Anda di halaman 1dari 4

GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)

FIKIR DAN KATA


Kurang fikir kurang siasat, Penulis mengingatkan bahawa manusia yang kurang
Tentu dirimu kelak berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat
tersesat. mengatasi masalah yang dihadapinya.
Fikir dahulu sebelum Penulis berkata bahawa manusia mestilah berfikir
berkata, sebelum berkata-berkata supaya dapat mengelakkan
Supaya terelak segala sebarang perselisihan faham waima persengketaan
sengketa. sesama manusia.
Perkataan tajam jika Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika diujar
dilepas, akan menyakitkan hati an melukakan perasaan orang
Ibarat beringin, racun dan lain.
upas.
Kalau mulut tajam dan Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang
kasar, kasar dalam pertuturan boleh menyebabkan dirinya
Boleh ditimpa bahaya ditimpa pelbagai masalah.
besar.
SILANG DAN SENGKETA
Siapa menggemari silang Penulis berkata bahawa manusia yang suka bergaduh
sengketa, dan berselisih faham akan hidup dalam kesedihan.
Kelaknya pasti
berdukacita.
Silang selisih jangan Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari
dicari, pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan
Jika tersua janganlah lari. faham harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
ILMU
Jikalau ilmu tiada Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan
sempurna, sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik
Tiada berapa ia berguna. tidak dapat memanfaatkan kita.
Ilmu kepandaian boleh Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam diri
dikejar, seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan
Asal mahu rajin belajar. kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang
tinggi.
DUNIA PERGAULAN
Dunia ini taman pergaulan, Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini
Hendaklah pilih sahabat menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan
dan taulan sebaya.
Manusia dikenal sifat Penulis berkata bahawa seseorang manusia dapat
budinya, dikenali melalui budi bahasanya dan melalui
Dengan dilihat siapa pergaulannya.
kawannya.
Burung yang sama corak Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang baik
dan bulu, biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti
Selalu sekumpul ke hilir kehidupan dan sentiasa bersama di mana-mana
ke hulu sahaja.
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
Jikalau kamu bersifat Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi
budiman, bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli
Dipandang sebagai bunga masyarakat.
di taman
Jikalau kamu bersifat Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati
dermawan, dan suka menderma akan mendapat perhatian
Segala orang dapat daripada masyarakat.
kautawan.
Jikalau kamu bersifat Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat
pemurah, pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi
Segala manusia datang tempat untuk meminta bantuan.
menyerah.
PERBUATAN YANG BAIK
Barang siapa berbuat jasa, Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak
Mulia namanya segenap berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang
masa. orang pada bila-bila masa.
Menolong sesama wajib Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri
dan perlu, sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang
tetapi tolonglah dirimu lain.
dahulu.
SIFT-SIFAT YANG JAHAT
Telunjuk lurus kelengkeng Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati
berkait, terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati
Hati sesama menjadi pahit. busuk.
Barang siapa berbuat Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati
khianat, orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada
Tuhan kelak memberi kemudian hari.
laknat.

B    TEMA DAN PERSOALAN


Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani
dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang
berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan menjauhi sifat yang
negatif.

Persoalan
(a)   Kepentingan berfikiran matang dan rasional.
(b)   Pergaduhan yang tidak memanfaatkan sesiapa.
(c)   Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
(d)   Kesedihan daripada pertelingkahan.
(e)   Kepentingan menimba ilmu.
(f)   Kegigihan mencari ilmu demi masa depan.
(g)   Kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan.
(h)   Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
(i)   Sifat pemurah yang disukai masyarakat.
(j)   Kemuliaan seseorang daripada jasa yang ditaburkan.
(k)   Kepentingan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat.
(l)   Kejahatan manusia yang tersembunyi.
(m) Pengkhianatan dalam kalangan manusia.

C GAYA BAHASA

(a) Repitisi
Buktinya,
Kurang fikir, kurang siasat
Selalu berkumpul ke hulu ke hilir

(b) Imej alam atau imejan


Buktinya,
dipandang sebagai bunga di taman.

(c) Pengulangan kata


Buktinya,
Silang selisih jangan dicari
Jika tersua janganlah lari
Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau kamu bersifat budiman,
Jikalau kamu bersifat dermawan
Jikalau kamu bersifat pemurah

(d) Sinkope
Buktinya,
Tentu dirimu kelak tersesat

 (e) Simile
Buktinya,
Ibarat beringin, racun dan upas
          dipandang sebagai bunga di taman.
Tetapi tolonglah dirimu dahulu

(f) Peribahasa
Buktinya,
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,

D    NILAI MURNI
(a)   Rasional
(b)   Keikhlasan
(c)   Setia kawan
(d)   Kegigihan
(e)   Kesungguhan
(f)   Kerajinan
(g)   Baik hati
(h)   Murah hati
(i)   Hemah tinggi
(j)   Berwaspada
(k)   Keadilan

E      PENGAJARAN

(a)   Kita mestilah berfikiran rasional sebelum bercakap dengan orang lain  demi menjaga maruah
diri.
(b)   Kita mestilah ikhlas dalam persahabatan dengan tidak bersengketa dengan sesiapa.
(c)   Kita mestilah setia dalam pergaulan dengan kawan-kawan supaya kehadiran kita disukai.
(d)   Kita mestilah gigih menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
(e)   Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam usaha mencari ilmu supaya setiap masalah yang kita
hadapi dapat diselesaikan.
(f)   Kita mestilah rajin berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri supaya dapat
menjadi manusia yang bijak pandai.
(g)   Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam masyarakat.
(h)   Kita mestilah bersifat murah hati dengan membantu sesiapa sahaja untuk meringankan beban
mereka.
(i)   Kita mestilah bersifat hemah tinggi supaya disanjung tinggi dan dihormati oleh ahli
masyarakat.
(j)   Kita mestilah berhati-hati dalam segala tingkah laku demi menjaga ketinggian budi dan akhlak.
(k)   Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar segala perbuatan baik kita akan dibalas baik
kerana Tuhan mengadili kita berdasarkan perbuatan kita.

Soalan KBAT
i. Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar
Jelaskan pendapat anda berkaitan petikan Gurinadam tersebut.
[4 markah]
ii. Antara petua hidup ialah kepentingan seseorang itu menuntut ilmu.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu?
[4 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh menggunakan
Bahasa kasar dalam pergaulan? Berikan tiga alas an anda.
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai