Anda di halaman 1dari 2

Mana Perginya Adab Generasi

Muda?
20/06/2023 
 
Admin
 Post Views: 664

Oleh Wahidah Pesol dan Dr Velan Kunjuraman


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Semakin hari berita mengenai remaja mahupun anak muda berkelakuan kurang
beradab semakin kerap dilihat di media sosial dan juga boleh di persekitaran kita. Sikap
hormat-menghormati, kesopanan dan budi bahasa yang baik semakin hilang apabila
berbicara dengan golongan yang lebih tua. Hal ini sangat membimbangkan kerana
anak-anak muda inilah yang bakal menjadi tonggak utama dalam perjuangan untuk
mencorak dan membina masa depan negara yang lebih baik.

Agak menyedihkan apabila kita mendengar keluhan orang ramai mengenai sikap
generasi Z ini atau pun digelar Gen-Z iaitu generasi yang lahir antara lewat tahun 90an
sehingga tahun 2010 dan membesar dengan teknologi yang semakin berkembang
pesat. Kebanyakan keluhan adalah daripada golongan pendidik yang mendidik anak-
anak muda ini. Mereka mengatakan anak muda tidak lagi peduli jika diberi teguran dan
gaya bicara dengan guru (pendidik) seperti rakan sendiri yang boleh berbicara dengan
kasar tanpa ada sedikit budi bahasa. Biarpun tahap intelektual remaja kini semakin
tinggi, akan tetapi tiada gunanya jika adab dan budi bahasa semakin rendah kerana
kehidupan ini memerlukan intelektual dan adab berjalan seiring.

Baru-baru ini, viral di media sosial seorang mahasiswa universiti melakukan aksi seperti
berebut skrol ijazah dengan pemberi skrol yang sangat dihormati tanpa menyedari
tindakan mahasiswa tersebut tidak beradab di majlis rasmi konvokesyen. Ini
menunjukkan tiada sifat hormat kepada pemberi skrol ijazah tersebut dan mahasiswa
itu tidak berasa malu dengan tindakannya kerana dia dilihat bergelak ketawa dia atas
pentas. Tidak dinafikan bahawa anak muda sekarang lebih lantang bersuara dan berani
dalam tindakan mereka, akan tetapi keberanian itu sedikit sebanyak menghakis nilai
murni ketimuran kita terutama apabila berkomunikasi dengan golongan lebih berusia
dan terhormat.

Jadi, dimana perginya adab generasi muda? Apakah punca-punca yang menjadikan
anak muda sekarang menjadi seperti ini? Pada era tanpa sempadan ini, perkembangan
teknologi semakin pesat menyebabkan peranti yang terkini begitu mudah diperoleh bagi
semua golongan untuk berkongsi informasi dan sebagainya. Sudah tentu anak muda
atau remaja seawal usia 14 tahun mempunyai telefon pintar sendiri tanpa perlu
pengawasan ibu bapa.
Oleh itu, mereka akan banyak menghabiskan masa melayari media sosial
seperti TikTok, Twitter dan sebagainya untuk bersosial dan berhibur dengan rakan-
rakan seusia yang lain dan tidak mahu ketinggalan trend. Hal ini menyebabkan mereka
kurang bergaul dengan orang yang lebih berusia atau dewasa sehingga tidak tahu
untuk berbicara dengan beradab dan berbudi bahasa dengan golongan yang lebih tua.
Mereka berbicara dengan golongan itu seperti rakan-rakan mereka sendiri
menggunakan cara percakapan yang hanya difahami oleh anak muda. Apa yang
dikesali adalah mereka menganggap perbuatan mereka cool dan tidak salah.

Selain itu, pempengaruh atau ‘influencer’ di media sosial memberi pengaruh yang hebat
kepada golongam muda ini di media sosial. Setiap gerak-geri pempengaruh akan diikuti
termasuklah dari segi berbicara dan perwatakan di media sosial. Walaupun
pempengaruh hanyalah berlakon di depan kamera, tetapi anak muda senang
terpengaruh dengan hal-hal ini sehingga ke dunia nyata menyebabkan mereka turut
terikut berbicara dengan gaya yang sama seperti ‘slay’,‘ye dohh’ dan sebagainya.
Mereka juga terpengaruh dengan budaya barat apabila tidak menjaga sensitiviti
masyarakat Asia. Perkara seperti ini menyebabkan anak muda mempunyai budaya
mereka sendiri yang kurang difahami generasi lain. Ia menyebabkan terdapatnya jurang
perbualan dan jurang generasi seperti pemikiran yang berbeza yang akan
menyebabkan perbalahan dan dianggap biadap. Sebagai masyarakat Asia, adab itu
sangatlah penting kerana ia dijadikan budaya yang membentuk peribadi seseorang.
Semestinya ibu bapa sentiasa mengajar anak-anak tentang adab, akan tetapi zaman
telah berubah mungkin cara didikan yang berbeza. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia
kita perlu cakna akan hal ini dan tidak memandang remeh kerana ia mempunyai kaitan
dengan masa depan dan identiti negara.

Anda mungkin juga menyukai