Anda di halaman 1dari 13

Tugasan

Negara kita, Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan kompleks kerana
mengandungi pelbagai etnik yang berbeza-beza contohnya kaum Melayu, kaum
Cina, kaum India, kaum Kadazan Dusun, kaum Iban dan sebagainya. Dengan ini,
terdapat pelbagai budaya, adat resam dan agama daripada kaum masing-masing
telah diwarisi secara turun-temurun sejak dahulu. Oleh itu, nilai budi bahasa dan
kesantunan adalah sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita
dalam kalangan rakyat kita untuk menjamin perpaduan. Masyarakat kita saling
menghormati dan saling membantu antara satu dengan yang lain agar kesejahteraan
dan keharmonian dapat dikekalkan di negara kita. Selain itu, rakyat kita juga akan
bersatu padu antara satu sama lain walaupun berbiliang kaum. ( Lenny Lydiati Lah,
2006 )

Konsep Budi Bahasa dan Kesantunan Berbahasa

Budi Bahasa

(Budi)

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 ), budi ditakrifkan sebagai


kebajikan. Islam mengajarkan berbagai-bagai macam kebajikan. Menurut Alquran,
Profil Kebajikan ( 2015 ), kebajikan merupakan perbuatan yang sangat terpuji atau
merupakan kearifan atau suatu bentuk kebijaksanaan. Apa yang kita lakukan
sekarang mungkin tidak lagi biasa kita kerjakan 1 minit ataupun satu tahun yang
akan datang dan masa itulah orang sentiasa menyesal bahawa kenapa tidak
mengamalkan kebajikan pada masa dahulu. Dengan ini, kita haruslah sentiasa
melakukan kebajikan supaya kita tidak menerima padah. Haruslah kita ingat bahawa
hanya kita sendirilah yang dapat membantu kita sendiri dan tidak ada sesiapa yang
boleh membantu diri kita jika kita sendiri tidak berusaha dan sentiasa berbuat jahat
kepada orang lain. ( Arif Rohman Hakim, 2011 ) Dalam hal ini, tidak keterlaluan jika
kita mengatakan bahawa kebajikan mempunyai pengertian yang luas. Secara
bahasa,perkataan ini berasal dari kata bajik dan semakna dengan kata baik. Menurut
Dendi Sugono ( 1989 ), kalau dilihat dari akar kata, kebaikan berasal dari kata baik,
kebaikan bererti sifat baik.

Contoh amalan kebajikan yang dapat kita perhatikan ialah wakaf dalam
Ajaran Islam. Ia merupakan amalan yang terpuji dalam ajaran Islam. Islam
sememangnya agama kasih sayang yang menggalakan umatnya saling bantu
membantu dan membuat kebajikan terutamanya sesama saudara semuslim. Islam
juga menggalakkan umatnya berbuat baik kepada Non Muslim supaya dengan
kebaikan yang dilakukan dapat membuka hati mereka menerima Islam yang benar
lagi suci ini. Amalan kebajikan ini seperti amalan sedekah jeriah, hibah, derma dan
lain-lain sangat dipupuk dalam Al-Quran. Pada zaman awal Islam, wakaf adalah
sesuatu institusi yang terpenting dalam masyarakat untuk melakukan kebajikan dan
memberi sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi dan sosial masyarakat
Islam. Munurut Organisasi Baitulkasih ( 2015 ), wakaf ialah salah satu ibadah
menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat
sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Contoh Amalan Wakaf ialah
apabila Baginda Rasulullah SAW membina Masjid Quba yang dibina di atas tanah
yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke
Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina
dengan sumber wakaf. Perbuatan ini dipercayai akan memperolehi pahala yang
berkekalan selagi mana harta yang diwakafkan tersebut masih berguna dan
membawa faedah kepada orang lain. Dengan ini, pernah diungkapkan seperti
sebegini :

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan


Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-
tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

------ (Surah Al Baqarah : Ayat 261 )

Selain itu, sikap bertoleransi juga merupakan sesuatu amalan kebajikan.


