Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN
Tajuk bagi tugasan kami adalah mengenai faktor pembentukan akhlak. Akhlak
bermaksud tingkahlaku seseorang itu, tabiat mahupun perangainya yang akan
melambangkan keperibadian akhlaknya. Ia juga terbahagi kepada beberapa skop
antaranya ialah akhlak manusia dengan pencipta, akhlak manusia dengan manusia dan
akhlak manusia dengan alam. Manusia akan dipandang mulia jika dia berakhlak.

2.0 DEFINISI MORAL


Perkataan Moral berasal dari bahasa Latin. Ia bermaksud tingkah laku, perbuatan,
amalan & nilai-nilai yang baik-buruk dalam sesuatu masyarakat1. Perkataan Akhlak
berasal dari perkataan Arab. Akhlak bermaksud tingkah laku yang berkaitan dengan
nilai-nilai murni atau baik-buruk .Ia juga merupakan gambaran tentang keadaan dalam
diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan
senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran.2 Perkataan Etika berasal dari
perkataan bahasa Inggeris (Ethic). Etika membawa maksud aturan atau peraturanperaturan yang memperbaikan sesuatu keadaan yang mengandungi nilai-nilai baik-buruk.

3.0 KEPENTINGAN AKHLAK


Akhlak amatlah penting kepada kehidupan manusia kerana akhlak amat besar pengaruh
dan kesannya terhadap tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik dan buruknya
perlakuan seseorang adalah bergantung kepada nilai akhlak mereka.Untuk meningkatkan
insaniah insan sehingga ke tahap sesuatu yang benar-benar tinggi dan berkualiti.Akhlak
juga penting untuk menjamin keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, keamanan dan
kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat dari pelbagai lapisan dan darjat satu
kedudukan. Skop akhlak adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan
dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.

1
2

Wikipedia : Definisi Moral: http://ms.wikipedia.org/wiki/Moral (10.12.2014)


Wikipedia : Definisi Akhlak : http://id.wikipedia.org/wiki/Akhlak(10.12.2014)

4.0 FAKTOR PEMBENTUKAN MORAL


Faktor-faktor yang menyebabkan pembentukan moral dibahagikan kepada dua kategori ,
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah rohaniah yang ada dalam
diri manusia termasuk di dalamnya akal, nafsu amarah, nafsu syahwat, fitrah, kata hati,
hati nurani dan sebagainya.Manakala faktor luaran berkaitan dengan lingkungan
sosial ,termasuk pembinaan dan pendidikan yang diberikan.

4.1 Faktor Dalaman

4.1.1 Naluri
Antara faktor dalaman yang menyebabkan pembentukan moral ialah naluri. Naluri
merupakan tabiat yang dibawa manusia sejak lahir. Para psikologi menjelaskan bahawa
insting berfungsi sebagai motivator penggerak yang mendorong lahirnya tingkah laku.

4.1.2 Kewibawaan & Keteladanan Orang Tua


Kewibawaan dan keteladanan dalam diri orang tua, kemampuan orang tua untuk
menghayati dunia anak, kontrol orang tua terhadap anak dapat membentukan dan
meningkatkan nilai-nilai moralnya yang berbentuk mengingatkan, menegur, menasihati,
doa bersama atau berdialog. Pujian dan penghargaan daripada orang tua yang
disampaikan kepada anaknya dengan tulus hati adalah sangat penting dalam
pembentukan moral. Jangan terjerumus bahawa prilaku yang baik adalah "biasa"
sedangkan prilaku yang buruk langsung mendapat "caci maki".

4.1.3 Suasana Keluarga


Selain itu, kehidupan dan suasana keluarga yang harmonis sangat penting dalam
kehidupan anak. Melatih tanggungjawab, melatih percaya diri sendiri, mengungkapkan
keadaan yang tidak menyenangkan dengan penuh kasih adalah faktor-faktor yang
banyak menentukan pembentukan akhlak. Rasa percaya diri, dorongan dan teguran akan
mengubah diri anak ke arah yang lebih baik. Sebaliknya, kalau suasana di rumah selalu
tidak aman maka keadaan itu akan menjejas ketenteraman jiwa anak-anak hingga
mereka merasa bosan dan takut tinggal di dalam rumah.
2

4.1.4 Nilai Diri


Nilai diri akan mempengaruhi setiap perlakuan seseorang sama ada perlakuan yang
positif atau negatif. Memupuk nilai diri yang positif dan kreatif dalam menghadapi
karenah rumah tangga akan menjadikan ibu atau bapa mempunyai keyakinan diri yang
tinggi. Nilai diri bergantung kepada label yang kita berikan kepada diri kita sendiri.
Sekiranya kita mempunyai label diri yang negatif, sudah tentu kita akan mempunyai
nilai diri yang negatif. Setiap label yang kita berikan pada diri kita sama ada positif atau
negatif akan memberi kesan kepada pembentukan moral kita. Nilai diri yang tinggi dan
positif akan membentuk personaliti yang baik dan terpuji. Manakala nilai diri yang
rendah akan membentuk personaliti yang negatif dan sukar untuk berinteraksi dengan
persekitarnya.

