Anda di halaman 1dari 4

CERPEN 

“KAMI AKAN MATI, LIN” karya Saroja Theavy Balakrishnan

SINOPSIS CERPEN
Cerpen ‘Kami Akan Mati, Lin’ karya Saroja Theavy Balakrishnan memaparkan kisah mengenai
penghuni atau warga laut iaitu Batu Karang yang mengalami proses kemusnahan akibat
pencemaran alam. Batu Karang meluahkan perasaannya kepada sahabatnya Lin akan
kemusnahan kehidupan mereka penghuni laut sedikit demi sedikit akibat kerakusan manusia
yang mencemarkan laut, menjual anak-anak karang kepada orang kaya untuk keuntungan
manakala kapal-kapal besar silih berganti hadir di kawasan kejiranan batu karang dengan
memuntahkan cecair hijau perang sehingga memusnahkan koloni warga laut. Batu karang
berharap agar Lin datang membantu dan menyelamatkan mereka kerana tiada sesiapa yang
mahu membantu, selain Lin.

TEMA @ PEMIKIRAN
Cerpen ‘Kami Akan Mati, Lin’ karya Saroja Theavy Balakrishnan bertemakan kemusnahan
karangan laut atau batu karang akibat pencemaran alam sekitar. Batu karang meluahkan
perasaannya kepada sahabatnya Lin akan kemusnahan kehidupan mereka sedikit demi sedikit
akibat sikap rakus manusia mencemarkan laut dan mengejar keuntungan dengan menangkap
hasil laut yang kecil tanpa belas kasihan. Saban hari kapal-kapal besar silih berganti hadir di
kawasan kejiranan mereka dengan memuntahkan cecair hijau perang yang sangat berbahaya
kepada warga laut.

PERSOALAN
1.    Kemusnahan alam akibat kerakusan manusia. Alam lautan musnah akibat perbuatan manusia
yang mengejar keuntungan dan sikap tidak bertanggungjawab. Contohnya, manusia mengutip
anak-anak batu karang untuk dijual seperti yang dilakukan Caka dan Daka menjual koleksi
koloni warga laut. Caka dan Daka juga membuka kilang dan kedai jualan hiasan batu karang
demi keuntungan dan kekayaan mereka.
2.    Pembangunan dan kemodenan memusnahkan komuniti alam lautan. Warga laut musnah akibat
pembangunan yang dilakukan oleh manusia. Sisa-sisa kilang dan bahan buangan kapal-kapal
besar memuntahkan bahan toksid berbahaya ke daerah lautan yang mempunyai kehidupan di
dasar lautan bergantung kepada sumber makanan cahaya matahari dan plankton-plankton.
Pembangunan yang tidak seimbang pasti akan memusnahkan keindahan lautan yang ada hari
ini.
3.    Sikap cuai dan alpa manusia terhadap alam sekitar. Manusia cuai dan alpa sebagai tugas asal
mereka penghuni dunia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Hidupan laut juga
merupakan penyumbang kepada ekosistem alam yang mengawal suhu bumi dan memastikan
paras laut sentiasa stabil.
4.    Pentingnya pendidikan cintai alam sekitar. Pendidikan cintai alam sekitar perlu bagi memastikan
alam lautan, hutan, udara dan daratan seimbang dan sentiasa dijaga. Dengan pendidikan kita
dapat bentuk generasi penyayang dan menghargai alam.
5.    Pentingnya sikap bertanggungjawab dan menyayangi alam. Sikap bertanggungjawab akan
memastikan setiap penghuni bumi menghargai dan menjaga alam dengan baik. Alam lautan
juga merupakan sumber ekonomi dan pendapatan kepada nelayan maka setiap kita mesti
bertanggungjawab menjaga dan memelihara lautan kurniaan Tuhan.
6.    Kepentingan memelihara dan memulihara alam lautan. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam
lautan perlu dilakukan agar tidak berlaku kepupusan generasi batu karang. Batu karang
merupakan ciptaan Tuhan yang sangat indah dan merupakan sejenis haiwan laut yang hidup
secara berkoloni.

WATAK DAN PERWATAKAN


1) AKU / BATU KARANG
    - Warga laut yang mengalami kemusnahan akibat perbuatan manusia
    - Penghuni dasar laut yang hidup secara berkoloni
    - meluahkan perasaan dan mengharap kawannya Lin datang membantu
    - menceritakan apa yang berlaku dan bakal berlaku kepada warga penghuni laut

2) LIN
    - kawan kepada Aku
    - orang yang diharapkan akan menyelamatkan mereka batu karang kerana Lin pencinta alam
    - sahabat kepada batu karang

3) Caka dan Daka


    - orang yang membina kilang dan kedai
    - menjual hasil laut dan barangan hiasan