Menurut Kamus Pelajar ( 1986 ) , toleransi adalah sikap sabar dan bertolak ansur
atau berlebih kurang sikap yang dapat menerima atau menghormati pendapat,
fikiran dan kepercayaan orang lain.Semasa kita berhubung dan berkomunikasi
dengan orang lain, kita haruslah sentiasa berhemah dan bersopan dengan orang
tersebut. Hal ini merupakan kebajikan kerana kita telah menunjukkan perbuatan
yang terpuji dan baik kepada orang lain dan tidak melayannya dengan buruk.
Janganlah kita sesekali menunjukkan muka yang garang atau masam kepada orang
lain tetapi haruslah sentiasa bersenyuman. Amalan kebajikan ini dibuat atau tidak
adalah di dalam tangan kita sendiri. Hal ini kerana kita manusia dicipta oleh Tuhan
dan diberikan akal fikiran. Kita dapat berfikir secara rasional dan membezakan yang
baik dengan yang buruk. Sebenarnya, amalan kebajikan ini mudah dilaksanakan.
Antara ciri-ciri perbuatan kebajikan termasuklah sentiasa berimanan,
berperikemanusiaan dalam kelompok manusia, mendirikan shalat, mengeluarkan
zakat dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, haruslah kita banyak berbudi dan
melakukan kebajikan.

Selain itu, menurut Buku Seminar Kefahaman Budaya (1999 ) , budi juga
boleh didefinisikan sebagai sistem nilai tertinggi mereka yang didasari oleh etika
dan moraliti serta hubungan sosial. (Lenny Lydiati Lah, 2006 ) Menurut K. Bertens
( 1993 ), ,etika adalah nilai-nilai dan norma-norma moral, yang menjadi pegangan
bagi seseorang atau suatu kelompok dalam mengatur tingkah lakunya. Manakala
pengertian moral dalam kamus psikologi (Chaplin, 2006, 2008) adalah dituliskan
bahawa moral mengacu pada akhlak yang sesuai dengan peraturan sosial, atau
menyangkut hukum atau adat kebiasaan yang mengatur tingkah laku.

NIlai dan masyarakat adalah saling berkait dan tidak dapat dipisahkan.
Menurut Redfield ( 1953 ) , nilai adalah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi
individu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang mempengaruhi
pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan Masyarakat Melayu sering
menggunakan pantun yang mempunyai maksud tersirat untuk menyampaikan nilai
atau pengajaran sesuatu perkara. Sebagai contohnya, daripada Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2015 ), telah didapati pantun yag
dituliskan berkaitan nilai :

Baju Melayu butangnya lima,


Datangnya asal di Teluk Belanga,
Jangan tuan suka menghina,
Kita sama-sama hidup di dunia.

Dalam pantun di atas, tidaklah sukar dapat kita dapatkan pengajaran nilai. Sebagai
contoh baris ketiga dan keempat telah jeals menunjukkan sifat nilai murni. Baris
kedua-dua ini telah menasihati dan mengingatkan kita supaya janganlah kita
menghina orang lain kerana ini tidak membawa apa-apa makna dan manfaat tetapi
pula akan menjejaskan hubungan antara satu sama lain dan menghalang
perpaduan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai yang baik, maka orang
dalam masyarakat itu akan hidup aman dan harmoni.

