Anda di halaman 1dari 17

Soalan Tutorial:

Secara berkumpulan, bincangkan


kekuatan dan kelemahan KBSR. Kemudian
huraikan elemen-elemen baharu yang
terdapat dalam KSSR.

Disediakan oleh : Mardiana Binti Lokman


: Norhaza Binti Bakharudin
: Syamimi Syafawani Binti Kamaruddin
Program : DPLI-SR
Unit / Semester : Prasekolah / Semester 2
Kod Subjek : EDC 2202
Pensyarah : Encik Yee Yong Fak
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH
RENDAH (KBSR)
• KBSR memberi penekanan utama terhadap
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira.

• Aspek yang tekandung dalam kemahiran


asas ialah kemahiran pertuturan,
pendengaran, pembacaan, penulisan serta
amalan dalam penggunaan empat operasi
matematik iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi.
• Penerapan nilai-nilai murni dilakukan
secara menyeluruh melalui semua mata
pelajaran.

• Bagi mata pelajaran Agama Islam,


pengajaran nilai-nilai murni dijalankan
secara khusus.

• KBSR adalah reka bentuk kurikulum


berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi;
Manusia dan Alam Kelilingnya dan
Perkembangan Diri Individu.

• Kaedah ini menggunakan Elemen


Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
KEKUATAN KBSR
• Murid dapat menggunakan kemahiran
bahasa dan matematik untuk berfikir dan
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

• Murid dapat berfikir secara logik serta


memahami isu-isu kemasyarakatan dan
negara.

• Peluang-peluang juga disediakan untuk


murid-murid mengembangkan potensi,
bakat, minat dan daya kreatif mereka
melalui muzik, lukisan dan penulisan.
• Murid-murid dapat menguasai bahasa
melayu selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara kita.

• Menguasai kemahiran asas berbahasa


iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah
berkenaan.

• Menguasai kemahiran berfikir dan


kemahiran belajar.
• Menguasai kemahiran saintifik dan
teknikal.

• Menimba ilmu pengetahuan dan


berikhtiar untuk meluaskannya.

• Mengukuhkan asas keimanan,


mengerjakan amal ibadat dan
mengamalkan akhlak mulia.

• Mengamalkan sikap dan perlakuan yang


berpandukan nilai murni dan
mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
• Pelaksanaan KBSR yang sempurna
dapat memenuhi hasrat FPK ke arah
penghasilan individu yang berkembang
secara menyeluruh dan seimbang dari
segi JERI.

• Proses pelaksanaan yang bermula


dengan tahun1 hingga tahun 6 amat
komprehensif dan mengambil kira
segala aspek proses P&P dalam dan
luar bilik darjah termasuk penyampaian
ilmu dan kemahiran serta pemupukan
nilai merentasi kurikulum.
KELEMAHAN KBSR
• Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan
dengan berkesan dalam proses P&P.

• Ini mengakibatkan kesepaduan


pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak
tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di
bilik darjah.

• Antara faktor yang mendorong kepada


perkara ini ialah fokus berlebihan untuk
mencapai gred kelulusan ‘A’ dalam
peperiksaan.
• Maka kebanyakan proses P&P yang
berlaku di bilik darjah lebih berupa proses
menyediakan pelajar untuk peperiksaan,
bukannya bersifat menyampaikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum
mata pelajaran tersebut.

• Ini secara tidak langsung mengurangkan


keberkesanan usaha ke arah
membangunkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berdaya
saing, berkemahiran dan mempunyai jati
diri sama seperti ciri modal insan
cemerlang yang dihasratkan.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR)
• Diperkenalkan sebagai usaha menyusun
semula dan menambah baik kurikulum sedia
ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
relevan untuk memenuhi keperluan semasa
serta menghadapi cabaran abad ke-21.

• Pelaksanaan KSSR menggantikan KBSR


bermula sesi persekolahan Januari lalu
bertujuan meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.
• KSSR digubal dalam pernyataan standard
yang terdiri daripada Standard Kandungan
dan Pembelajaran yang perlu dicapai murid
dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan
Penyataan spesifik mengenai perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.
CONTOH STANDARD KANDUNGAN &
STANDARD PEMBELAJARAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia
Mendengar, memahami dan Mendengar, memahami dan
memberi respon terhadap sesuatu memberi respons dengan betul
arahan, soalan dan pesanan yang secara lisan terhadap pelbagai
didengar dengan betul. soalan bercapah.

Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris


Able to express personal response Able to respond to:
to literary texts . a. Book covers
b. Pictures in books
c. Characters with guidance

Matematik Matematik
Menama dan menentukan nilai Menamakan nombor hingga 100:
nombor . a. Membilang objek dalam kumpulan.
b. Menamakan nombor bagi
kumpulan objek sebagai mewakili
kuantiti.
Keterampilan
Diri

Kemanusiaan Komunikasi

6 TUNJANG /
ELEMEN YANG
TERDAPAT KSSR

Sains &
Kerohanian, Teknologi
Sikap & Nilai
Perkembangan
Fizikal & Estetika
TUNJANG / ELEMEN HURAIAN
Komunikasi • Penggabungjalinan kemahiran
bahasa secara lisan dan bukan lisan
semasa berinteraksi.

Sains & Teknologi • Penguasaan pengetahuan sains,


kemahiran dan sikap saintifik.

• Penguasaan pengetahuan dan


kemahiran matematik.

• Penguasaan pengetahuan dan


kemahiran berasaskan teknologi.

Perkembangan Fizikal & • Perkembangan jasmani dan


Estetika kesihatan untuk kesejahteraan diri.

• Pemupukan daya imaginasi,


kreativiti, bakat dan apresiasi.
TUNJANG / ELEMEN HURAIAN
Kerohanian, Sikap & Nilai • Penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai.

Kemanusiaan • Penguasaan ilmu dan amalan


tentang kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara dan
global.

• Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan.

Keterampilan Diri • Pemupukan kepimpinan dan


sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum
dan kokurikulum.
KESIMPULAN
• Penggubalan KSSR dapat meningkatkan kualiti
pendidikan rendah agar lebih relevan dengan
cabaran masa kini dan abad ke-21.

• Guru memainkan peranan yang penting bagi


mengupayakan P&P yang berkesan.

• Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan


komitmen menyeluruh daripada semua pihak
termasuk penggubal dasar, pengurus
kurikulum, ibu bapa serta pihak
berkepentingan.
RUJUKAN
KSSR - Satu Dimensi Baru dalam Pendidikan Malaysia.
http://gurumanicka05.blogspot.com/2012/02/kssr-satu-dimensi-
baru-dalam-pendidikan.html

Kekuatan dan Kelemahan KBSR di Malaysia.


http://www.scribd.com/doc/52434239/ISL-KEKUATAN-DAN-KELEMAHAN-
KBSR-DI-MALAYSIA

Dasar, Kurikulum & Sistem Baru.


http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-
kurikulum-item-baru.html

KSSR Lengkapi Kemahiran Hadapi Cabaran.


http://pendidikmy.net/2011/12/29/kssr-lengkapi-kemahiran-
hadapi-cabaran/

Anda mungkin juga menyukai