Anda di halaman 1dari 2

Sajak Roti

(Ahmad Syahrul Wahid)


Maksud

Rangkap 1
Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum.

Rangkap 2
Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

Rangkap 3
Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

Rangkap 4
Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab
untuk membantu orang yang memerlukan.

Rangkap 5
Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan
yang diperoleh.

Tema
Kehidupan masyarakat kaya dan masyakarat miskin.
Contoh: Golongan kaya hidup dalam kemewahan tetapi golongan miskin hidup dalam
serba kekurangan.
Persoalan
1. Nasib masyarakat miskin yang tidak dibantu.
Contoh: Terdapat golongan miskin yang hidup susah dan serba kekurangan
sedangkan golongan kaya hidup senang-lenang serta sering melakukan
pembaziran.

2. Sikap golongan beriman dan berkemampuan yang membantu golongan miskin.


Contoh: Seseorang yang beriman akan bersedia untuk menolong orang lain
terutama golongan miskin.

3. Kesyukuran atas nikmat rezeki yang diperoleh.


Contoh: Golongan yang beriman akan sentiasa bersyukur dengan kemewahan
dan kesenangan yang dikecapi.

Anda mungkin juga menyukai