Anda di halaman 1dari 3

ANTROPOLOGI PERUBATAN AA21503

NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD SYAFAAT BIN AWANG DIN BA2110072

SENARAI SOALAN :
1. Nyatakan dua (2) konsep penjagaan diri
2. Nyatakan dua (2) kelebihan model bio-budaya dalam menjelaskan
isu-isu kesihatan masyarakat.
3. Senaraikan lima (5) contoh penyebab-penyebab penyakit dalam
sistem perubatan alamiah (naturalistik)
4. Nyatakan dua (2) konsep imej badan
SOALAN 1
Nyatakan dua (2)konsep dalam penjagaan diri.

Konsep imej badan ialah berkenaan dengan tingkah laku manusia dalam
menggalakkan kesihatan, mencegah penyakit dan juga dalam mengesan tanda-tanda
penyakit kronik contohnya seperti membuat pemeriksaan diri apabila mula merasa diri
tidak sihat iaitu dengan cara membuat temu janji dengan doktor, menguruskan diri
dengan baik dan juga membuat ujian saringan diri.
Seterusnya, konsep imej badan juga adalah berkaitan dengan tingkah laku
individu yang berlaku dalam rangkaian sosial yang mana ianya dipengaruhi oleh orang
sekeliling individu tersebut seperti keluarga, rakan-rakan dan juga guru contohnya
seperti anak-anak akan membuat ujian saringan dengan baik apabila secara tak
langsung disuruh oleh kedua ibu-bapa.

SOALAN2
Nyatakan dua (2) kelebihan model bio-budaya dalam menjelaskan isu-isu kesihatan
masyarakat.

-.Antara kelebihan model biobudaya dalam menyelesaikan isu-isu kesihatan


masyarakat ialah, dapat membantu mereka dalam mengenalpasti penyakit dengan
senang dengan cara mengaplikasikan cara moden dan bukan kaedah tradisional. Oleh
itu, dengan adanya model ini, kelangsungan dalam menyelesaikan segala
permasalahan kesihatan dalam masyarakat telah dapat diselesaikan
Kelebihan seterusnya model biobudaya dalam menyelesaikan isu-isu kesihatan
masyarakat ialah, dengan adanya model biobudaya dapat menyiasat hubungan antara
tingkah laku manusia ataupun corak hidup manusia dalam menganalisis masalah-
masalah khusus dalam masalah etiologi.

SOALAN 3
Senaraikan lima (5) contoh penyebab penyakit dalam sistem perubatan alamiah
(naturalistik)

1. Kilat
2. Rebut
3. Hujan
4. Tsunami
5. Kemarau
SOALAN 4
Nyatakan dua (2) konsep imej.

Konsep imej badan merupakan gambaran individu ataupun individu yang


mampu melihat tubuhnya sama ada secara sedar ataupun tidak sedar sebagai
contohnya apabila seseorang individu yang mempunyai kepercayaan dalam struktur
dalaman badannya ataupun kepercayaan terhadap batas-batas badan.
Selain itu, konsep imej badan ialah sifat seseorang individu atau perasaan atau
khayalan seseorang individu tentang tubuhnya atau ukuran tubuh badannya sendiri
iaitu dengan mempercayai bagaimana sesetiap anggota tubuh badan itu berfungsi
dengan begitu baik.

Anda mungkin juga menyukai