4.1.5 Taraf Pendidikan Orang Tua


Taraf pendidikan orang tua juga merupakan faktor yang mempengaruhi pembentukan
moral. Makin tinggi pendidikan orang tua biasanya lebih berhasil dalam pembentukan
moral.Pendidikan agama dapat menghalang anak-anak terlibat dalam masalah sosial.
pembentukan moral. Jangan terjerumus bahawa prilaku yang baik adalah "biasa"
sedangkan prilaku yang buruk langsung mendapat "caci maki". Sebagai contohnya,
pendidikan agama banyak menerapkan nilai-nilai murni. Anak yang belum cukup usia
adalah sukar untuk membentuk moral kerana mereka mungkin belum cukup matang
untuk membezakan apa yang baik atau benar dan apa yang buruk dan salah serta tidak
dibenarkan melakukannya.

4.1.6 Kepercayaan Dan Keyakinan Diri


Kepercayaan dan keyakinan diri juga dapat membentuk moral dalam diri sendiri.
Seseorang harus ada keyakinan dalam diri mereka semasa membuat sesuatu keputusan
sama ada kejadian yang berlaku boleh dijadikan sebagai contoh yang baik atau buruk .
Contohnya , berlakunya seseorang perompak yang baik hati dengan menderma hasil
rompak dia kepada orang yang miskin , walaupun perbuatan perompak tersebut adalah
salah tetapi terdapat juga nilai moral yang tersirat dalam perbuatan tersebut. Kita harus
ada keyakinan diri dalam membezakan kebaikan dan kelemahan perbuatan seseorang itu.
3

Perbuatan yang baik dengan nilai moral yang betul dijadikan teladan , perbuatan yang
buruk dengan nilai moral yang tidak betul dijadikan sempadan. Seseorang perlu
berpegang teguh dengan prinsip sendiri dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata
orang lain.

4.2 Faktor Luaran

4.2.1 Pengaruh Rakan Sebaya


Punca luaran yang menyebabkan pembentukan moral ialah pengaruh rakan sebaya. Bagi
remaja, rakan sebaya merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai.
Malahan, mereka lebih mempercayai dan menghormati rakan sebaya mereka berbanding
ibu bapa mereka sendiri.3 Pengaruh rakan sebaya telah memainkan peranan yang sangat
signifikan dalam memberi pengaruh terhadap tingkah laku dan penglibatan golongan
remaja dalam aktiviti anti-sosial, seperti lari dari rumah dan penagihan dadah.Rakan
sebaya yang baik akan membawa kepada melakukan aktiviti yang baik. Jadi, segala
perlakuan dan adab mereka akan terbentuk hasil daripada pergaulan remaja dengan
rakan sebaya mereka.

4.2.2 Teknologi Yang Moden


Kehidupan moden yang dipenuhi dengan pelbagai peralatan yang canggih dan
berteknologi tinggi juga merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi
pembentukan moral ahli keluarga. Ini kerana, lebih banyak bahan-bahan sama ada
melalui media elektronik seperti radio, televisyen, video dan sebagainya serta media
cetak seperti majalah, surat khabar dan sebagainya mudah diperoleh oleh setiap ahli
keluarga. Akibatnya, setiap ahli keluarga lebih mudah terpengaruh dengan bahan-bahan
hiburan dan seumpamanya kerana bahan-bahan tersebut sering memuatkan unsur-unsur
yang boleh merosakkan akhlak mereka.

Mike W. Martin,Everyday Morality (2001), third edition ,a division of Thomson Learning, Inc, m/s 240
(19.11.2014)

4.2.3 Pengaruh Barat


Selain itu pengaruh barat juga memberi kesan kepada pembentukan moral kepada ahli
keluarga serta masyarakat. Fikiran penduduk barat adalah lebih terbuka berbanding
dengan penduduk asia dari segi pemakaian dan tingkah laku. Bagi masyarakat barat,
perempuan boleh bercampur gaul dengan lelaki secara suka hati. Pelbagai hiburan yang
dibawa dari barat menyebabkan masyarakat dunia menjadikan penghibur barat sebagai
idola mereka. Mereka meniru cara pemakaian dan tingkah laku artis-artis tersebut tanpa
menghiraukan pegangan agama. Kebanyakan artis dari barat mempunyai tingkah laku
dan akhlak yang buruk seperti minum arak, merokok, seks rambang, homoseksual dan
sebagainya. Apabila mereka terjebak di dalam kehidupan sebegini, nilai moral tidak ada
lagi dalam diri mereka. Ini telah mempengaruhi pembentukan moral dalam masyarakat.

