Anda di halaman 1dari 4

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Zaba)

Fikir dan Kata


Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,


Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,


Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,


Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,


Jika tersua janganlah lari.

Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,


Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,


Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,


Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang Baik


Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bonda di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,


Segala orang dapat kautawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,


Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan yang Baik


Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.

Menolong sesama wajib dan perlu,


Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat


Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,


Tuhan kelak memberi laknat.
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Zaba)

RANGKAP SYAIR MAKSUD

1
Fikir dan Kata Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang
berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu, pasti
Kurang fikir, kurang siasat, akan menyebabkan hidup menjadi sesat / Penulis
Tentu dirimu kelak tersesat. berkata bahawa manusia yang kurang berfikir dan
kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi
masalah yang dihadapinya.

2
Fikir dahulu sebelum berkata, Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata
Supaya terelak silang sengketa untuk mengelakkan sebarang salah faham dan
sengketa sesama manusia. / Penulis berkata
bahawa manusia mestilah berfikiran matang
sebelum bercakap apa-apa supaya dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham waima
persengketaan.

3
Perkataan tajam jika dilepas, Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika
Ibarat beringin, racun dan upas. dituturkan boleh memudaratkan hidup
(RACUN YG DIPERBUAT masyarakat./ Penulis berkata bahawa manusia yang
DARIPADA GETAH POKOK) suka marah akan orang lain dengan kata-kata yang
menyakitkan hati akan melukakan perasaan orang
lain.

4
Kalau mulut tajam dan kasar, Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata
Boleh ditimpa bahaya besar. yang pedas dan kurang sopan boleh menyebabkan
dia mengalami masalah yang besar./ Penulis
berkata bahawa manusia seseorang yang kasar
dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa
pelbagai masalah

5
Silang Sengketa Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan
Siapa menggemari silang sentiasa bermasalah / Penulis berkata bahawa
sengketa, manusia yang suka bergaduh dan berselisihan
Kelaknya pasti berdukacita. faham akan hidup dalam kesedihan

6
Silang selisih jangan dicari, Saranan agar pembaca tidak menimbulkan
Jika tersua janganlah lari. persengketaan tetapi jika perkara itu berlaku
perlulah diterima dengan tabah
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari
pergaduhan dengan orang lain dan setiap
perselisihan faham harus diselesaikan, bukannya
dielakkan

7
Ilmu Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang
lengkap dan kurang sesuai untuk
Jikalau ilmu tiada sempurna, diamalkan. / Penulis berkata bahawa ilmu mesti
Tiada berapa ia berguna. dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak
kuasai dengan baik tidak dapat memanfaatkan kita

8
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut
Asal mahu rajin belajar selagi rajin untuk menuntut ilmu./ Penulis berkata
bahawa ilmu pengetahuan dalam diri seseorang
harus ditimba dengan kesungguhan dan kerajinan
asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.

9
Dunia Pergaulan Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di
dunia yang di dalamnya mengandungi berbagai-
Dunia ini taman pergaulan, bagai kerenah dan sifat manusia
Hendaklah pilih sahabat dan / Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini
taulan. menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan
sebaya
10
Manusia dikenal sifat budinya, Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui
Dengan dilihat siapa kawannya rakan taulan yang didampinginya/Penulis berkata
bahawa seseorang manusia dapat dikenali melalui
budi bahasanya dan melalui pergaulannya

11
Burung yang sama corak dan bulu, Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. kawan yang sama sifat dan fiilnya untuk
memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul
mesra/ Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan
yang baik biasanya akan bersama-sama dalam
pelbagai aktiviti kehidupan dan sentiasa bersama di
mana-mana sahaja

12
Sifat-sifat yang Baik Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa
dipandang dan disanjung tinggi
Jikalau kamu bersifat budiman, Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi
(PANDAI DAN BIJAK) bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh
Dipandang sebagai bonda di taman ahli masyarakat

13
Jikalau kamu bersifat dermawan, Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat
Segala orang dapat kautawan melawan hati orang di sekelilingnya
Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati
dan suka menderma akan mendapat perhatian
daripada masyarakat.

14
Jikalau kamu bersifat pemurah, Seseorang yang bersifat pemurah akan
Segala manusia datang menyerah. memudahkannya untuk mendapat bantuan dan
pertolongan / Penulis berkata bahawa seseorang
yang bersifat pemurah akan mudah mendapat
kawan dan menjadi tempat untuk meminta bantuan.

15
Perbuatan yang Baik Nama seseorang yang membuat jasa akan
disanjung pada setiap masa
Barang siapa berbuat jasa, Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak
Mulia namanya segenap masa. berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang
orang pada bila-bila masa

16
Menolong sesama wajib dan perlu, Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri
Tetapi tolonglah dirimu dahulu. terlebih dahulu sebelum menolong sesama
manusia /Penulis berkata bahawa kita haruslah
membantu diri sendiri sebelum menghulurkan
bantuan kepada orang lain

17
Sifat-sifat yang Jahat Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah
boleh menyebabkan hubungan sesama manusia
Telunjuk lurus kelengkeng berkait, tidak harmoni./Penulis berkata bahawa kita mestilah
Hati sesama menjadi pahit berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik
tetapi berhati busuk

18
Barang siapa berbuat khianat, Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat
(BELOT) sesama manusia kerana Tuhan pasti akan melaknati
Tuhan kelak memberi laknat. orang yang berbiat demikian
(SUMPAHAN) Penulis berkata bahawa seseorang yang
mengkhianati orang lain akan mendapat balasan
Kalung Bunga Zaba, 2008 , Dewan Tuhan pada kemudian hari
Bahasa dan Pustaka
Bentuk Gurindam
1. Gurindam Beberapa Petua Hidup ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris pertama ialah syarat dan baris
kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata.
6. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam Beberapa Petua Hidup termasuklah :
a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas
b) Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat
c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan termasuklah:


a) Asonansi. Contohnya:
i. Perulangan vokal a: Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.

ii. Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya


Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b) Aliterasi. Contohnya:
i. Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.
ii. Perulangan konsonan t: Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.

Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai
sebuah taman pergaulan.
2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang
salah faham dan sengketa sesama manusia.
3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
5. Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai