan (12-20 tahun)
TAHAP 6 – Tahap intimasi lawan pengasingan diri (20-40 tahun)
TAHAP 7 – Generitiviti lawan pemusatan kendiri (40-65 tahun)
TAHAP 8 – Kesepaduan lawan rasa putus asa (65 tahun
ke atas)
TEORI SIGMUNGDFREUD

 mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan


naluri semula jadi .
 Kekuatan tenaga dalaman yang sudah terbina dalam
diri kanak-kanak – dikenali sebagai LIBIDO

LIBIDO
Merangkumi tiga aspek yang utama iaitu:
Naluri libido
Naluri kematian
Naluri kehidupan
Naluri libido Naluri kematian Naluri kehidupan
merujuk kepada Merujuk kepada Fokus keepada
kenikmatan seks desakan yang bersifat keinginan untuk terus
Berkembang dan negatif. hidup dan memenuhi
mempunyai Lebih kepada sifat-sifat keperluan hayat.
peringkat serta ciri- atau tingkah laku yang Mempunyai tiga
ciri yang tertentu. merosakkan diri sahaja. peringkat iaitu
Juga dikenali - Id
sebagai psiko - Ego
seksual - Super ego
Peringkat Id
merupakan stesen yang menyimpan segala keinginan
manusia.
Tidak bertindak untuk mengawal sebarang keinginan
walaupun yang melampau.

Peringkat Ego
Bertindak mengawal keinginan Id agar keinginan itu
tidak melanggari nilai-nilai norma masyarakat.

Peringkat Super Ego


Berkembang secara beransur-ansur ketika kanak-kanak
memperolehi nilai moral daripada ibubapa dan
gurunya.
PROSES PERKEMBANGAN
Terdiri daripada peringkat tertentu:

Peringkat Perkembangan
Peringkat oral (lahir Kanak-kanak mendapat kepuasan daripada
hingga 18 bulan) aktiviti seperti menghisap, mengigit dan
menelan.

Peringkat anal Kanak-kanak berupaya mengawal dirrinya.


(2-4 tahun) Kepuasan diperolehi daripada pembuangan
najis.
Kanak-kanak akan memberi perhatian –
kawalan membuang air kecil dan air besar-
mendapat kasih sayang daripada ibibapanya.
Nilai-nilai murni seperti kebersihan dan
berjimat.
Peringkat Falik Kanak-kanak mula mendapat keseronokan daripada
organ kejantinaan.
(4-6 tahun)
Anak lelaki mula lebih tertarik kepada ibunya. (
kompleks Oedipus)
Anak perempuan lebih tertarik kepada bapanya. (
kompleks Elektra )
Kanak-kanak mula mengunakan mekanisme untuk
mempertahankan dirinya demi mengatasi masalah
penyesuaian diri.
Peringkat pendaman Peringkat ini merupakan peringkat kanak-kanak mula
mengambil tahu tentang rakan sebayanya –
(6-12 tahun)
perasaan kasih sayang mula dialih kepada orang lain
selain keluarganya dan mula menguasai nilai-nilai
moral.
Peringkat Pada peringkat ini, remaja mula menaruh minat
kejantinaan terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
(12 tahun ke atas)
TEORI JEAN PIAGET (1952)

Peringkat Umur Ciri-ciri


perkembangan perkembangan
Peringkat deria 0-2 tahun mempeerolehi konseep
motor kewujudan objek
sekeliling.
Meenggunakan deria
motor.
Mula berinteraksi dan
memahami alam sekitar.
Peringkat Pra- 2-7 tahun Mula menggunakan simbol sebagai
mewakili objek sekeliling.
operasi
Topik berkisar kepada diri sendirri.
Konsep peeeeemngekalan dan konsep
tranformasi masih belum dikuasai.

Peringkat operasi 7-11 tahun Penyelesaian masalah berasaskan objek


atau peristiwa konkrit
konkrit
konsep-konsep seperti ruang, masa dan
kelajuan sudah mula difahami.

Peringkat operasi 11 tahun ke Pembentukan penaakulan dan fikiran


atas secara abstrak.
Formal
Berkemahiran menggunakan hipotesis-
hipotesis serta prinsip penyelesaian
sesuatu masalah konkrit dan abstrak.
TEORI EKOLOGIKAL

Menumpukan terhadap pengaruh persekitaran perkembangan


organisma – berasaskan kepada hubungan dengan konteks dimana
seseorang itu berinteraksi.
Mengelaskan beberapa sistem yang mempunyai kecenderungan
mempengaruhi manusia iaitu:
i- Mikrosistem
ii- Mesosistem
iii – Eksossistem
iv – Makrosistem
v - Kronosistem
KESIMPULAN
Disini dapatlah dirumuskan bahawa perkembangan
seseorang individu boleh dibahagikan kepada beberapa
peringkat tertentu iaitu:
Pralahir.
Peringkat bayi ( 0-2 tahun)
Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
Peringkat akhir kanak-kanak (7-12 tahun)
Peringkat awal remaja(12-15 tahun)
Peringkat remaja (15-22 tahun)
Peringkat awal dewasa (22-34 tahun)
Perinkat pertengahan dewasa (34-59)
Peringkat akhir dewasa (60-75 tahun)
Tua (75 tahun ke atas)

Anda mungkin juga menyukai