GURINDAM BEBERAPA
PETUA HIDUP
22/01/2019
MAKSUD RANGKAP
2
Rangkap Maksud
1 Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang
menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi
sesat.
2 Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3 Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh
memudaratkan hidup masyarakat.
4 Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan
kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang
besar.
Rangkap Maksud
5 Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
6 Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi
jika perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
7 Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan
kurang sesuai untuk diamalkan.
8 Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk
menuntut ilmu.
Rangkap Maksud
9 Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di
dalamnya mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat
manusia.
10 Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan
yang didampinginya.
11 Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama
sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan
bergaul mesra.
12 Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan
disanjung tinggi.
Rangkap Maksud
13 Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati
orang di sekelilingnya.
14 Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk
mendapat bantuan dan pertolongan.
15 Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap
masa.
16 Saranan agar pembaca memperbaiki kelemahan diri terlebih
dahulu sebelum menolong sesama manusia
Rangkap Maksud
17 Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh
menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.
18 Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama
manusia kerana Tuhan pasti akan melaknati orang yang berbiat
demikian
ASONANSI
Perulangan vokal a: Perkataan tajam jika dilepas.
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a
sebanyak tujuh kali.
Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i
sebanyak empat kali.
ALITERASI
Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang
sengketa. Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan s sebanyak dua kali.