Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Roslan Daud

SYAIR BIDASARI

Standard Pembelajaran
4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara kreatif.

MAKSUD RANGKAP
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan maksud rangkap syair.
sedih berkahwin melarikan kesusahan pengajaran
bising hairan hikayat tegas aman damai
adil huru-hara hancur musnah bijaksana burung gurda

1 Dengarkan tuan suatu riwayat, Penulis menyuruh pembaca untuk mendengarkan sebuah riwayat tentang
Raja di desa Negeri Kembayat, seorang raja di Negeri Kembayat yang ditulis seorang fakir untuk dijadikan
Dikarang fakir dijadikan hikayat, sebuah (1)_______________ agar boleh menjadi (2)_______________
Supaya menjadi tamsil ibarat. dalam kehidupan.
2 Ada raja suatu negeri, Terdapat seorang raja di sebuah negeri yang menjadi pemimpin yang sangat
Sultan halifah akas bestari, tangkas dan (3)__________________ . Raja itu memerintah sangat lama.
Asalnya baginda raja bahari, Disebabkan raja itu seorang yang (4)__________________, ramai
Melimpah ngadil dagang senteri. pedagang dan ilmuwan datang ke negerinya.
3 Hairan orang empunya temasya, Orang berasa amat (5)_______________ melihat baginda yang sangat
Baginda itulah raja perkasa, kuat itu. Hal ini disebabkan oleh baginda tiada pernah mengalami
Sangat tiada merasai susah, (6)__________________ semasa memerintah Negeri Kembayat, namun
Entah pada esok dan lusa. tidak diketahui nasibnya pada masa hadapan.
4 Seri sultan raja bestari,
Raja yang bijaksana itu wajahnya berseri-seri setelah sudah
Setelah ia sudah beristeri,
(7)________________ beberapa bulan kemudian, permaisuri telah
Beberapa bulan beberapa hari,
dikhabarkan mengandung.
Hamillah puteri permaisuri.
5 Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Setelah lama memerintah negeri dalam keadaan (8)_________________
Baginda duduk bersuka-sukaan,
dan bahagia, pada suatu hari datanglah berita (9)__________________.
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda terpaksa meninggalkan istana.
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
6 Datanglah kepada suatu masa,
Pada suatu hari, seekor (10)___________________ terbang dari langit
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa, untuk turun ke bumi. Burung gurda itu sangat kuat hingga menyebabkan
negeri menjadi (11)________________________ .
Menjadi negeri rosak binasa.
7 Datanglah menyambar suaranya bahana ,
Burung gurda yang mempunyai suara yang kuat menyambar menyebabkan
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
seluruh negeri menjadi (12)__________________ dan bersedih hati.
Seisi negeri gundah-gulana,
Mereka (13)__________________ diri bertempiaran.
Membawa diri ke mana-mana.
8 Baginda pun sedang dihadap orang, Baginda telah menerima orang yang menghadap. Keadaan di luar amat
Mendengar gempar seperti perang, (14)________________ bagaikan peperangan. Baginda bertitah dengan
Bertitah baginda raja yang garang, nada yang (15)________________ tentang sebab suasana cemas berlaku
“Gempar ini apakah kurang.” di luar istana.

LATIHAN 1
Persembahkan dua rangkap Syair Bidasari dengan nada dan inotasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara kreatif.
Persembahan syair anda perlulah mengambil kira aspek berikut :
(a) Vokal – suara sesuai dengan tema syair, ada tinggi rendah
(b) Sebutan – jelas dan berjaya menyebut perkataan dengan betul
(c) Intonasi – lenggok suara sesuai dengan nada syair yang dibawa
(d) Kelancaran – lancar dan tidak tersekat-sekat atau tidak gagap

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 2
Baca semua bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1
SYAIR BIDASARI
1 Dengarkan tuan suatu riwayat, 5 Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

2 Ada raja suatu negeri, 6 Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

3 Hairan orang empunya temasya, 7 Datanglah menyambar suaranya bahana ,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

