Anda di halaman 1dari 8

Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru

Ujian Bersama Bahasa Malaysia Semester Pertama


Tingkatan Menengah Rendah Satu
28 Februari 2019
Nama : ___________________________ ( ) No Pelajar : ______________
Kelas : Tingkatan Menengah Rendah Satu ( ) Masa : 7.30 pagi – 8.15 pagi
SOALAN SUBJEKTIF 20%
I .BAHAGIAN A – KEFAHAMAN (10%)
Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri .
Pada suatu petang, Ramal berjalan pulang dari sekolah bersama-sama dua orang rakannya, Raju dan Wai Kim.
Apabila tiba di persimpangan jalan, mereka ditahan oleh seorang pemuda yang berpakaian kemas.

Pemuda itu merapati mereka. “Hai, adik-adik! Bolehkah saya bertanya di manakah tempat ini?” Tanya pemuda itu
sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis beberapa patah perkataan di atasnya.

Tanpa membaca apa-apa yang tertulis itu, Raju menjawab, “Entahlah, engkau tanyalah orang lain!”

Pemuda itu kelihatan kecewa lalu berkata, “ Kalau begitu, saya akan minta bantuan orang lain pula, terima kasih!”

Pada ketika itu, Ramal tampil ke hadapan.

“Encik, apa kata kita cuba bertanya kepada tuan punya restoran itu, mungkin dia dapat membantu encik,” lalu
mereka menuju ke restoran yang bersebelahan dengan mereka.

Tuan punya restoran itu seorang yang baik hati. Dia menunjukkan arah jalan kepada pemuda tersebut selepas
membaca alamat yang tercatat pada cebisan kertas. Sebelum meninggalkan restoran itu, pemuda tersebut mengambil
kesempatan untuk membelanjai Ramal dan dua orang rakannya menjamu selera di situ.

(Dipetik daripada Buku Teks Bahasa Malaysia Junior Satu Jilid Pertama : Unit 3

1. Berikan maksud perkataan yang berikut: (2%)


a) kecewa (baris 6 ) b) tercatat (baris 11 )
2. Siapakah yang telah menunjukkan arah jalan kepada pemuda itu? (2%)
3. Dari manakah pemuda itu berasal dan apakah tujuan dia datang ke Kuala Lumpur? (2%)
4. Pada pendapat anda, apakah kebaikan mengamalkan sikap bersopan santun dalam kehidupan? (4%)
(Berikan dua kebaikan)

IIKOSA KATA (20%)


I. Berikan erti yang sesuai bagi kosa kata yang berikut. (10%)

1. Keberatan =
2. Merapati =
3. Kesempatan =
4. Menghulurkan =
5. Dikeji =
6. Disemaikan =
7. Senarai nama =
8. Kemudahan-kemudahan =
9. Menjamu selera=
10. Fonomena negatif =
1/4
BAHAGIAN B : SOALAN OBJEKTIF (80%)
Soalan 1 hingga Soalan 5
Cerpen: Berderai Lagi Air Mata
Baca cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kereta api jam satu tengah hari akan bertolak beberapa minit lagi. Selepas bersalaman dengan keluarga, aku pun
meletakkan beg-beg di tempat yang disediakan. Tiba-tiba pandanganku tertumpu kepada seorang gadis yang sungguh
cantik. Pada agakanku mungkin dia sebaya denganku. Begitu tergopoh-gapah gadis itu, aku melihatnya. Selepas
bersalaman dengan keluarganya, dia menuju ke kereta api. Sebentar kemudian dia sudah berada di gerabak penumpang
dan kebetulan duduk di sebelahku. Aku merenungnya. Tanpa disangka-sangka, dia mengukir sekuntum senyuman.
Poon …..! Bunyi yang menandakan kereta api akan bertolak. Aku segera melambai-lambaikan tanganku kepada
keluargaku dengan perasaan terharu. Begitu juga dia. Setelah agak jauh kereta api itu meninggalkan stesen, barulah kami
berdua saling berkenalan.
“Saya Sarina, awak?” dia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu secara jujur. Dia tersenyum sambil
menghulurkan tangannya. Sikapnya yang peramah itu membuatkan aku benar-benar tertarik dan yakin dengan dirinya.
“Saya Hanita,”kataku agak gugup sedikit dan menyambut tangannya itu. Aku cuba memberanikan diri bertanya
pula kepadanya dengan suara yang terketar-ketar. Maklumlah orang baru berkenalan.
“ Sarina nak ke mana?”
“Saya hendak ke Sekolah Tun Fatimah,”katanya sambil tersenyum.
“Oh, saya juga nak ke sana, jadi kita berdua ni sehaluanlah. Sarina dalam tahun berapa?” Tanyaku dengan lebih
berani sedikit.
“ Dalam tahun pertama!” Jawabnya dengan tersenyum. Manis sekali.

( Dipetik daripada Cerpen Berderai Lagi Air Mata, Buku Teks Jilid 1 Tingkatan Satu)

1. Berikan maksud perkataan bersalaman.


A. berjabat tangan B. bergantung nasib C. bersoal-soal D. berusaha dengan giat

2. Bilakah kereta api akan bertolak dari stesen kereta api?


A. Jam satu pagi B. Jam satu tengah hari C. Jam satu suku petang D. Jam satu setengah pagi

3. Berdasarkan petikan cerpen “ Berderai Lagi Air Mata”, siapakah nama sebenar “ Aku”?
A. Rahimah B. Hanita C. Sarina D. Jamalia
4. Di manakah latar tempat perbualan tersebut?
A. bas sekolah B. stesen kereta api
C. gerabak kereta api D. Sekolah Tun Fatimah
5. Pilih pernyataan yang tepat dengan petikan.
A. Penulis dan rakan yang baru dikenalinya akan ke stesen kereta api.
B. Penulis pergi ke destinasinya dengan keluarganya.
C. Rakan yang baru dikenali oleh penulis itu ialah seorang yang peramah.
D. Penulis tidak berani bertegur sapa dengan rakan baharu.

Soalan 6 hingga Soalan 22


Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

6. Novel yang laris terjual di pasaran itu dikarang oleh______ yang terkenal.
A. sasterawan B. peragawan C. hartawan D. budayawan
7. Kasut sukan berjenama _________ dijual dengan harga yang berpatutan.
A. Taman Setia B. Kamus Dewan C. Restoran Razali D. Diadora
8. Pasukan pengakap Sekolah Menengah Foon Yew berjaya tiba di puncak _____ pada pagi tadi.
A. Tasik Bera B. Gunung Tahan C. Selat Johor D. Stesen Bas Larkin
9. Banyak haiwan yang tinggal di dalam hutan takut akan______ yang garang.
A. Sang Semut B. Sang Rangkak C. Sang Kancil D. Sang Belang
10. Encik Lee memberikan wang kepada _______ yang duduk di kaki lima Bank RHB.
A. peguam B. penulis C. pengemis D. petani
11. Mana-mana pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah perlu menulis ______ kepada guru tingkatan untuk
memohon cuti.
A. saman B. laporan C. rumusan D. surat
12. “_______ mestilah mengambil peluang keemasan ini untuk menimba sebanyak ilmu yang mungkin,” kata
Cikgu Ramli kepada para pelajarnya.
A. Mereka B. Kalian C. Hamba D. Kami
13. “Pernahkah ______ semua dengar tentang robot yang melakukan tugas-tugas manusia?” Tanya Cikgu Lim.
A. kita B. engkau C. kami D. kamu
14. Darus tidak dapat menunaikan hasrat isterinya untuk membeli sebuah kereta baharu kerana ______ sedang
menghadapi masalah kewangan.
A. anda B. tuanku C. saudara D. dia
15. Datin Afilda tidak suka bergaul dengan kawan-kawan yang tidak setaraf dengannya kerana _____
mementingkan pangkat dan kekayaan.
A. kami B. mereka C. beliau D. aku
16. “ Siew Peng, marilah ______ pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Swee Keng.
A. kita B. kami C. kalian D. awak
17. Sultan Johor akan menghadiri majlis menyambut Hari Merdeka itu. _____ akan diiringi oleh Menteri Besar
Johor.
A. Baginda B. Beliau C. Beta D. Patik
18. Sultan Mansur Syah dipayungi dengan se_________ payung diraja ketika melawat rakyat jelata.
A. berkas B. bentuk C. kaki D. batang
19. Encik Azman memborong seratus _________ durian untuk dijual di pasar malam.
A. bidang B. pucuk C. ulas D. bakul
20. Datuk hanya memakan dua________ nasi semenjak terlantar di hospital.
A. butir B. titik C. suap D. papan
21. Hasni memasukkan se________ filem yang baru dibelinya itu ke dalam kamera sebelum bertolak ke Tanah
Tinggi Genting.
A. gulung B. gelung C. lingkar D. lembar
22. Emak membeli beberapa ________ bihun dengan harga yang murah di Pasar Raya NSK.
A. bungkus B. helai C. ulas D. bentuk
Soalan 23 hingga Soalan 26
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.

23. Perkahwinan majlis sepupu saya akan berlangsung pada minggu depan. Tiada kesalahan
A B C D
24. Ibu melarang datuk makan telur kuning dan ayam goreng yang berkolesterol tinggi agar tidak
A B C
menghidapi penyakit. Tiada kesalahan
D
25. Lelaki itu dijatuhkan hukuman mati kerana beliau telah membunuh bapanya pada dua tahun yang lalu.
A B C
Tiada kesalahan
D
26. “ Beta akan mengiringi tuanku ke negeri Pahang,” kata bendahara kepada Sultan Mahmud. Tiada kesalahan
A B C D
Soalan 27 hingga Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

27. I Saya menjumpai sehelai rambut di dalam sup ikan yang saya beli dari kedai makanan itu.
II Anjing -anjing itu bising kerana merebut sebatang tulang.
III Pak Mat menambat kerbaunya dengan seutas tali pada pokok durian.
IV Encik Norman membeli beberapa pucuk tanah di Puteri Iskandar untuk dibangunkan sebagai kawasan
perindustrian.
A. I dan III B. II dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV

28. I Kaum-kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada bulan depan.
II Saya suka makan sos cili yang berjenama Maggi.
III Datuk saya menggoreng keropok ikan untuk berjaja di tepi jalan .
IV Pihak Sekolah Menengah Foon Yew akan mengadakan perlawanan pingpong pada bulan depan.
A. I dan II B. II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

29. I Pihak sekolah melarang kami membeli makanan di gerai yang berada di tepi jalan.
II Hari Buruh dirayakan untuk meraikan golongan pekerja yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi
negara.
III Kakak menjerang air dengan menggunakan cerek yang bertangkai.
IV Cadangan pemansuhan beberapa peperiksaan awam membimbangkan pengusaha pusat perindustrian di negara
kita.
A. I dan II B. II dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV

30. Pilih ayat-ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa kerja.


I Lelaki itu pengetua sekolah saya.
II Cikgu Teh melayari laman web sekolah ketika waktu rehat sekolah.
III Encik Ray makan di kantin.
IV Adik menangis teresak-esak.
A. I dan II B. II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV
Soalan 31-soalan 35

Isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. (10%)

31. Encik Kassim memuji ________ kawannya yang suka memberikan bantuan kepada orang lain.
A.berdedikasi B.ditahan C.perangai D. bertatasusila
32. Sejak kemangkatan raja negeri itu, _______ politik negeri itu semakin tegang.
A.suasana B.mempraktikkan C. menziarahi D. berkenalan
33. Pada hari cuti penggal pertama, saya akan mengikuti rombongan _________ keramat-keramat di Pulau
Langkawi .
A.komitmen B.menggerunkan C.berdedikasi D.menziarahi
34. Fauhana sudah lama _______ dengan Siti yang duduk di sebelah saya.
A.kemudahan B.berkenalan C.senarai nama D.menghulurkan
35. Hukuman yang berat telah ___________ orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama seperti itu.
A.menggerunkan B.keberatan C.menjamu selera D.disemaikan
Soalan 36 hingga soalan 40

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai. (5%)

36. Ramai anak saudara yang menghadiri kenduri semalam tidak dikenali oleh Halim kerana mereka ialah
______.
A.batu loncatan B.akal budi C.bau-bau bacang D.bekas tangan
37. Dia tidak ikut serta dalam pertandingan bola sepak itu kerana dia___________________.
A.bangkai bernyawa B.beralih akal C.mandi kerbau D.kaki bangku
38. Shamsudin _________________ sehingga tidak menyedari pencuri masuk ke dalam rumahnya.
A.panjang tangan B.tidur mati C.anak gahara D.atas angin
39. Hidup berjiran harus sentiasa memberi dan menerima __________________.
A.ayam terlepas, tangan bau tahi C.bagai aur dengan tebing
B.ada sampan hendak berenang D.ada ubi ada batas, ada masa dapat balas
40. Penduduk luar bandar berhijrah ke Bandaraya Johor Bahru yang sedang pesat membangun kerana
____________.
A.ada gula ada semut C. bagai air titik ke batu
B.ada rupa ada harga D. bagai ayam disambar helang
Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru
Ujian Bersama Bahasa Malaysia Semester Pertama
Tingkatan Menengah Rendah Satu
Tahun 2019
Nama: ____________________________ ( ) Markah: __________________
Kelas :Tingkatan Menengah Rendah Satu ( ) No. Pelajar: __________________
Tandatangan Ibu Bapa: ________
BAHAGIAN A – SOALAN SUBJEKTIF 20%
I. KEFAHAMAN (10%)
Tulis jawapan di dalam ruangan yang disediakan.
1. Berikan maksud perkataan yang berikut: (2%)

a) kecewa (baris 6) = ________________________________________________________

b) tercatat (baris 11) = ________________________________________________________

2. Siapakah yang telah menunjukkan arah jalan kepada pemuda itu? (2%)

3. Dari manakah pemuda itu berasal dan apakah tujuan dia datang ke Kuala Lumpur? (2%)

Pada pendapat anda, apakah kebaikan mengamalkan sikap bersopan santun dalam kehidupan? (Berikan dua kebaikan)
(4%)

½
II. KOSA KATA (10%)
Berikan erti yang sesuai dengan kosa kata yang berikut. (10%)

1. 6.

2. 7.
3. 8.

4. 9.
5. 10.

BAHAGIAN B: OBJEKTIF (80%)


Hitamkan satu jawapan sahaja. Contoh: [ A ] [ B ] [ C ] [ D ]

1. [A] [B] [C][D] 21. [ A ] [ B ]


[C][D]
2. [A] [B] [C][D] 22. [ A ] [ B ]
[C][D]
3. [A] [B] [C][D] 23. [ A ] [ B ]
[C][D]
4. [A] [B] [C][D] 24. [ A ] [ B ]
[C][D]
5. [A] [B] [C][D] 25. [ A ] [ B ]
[C][D]
6. [A] [B] [C][D] 26. [ A ] [ B ]
[C][D]
7. [A] [B] [C][D] 27. [ A ] [ B ]
[C][D]
8. [A] [B] [C][D] 28. [ A ] [ B ]
[C][D]
9. [A] [B] [C][D] 29. [ A ] [ B ]
[C][D]
10. [A] [B] [C][D] 30. [ A ] [ B ]
[C][D]
11. [A] [B] [C][D] 31. [ A ] [ B ]
[C][D]
12. [A] [B] [C][D] 32. [ A ] [ B ]
[C][D]
13. [A] [B] [C][D] 33. [ A ] [ B ]
[C][D]
14. [A] [B] [C][D] 34. [ A ] [ B ]
[C][D]
15. [A] [B] [C][D] 35. [ A ] [ B ]
[C][D]
16. [A] [B] [C][D] 36. [ A ] [ B ]
[C][D]
17. [A] [B] [C][D] 37. [ A ] [ B ]
[C][D]
18. [A] [B] [C][D] 38. [ A ] [ B ]
[C][D]
19. [A] [B] [C][D] 39. [ A ] [ B ]
[C][D]
20. [A] [B] [C][D] 40. [ A ] [ B ]
[C][D]
2/2

Anda mungkin juga menyukai