Anda di halaman 1dari 17

TOPIK 8

PENYELESAIAN KONFLIK
MORAL DAN
ISU KEMEROSOTAN MORAL
Pendahuluan
• Kemerosotan moral berlaku apabila penerimaan
seseorang individu atau masyarakat terhadap
beberapa isu-isu moral yang dianggap tidak
bermoral.
• Contohnya adalah seperti penerimaan
perkahwinan sejenis atau hubungan
homoseksual, perlesenan untuk kegiatan
pelacuran dan lain-lain lagi.
• Konflik moral pula bermaksud berlakunya
percanggahan nilai-nilai moral antara individu
atau beberapa pihak yang terlibat dalam
melakukan sesebuah keputusan atau tindakan.
Konflik moral timbul akibat percanggahan nilai,
kepercayaan, peraturan dan sistem
pemerintahan, keperluan, kehendak, tradisi,
budaya dan pandangan yang berbeza.
• Konflik moral memerlukan pengetahuan moral
seseorang tersebut untuk menyelesaikannya.
Jenis Konflik Moral
• Konflik Intrapersonal
• Konflik ini terjadi dalam diri seseorang individu tanpa
melibatkan orang lain. Individu yang mengalami konflik
ini akan mempunyai percanggahan nilai moral di dalam
dirinya sendiri. Sebagai contoh, seorang pelajar
perempuan berfikir intuk melakukan aktiviti perlacuran
untuk mendapat wang yang lebih. Konflik yang berlaku
adalah perlukah pelajar tersebut mengabaikan nilai-nilai
moral yang ada di dalam dirinya semata-mata untuk
mendapatkan keuntungan dari segi wang atau ingin
menegakkan nilai moralnya sendiri dan mengabaikan
keinginan tersebut..
• Konflik Interpersonal
• Konflik interpersonal adalah konflik yang
melibatkan percanggahan nilai moral antara dua
atau lebih pihak. Sebagai contoh, seorang pelajar
mengajak kawannya untuk ponteng kelas,
manakala kawannya tersebut juga cuba untuk
memujuk supaya pelajar tersebut untuk tidak
ponteng kelas. Konflik tersebut berlaku kerana
percanggahan idea daripada kedua-dua pihak
dan masing-masing ingin menegakkan pendirian
sendiri
Strategi Penyelesaian Konflik
1.Pembinaan Hierarki

• Pembinaan Hierarki ini dilakukan dengan menyusun nilai-


nilai moral yang bercanggah menurut keutamaan atau
kepentingan nilai moral tersebut. Sebagai contoh, seorang
pelajar telah mendapati bahawa tugasan yang dilakukan
oleh kawannya sendiri telah diciplak sepenuhnya daripada
laman web. Pelajar tersebut mengalami konflik moral
dimana dia perlu memilih sama ada untuk
mempertahankan nilai setia kawan atau nilai kejujuran.
Strategi Pembinaan Hierarki dapat membantu pelajar
tersebut untuk menyusun kedua-dua nilai tersebut
menurut keutamaan. Biasanya, nilai moral yang
mempunyai keutamaan yang lebih tinggi akan dipilih
manakala nilai yang satu lagi akan diabaikan
2. Pencairan Masalah

• Strategi pencairan masalah dilakukan dengan


berusaha untuk mencari alternartif lain antara
nilai-nilai moral yang bercanggah tersebut.
Strategi ini dilakukan dengan memfokuskan
kepada matlamat akhir yang ingin dicapai oleh
seseorang individu atau beberapa pihak yang
terlibat. Sebagai contoh, dua pelajar yang saling
memberikan idea masing-masing untuk
menyelesaikan projek yang telah diberikan.
• Idea kedua-dua perlajar tersebut adalah
bercanggah antara satu sama lain dan kedua-dua
pihak juga berpendapat bahawa idea masing-
masing merupakan yang terbaik. Jadi, untuk
membantu menyelesaikan konflik ini, kedua-dua
pelajar tersebut perlu bertolak ansur antara satu
sama lain dan berfikir bersama-sama untuk
mencari alternatif lain atau idea lain yang
disetujui oleh kedua-dua pihak untuk mencapai
matlamat yang sama iaitu menyiapkan projek
tersebut.
3. Kompromi

• Strategi ini pula digunakan sekiranya pembinaan hierarki


dan pencairan masalah tidak dapat membantu untuk
menyelesaikan konflik moral yang berlaku. Strategi ini
dilakukan dengan memperuntukkan sesuatu tetapi bukan
semuanya kepada setiap individu.
• Sebagai contohnya, peraturan universiti yang melarang
pelajar-pelajar untuk meletakkan kenderaan di
sesetengah kawasan dan hanya dibenarkan untuk
meletakkan kenderaan staff sahaja.
• Strategi ini biasanya lebih memihak kepada pihak yang
mempunyai autoriti atau yang lebih berkuasa kerana
mampu menegaskan kemahuannya berbanding yang
lemah.
4. Theory of Constraint (TOC)

• Strategi ini digunakan dengan menggambarkan


cara penyelesaian konflik melalui lakaran yang
mudah dan senang diterima akal. Strategi ini sesuai
digunakan untuk individu dalam segenap lapisan
umur, pelbagai budaya dan perbezaan politik.
Strategi ini dapat membantu untuk membentuk
pengetahuan sendiri dan menyelesaikan konflik
moral yang dihadapi. Strategi ini juga memerlukan
seseorang individu atau beberapa pihak tersebut
untuk berfikir secara sistematik untuk
menyelesaikan konflik yang dihadapi.
1.Awan

• Kaedah ini merupakan kaedah yang dilakukan


supaya tindakan atau keputusan yang diambil
mampu menguntungkan kedua-dua pihak yang
mengalami konflik tersebut.
• 2. Dahan

• Kaedah ini dapat membantu seseorang individu


itu untuk lebih memahami dan berusaha untuk
memikirkan kesan atau akibat sesuatu tindakan.
Ia juga turut membantu seseorang individu itu
untuk membuat andaian berdasarkan sesebuah
tindakan atau keputusan dan membantu untuk
mencipta penyelesaian yang baru dan yang lebih
baik.
• 3. Pokok
• Kaedah pokok merupakan kaedah yang ketiga
dalam strategi Theory of Constaint (TOC) dalam
menyelesaikan konflik moral. Kaedah ini
memerlukan seseorang individu itu untuk
memikirkan cabaran yang bakal dihadapi dan
mengambil tindakan untuk mencapai matlamat
secara bersama dan bersefahaman

Anda mungkin juga menyukai