Anda di halaman 1dari 2

4 PANTUN NASIHAT

A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa kita haruslah banyak membuat kebaikan dan tidak sekali-
kali membuat keburukan.
RANGKAP 2
Penulis yang berasa hairan bertanya kepada pembaca sebab mereka mengambil
ganja walaupun tahu bahawa barang itu boleh memabukkan diri.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa seseorang yang ketawa dalam kesedihan bagaikan
menyembunyikan perasaan yang sebenar.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa seseorang yang berkata-kata sehingga melampaui batasan
akan menyebabkan dirinya menanggung malu.
RANGKAP 5
Penulis menasihati golongan isteri supaya tidak memarahi suami sesuka hati agar
suami tidak mencari perempuan lain.
RANGKAP 6
Penulis berkata bahawa setiap manusia harus mengetahui adat resam di mana-mana
sahaja dia berada dan tidak menggadaikan bahasa kebangsaannya.
RANGKAP 7
Penulis menasihati pembaca yang ingin merantau ke tempat lain agar pandai
menyesuaikan diri supaya diterima oleh masyarakat tempatan.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema pantun ini ialah nasihat kepada masyarakat tentang pelbagai adab dan adat
yang perlu dipatuhi dalam kehidupan. Sebagai contoh, kita harus membuat
kebaikan dan tidak terlibat dalam gejala negatif. Selain itu, segala perbuatan kita
haruslah bersesuaian dengan adab dan adat demi menjaga maruah diri.

Persoalan
(a) Kepentingan berbuat baik sesama manusia.
(b) Keburukan mengambil ganja.
(c) Kesedihan yang disembunyikan dengan senyuman.
(d) Kepentingan menjaga tingkah laku dan pertuturan.
(e) Kerukunan rumah tangga.
(f) Kebahagiaan hidup berumah tangga.
(g) Kepentingan adat resam dan adab sopan.
(h) Kebijaksanaan menyesuaikan diri di rantau orang.
C GAYA BAHASA
(a) Repitasi
Buktinya, Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;

(b) Imej alam atau imejan


Buktinya, buah peria, padi, kapas, ganja, pulau, pandan, bertih, pisang.

(c) Anafora
Buktinya, Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

(d) Simile
Buktinya, Bagai panas mengandung hujan.

(e) Anafora
Buktinya, Sebarang tari kita tarikan,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

(f) Responsi
Buktinya, Mari dituang ke dalam kain;
Kelak terbang ke bunga lain.

D NILAI MURNI
(a) Baik hati
(b) Rasional
(c) Ketabahan
(d) Kesabaran
(e) Berhemah tinggi
(f) Kebijaksanaan

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah banyak membuat kebaikan dan menjauhi keburukan.
(b) Kita mestilah menjauhi bahan yang memabukkan seperti ganja yang
mampu memudaratkan kesihatan.
(c) Kita mestilah menjaga tutur kata dan tingkah laku demi maruah diri.
(d) Kita mestilah sabar menghadapi cabaran hidup berumah tangga.
(e) Kita haruslah mematuhi adat resam dan peraturan di mana-mana
sahaja tempat yang kita kunjungi.
(f) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri di tempat orang lain.

Anda mungkin juga menyukai