Anda di halaman 1dari 2

Teori Peranan Sukan di Negeri-Politik

Jurnal ini adalah bertujuan untuk menyatakan dengan jelas rasional untuk campur
tangan kerajaan dalam sukan sebagai satu cara untuk menyediakan latar belakang untuk
menganalisis hubungan antara sukan dan negeri-politik. Saya bersetuju dengan kenyataan
ini. Ini dapat dibuktikan pada sekitar tahun 2011 di mana rakyat Malaysia bersatu
menyokong kontinjen negara pada temasya Sukan SEA di Indonesia dan Timbalan Menteri
Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata bahawa layanan buruk kontinjen negara
adalah disebabkan para pemimpin pembangkang yang memburukkan negara apabila
mereka ke Indonesia. Di sini telah nampak bahawa terdapat campur tangan politik dalam
sukan. Dengan itu saya bersetuju dengan beberapa pendapat daripada beberapa topik yang
telah dikaji.
Kita sering mendengar berita mengenai campur tangan politik dalam perkembangan
sukan tanah air. Campur tangan tersebut termasuklah dalam melahirkan bakat-bakat baru,
memajukan program pembangunan sukan, menyelesaikan konflik dalam persatuan sukan,
pemilihan peserta, hal-hal elaun dan gaji atlet serta lain-lain lagi. Politik dalam sukan juga
wujud apabila berlakunya perebutan kuasa antara ahli untuk memimpin sesebuah
pertubuhan atau persatuan sukan. Hal ini menyebabkan wujudnya keadaan lobi-melobi,
berpuak-puak dan bertentangan pendapat dalam pentadbiran badan sukan tersebut.
Topik pertama yang di bincangkan di dalam jurnal ini ialah rasional campur tangan
kerajaan dalam Sukan. Tidak dinafikan bahawa kerajaan-kerajaan di seluruh dunia campur
tangan dalam hal ehwal sukan untuk membantu mereka sendiri di dalam politik. Kajian ini
juga ada menyatakan bahawa negeri-negeri campur tangan dalam sukan adalah bertujuan
untuk membangunkan kecergasan fizikal dan kesihatan warganegara untuk pertahanan
negara, untuk mengekalkan ketenteraman awam, menggalakkan prestij negara, dan untuk
menggalakkan perpaduan sosial.
Kuasa yang ada melalui pengaruh politik, ianya dapat mempengaruhi sesuatu sukan
melalui organisasi dalam membina dan membentuk nilai, ganjaran dan budaya di pelbagai
peringkat. Perkaitan politik ini juga bukan hanya berlaku dalam organisasi sukan sematamata malah boleh menjangkau sempa dan negara dan mampu menjadi elemen pendamai
dalam negara bergolak melalui perpaduan dalam sukan. Kejayaan sukan sesebuah negara
di peringkat antarabangsa dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik negara itu.
( Gapor Ahmad, 2007).

Kuasa yang ada melalui pengaruh politik, ianya dapat mempengaruhi sesuatu sukan
melalui organisasi dalam membina dan membentuk nilai, ganjaran dan budaya di pelbagai
peringkat. Perkaitan politik ini bukan hanya berlaku dalam organisasi sukan semata-mata
malah boleh menjangkau sempadan negara dan mampu menjadi elemen pendamai dalam
negara bergolak melalui perpaduan dalam sukan .
Topik yang kedua yang terdapat di dalam jurnal ini ialah sukan dan kawalan sosial.
Seperti yang telah saya sebut tadi yang berlaku di temasya Sukan SEA di Indonesia. Ini
terang menunjukkan terdapatnya kawalan sosial apabila sukan dipengaruhi oleh politik. Jadi
jelaslah di sini bahawa melalui sukan, propaganda politik untuk mempengaruhi orang lain
dan usaha untuk meyakinkan rakyat mereka boleh disebarkan. Contohnya, usaha pemimpin
negara blok Komunis meyakinkan dunia bahawa ideologi merekalah yang terbaik dengan
bersungguh-sungguh menjuarai kejohanan seperti Sukan Olimpik. su isu Isu pergaduhan
dan pertelingkahan yang berlaku dalam badan sukan Ketidakadilan dalam membuat
keputusan Isu isu Perebutan jawatan & Kemelut kepimpinan dalam persatuan Kekurangan
peruntukan untuk infrastruktur dan kemudahan

Anda mungkin juga menyukai