Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN B

(20 markah)
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

menjagadijagamenghargaidihargaimembaikidibaikimemecahkandipecahkan

Setiap kemudahan awam yang disediakan perlu _____________________ dengan


baik. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang tidak ______________________
kemudahan awam tersebut. Mereka menconteng, _____________________, atau merosakkan
kemudahan itu. Akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak ini, pihak yang
berkenaan perlu memperuntukkan sejumlah kos untuk _____________________ setiap
kemudahan tersebut.

(4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat tanya : _________________________________________________________
_________________________________________________________
Jawapan : Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Zarul, beritahu Chong dan Siva supaya berjumpa


dengan saya di padang sekolah pada petang ini.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Pada mulanya, ibu Mazni membela itik sebagai hobi pada masa lapang. Ibu Mazni membina
reban itik di halaman rumah. Namun begitu, disebabkan bau yang kurang menyenangkan, ibu Mazni
mencari tapak yang lebih sesuai. Kini, ibu Mazni menternak hampir 500 ekor itik.

Ibu Mazni dibantu oleh abang dan kakak Mazni. Mereka menjaga ternakan secara bergilir-
gilir. Mazni turut membantu ibunya terutama pada hari minggu atau semasa cuti sekolah. Mazni
begitu seronok ketika mengutip telur-telur itik. Dia memberi itik makan pada setiap pagi dan petang.
Selain itu, Mazni mengasingkan telur-telur itik itu mengikut saiz telur.

Itik-itik yang diternak oleh ibu Mazni menghasilkan kira-kira 100 hingga 150 biji telur sehari.
Namun demikian, penghasilan telur itu bergantung kepada keadaan cuaca. Jika hari hujan, telur yang
dihasilkan berkurang sedikit. Ibu Mazni menjual telur-telur itik itu kepada pengusaha restoran. Mazni
turut membantu ibunya membuat telur masin.

Ibu Mazni tidak cepat mengalah walaupun harga makanan itik agak mahal. Hal ini demikian
kerana itik bertelur pada setiap hari.Itik juga tidak mudah dijangkiti penyakit. Mazni tidak menyangka
hobi ibunya membela itik itu menjadi suatu perusahaan keluarga yang menguntungkan. Sekurang-
kurangnya dapat meringkan beban ayah Mazni yang bekerja sebagai pemandu lori.

a. Hobi ibu Mazni pada masa lapang ialah _____________________________.


(1 Markah)
b. Mengapakah ibu Mazni masih gigih mengusahakan ternakan itiknya?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)
c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh

Ibu Mazni menternak itik sebanyak 500 ekor di halaman


rumah pada awalnya.

Telur itik yang diperoleh lebih banyak jika hari tidak betul
hujan.

Abang dan kakak Mazni bergilir-gilir membantu ibu salah


mereka menjaga ternakan itik.

(2 markah)
Ibu Mazni cepat mengalah kerana harga makanan itik yang
Soalan 24mahal.

Baca petikan laporan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikut.


Pada 17 Oktober 2015 yang lalu, sekumpulan anggota Pengakap Sekolah Kebangsaan Seri
Bayu telah menjalankan aktiviti membersihkan Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah. Rumah
anak-anak yatim ini terletak di Bandar Baru Bangi.
Sebelum bertolak, anggota Pengakap berkumpul di sekolah. Kami bertola ke sana dengan
menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Kami tiba di rumah anak-anak
yatim tersebut pada pukul 9.00 pagi.
Kami disambut oleh Pengetua Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah, iaitu Tuan Haji Anas
Safwan Abdullah. Kami turut berkenal-kenalan dengan penghuni rumah anak yatim itu. Semua
penghuni rumah anak yatim itu lelaki. Walau bagaimanapun, kemesraan antara kami mudah
terjalin kerana semua penghuninya peramah belaka.
Kemudiannya, empat kumpulan yang terdiri daripada penghuni rumah anak yatim dan
anggota Pengakap dibentuk. Setiap kumpulan mempunyai tugas tersendiri seperti mencuci
longkang, menebas lalang dan menamam pokok, mengemaskan bilik penghuni serta mencuci bilik
air dan tandas. Aktiviti berlangsung dalam suasana mesra dan lancar.
Aktiviti ini memberi peluang kepada kami untuk mendekati kehidupan anak-anak yatim.
Kami meninggalkan rumah anak-anak yatim itu dengan kenangan yang indah. Banyak pengalaman
berharga yang dapat kami kutip melalui aktiviti ini.

a. Perkataan kutip dalam petikan boleh juga diganti dengan perkataan


______________ .
(1 markah)
b. Siapakah yang menganjurkan aktiviti membersihkan Rumah Anak-anak Yatim Darul
Izzah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(2 markah)

c. Mengapakah penghuni rumah anak yatim itu mudah mesra dengan peserta?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(2 markah)

d. Adakah program bersama-sama dengan anak-anak yatim ini wajar diteruskan?


Mengapa?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

Soalan 25

Fajar menyingsing waktu pagi,


Ayam berkokok di atas reban;
Rendah diri sikap terpuji,
Mulia berbudi jadikan amalan.

Bayu berhembus nyaman terasa,


Sutera beralun di pohon ara;
Tuntut ilmu manfaatkan masa,
Kelak dirimu hidup berjaya.

Cantik berseri bunga Cempaka,


Mekar indah dalam jambangan;
Janganlah lupa ibu dan bapa,
Moga kejayaan sentiasa berpanjangan.

Bekal dibawa berupa penganan,


Buat umpan si ikan haruan;
Wahai adikku dengarlah pesanan,
Nasihat ini jadikan panduan.

a. Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)
b. Mengapakah kita perlu memanfaatkan masa dengan menuntut ilmu pengetahuan?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(1 markah)
c. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah berdasarkan
pantun di atas.

Orang yang merendah diri akan selalu dipuji.


Tidak lupa kepada ibu bapa merupakan kunci kejayaan yang berterusan.
(1 markah)

Rendah diri sikap terpuji,


Mulia berbudi jadikan amalan.
d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai