Anda di halaman 1dari 20

CERPEN

OREN
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang
pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa
Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu
mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar
ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang,
iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren
telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan
sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka
sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi
Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok
tua yang tumbang.
BINAAN PLOT
 Binaan Plot

(a) Permulaan – Ayah “aku” bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah
“aku” tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian anggota keluarganya.

(b) Perkembangan – Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren mati. Ayah “aku” telah
membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu “aku” mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku.
Kemudian, ayah “aku” membawa Kelabu pulang ke
rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian
anggota keluarga ayah “aku”. Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri.

(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah “aku” berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan
Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah “aku”.

(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota keluarga di meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur
dengan membawa bangkai Oren. Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Semua
anggota keluarga tertumpu kepada ayah “aku” dan matanya mulai berkaca.
TEMA

 Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren
dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk
memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih
sayang yang sepenuhnya.
PERSOALAN
 i.     Persoalan hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi
kedua-dua kucing tersebut

ii.  Persoalan  konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa
makanan Kelabu.

iii.  Persoalan berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
TEKNIK PENCERITAAN
 TEKNIK PENCERITAAN
i.      Pemerian
Contoh:  Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.

ii.    Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii.   Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari.

iv.   Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah
dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v.    Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.

vi.   Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan empat hari selepas itu
bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.
WATAK DAN PERWATAKAN
 Watak Utama

Ayah
i.      Seorang ayah yang penyayang
ii.    Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii.   Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv.   Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai
bulu di badan Oren
v.    Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi.   Menangisi kematian Oren
Watak Sampingan
1.    Oren
i.      Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii.    Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii.   Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan
selepas Kelabu makan
iv.   Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-
lebihkan Kelabu.
2.    Kelabu
i.      Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii.    Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii.   Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv.   Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v.    Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah
Latar Masa
i.      Kehilangan Oren selama empat hari
ii.    Sudah seminggu hujan turun
iii.   Setiap malam
iv.   Hujung pertengahan Disember
v.    Makan malam
vi.   Dua hari yang lalu
Latar Tempat

i.      Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah


ii.    Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
iii.   Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv.   Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v.    Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang
tamu untuk bermanja dengan ayah
vi.   Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
Latar Masyarakat

i.      Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing


 Ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua
ekor kucing

ii.   Masyarakat yang bertanggungjawab


 Ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa
Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii.   Masyarakat yang pemurah
 Ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi
makanan yang berkhasiat seperti susu
GAYA BAHASA
i.     Simile –membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan
jelas.Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu iaitu seperti,
umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.
Contoh : seperti ada yang membersihkannya

ii.    Personifikasi – Personifikasi juga dikenali sebagai perorangan atau


penginsanan.Penyajak memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan,
perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda maujud, binatang, idea
atau hal-hal yang lebih abstrak.
Contoh :setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
: Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv.   Sinkope – Singkatan
Contoh : tika (ketika)
 NILAI
i.    Nilai Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii.   Nilai  Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas
kematian ibunya
iii.   Nilai Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya
 PENGAJARAN
i.      Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk
selain manusia.
ii.    Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii.   Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang
untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.
LATIHAN
 DCDCB

Anda mungkin juga menyukai