4 Seri sultan raja bestari, 8 Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. “Gempar ini apakah kurang.”

Jamilah Hj. Ahmad


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2

“Ketiga, menggantikan lampu-lampu yang sedia ada kini dengan lampu yang mempunyai gelombang cahaya yang lebih
rendah. Berdasarkan kajian dalam bidang scotobiology atau kajian tentang kesan kegelapan terhadap kitaran hidup manusia,
haiwan dan tumbuhan menunjukkan bahawa gelombang cahaya yang terlalu tinggi bukan sahaja menganggu kitaran haiwan
yang aktif pada waktu malam dan tumbuhan dari segi pertumbuhan, pembiakan dan jadual mencari makan. Hal ini juga
membawa kesan kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Manusia yang terdedah kepada cahaya yang terang akan
mengalami tekanan darah yang lebih tinggi dan juga masalah kesuburan. Bahkan, para saintis scotobiology sedang menunggu
sahaja pengesahan daripada kajian-kajian mereka sama ada keterdedahan melampau manusia moden kepada cahaya buatan
sebagai faktor penyebab penyakit barah.”
Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari
oleh Sri Rahayu Mohd Yusop,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud beroleh kedukaan dalam rangkap kelima. [2 markah]

(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan kesan-kesan bencana yang berlaku. [4 markah]

(iii) Penciptaan teknologi dalam kehidupan manusia kini telah memberikan kesan, sama ada baik atau buruk.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah penciptaan alat berteknologi tinggi? [3 markah]

(iv) Setiap negara menghadapi masalah ancaman dari luar. Ancaman itu bukan sahaja mengganggu keselamatan negara tetapi
juga membahayakan rakyat. Musuh dari luar boleh memasuki negara melalui pelbagai cara. Namun, dengan penggunaan
teknologi terkini, musuh dapat dikawal daripada memasuki sesebuah negara.
Jika anda menjadi pemimpin, cadangkan langkah-langkah untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini bagi
menjamin keselamatan negara dan rakyat. [4 markah]

2
Cikgu Roslan Daud

MAKSUD RANGKAP
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan maksud rangkap syair.
sedih berkahwin melarikan kesusahan pengajaran
bising hairan hikayat tegas aman damai
adil huru-hara hancur musnah bijaksana burung gurda

1 Dengarkan tuan suatu riwayat,


Raja di desa Negeri Kembayat, Penulis menyuruh pembaca untuk mendengarkan sebuah riwayat tentang
Dikarang fakir dijadikan hikayat, seorang raja di Negeri Kembayat yang ditulis seorang fakir untuk dijadikan
Supaya menjadi tamsil ibarat. sebuah (1)hikayat agar boleh menjadi (2)pengajaran dalam kehidupan.

2 Ada raja suatu negeri, Terdapat seorang raja di sebuah negeri yang menjadi pemimpin yang sangat
Sultan halifah akas bestari, tangkas dan (3)bijaksana . Raja itu memerintah sangat lama. Disebabkan
Asalnya baginda raja bahari, raja itu seorang yang (4)adil, ramai pedagang dan ilmuwan datang ke
Melimpah ngadil dagang senteri. negerinya.
3 Hairan orang empunya temasya, Orang berasa amat (5)hairan melihat baginda yang sangat kuat itu. Hal ini
Baginda itulah raja perkasa, disebabkan oleh baginda tiada pernah mengalami (6)kesusahan semasa
Sangat tiada merasai susah, memerintah Negeri Kembayat, namun tidak diketahui nasibnya pada masa
Entah pada esok dan lusa. hadapan.
4 Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri, Raja yang bijaksana itu wajahnya berseri-seri setelah sudah (7)berkahwin,
Beberapa bulan beberapa hari, beberapa bulan kemudian, permaisuri telah dikhabarkan mengandung.
Hamillah puteri permaisuri.
5 Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Setelah lama memerintah negeri dalam keadaan (8)aman damai dan
Baginda duduk bersuka-sukaan,
bahagia, pada suatu hari datanglah berita (9)sedih. Baginda terpaksa
Datanglah beroleh kedukaan,
meninggalkan istana.
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
6 Datanglah kepada suatu masa,
Pada suatu hari, seekor (10)burung gurda terbang dari langit untuk turun
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa, ke bumi. Burung gurda itu sangat kuat hingga menyebabkan negeri menjadi
(11)hancur musnah.
Menjadi negeri rosak binasa.
7 Datanglah menyambar suaranya bahana ,
Burung gurda yang mempunyai suara yang kuat menyambar menyebabkan
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
seluruh negeri menjadi (12)huru-hara dan bersedih hati. Mereka
Seisi negeri gundah-gulana,
(13)melarikan diri bertempiaran.
Membawa diri ke mana-mana.
8 Baginda pun sedang dihadap orang,
Baginda telah menerima orang yang menghadap. Keadaan di luar amat
Mendengar gempar seperti perang,
(14)bising bagaikan peperangan. Baginda bertitah dengan nada yang
Bertitah baginda raja yang garang,
(15)tegas tentang sebab suasana cemas berlaku di luar istana.
“Gempar ini apakah kurang.”

