Anda di halaman 1dari 3

Syair Panduan Untuk Para Remaja KOMSAS Tingkatan 3

MAKSUD
Rangk Maksud
ap
1
Penyair berpesan kepada generasi
muda agar jangan berbohong dan
memperdaya orang. Generasi muda
juga diingatkan agar tidak bersikap
materialistik dan membazir.
2
Generasi muda diingatkan supaya
mengelakkan diri daripada perbuatan
mengumpat, mencaci, menganiaya,
sombong dan memungkiri janji.
3
Generasi muda diingatkan agar
menjauhi judi dan arak serta tidak
terlibat dengan perlakuan yang tidak
baik atau negatif kerana kelak akan
menerima padahnya
4
Penyair juga berpesan agar para belia
tidak berhutang dan mengharapkan
bantuan daripada orang lain. Orang
yang tidak berhutang dan bergantung
harap kepada orang lain pasti akan
senang hidupnya.
5
Generasi muda diingatkan agar
mengelakkan diri daripada sikap suka
meminjam ataupun memberi pinjam
serta berhutang. Sikap ini boleh
menyebabkan hubungan antara
sahabat akan menjadi renggang akibat
hilang perasaan hormat-menghormati
dalam persahabatan.
6
Penyair juga mengingatkan agar
generasi muda tidak mengharapkan
bantuan dan bersikap meminta-minta.
Hal ini demikian kerana, orang yang
terlalu mengharapkan bantuan akan
malas berusaha dan kemampuan yang
ada dalam diri akan hilang.
7
Remaja juga diingatkan agar bersikap
patriotik dan berdikari dalam
melakukan sesuatu. Generasi muda
juga diingatkan tidak lupa asal dan
usul mereka serta tidak memandang
rendah akan kelebihan yang ada pada
orang lain.
8
Penyair menegaskan pesanan di atas
dititipkan khas untuk generasi muda.
Semoga dengan izin Allah pasti belia
hari ini akan menjadi pemimpin
berkaliber pada masa akan datang.
TEMA
Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh
dugaan dan cabaran.
PERSOALAN

i. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan


daripada orang lain.
ii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang
boleh merosakkan diri.
iii. Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan
menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.
iv. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan
akan renggang disebabkan masalah ini.
BENTUK
i Bentuk terikat.
ii Mempunyai 8 rangkap.
iii Setiap rangkap mempunyai 4 baris.
iv Semua baris ialah maksud.
v Suku kata 9 hingga 12. Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku
kata-rangkap 2)
Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4)
vi Antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4
perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan
rangkap 2)
GAYA BAHASA
i Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: Barang dipinjam kerap
kehilangan.
ii Aliterasi - Pengulangan konsonan n. Contoh: Jangan biasakan meminta
tolong.
iii Anafora Pengulangan kata pada awal baris. Contoh: Jangan fikir
kasihkan kaya.Jangan boros yang sia-sia.
iv Inversi Pembalikan kata Contoh: Judi dan arak jangan
biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.
v Repitisi - pengulangan perkataan jangan dalam baris yang
sama Contoh: Janganmengata jangan mengeji
NILAI
i Nilai berdikari amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu
bergantungharap kepada orang lain.
ii Nilai merendah diri penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila
menerima pujian.
iii Nilai bertanggungjawab harus ada dalam diri setiap insan agar kita
bertanggungjawab atas segala yang
kita lakukan contohnya seperti menepati janji.
PENGAJARAN

i Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain
kerana keadaan ini menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri
untuk menyelesaikan masalah.
ii Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak
diri sendiri yang rugi.
iii Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan
jika kita memungkirinya.

Anda mungkin juga menyukai