4) WARGA LAUT
    - Hidupan laut yang hampir musnah
    - Plankton, obor-obor, ikan, ketam, anak-anak ikan warna-warni

PLOT DAN TEKNIK PLOT

Binaan Plot
1) Permulaan
    Kami warga laut yang menghuni di bawah kanopi biru. Di atas putih pasir kami membina
koloni indah. Namun kini ianya semua berubah akibat pencemaran dan perbuatan manusia. Itu
antara luahan batu karang kepada Lin.
2) Perkembangan
    Aku mengimbas kembali kenangan manis bersama Lin. Dan berharap Lin datang melihat
kami yang mengalami kemusnahan kerana perubahan cuaca dan pencemaran yang berlaku.
Kini laut kian masin kerana air mata kami yang tidak putus-putus mengalir.
3) Perumitan
    Tahukah engkau Lin yang aku kesepian? Kekasih pujaanku sudah tiada dan cintaku sudah
punah. Aku adalah antara penghuni laut yang satu per sepuluh daripada satu peratus keluasan
lautan dunia. Antara monolog dan luahan batu karang untuk menarik perhatian Lin datang
menyelamatkan mereka.
4) Konflik / Klimaks / Puncak Cerita
    Banyak koloni kami mengalami nasib ini menderita kerana berates-ratus sebab. Antaranya
angkara Caka yang membuka kilang di tepi sungai  supaya senang membuang sisa, atau ini
kekejaman Daka yang sering mencuri anak-anak ikan bersisik warna-warni untuk akuarium di
kedai besarnya itu. Kapal-kapal besar memuntahkan cecari hijau dan kami mengalami
kemusnahan akibat kerakusan manusia.
5) Peleraian
    Kami mahu keadilan dan pembelaan, Lin datang bantu kami kerana tiada sesiapa yang dapat
membantu kami warga laut selain Lin.
Teknik Plot
1) Monolog dalaman – penggunaan monolog dalaman sebagai teknik penceritaan
2) Imbas Kembali – mengimbas masa lampau saat-saat indah dijaga dan dihargai
3) Imbas Muka – memikirkan apa nasib dan apa yang bakal berlaku dengan aktiviti mengebom
cara mudah mendapat hasil laut, sungguh kejam
4) Saspen
5) Kejutan

LATAR

Latar Masa
- Koloni laut yang hidup sudah berjuta-juta tahun
- masa kini

Latar Tempat
- Dasar laut
- Laut
- Sungai
- Kilang
- Kedai hiasan Daka
- Alam sekitar
- Kapal-kapal

Latar Masyarakat
- masyarakat laut atau warga laut yang mengalami kemusnahan dan kepupusan akibat
perbuatan manusia.
- masyarakat manusia yang mengejar keuntungan dan kekayaan memikirkan nasib penghuni
laut
- masyarakat yang mementingkan diri iaitu melakukan kerosakan tanpa segan silu dan bersalah
dengan membuang sisa kilang, cecair kapal dan banyak lagi
- masyarakat pencinta alam yang sibuk dengan kesibukan dunia hingga lupa peranan mereka
dalam menyedarkan manusia lain tentang peri pentingnya warga penghuni laut terutama sekali
batu karang yang sangat berjasa kepada manusia dalam mengawal penipisan ozon dan kesan
rumah hijau.
- masyarakat alpa dan cuai dengan peranan selaku penghuni bumi yang berkongsi alam yang
saling bergantungan antara satu sama lain.

GAYA BAHASA
1) Kata ganda
2) Simile
3) Metafora
4) Sinkope
5) Personifikasi
6) Hiperbola
7) Peribahasa
8) Diksi

NILAI
1) Ketabahan
2) Kegigihan
3) Menghargai alam
4) kasih sayang
5) Tolenrasi
6) Simpati
7) Empati
8) Kesabaran
9) Pengorbanan
10) Keikhlasan

PENGAJARAN
1) Kita perlulah tabah dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang. Batu karang dan koloni
laut tabah menghadapi apa sahaja perbuatan manusia terhadap mereka yang setiap hari
membuat pencemaran dan kerosakan kepada alam laut.
2) Kita hendaklah gigih dalam meneruskan sisa-sisa hidup dengan berjuang demi mencapai
apa yang diimpikan. Aku selaku batu karang gigih meminta tolong dan gigih lalui hari-hari
mereka dengan segala apa yang terjadi dan berharap Lin datang menyelamatkan mereka
dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai penghuni laut.
3) Kita mestilah menghargai alam semulajadi ciptaan Tuhan. Alam sekitar dana lam laut
merupakan antara ekosistem bumi yang membantu dalam mengawal suhu bumi dan
membekalkan kadar oksigen yang berterusan selain hutan belantara. Maka kita semua
sewajarnya menjaga dan menghargai alam semula jadi terutamanya alam lautan.

Anda mungkin juga menyukai