5.0 FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK


5.1 Faktor Dalaman Yang Menyebabkan Keruntuhan Akhlak
5.1.1 Cara Hidup Yang Tidak Berakhlak
Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak,
maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak
baik.

5.1.2 Pemasalahan Keluarga


Pemasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan dan perceraian
boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah. Pergaduhan antara
ibu bapa akan mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak. Hal ini boleh
menyebabkan mereka mengikut perangai ibu bapa yang buruk itu apabila mereka jadi
dewasa.

5.1.3 Mengikut Hawa Nafsu


Nafsu adalah anugerah Tuhan kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati
dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu
menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan dan akhirnya
menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak.
5

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK

6.1 Peranan Individu


Langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi keruntuhan akhlak dalam kalangan
masyarakat demi kesejahteraan dan keharmonian hidup .Individu telah memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan moral serta mengatasi masalah keruntuhan
akhlak. Individu perlu mendekatkan diri kepada Tuhan dengan selalu sembahyang dan
berdoa. Perbuatan tersebut dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri. Individu juga
akan mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang gejala negatif
atau masalah disiplin.4
Selain itu , individu harus sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan
dan pihak kaunseling. Mereka tidak perlu berasa malu untuk berkongsi masalah dan
luahkan segala masalah yang dialami. Mereka harus memahami bahawa ahli keluarga
adalah orang yang paling memahami diri kita, segala hal yang berlaku pada diri kita
tidak akan menjejaskan hubungan kasih saying antara keluarga. Sebaliknya mereka akan
memberi cara penyelesaian serta sokongan yang cukup kepada kita. Dengan ini, mereka
dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung serta meningkatkan
keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Di samping itu, individu perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai
kehidupan yang lebih berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat
individu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Individu hendak
sentiasa yakin kepada diri sendiri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan
cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin. Azam yang teguh
membolehkan seseorang individu tidak mudah berputus asa dalam mencapai kejayaan
walaupun berada dalam keadaan yang susah.
Mengamalkan cara hidup yang sihat atau positif juga merupakan salah satu langkah
untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak. Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan dapat menghindari diri daripada
terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.
Melakukan senaman secara sistematik dan pemakanan yang sihat untuk menjamin
4

Marc D. Hauser,Moral Minds (2008), Abacus Publisher, m/s 178 (19.11.2014)

fizikal dan mental yang berkualiti. Perbuatan tersebut bukan sahaja dapat mengatasi
masalah keruntuhan akhlak tetapi juga dapat membina tubuh badan yang sihat.
6.2 Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengatasi masalah
tersebut . Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa patut menjadikan diri mereka sebagai contoh
terbaik untuk anak-anak mereka.
Selain itu, mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi
mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan
budaya kuning seperti: Black metal, Punk, penyalahgunaan dadah, kes pembuangan bayi
dan lain-lain. Mereka berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang
terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan
yang serius kepada mereka dan institusi keluarga. 5
Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik.
Ibu bapa harus meluangkan masa yang lebih banyak untuk anak-anak terutamanya pada
hujung minggu dan beriadah bersama-sama. Mereka janganlah terlalu taksub dengan
dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
Mereka harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam
kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi
segala masalah yang dihadapi anak-anak. Mereka harus memberikan perangsang dan
galakan kepada anak-anak untuk berjaya.Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan
pergaulan anak-anak.

James Q.Wilson, The Moral Sense (1993), THE FREE PRESS , A Division of Macmillan, Inc, m/s 142
(19.11.2014)

7.0 KESIMPULAN
Kumpulan kami menyimpulkan bahawa moral dan akhlak merupakan suatu nilai-nilai
dan norma-norma yang dilakukan oleh manusia berdasarkan pendapat akal fikiran.
Seterusnya, perbuatan tersebut akan dijadikan sebagai pegangan seseorang atau suatu
kelompok dalam mengatur tingkah laku sama ada baik atau buruk. Oleh itu, kita harus
berusaha dengan sedaya upaya untuk mengelak dan mengatasi keruntuhan akhlak dalam
kalangan masyarakat serta membentuk pegangan moral yang kuat dalam diri masyarakat.

8.0 RUJUKAN
Buku:
1. Marc D. Hauser, Moral Minds (2008), Abacus Publisher, m/s 178 (19.11.2014)
2. Mike W. Martin , Everyday Morality (2001), third edition ,a division of
Thomson Learning, Inc, m/s 240 (19.11.2014)
3. James Q.Wilson, The Moral Sense (1993), THE FREE PRESS , A Division of
Macmillan, Inc, m/s 142 (19.11.2014)
Internet:
1.

Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Moral (10.12.2014)

2.

Wikipedia : http://id.wikipedia.org/wiki/Akhlak (10.12.2014)

Anda mungkin juga menyukai