Anda di halaman 1dari 2

Bidang 2: Diri, Keluarga dan Persahabatan

2.4 : Hubungan Persahabatan


Unit 7 : Bijaksana Memilih Sahabat

Pengenalan :
Setiap insan memerlukan sahabat dalam menjalani kehidupan harian. Kita seharusnya memilih sahabat
yang menunjukkan sahsiah dan teladan yang baik agar hidup kita dapat dicorakkan ke arah kebaikan.

Aspek Ciri Sahabat Positif Ciri Sahabat Negatif


Hubungan Bertutur dengan lemah lembut ketika Bercakap kasar bersama ahli keluarga
dengan bersama ibu dan ayah serta membantu dan tidaak mempedulikan hal ahli
keluarga ahli keluarga yang memerlukan. keluarga di rumah.
Hubungan Menghormati dan sentiasa Tidak menghormati guru, bermain di
dengan guru menghulurkan bantuan kepada guru. dalam kelas dan tidak melakukan kerja
sekolah dengan baik.
Hubungan Menasihati kita jika kita melakukan Mengajak rakan yang lain melakukan
dengan rakan tindakan atau perbuatan yang salah. keburukan seperti merokok dan
ponteng sekolah.
Pengurusan Menggunakan masa dengan bijak Membuang masa dengan melakukan
masa dengan melakukan perkara yang perkara yang tidak berfaedah seperti
berfaedah. melepak di pasar raya.
Peribadi • Ikhlas • Membazir masa
• Prihatin • Tidak sabar
• Bersopan santun • Kasar
• Suka membantu • Kerap marah
• Berfikiran positif • Bertindak melulu
• Ceria • Melanggar peraturan
• Menghormati orang lain • Bercakap kasar
• Menepati janji • Tidak menepati janji

Kebaikan Menjalin Persahabatan :


1. Mempunyai teman untuk berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar cerita dan pandangan.
2. Melakukan aktiviti berfaedah bersama-sama seperti belajar, memancing dan beriadah.
3. Sentiasa berada dalam kebaikan kerana mempunyai sahabat yang cenderung ke arah kebaikan.
4. Sentiasa mendapat sokongan moral dan bantuan secara ikhlas dalam menghadapi cabaran hidup.
5. Lebih mengenali diri sendiri melalui teguran, nasihat dan pandangan sahabat.
6. Dapat menjalin hubungan silaturahim dan perpaduan dengan sahabat yang pelbagai kaum.

Kesan Sahabat Negatif :


Cara Mejalin Persahabatan Tanpa Mengabaikan Keluarga :
1. Keluarga merupakan keutamaan bagi setiap anak justeru itu anak-anak perlu membahagikan masa
dan perhatiannya antara keluarga dan sahabat.
2. Antara cara menjalin persahabatan tanpa mengabaikan keluarga ialah:
a) Meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga berbanding sahabat.
b) Meminta kebenaran daripada keluarga sebelum keluar melakukan aktiviti bersama sahabt.
c) Menjaga perasaan keluarga dalam menerima nasihat dan tidak terlalu menurut pandangan
sahabat.
d) Bersikap sederhana dalam setiap tindakan supaya kepentingan diri dan keluarga tidak
diabaikan demi menjaga hati sahabat.
e) Memberi keutamaan kepada keluarga ketika perlu membuat keputusan.

Bersyukur dengan Sahabat :


1. Persahabatan yang dibina dengan keyakinan dan kepercayaan yang mendalam akan menghasilkan
kejayaan dalam hidup.
2. Sahabat sejati akan saling menghormati pendapat masing-masing dan sentiasa berlapang dada
dengan sebarang perbezaan.
3. Sentiasa bersyukur dan menjalinkan persahabatan berlandaskan kebenaran dan keikhlasan hati.

Persahabatan Mengukuhkan Perpaduan :


1. Sikap peramah, bertolak ansur dan menjaga disiplin dapat mengeratkan hubungan persahabatan
antara pelbagai kaum.
2. Meluaskan fahaman dan menghormati kepercayaan sahabat yang terdiri daripada pelbagai kaum
dapat mengeratkan perpaduan.
3. Kita perlu sentiasa memziarahi sahabat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
4. Bergaul dengan ramai sahabat dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai