Anda di halaman 1dari 20

Sikap Mementingkan Diri Sendiri Dalam Kalangan Masyarakat: seperti enau

dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.


Syair Panduan Untuk Para Remaja KOMSAS Tingkatan 3
Maksud Rangkap
1. Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan
memperdaya orang. Generasi muda juga diingatkan agar tidak bersikap
materialistik dan membazir.
2. Generasi muda diingatkan supaya mengelakkan diri daripada perbuatan
mengumpat, mencaci, menganiaya, sombong dan memungkiri janji.
3 .Generasi muda diingatkan agar menjauhi judi dan arak serta tidak terlibat
dengan perlakuan yang tidak baik atau negatif kerana kelak akan menerima
padahnya
4. Penyair juga berpesan agar para belia tidak berhutang dan mengharapkan
bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap
kepada orang lain pasti akan senang hidupnya.
5. Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam
ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan
antara sahabat akan menjadi renggang akibat hilang perasaan hormatmenghormati dalam persahabatan.
6. Penyair juga mengingatkan agar generasi muda tidak mengharapkan bantuan
dan bersikap meminta-minta. Hal ini demikian kerana, orang yang terlalu
mengharapkan bantuan akan malas berusaha dan kemampuan yang ada dalam diri
akan hilang.
7. Remaja juga diingatkan agar bersikap patriotik dan berdikari dalam melakukan
sesuatu. Generasi muda juga diingatkan tidak lupa asal dan usul mereka serta tidak
memandang rendah akan kelebihan yang ada pada orang lain.
8. Penyair menegaskan pesanan di atas dititipkan khas untuk generasi muda.
Semoga dengan izin Allah pasti belia hari ini akan menjadi pemimpin berkaliber
pada masa akan datang.
TEMA
Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan
cabaran.
PENGAJARAN

i Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana
keadaan ini menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk
menyelesaikan masalah.
ii Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri
sendiri yang rugi.
iii Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita
memungkirinya.

PERSOALAN
i. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan
daripada orang lain.
ii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh
merosakkan diri.
iii. Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan
menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.
iv. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan
renggang disebabkan masalah ini.
BENTUK
i Bentuk terikat.
ii Mempunyai 8 rangkap.
iii Setiap rangkap mempunyai 4 baris.
iv Semua baris ialah maksud.
v Suku kata 9 hingga 12. Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku katarangkap 2)
Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4)
vi Antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4
perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan
rangkap 2)
GAYA BAHASA
i Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: Barang dipinjam kerap kehilangan.
ii Aliterasi - Pengulangan konsonan n. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong.

iii Anafora Pengulangan kata pada awal baris. Contoh: Jangan fikir kasihkan kaya.
Jangan boros yang sia-sia.
iv Inversi Pembalikan kata Contoh: Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan
biasa judi dan arak.
v Repitisi - pengulangan perkataan jangan dalam baris yang sama Contoh: Jangan
mengata jangan mengeji

NILAI
i Nilai berdikari amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu
bergantungharap kepada orang lain.
ii Nilai merendah diri penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila
menerima pujian.
iii Nilai bertanggungjawab harus ada dalam diri setiap insan agar kita
bertanggungjawab atas segala yang
kita lakukan contohnya seperti menepati janji.

Capa Rengat
PERSOALAN
1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang
jauh dari arus pembangunan.
2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat
suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada
asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.
3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat
yang diberikan oleh Su.
4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.

Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain kota Buatan tempat asal ibunya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Aku
Seorang anak remaja
Menghargai alam sekitar
Proaktif dan cergas
Mempunyai pandangan bernas
Berfikiran positif
Ibu
Pertengahan usia
Tegas dengan pendirian
Sikap terburu-buru membuat keputusan
Prihatin terhadap orang lain
Berperilaku mesra
Su
Budak perempuan awal remaja
Bersikap periang
Aktif dan cergas
Bijak mengolah keadaan
Taat kepada ibu
Pakcik Kinto
Bapa saudara Aku
Mahir selok-belok di kampung
Mempunyai kemahiran menembak
Ikhlas melayani tetamu
Melaksanakan urusan dengan cekap

LATAR
MASA
Pagi Aku dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di
kampung.
Petang Aku dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto
untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Malam Aku tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain
dengan budak-budak kampung.

Tempat
Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto tempat Pak Cik Kinto membawa Aku
bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Paya tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.
Rumah Pak Cik Kinto tempat Aku dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.
Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu
kekok waktu mula-mula sampai di kampung.
2. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.
3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi
rambutnya kerana untuk menutupi aurat.
4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta
menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.
5. Masyarakat yang suka berburu
Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.
GAYA BAHASA

1. Kata Ganda
Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik
2. Anafora
Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?
3. Inversi (Keterbalikan ayat)
Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu,
segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila
memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
4. Personifikasi
Contoh: Melahirkan sinar cemburu.
5. Simile
Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
6. Simpulan bahasa
Contoh: Seperti belangkas
NILAI
1. Nilai keberanian
Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang
dalam.
2. Nilai hemah tinggi
Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka
walaupun baru pertama kali berjumpa.
3. Nilai kerajinan
Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.
4. Nilai kerjasama
Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.

Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di
hutan.
2. Kita hendaklah menghargai persahabatan.
Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga
Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.
3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.
Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja
mengenalinya.
4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.
Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan
ke rumah katak

Pengangkutan Awam
Pendahuluan:
Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan
perkembangan yang baik dalam penyediaan perkhidmatan
pengangkutan awam - pelbagai langkah telah diambil oleh pihak
kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan
pengangkutan awam - penggunaan pengangkutan awam masih
dipandang enteng oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih
tidak sedar kebaikan atau manfaat yang diperoleh apabila
menggunakan pengangkutan awam.
Isi-isi:
-Mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Darjah ketersampaian tinggi
- Menjimatkan masa
- Mengurangkan kos
- Merancang perjalanan
- Mengurangkan pencemaran udara

- Memberi kemudahan kepada pelancong asing


- Dapat menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan Negara
Penutup:
Penggunaan pengangkutan awam - pelbagai faedah/manfaat buat
rakyat dan negara. Penggunaan pengangkutan awam ini perlu
digalakkan - semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi
memastikan prasarana yang disediakan - diselenggara dan dijaga
dengan rapi - memastikan kelangsungan penggunaannya dalam
masyarakat.

Semangat Patriotisme
PENDAHULUAN:-Mutakhir ini semangat patriotik dalam kalangan generasi muda
semakin pudar.
-Hal ini demikian berpunca daripada pelbagai faktor dan suasana
kehidupan yang lebih terbuka dan mencabar.
-Pelbagai cara untuk memupuk semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda.
Isi-isi:
- Menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam
setiap peperiksaan awam.
- Mengadakan program sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di sekolah
mahupun institusi pengajian yang lain
- Mengenang jasa-jasa tokoh pahlawan dan tokoh pejuang
kebangsaan

- Menggalakkan penghasilan filem-filem bercorak patriotik seperti


Bukit Kepong, Leftenan Adenan dan lain-lain.
-Menganjurkan pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan,
darurat, campur tangan asing dan peperangan yang berlaku di
negara kita
PENUTUP:
Kesimpulannya pelbagai cara yang boleh dilaksanakan bagi
memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
Semua cara atau langkah yang dilaksanakan ini mestilah dibuat
secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab.

Pencemaran Alam Sekitar


Pengenalan
1. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan.
- perlu dipulihara dan disayangi
- namun banyak alam sekitar yang telah tercemar
Isi-isi:
1. Habitat flora dan fauna akan terjejas.
- lama kelamaan pelbagai spesis ini akan pupus
- mendatangkan kerugian kepada generasi yang akan datang
2. Manusia akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit
- kesan daripada udara yang kotor dan tercemar
- dilepaskan oleh kilang perindustrian dan kenderaan

3. Berlaku bencana alam yang maha dahsyat


- banjir besar dan tanah runtuh telah menjadi bukti
- kesan daripada penebangan pokok yang tidak dikawal
4. Hidupan akuatik semakin pupus
- sungai yang jernih telah dipenuhi dengan sisa toksik
- ikan dan udang antara mangsa pencemaran ini
Penutup
1. Pencemaran alam sekitar mestilah ditangani.
- kempen,program dan pelbagai lagi mestilah dijalankan
- penguatkuasaan undang-undang turut dilaksana
Pendahuluan
Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam
kehidupan, umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong,
prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi
Isi-Isi:
- nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu
bapa dan haruslah dijulang sampai ke langit.
- Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak anak-anak merah
tapak kaki lagi, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari
rebungnya.
- mereka haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang
tua dan menyayangi haiwan.
-mereka harus mendidik kanak-kanak tentang cara bercakap
dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di rumah
orang.

-.Sementelahan itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk


nilai-nilai murni dalam sukma kanak-kanak tidak harus kita
kesampingkan.
- Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah boleh menganjurkan
minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan memberi anugerah Pelajar
Sopan kepada pelajar yang bersikap sopan santun, menghormati
guru-guru dan berhemah tinggi sepanjang berada di sekolah
supaya boleh menjadi suri teladan kepada pelajar lain.
-Rentetan iu, kerajaan juga sewajarnya memandang serius
masalah yang berkaitan sahsiah kanak-kanak bagai menghela
rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
berserak.
-Ceramah, pertandingan menulis esei, melukis poster,
pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan sebagainya boleh
dilaksanakan sempena kempen ini. kempen tersebut haruslah
disokong oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang menjadi
idola masyarakat, seiring dengan trend pemuda-pemudi kini yang
suka mengikut jejak langkah idola mereka dari semua aspek.

-Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak
dan media elektronik amat dominan dalam usaha memupuk nilainilai murni dalam atma kanak-kanak.
- semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengambil
langkah yang afdal bagi memupuk nilai-nilai murni dalam
kalangan kanak-kanak agar memacu pembangunan negara untuk
memakbulkan hasrat mencapai Wawasan 2020. Kita sedia
maklum bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam diri individu
akan menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang semakin
meruncing dalam masyarakat. Selaras dengan peribahasa
Melayu yang mengatakan tiada keruh yang tidak dapat
dijernihkan, tiada kusut yang tidak dapat dileraikan, bersama-

samalah kita memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanakkanak.

Tema
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam
kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar,
terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada
pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

DI SEBALIK WAJAH
Persoalan
1.

Persoalan rajin membaca

Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan


membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam
buku.
2.

Persoalan menghargai persahabatan

Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua
rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

3.

Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh


kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri
dipenuhi oleh mereka.
4.

Persoalan keinsafan

Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas
kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah
Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
5.

Persoalan aplikasi Ilmu

Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayursayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada
mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
6.

Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik

Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan


pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di
Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
7.

Persoalan berdikari

Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita


yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada
ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan
membela ayam.
8.

Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan

Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir


Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
9.

Persoalan taat akan perintah agama

Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang


bersama-sama di rumah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama

Doktor Fikri
Pelajar tingkatan dua berumur 14 tahun
Cacat kulit - balar
Tabah menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
Rajin membaca sentiasa membaca buku jika ada masa
lapang
Penyayang menyayangi keluarga dan rakan-rakan
Berdikari berusaha sendiri untuk menambah tabungan
dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya
Watak Sampingan
Cikgu Saiful

Bapa Doktor Fikri

Penyayang amat sayang kepada Doktor Fikri

Bertanggungjawab sentiasa bertanggungjawab terhadap


keluarga

Taat kepada agama melakukan sembahyang berjemaah


bersama-sama keluarga

Puan Halipah

Ibu Doktor Fikri


Bertanggungjawab menyediakan bekal makanan untuk
Doktor Fikri ke
sekolah

Prihatin sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri


apabila Doktor
Fikri pulang dari sekolah


Penyayang memberikan sokongan moral semasa Doktor
Fikri mengambil bahagian dalam acara sukan
Josy

Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah


Kebangsaan Menggatal
Prihatin sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor
Fikri dan memberikan semangat kepadanya
Teguh pendirian tidak mudah mempercayai fitnah yang
dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor
Fikri
Narius
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan
Menggatal
Berbadan besar
Bermasalah disiplin selalu membuli Doktor Fikri/ cuba
memeras ugut Doktor Fikri/
mencuri basikal Doktor Fikri
Insaf akan kesalahan lalu berubah menjadi seorang pelajar
yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di
lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.
Cikgu Wahab
Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Garang merotan pelajar yang melakukan kesalahan
Bertimbang rasa membenarkan Sanin makan di kantin di luar
waktu rehat setelah
Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar
Dayang Mahani
Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan
Menggatal

Kawan Doktor Fikri


Mudah terpengaruh percaya bahawa Doktor Fikri seorang
pencuri setelah Cikgu
Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu
terus memulaukannya
Latar
Latar Masa
Pagi peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan
ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.
Petang Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri
di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai
keselamatan.
Malam Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban
sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung
Kinabalu.
Latar Tempat
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.
Rumah Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus
sayur-sayuran untuk di
jual di Tamu.
Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar
Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan lebatnya.
Gunung Kinabalu

Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki


puncak Gunung
Kinabalu.
Balai polis
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri
oleh Narius, Jais dan
Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap
tersebut atas permintaan
Doktor Fikri.
Hospital Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak
sulung mereka.
Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Masyarakat guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Masyarakat yang prihatin
Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan
disihkan oleh pelajar lain.
Masyarakat yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang
bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
Masyarakat yang taat kepada perintah agama

Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang


bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli
keluarga.
Masyarakat penyayang
Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri
walaupun anak mereka
cacat.
Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka
yang cacat kulitnya.
Gaya Bahasa
Kata Ganda
Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jarijemari, warna-warni
Peribahasa
Contoh: buku lima, keras hati
Pengaruh bahasa asing
Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa
Inggeris (nurse)
Hiperbola
Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam
menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup.
Simile
Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang
bersuara seperti katak memanggil hujan.
Pengulangan kata atau repitisi
Contoh: Sap! Sap! Sap!
Sinkope

Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi!


Personifikasi
Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolaholah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.
Nilai
Nilai kasih sayang
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling
menyayangi antara satu sama lain.
Nilai keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang
dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Nilai keberanian
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang
meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan
terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Nilai ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan
fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Nilai kerajinan
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan
kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
Nilai menghormati orang tua
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman
dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah
Doktor Fikri.
Pengajaran
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.

Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling
menyayangi antara satu sama lain.
Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang
dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang
meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan
terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam
kehidupan.
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan
fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan
kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman
dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah
Doktor Fikri.

Anda mungkin juga menyukai