Anda di halaman 1dari 21

SOSIOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN

BAHASA
(GGGE 6333)

MASYUNIZA BINTI YUNOS (P58939)


Pengajaran Bahasa
Melayu Dalam Sistem
Persekolahan Pada
Abad Ke - 21
KLSR/KLSM
KBSR 1983
KBSM 1988
SEMAKAN SEMULA KBSR/KBSM
PPSMI/PPSMTI 2003/2006
REVERT PPSMI 2012 MBM MBI
TRANSFORMASI KURIKULUM
KSPK 2010 KSSR 2011 KSSM 2014
Pelaksanaan KSSR bermula dengan murid Tahun 1 pada 2011.
Maka terdapat keperluan untuk melihat semula KBSM sedia ada
supaya wujud kesinambungan kurikulum sekolah rendah dan
menengah.

KBSM telah melalui satu kitaran lengkap dalam sistem


persekolahan semenjak pelaksanaannya melalui SPI Bil.2/2000
bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan Sukatan Pelajaran yang
Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM.

KSPK bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak


berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan
serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna .
Komunikasi
Sains & Teknologi  Penguasaan kemahiran berbahasa secara Kerohanian, Sikap &
lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
Perkembangan Keupayaan Untuk:
dalam kehidupan seharian serta Nilai
 Penguasaan ilmu Sains,Matematik dan  Penghayatan amalan agama,
melengkapkan diri ke arah alam kerjaya
Teknologi sikap dan nilai murni dalam
 Pengaplikasian pengetahuan dan kehidupan.
kemahiran sains, matematik dan teknologi  Peningkatan kepatuhan kepada
secara bertanggungjawab dalam Tuhan secara berterusan dalam
kehidupan harian berlandaskan sikap dan kehidupan seharian
nilai dalam sains, matematik dan teknologi.  Pembentukan insan berakhlak
mulia, berintegriti dan
akauntabiliti
Insan
seimbang
Perkembangan Fizikal & Kemanusiaan
 Pembinaan warganegara untuk abad
Estetika ke-21
 Pengaplikasian pengetahuan, kemahiran  Penguasaan ilmu dan pengetahuan
serta amalan nilai dalam jasmani dan
kesihatan bagi mencapai kesejahteraan Keterampilan Diri mengkonsepsi
 Perkembangan kemahiran intelektual
diri  Pemupukan kepimpinan dan sahsiah
 Penghayatan nilai asas demokrasi
 Pengaplikasian daya imaginasi, bakat, diri melalui aktiviti kurikulum dan
 Pembinaan Kemahiran menyelesaikan
apresiasi, kreativiti dan inovasi dalam kokurikulum
masalah
hasil karya  Penghayatan nilai positif (harga diri dan
keyakinan diri)
 Penonjolan potensi, kemahiran yang ada
pada diri dan daya kreatif
 Membina perhubungan yang bermakna
dengan individu dan masyarakat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:
 Komunikasi  Komunikasi
 Manusia dan alam sekeliling  Kerohanian, sikap dan nilai
 Perkembang diri Individu  Kemanusiaan,
 Perkembangan fizikal dan estetika
 Sains dan teknologi
 Ketrampilan diri
Bahan kurikulum: Bahan Kurikulum:
 Sukatan pelajaran  Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum:


 Linear  Modular
Organisasi kurikulum: Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
 Mata pelajaran Teras, Wajib dan  Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul
Tambahan Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)


 Mata pelajaran Teras, Wajib dan  Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Tambahan

Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi
Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.
Fokus: Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira) 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)
Sukatan Pelajaran BM

Penggunaan Kemahiran
Bahasa Bahasa

Sukatan
Pelajaran BM
Pengisian
Kurikulum
Hasil
Pembelajaran
Sistem
Bahasa
• Penggunaan bahasa : Merangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interpersonal,
Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Penggunaan bahasa bagi Bidang
Interpersonal merujuk kepada kebolehan murid memulakan, membina, dan
mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. Penggunaan
bahasa bagi Bidang Maklumat merujuk kepada keupayaan murid memperoleh dan
menyampaikan maklumat serta ilmu. Penggunaan bahasa bagi Bidang Estetik
merujuk kepada keupayaan murid menikmati karya sastera, melahirkan idea serta
perasaan secara kreatif.

. “Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu.”


 Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan Bahasa Melayu sekolah
menengah bukan sahaja mampu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi juga bertujuan untuk melahirkan
murid yang memiliki keterampilan dalam bahasa, dan menghargai serta
menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. (Nik Hassan Basri Nik
Ab.Kadir. 2007)
2) Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa: Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Kemahiran menulis
- Keupayaan murid menulis perkataan dan mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan &
pengalaman peribadi.

“PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS


DI SEKOLAH RENDAH”
Hasil kajian mendapati guru bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis
merupakan tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian
strategi pengajaran pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid
kemahiran penulisan yang mudah kepada sukar. Strategi sebegini patut
dilaksanakan kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid
terhadap kemahiran menulis yang dipelajari.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam pengajaran


dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran
guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis.(Che Zanariah
Che Hassan, 2011)
Pendekatan Bermain : Dalam transformasi kurikulum pendidikan
prasekolah (KSPK) menyatakan bahawa proses P&P menjadi
lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah
berasaskan aktiviti bermain. Fokus utama P&P adalah
berpusatkan kanak-kanak.

“Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi


Pendidikan Prasekolah”
Hasil kajian mendapati bahawa selain dapat membantu kanak-kanak
belajar membaca dalam keadaan yang menyeronokkan, penggunaan
aktiviti permainan dalam pendekatan P&P membaca dikatakan dapat
meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak. (Sharifah Nor
Puteh,2011)
• Hasil Pembelajaran : Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) menyatakan hasil
pembelajaran (HP) merupakan penggerak utama kepada isi kandungan kursus
dan struktur pengukurannya. PBH itu sendiri merupakan satu pendekatan secara
menyeluruh ke atas sistem pendidikan yang dipilih. Pembelajaran yang aktif
merupakan kunci utama dalam pengukuran ini. Ini merupakan kombinasi era baru
dalam kurikulum yang dikoordinasikan dengan amali berterusan.

“Menilai Perhubungan Di Antara Hasil Pembelajaran Kursus (Hpk) Dan Hasil


Pembelajaran Program (Hpp) dari Persepsi Pelajar ‘
• Dapatan kajian mendapati bahawa Rancangan pembelajaran yang baik
diperlukan untuk mencapai pembelajaran yang berkualiti tinggi. Rancangan ini
dikembangkan berdasarkan anggapan bahawa suasana pembelajaran dan
tujuan pembelajaran yang berbeza memerlukan kaedah yang berbeza.
Penekanan Sistem Hasil Pembelajaran (PBH) mencorakkan reka
bentuk, pembinaan, penyampaian dan pendokumentasian pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan hasil-hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
boleh meningkat dan mempertahankan kualiti pembelajaran.
(Amirruddin Abdul Kadir, 2009)
4) Sistem Bahasa
Sistem Bahasa : berfokus pada P&P tatabahasa, ejaan, sebutan & intonasi, kosa kata, &
peribahasa.

Tatabahasa : Dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang


dalam konteks untuk ketepatan berbahasa.

“Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam”
Hasil kajian mendapati pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa seperti
kesalahan penggunaan aspek kata, frasa, ayat dan ortografi.
Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan
ejaan dan huruf besar/kecil paling banyak dilakukan pelajar (270 kesalahan).
Kesalahan kedua tertinggi pula ialah kesalahan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat
saduran (98 kesalahan), diikuti kesalahan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja dan
frasa sendi nama (65 kesalahan).
Kesalahan yang paling rendah dari segi kekerapan ialah kesalahan penggunaan aspek
kata iaitu imbuhan, kata hubung dan kata pemeri (57 kesalahan).
Kebanyakan pelajar melakukan kesalahan tatabahasa disebabkan gangguan bahasa
ibunda, sikap pelajar dan keadaan persekitaran bahasa di universiti.
(Siti Baidura Kasiran,)
5) Pengisian Kurikulum
Pengisian kurikulum : Terdiri daripada aspek pengetahuan, peraturan
sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,
kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme dan pembelajaran konstektual.

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi : Kemahiran ini perlu diajar kepada
murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi.

“Pelaksanaan strategi pengajaran bahasa Melayu Sekolah Bestari di Negeri Sembilan” &
“Strategi pengajaran Bahasa Melayu berpusatkan pelajar di Sekolah Bestari, Negeri
Selangor Darul Ehsan”
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa dalam pengajaran Bahasa Melayu di
Sekolah Bestari, guru-guru didapati kurang menggunakan alat teknologi
walaupun mereka sedar dan bersetuju tentang kepentingan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari (Arniza 2001; Zulkipli
2005). Guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Bestari sering menggunakan
strategi sepadu melalui penyerapan dan penggabungjalinan serta strategi
berpusatkan pelajar berbanding strategi pembelajaran melalui internet, pakej
dan bahan perisian komputer (Arniza 2001; Zulkipli 2005).
Sementara Zulkipli (2005) pula mendapati guru-guru di Sekolah Bestari
yang dikaji menggunakan strategi berpusatkan guru dalam pengajaran
mereka.

