Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN BERFIKIT SECARA KRITIS DAN KREATIF

Kemahiran Berfikir Kritis 1. 2. 3. 4. Mencirikan mengenalpasti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau item.

Membanding dan membeza mencari persamaan dan perbezaan dengan menggunakan ciri-ciri pada item (objek). Mengumpul dan mengelas mengumpul item atau maklumat kepada kumpulan berasaskan kepada ciri-ciri yang sepunya. Membuat urutan menyusun item atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepada sesuatu ciri atau sifat seperti saiz atau masa.

5. 6.

Menyusun mengikut keutamaan menyusun item atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Menganalisis mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. mempertimbangkan kebaikan dan keburukan. membuat pernyataan yang menjelaskan atau mengukuhkan sebab atau alasan selepas menjalankan kajian.

7. 8.

Menilai

Membuat kesimpulan

Kemahiran Berfikir Kreatif 1. Menjana idea menjana idea yang banyak secara spontan dan berterusan berkaitan dengan sesuatu tajuk atau masalah dalam satu kumpulan. membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

2.

Membuat inferens

3.

Menghubungkait

4. 5.

Meramal

menggunakan data dan pengetahuan yang ada untuk menjangka perkara yang akan berlaku.

Membuat Hepotesis membuat pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mengitlak(generalisasi) membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa maklumat dari kumpulan itu. Menganalogi membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan yang mempunyai ciri yang serupa.

6.

7.

8. 9.

Membuat gambaran mental membuat gambaran secara mental sesuatu idea atau konsep. Mereka cipta menghasilkan sesuatu yang baru untuk mengatasi masalah secara terancang.

Jenis dan Ciri Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada tiga kategori besar iaitu ;(a) (b) (c) Kemahiran mencerna idea. Kemahiran menjelaskan idea. Kemahiran menilai kemunasabahan idea.

Kemahiran mencerna idea merupakan kemahiran pemikiran kreatif, ianya meluaskan pemikiran dan memperkembangkan imaginasi. Kemahiran menjelaskan idea melibatkan kemahiran menganalisis, Ianya memudahkan kefahaman dan kebolehan menggunakan maklumat. Kemahiran menilai kemunasabahan idea Adalah kemahiran pemikiran kritis. Ianya memungkinkan kebolehan membuat pertimbangan yang baik. Ketiaga-tiga kemahiran berfikir ini tidaklah digunakan secara berasingan dalam proses berfikir. Kemahiran-kemahiran ini selalunya digembelingkan untuk membuat sesuatu keputusan/menyelesaikan masalah.

Untuk mencerna idea 1.

dua kemahiran berikut diperlukan;-

Mencari kemungkinan pilihan-pilihan dari segi;(a) pertambahan idea. (b) Kepelbagaian idea. (c) Idea baru. (d) Keperincian idea. Mencantum idea melalui analogi dan metafora. dua kemahiran utama berikut diperlukan;-

2.

Untuk menjelaskan idea 1.

Kemahiran menganalisis idea yang melibatkan kebolehan; (a) membanding dan membeza. (b) Membuat klasifikasi/definisi. (c) Meneliti bahagian-bahagain kecil dan bahagian keseluruhan. (d) Membuat urutan. Kemahiran menganalisis perbahasan yang melibatkan kebolehan; (a) mencari sebab dan kesimpulan. (b) Mendedahkan jangkaan/andaian. dua kemahiran berikut

2.

Untuk membuat penilaian kemunasabahan idea diperlukan;1. Menilai maklumat asas melalui; (a) Ketepatan pemerhatian. (b) Kebolehpercayaan maklumat.

2.

Membuat inferens menggunakan bukti dengan; (a) Mencari penjelasan sebab. (b) Membuat ramalan. (c) Membuat generalisasi. (d) Memberi sebab melalui analogi.

Disamping membuat inferens, kemahiran menilai kemunasabahan idea juga dapat dibuat melalui kebolehan membuat diduksi dengan menilai; (a) alasan bersyarat (b) alasan berkatagori. Ketiga-tiga katagori pemikiran di atas selalunya digembelingkan dalam proses mebuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri Kemahiran Berfikir


Aktiviti seperti berikut :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Membanding dan membeza. Merumus, membuat inferens dan meramal. Mencetuskan/menjanakan idea dalam sesi perbincangan. Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai. Mengusul dan memeriksa andaian. Menimbang dan membuat keputusan. Mencipta metafora dan analogi. Menganalisis dan menilai. Menyelesaikan masalah.

Petunjuk Sikap Saintifik dan Nilai-nilai Murni.


1. Minat dan sikap ingin tahu tentang alam sekitar. 1.1 Bertanya guru, rakan/orang lain. 1.2 Membuat bacaan sendiri. 1.3 Mengumpul bahan atau spesimen bagi tujuan kajian. 1.4 Menjalankan kajian sendiri. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data. 2.1 Memperihal dengan betul mengikut apa yang diperhatikan. 2.2 Merekod apa yang sebenarnya diperhatikan. 2.3 Maklumat yang direkod tidak dipengaruhi oleh perasaan atau khayalan. Fleksible dan berfikiran terbuka. 3.1 Menerima pendapat orang lain. 3.2 Boleh mengubah pendirian kerana bukti yang meyakinkan. 3.3 Tidak prejudis. Tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. 4.1 Tidak berputus asa. 4.2 Sedia mengulangi eksperemen/kajian kes. 4.3 Bersungguh menjalankan sesuatu perkara. 4.4 Bersedia menerima kritikan dan cabaran. 4.5 Berusaha mengatasi masalah dan cabaran.

2.

3.

4.

5.

Sistematik dan yakin. 5.1 Menjalankan aktiviti dengan teratur dan tertib. 5.2 Menyusun bahan dan alat dengan teratur. 5.3 Yakin dengan kerja yang dilakukan. 5.4 Berani dan bersedia mencuba sesuatu. 5.5 Berani mempertahankan sesuatu perkara yang dilakukan. Bekerjasama. 6.1 Membantu rakan dan guru. 6.2 Bersama-sama menjalankan aktiviti. 6.3 Tidak mementingkan diri sendiri. Bertanggung jawab ke atas keselamatan diri dan rakan-rakan serta terhadap alam sekitar. 7.1 Tidak membuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri dan rakan. 7.2 Tidak merosakkan alam sekitar. Ikram. 8.1 Menyayangi haiwan dan tumbuhan. 8.2 Menyayangi rakan-rakan. 8.3 Bersimpati terhadap rakan-rakan. Menghargai sumbangan sains dan teknologi. 9.1 Menggunakan hasil ciptaan sains dan teknologi dengan baik. 9.2 Tidak merosakkan kemudahan awam hasil ciptaan sains dan teknologi. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan. 10.1 Sentiasa berpuas hati dengan apa yang diberikan Tuhan. 10.2 Menggunakan pemberian Tuhan dengan sebaik-baiknya. Menghargai dan mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat. 11.1 Menjaga kebersihan dan kesihatan diri. 11.2 Sentiasa peka kepada kebersihan diri dan alam sekitar. Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam. 12.1 Menyedari bahawa manusia mempunyai keupayaan terhad dan kaedah saintifik yang direka oleh manusia untuk memahami alam juga terhad.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

Anda mungkin juga menyukai