3
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

(i) Berdasarkan Bahan 1, maksud beroleh kedukaan dalam rangkap kelima. [2 markah]

P1 mendapat / menerima kesedihan / kesusahan hati 2m


P2 mendapat / menerima kedukaan 1m
P3 beroleh kesedihan / kesusahan hati 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 2 markah]

(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan kesan-kesan bencana yang berlaku. [4 markah]

Kesan-kesan bencana yang berlaku :


P1 menjadi negeri rosak binasa 1m
P2 gemparlah sekalian mulia dan hina 1m
P3 seisi negeri gundah-gulana 1m
P4 menganggu kitaran haiwan yang aktif pada waktu malam 1m
P5 dan tumbuhan dari segi pertumbuhan, pembiakan dan jadual mencari makan 1m
P6 mengalami tekanan darah yang lebih tinggi 1m
P7 dan juga masalah kesuburan 1m
P8 sebagai faktor penyebab penyakit barah 1m
[3 isi cukup]
[markah maksimum : 4 markah]

(iii) Penciptaan teknologi dalam kehidupan manusia kini telah memberikan kesan, sama ada baik atau buruk.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah penciptaan alat berteknologi tinggi? [3 markah]

Faedah-faedah penciptaan alat berteknologi tinggi :


P1 memudahkan kehidupan / menjimatkan masa, tenaga dan wang 1m
P2 mengurangkan masalah pencemaran 1m
P3 memperoleh maklumat dengan pantas 1m
P4 meningkatkan kualiti hidup / kesihatan 1m
P5 memperluas pasaran / meningkatkan ekonomi masyarakat 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum ; 3 markah

(iv) Setiap negara menghadapi masalah ancaman dari luar. Ancaman itu bukan sahaja mengganggu keselamatan negara tetapi
juga membahayakan rakyat. Musuh dari luar boleh memasuki negara melalui pelbagai cara. Namun, dengan penggunaan
teknologi terkini, musuh dapat dikawal daripada memasuki sesebuah negara.
Jika anda menjadi pemimpin, cadangkan langkah-langkah untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini bagi
menjamin keselamatan negara dan rakyat. [4 markah]

Langkah untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat
lapangan terbang perlulah menggunakan sistem pengimbas canggih + agar mengelakkan barangan
P1 1m
terlarang memasuki negara
pasukan keselamatan haruslah menggunakan dron untuk meronda persekitaran + supaya mengenal pasti
P2 1m
kehadiran musuh
pasukan keselamatan hendaklah menggunakan senjata berteknologi tinggi + agar dapat membunuh
P3 1m
musuh dengan berkesan
kerajaan wajarlah memasang sistem penggera di sempadan negara + supaya mengelakkan kemasukan
P4 1m
pendatang asing tanpa izin / musuh
[3 isi cukup atau 2 isi dengan huraian]
[markah maksimum ; 4 markah]

Anda mungkin juga menyukai