Kajian-kajian penggunaan teknologi maklumat dan komputer dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
(Suwarnee, 2006) juga menunjukkan pola dapatan yang sama.

Guru-guru Bahasa Melayu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap


kepentingan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran, tetapi
pengetahuan dan kemahiran mereka tentang teknologi maklumat adalah
pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran pula berada pada tahap rendah
dan sederhana (Suwarnee, 2006).
Kecerdasan Pelbagai : Merangkumi verbal-linguistik, logik matematik, muzik, &
sebagainya. Guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan
menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat & kecenderungan
murid.

“PELAKSANAAN PENYERAPAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN”


Hasil dapatan kajian menunjukkan unsur penyerapan kecerdasan pelbagai masih pada
tahap sederhana dari segi pelaksanaan dan memerlukan pendedahan yang lebih
mendalam. Sampel kajian memahami konsep penyerapan. Namun terdapat kelemahan dari
aspek pendedahan dan pelaksanaan unsur tersebut. (Yahya Othman, 2003)

Kemahiran Generik : Kemahiran generik adalah kemahiran yang boleh digunakan


pada pelbagai subjek kawasan dan mengambil masa yang agak lama untuk
memperolehinya kerana bergantung kepada jenis kemahiran.

“Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah


Menengah”
Dapatan kajian mendapati bahawa kemahiran generik banyak diterapkan oleh guru BM
daerah Kluang ialah kemahiran beretika & moral. Manakala kemahiran yang kurang
diterapkan ialah kemahiran menggunakan teknologi. Tidak terdapat perbezaan dalam
penerapan kemahiran generik antara guru lelaki & guru perempuan. (Umi Nadiha Mohd
Nor, 2011)
Pembelajaran Konstruktivisme : Melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan & pengalaman sedia ada.

“KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM


PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU”
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pos. Min skor
Komsas bagi murid kumpulan pos eksperimen adalah lebih tinggi
berbanding min skor kumpulan kawalan dalam ujian pasca. (Zurainu Mat
Jasin, 2012)
• Amirruddin Abdul Kadir, Mohd Zuki Salleh, Mohammad Alinor Abdul Kadir, &
Khairul Anuar Mohd. Ali. 2009. Menilai Perhubungan Di Antara Hasil
Pembelajaran Kursus (Hpk) Dan Hasil Pembelajaran Program (Hpp)dari
Persepsi Pelajar. Jurnal Teknologi. 1-19

• Arniza Mokhtar. 2001. Pelaksanaan strategi pengajaran bahasa Melayu


Sekolah Bestari di Negeri Sembilan. Tesis sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksaan
Pengajaran & Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 1, Bil. 1, 67-87.

• Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir. 2007. Kewajaran Pengajaran Komsas Dalam
Bahasa Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5.
• Pusat Perkembangan Kurikulum. 2000. Sukatan Pelajaran KBSM: Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur.

• Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. 2011. Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran
Bahasa & Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. Vol 1. Bil 2, 1-15

• Siti Baidura binti Kasiran & Nurul Jamilah binti Rosly. Analisis Kesalahan
Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam. Divisyen Bahasa Melayu, Pusat Bahasa dan
Pembangunan Akademik Pra-Universiti UIAM

• Suwarnee Mohd Solah. 2006. Persepsi Terhadap Kesediaan & Tahap


Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan
Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah Bandar Dan Luar Bandar.
Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
• Umi Nadiha Mohd Nor, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. 2011.
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Bahasa
Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol
1, Bil 2, 71-84.

• Yahya Othman & Roselan Baki. Pelaksanaan Penyerapan Kecerdasan


Pelbagai Dalam Pengajaran. Jabatan Pendidikan Bahasa dan
Kemanusiaan , Fakulti Pengajian Pendidikan Unversiti Putra
Malaysia.

• Zulkipli Md. Aros. 2005. Strategi pengajaran Bahasa Melayu


berpusatkan pelajar di Sekolah Bestari, Negeri Selangor Darul
Ehsan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM

• Zurainu Mat Jasin & Abdul Sukor Shaari. 2012. Keberkesanan Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pengajaran Komsas
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2, Bil. 1,
79-92.

Anda mungkin juga menyukai