Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan
bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima
oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu menggambarkan bentuk
personaliti seseorang. Insan yang bermoral secara terpimpin tidak akan melakukan
perbuatan yang tidak moral agar tidak bertentangan dengan nilai norma dan
peraturan dalam sesebuah masyarakat. Insan yang bermoral merupakan insan-insan
yang mempunyai sifat-sifat moral dan konsep insan bermoral berkaitan dengan nilai-
nilai seperti bersabar, menerima, menghormati orang lain, kesetiaan kepada negara,
berbudaya cemerlang, memahami personality dan sebagainya.

2.0 Ciri-ciri yang perlu ada dalam pementukan insan bermoral secara terpinpim
2.1 Integriti

Berdasarkan Pelan Intergriti Nasional (2008), intergriti merupakan kualiti


unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia berlandaskan etika dan
pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Insan bermoral mempunyai etika
individu sebagai himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam
membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang
patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Individu
yang berintergriti dalam organisasi berpegang kepada nilai bersih, cekap, amanah,
jujur, ikhlas, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Integriti dalam profesyen pula
memainkan peranan sebagai kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan
tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen. Bagi individu yang memegang amanah
seperti jawatan awam, intergriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Contohnya individu yang
berintergriti tidak akan menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga,
saudara mara atau kaum kerabat sendiri.

2.2 Patriotisme

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap


‘tahan air’. Patriotisme ialah perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepengtingan diri. Patriotisme adalah nilai-
nilai murni yang patut ada dalam pembentukan insan bermoral secara terpimpin.
Insan moral yang mempuyai semangat petriotisme akan sayang dan bangga dengan
negara sendiri serta menyumbang tenaga demi membangunkan negara. Semangat
petriotisme dapat aplikasi dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi sehingga ke

1
peringakat antarabangsa. Contoh amalan patriotisme adalah termasuk membeli
barangan buatan Malaysia, menyokong dasar memajukan sains dan teknologi serta
meningkatkan nama baik negara kita di seluruh dunia.

2.3 Berbudaya Cermelang

Berbudaya cermelang merupakan cara hidup yang baik. Insan moral yang
berbudaya cermelang akan sentiasa taat kepada agama, bertanggungjawab dan
mementingkan disiplin sendiri. Insan moral mesti percaya kepada agama, contohnya
muslim tidak minum arak mengikut ajaran agama Islam dan solat lima kali sehari.
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan budaya cermelang, hal ini demikian agama
memainkan peranan sebagai paduan kepada seorang individu. Bertanggungjawab
juga merupakan budaya yang perlu diamalkan oleh insan bermoral. Setiap individu
mempunyai bertanggungjawab sendiri. Orang yang bertanggungjawab atas tingkah
laku sendiri tidak akan laku perbuatan yang tidak moral dan akan sentiasa disiplin.
Ciri-ciri orang yang berdisiplin ialah menepati masa,melakukan kerja dengan teratur
dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri.

2.0 Kesimpulan
Ciri-ciri insan bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip asas moral
harus dibentukan demi negara dan masyarakat kita. Dengan itu, setiap orang boleh
memenuhi keperluan mereka sendiri tanpa orang lain dan disamping itu memajukan
negara kita.

2
Rujukan
Eow Boon Hin. (2002). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rahman. (1994). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Zhidi. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Malaysia, K. (2008). Pelan Integriti Nasional.

Anda mungkin juga menyukai