Anda di halaman 1dari 4

2.

0 LAPORAN PEMERHATIAN Pada 19 Mac 2013, saya telah membuat satu pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid di Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban di mana saya mencari pengalaman (PBS). Saya telah memilih kelas tahun 1 Inisiatif kerana kelas tersebut merupakan salah satu kelas yang bermasalah semasa guru mengajar. Di dalam kelas tersebut terdapat 30 orang murid. Saya telah membuat pemerhatian pada waktu matapelajaran Bahasa Melayu selama 1 jam. Waktu matapelajaran tersebut adalah selepas rehat iaitu pada pukul 10.05 pagi.

RAJAH 1.0 PELAN ASAL KELAS 1 INISIATIF PETANDA WARNA MAKSUD PAPAN HITAM PINTU MEJA MURID ALMARI BBM MEJA GURU LOKER MURID ALMARI KELAS KERUSI TIME OUT

Berdasarkan pelan di atas, kedudukan tempat duduk murid adalah teratur tetapi agak sempit. Keadaan tersebut akan membuatkan murid berasa tidak selesa untuk belajar. Selain itu, tempat duduk seperti berikut akan memudahkan murid untuk meniru ketika membuat latihan atau kuiz. Tambahan lagi, pergerakan murid untuk ke tandas atau ke hadapan kelas adalah rumit. Selain itu, ruang di bahagian hadapan kelas adalah luas. Namun, meja guru diletakkan di bahagian belakang kelas. Ini menyebabkan murid kurang memberikan tumpuan kepada guru semasa di dalam kelas. Selain itu, kedudukan meja guru sebegini akan meletihkan guru untuk berulang alik ke belakang kelas untuk duduk atau mengambil barang lalu mengganggu tumpuan murid semasa membuat kerja atau belajar dan membazir masa yang ditetapkan. Masalah disruptif yang telah saya perhatikan selama saya berada di dalam kelas tersebut ialah murid tersebut tidak mahu menurut arahan guru. Guru tersebut telah memberi arahan kepada semua murid untuk membaca satu petikan di dalam buku teks masing-masing. Namun, murid tersebut hanya melihat buku tersebut dan membelek ke muka surat lain. Murid tersebut hanya akan membaca apabila guru tersebut berada berdekatan dengannya. Di dalam kelas tahun 1 Inisiatif, terdapat seorang murid yang sering membuli rakannya dengan mengambil bahan kepunyaan rakan. Kemudian, rakannya mengadu kepada guru.

Sikap murid tersebut akan mengganggu emosi rakannya dan perhatian murid yang lain. Selain itu, murid tersebut juga telah mengganggu suasana bilik kelas yang aman. Tingkah laku bermasalah yang saya telah perhatikan adalah terdapat murid yang gemar melengah-lengahkan kerja yang diberikan oleh guru. apa yang dia lakukan ialah mencari pensel, mencari buku dan bersembang dengan rakan. Apabila murid lain menhantar kerja tersebut, murid yang bertingkah laku demikian mula terkial-kial menyiapkan kerja tersebut sambil meminta jawapan dari rakannya yang sudah siap. Selain itu, terdapat murid yang bersikap pasif dan pendiam. Murid tersebut pada masa yang sama mempunyai masalah penglihatan iaitu rabun. Walaupun sudah memakai cermin mata, namun dia masih tidak dapat melihat dengan jelas. Setiap kali dia ingin menyalin apa yang ditulis oleh guru, dia akan pergi ke meja hadapan kerana mejanya terletak di belakang sekali. Susunan tempat duduk murid seharusnya mempertimbangkan masalah murid. Kemudian, murid ini bersikap pendiam dan kurang bercakap ketika di dalam kelas.

Kemudian, terdapat juga murid yang mengganggu rakannya ketika rakannya sedang membaca. Murid tersebut kelihatan tidak boleh duduk diam dan suka bergerak ke sana ke mari. Selain itu, murid-murid di kelas tersebut juga sering mengganggu guru untuk meminta keluar ke tandas. Terdapat juga murid yang datang kepada guru untuk mengadu kesalahan yang telah dilakukan oleh rakannya. Disebabkan gangguan daripada murid seperti ini, proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan tidak menepati masa yang ditetapkan. Selain daripada mengganggu guru mengajar, keadaan tersebut juga telah mengganggu tumpuan murid-murid yang sedang belajar. Masalah disruptif yang seterusnya ialah murid lewat masuk ke kelas. Masalah ini telah menyebabkan murid-murid tersebut akan ketinggalan mengenai apa yang diajar oleh guru dan menyusahkan guru untuk menerangkan semula kepada murid yang lewat masuk. Secara tidak langsung, murid-murid lain di dalam kelas tersebut akan terganggu. Masalah ini boleh menjejaskan prestasi akademik murid. Selain itu, terdapat beberapa orang murid yang tidak duduk dengan betul ketika guru mengajar. Contohnya, ada yang menyandar, menonggeng dan mencangkung. Ini disebabkan oleh aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh guru yang tidak merangsang pemikiran dan minat mereka. Setelah diperhatikan selama seminggu, guru tersebut sememangnya sering menggunakan buku teks sahaja sebagai bahan bantu mengajar. Murid kelihatan bosan kerana guru tersebut asyik memberi arahan yang sama ketika masuk ke dalam kelas. Seterusnya, terdapat sebilangan murid di dalam kelas tahun 1 Inisiatif yang kurang peka dengan arahan yang diberikan oleh guru. Perkara ini berlaku bukan disebabkan murid tersebut mempunyai masalah pendengaran. Namun, ini disebabkan oleh murid tersebut tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru, sebaliknya murid tersebut bersembang dengan rakannya. Setelah diperhatikan, murid tersebut memang selalu membuat bising di dalam kelas. Namun, apabila guru bertanyakan soalan, murid tersebut tidak tahu apa jawapannya. Maksudnya, murid tersebut banyak bercakap kosong seperti tin kosong daripada berkongsi ilmu dengan rakan. Masalah ini haruslah dielak pada peringkat sekolah lagi. Gaya pengurusan guru tersebut ketika mengajar adalah kurang bersemangat. Guru tersebut sepertinya hanya bergantung kepada aktiviti di dalam buku teks tersebut. Beliau tidak merancang aktiviti yang melibatkan murid secara aktif. Oleh sebab itu, murid-murid di dalam kelas tersebut juga kurang bermotivasi untuk belajar dan sering melakukan masalah disruptif akibat bosan.

Selain itu, komunikasi di antara guru dengan murid juga kurang. Guru tersebut lebih gemar memberi arahan dan murid melakukan arahan tersebut. Pembelajaran secara kontekstual seperti membuat aktiviti kumpulan, perbincangan dan sebagainya tidak diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Oleh hal yang demikian, muridmurid akan menjadi kurang aktif dan kurang melibatkan diri di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai