Anda di halaman 1dari 4

RASUAH DALAM SUKAN

Artikel ini ditulis oleh seorang mahasiswa yang menyentuh mengenai isu rasuah dalam
sukan bolasepak di Malaysia. Menurut penulis, rasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak
berabad yang lalu dan di negara kita gejala ini menular dalam sukan bolasepak. Isu rasuah
dalam sukan bolasepak telah juga berlaku dalam tahun 1990 an, di mana ramai pemain dan
jurulatih telah disoal siasat dan mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh
Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman
gantung seumur hidup.
Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan
seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat
antarabangsa.
Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab seperti ketamakan,
kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang. Pemain
yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang
imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah.
Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejala rasuah, persatuan
yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten
sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima
rasuah demi survival mereka.
Penyalahgunaan kuasa pihak pengurusan juga menyumbangkan kepada berlakunya
rasuah, pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuat percaturan dari segi teknik dan
taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Bookie merupakan
dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu
terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil
kira liga bolasepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan
kegiatan.
Usaha kerajaan yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk kecemerlangan sukan
di negara ini sia-sia dan gagal mencapai matlamat akibat gejala rasuah ini. Kualiti bolasepak
Malaysia merosot akibat rasuah ini dan dari sudut ekonomi pula persatuan bolasepak negeri
terjejas pendapatan kerana tidak peminat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan
pertandingan bolasepak.

Kebanyakan orang sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuah dan telah
menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haram asalkan kehidupan
mereka terjamin. Di negara seperti United Kingdom dan Singapura telah timbul cadangan
untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya
rasuah dalam sukan bolasepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya
mengambil tindakan dan berwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak
menular ke negara ini yang boleh menjejaskan imej negara kita.
Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini, FAM perlu
meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar. Kementerian Belia dan Sukan
harus memandang serius gejala rasuah dalam sukan bolasepak dan mengambil langkah

proaktif memantau gejala tidak bermoral ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan
Rasuah 1997 ( Akta 576 ).
Dalam dunia moden ini kita sering merngejaar masa dan bersikap materialistik, kita tidak
lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana, samada ianya halal atau haram
asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan dari segi materialistik. Pemimpin-pemimpin
kerajaan cuba membawa masyarakat Malaysia ke arah kemodenan dan negara industri
dengan begitu cepat bermula tahun 1980 an, dan pada pendapat saya masyarakat Malaysia
khasnya orang Melayu belum bersedia untuk bergerak begitu pantas ke arah kemodenan
yang menyebabkan berlakunya masalah sosial, antaranya gejala rasuah.
Pembangunan atau kemajuan sememangnya diperlukan oleh negara kita Malaysia,
masalahnya adakah perkembangan kemajuan yang begitu pantas dibawa oleh pemimpin
tidak selari dengan kesedaran moral dan kerohanian masyarakat. Bila ini tidak seimbang iaitu
di antara kemajuan dan kesedaran dari segi moral atau kerohanian menyebakan pelbagai
masalah sosial berlaku antaranya rasuah. Dalam sukan rasuah membunuh semangat patriotik
dan semangat kesukanan. Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah
rasuah di negara ini sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalam
kehidupan kita.
Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejala rasuah ini.
Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaran pada anak-anak
akan bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Di peringkat Kementerian
Pelajaran harus wujud kumpulan think-tank yang perlu berbuat sesuatu khasnya dari segi
sukatan pelajaran atau mungkin satu matapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal
supaya anak-anak dapat dididik di peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila
mereka dewasa nanti mereka tidak akan terlibat dengan gejala ini.
Kesimpulannya semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan
masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang tinggi dan tanggungjawab ini
jika dilihat dari satu sudut sememangnya menjadi tanggungjawab pendidik atau guru-guru
khasnya untuk mencapai hasrat murni itu.

Kesan Rasuah Dalam Sukan


Siapakah yang menanggung bahana daripada aktiviti keji ini? Minat terhadap sesuatu sukan
datangnya daripada naluri setiap insan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Lantas, setiap peminat
adalah teruja untuk menyaksikan kehebatan pasukan yang diminati bertanding.

Sudah pasti tindakan mengatur perlawanan akan mengundang kemarahan mereka yang jujur
dan prihatin dalam sukan bola sepak. Kesan daripada rasa tidak puas hati sekiranya
keprihatinan mereka tidak diambil tindakan sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan
sehingga ia menjadi mundur seperti mana yang terjadi pada 1990-an. Penganjur akan
kehilangan peluang menjual tiket, penaja mula menjauhkan diri dan stadium menjadi lengan
seolah0olah tiada sebarang perlawanan dianjurkan pada hari pertandingan.

Islam memandang setiap insan harus menunaikan hak orang lain ke atas diri mereka. Juga,
penaja yang memberikan wang ringgit mereka dengan hasrat mendapat publisiti meluas
mempunyai hak sedemikian ketika dan selepas berlangsungnya pertandingan bola sepak.

Sekiranya berlaku rasuah bola sepak, hak penonton, penaja dan kerajaan telah dirampas oleh
pemberi dan penerima rasuah. Ini satu jenayah di sisi Islam dan mereka harus
bertanggungjawab bagi perlakuan keji yang telah dilakukan.

Kesan Rasuah dan Perjudian

Mencemarkan imej sukan negara


Mutu sukan merosot

Kepercayaan peminat sukan terjejas

Menjejaskan hubungan dalam pasukan

Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu, malah juga kepada
masyarakat dan negara.Kesan kepada individu ialah seperti berikut:
12345-

Hilang kerjaya
Jatuh moral dan maruah
Terima hukuman di dunia dan di akhirat
Hancur keharmonian rumah tangga
Keluarga terabai

Kesan kepada masyarakat pula:


123-

Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu


Menggalakkan malah melindungi penjenayah
Memburukkan lagi taraf kemiskinan

Kesan kepada negara:

123456-

Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran


Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
Tumpuan pembangunan tidak seimbang
Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
Mengurangkan pendapatan negara
Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan

Anda mungkin juga menyukai