Oleh itu, sikap beretika baik dan bermoral adalah sangat penting dalam
sesebuah masyarakat. Salah satu contoh yang dapat kita perhatikan dalam konteks
beretika adalah dalam budaya kerja. Misalnya, isu integriti. Sebenarnya, budaya
etika dan integriti ini adalah amat selaras dengan cabaran Wawasan 2020 negara
kita yang keempat, iaitu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika paling tinggi. ( Wawasan 2020 , 2013 ) Menurut PMR
Penerangan Mengenai Budaya Dan Etika ( 2015 ) , integriti bukan hanya
bermaksud kepada masalah rasuah sahaja. Malah, integriti juga merujuk kepada
tahap focus dan perhatian seseorang dalam kerjanya seperti ketepatan waktu,
bekerja dengan serius, bertanggungjawab, memberi khidmat yang terbaik dan
sepenuhnya, integrity dalam menyampaikan maklumat, bekerjasama dengan rakan
sekerja dan sebagainya. Dalam konteks sifat bermoral pula, tiga prinsip atau teori
yang diutamakan iaitu prinsip keadilan, altruisme dan autonomi. Walaupun bagi
semua, keadilan adalah dikatakan sebagai seimbang, rata dan tidak berat sebelah,
tetapi dalam konteks agama Islam, keadilan pula membawa definisi meletakkan
sesuatu pada temapatnya(tempat yang sesuai dan sepatutnya). Daripada konsep
keadilan yang dikemukakan oleh Aristotle, iaitu Prinsip Keadilan Umum ( keadilan
sosial ), masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan
kepada kebajikan umum. Prinsip altruisme merupakan perbuatan atau tindakan yang
bersifat bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain melebihi diri sendiri
manakala prinsip autonomi dapat diertikan sebagai penentuan sendiri tentang
peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. Dengan ini, kita
dapat memperhatikan beberapa ciri-ciri insan bermoral, iaitu berbudi perkerti, jujur,
tidak sombong, suka membantu, bertingkah laku mulia, ikhlas, bergaul mesra,
menghormati orang lain dan lain-lain. Contohnya, memulangkan dompet yang
dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas, memimpin orang
yang buta atau orang menyeberang jalan, memberi kedudukan sendiri kepada orang
tua atau perempuan hamil di atas bas, tumpeng sedih dengan bencana yang berlaku
dan mangsa-mangsanya serta tumpeng berasa gembira atas kejayaan orang lain.
Oleh itu, adalah sangatlah penting bahawa sikap beretika dan bermoral diamalkan
oleh masyarakat kita. Antara kepentingannya ialah masyarakat hidup aman damai,
etika kekeluargaan bertambah rapat, tiada permusuhan. negara dapat berkembang
maju dan pesat tanpa gangguan dan hidup berakhlak.
Di samping itu, budi juga dikatakan menjadi penggerak kepada perlakuan,
tindakan dan emosi, untuk berperanan sebagai anggota agama, masyarakat dan
budaya. Menurut Daniel Goleman ( 2006 ), emosi adalah setiap kegiatan atau
pergolakan perasaan, fikiran, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-
luap. Daniel Goleman( 2006 ) juga mengatakan bahawa emosi merujuk kepada
suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas, suatu keadaan biologis dan psikologis
dari serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Selain itu, budi juga diketahui
sebagai nilai yang tertinggi dalam aspek kehidupan manusia. Dengan inilah
munculnya pendapat bahawa budi juga berkait rapat dengan suara hati, kesedaran,
kata hati, perasaan, hati(kalbu), dan berhati perut. Budi juga dikatakan ialah satu
keseluruhan sifat, pemikiran, sikap, pengucapan, pelakuan dan akhlak yang
menjelaskan persoalan dalam manusia pancaran nilai utama bagi menetapkan
corak akhlak atau moral dan nilai manusia. ( Lenny Lydiati Lah, 2006 ) Menurut
Imam Ghazali ( 1993 ), akhlak adalah suatu sifat yang tetap pada jiwa, yang darinya
timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah, dengan tidak memerlukan fikiran.
Perkataan moral pula merujuk kepada kaedah norma dan pranata yang mengatur
perilaku individu dalam hubungannya dengan masyarakat dan kelompok sosial
menurut Shaffer (1979 ), moral ini merupakan standar baik dan buruk yang
ditentukan oleh individu dengan nilai-nilai sosial budaya di mana individu sebagai
anggota sosial. ( Shaffer, 1979 )

( Budi Bahasa )

Jika dirumuskan daripada di atas, budi secara amnya boleh dikatakan


bermaksud berbuat baik, kepada orang lain dan masyarakat, manakala bahasa pula,
menurut Abd. Rahman Abd. Rashid ( 2005 ), bahasa adalah satu set simbol yang
paling utama dalam masyarakat kerana idea, nilai, kepercayaan dan pengetahuan
sesama sendiri dapat dihasilkan dan dikatakan oleh masyarakat melalui bahasa ini.

Dengan ini, budi bahasa ditarifkan sebagai satu etika, adab sopan santun,
pekerti, akhlak yang beradat dan berbahasa menurut Buku Tesaurus Bahasa Melayu
yang pengarangnya ialah Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan ( 1994 ). Menurut
Pengertian Sopan Santun ( 2015 ), sopan santun ialah sikap mesra dan ramah yang
ditunjukkan kepada orang lain dengan tujuan menghormati dan menghargai orang
lain, sehingga mencipta situasi yang nyaman, selesa dan dan harmoni. Sikap sopan
ini perlulah diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehingga
ke orang tua. Kehidupan yang tidak mempunyai sifat sopan santun akan sudah tentu
akan menyebabkan huru hara dan ketidakharmonian. Dengan ini telah
menunjukkanlah nahawa bersopan santun adalah amalan yang mulia. Ia
mencerminkan keperibadian yang dimiliki oleh individu tersebut. Islam menuntut
umatnya supaya dapat mengamalkan budaya bersopan santun dalam kehidupan,
dan inilah sikap yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Contoh amalan bersopan santun adalah seperti menyapa dan memberi salam ketika
bertemu guru, tidak melawan nasihat yang dikatakan oleh orang lain meskipun itu
sangat menyinggung, saling menolong antara satu sama lain semasa orang lain
dalam kesusahan, menghormati orang lain, tidak berkata-kata kotor, kasar, dan
sombong, tidak membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah, menerima
barangan daripada orang lain dengan kedua-dua tangan serta mengucapkan terima
kasih dan sebagainya.

Di samping itu, budi bahasa yang baik juga dikatakan merangkumi pekerti,
akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan lain-lain yang disebut
sebagai nilai-nilai murni. ( PRPM@DBP Malaysia, 208-2015 ) Menurut Jules Henry
(1975 ), nilai didefinisikan sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang,
baik hati, amanah, toleransi, bertanggungjawab, kesederhanaan, kejujuran dan lain-
lain. Nilai-nilai ini telah bertapak dengan mendalam dan kukuh dalam masyarakat
kita dan sentiasa mempengaruhi kehidupan kita. Hal ini telah terbentuklah beberapa
nilai kepercayaan. Dalam konteks ini, pelbagai peribahasa Melayu telah dicipta
berkonsepkan nilai murni, Antaranya ialah bersatu teguh bercerai roboh yang
bermaksud jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat dan sebaliknya kita akan
menjadi lemah kalau kita berpecah belah. Peribahasa bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat yang membawa definisi tentang perpaduan juga
merupakan peribahasa yang berkaitan dengan nilai murni.

Menurut Abd. Rahman Abd. Rashid ( 2005 ) pula, budi bahasa bermakna
kehalusan sikap dan hubungan yang disampaikan melalui bahasa yang tinggi
nilainya dengan orang lain. Budi bahasa juga melambangkan keperibadian dan
kebudayaan bangsa yang meletakkan bangsa itu dengan menghargai sesuatu yang
baik khususnya perkara yang menyentuh soal perkembangan tingkah laku, perangai,
pertuturan, pergaulan dan penghargaan terhadap orang lain. Menurut Agus Sujanto
dkk (2004), menyatakan bahwa kepribadian adalah suatu psikofiszik yang tuntas dan
menyeluruh dari individu, sehingga nampak dalam tingkah lakunya yang unik.
( Haryanto S. Pd , 2010 ) Pengertian kebudayaan menurut Rolph Linton ( 1943 )
adalah suatu pandangan hidup dari sekumpulan ide-ide dan kebiasaan yang
dipelajari oleh mereka, dimiliki oleh mereka, kemudian diwariskan dari satu generasi
ke generasi berikutnya.

Sebenarnya, dalam masyarakat majmuk di negara kita, budi bahasa kadang


kala membawa makna yang berbeza mengikut bangsa masing-masing. Sebagai
contoh, masyarakat Cina menganggap budi bahasa itu kesopanan dan kesantunan
dalam pertuturan, perlakuan, perangai dan sikap. Bagi orang Cina, budi bahasa perlu
diamalkan oleh semua orang tidak mengira di mana seseorang itu berada dan pada
bila-bila masa supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Untuk lebih menjelaskan, contoh-contoh amalan budi bahasa dalam


masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia adalah seperti berikut. Bagi
orang Melayu, mereka berpegang teguh pada adat resam dan agama mereka. tidak
Dalam pandangan mereka, anak dara duduk bersila adalah tidak sopan. Seterusnya,
mereka juga akan sentiasa memberi salam semasa bertemu dan adat mereka
adalah makan menggunakan tangan serta tidak menyampuk ketika orang tua
bercakap. Bagi orang Cina, mereka Masyarakat Cina, mereka tunduk ketika memberi
salam. Kemudian, orang muda juga akan memberi orang tuan makan dahulu barulah
mereka mengikuti maka.Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
Selain daripada kaum Cina dan Melayu, masyarakat India juga telah mengamalkan
amalan budi bahasa. Sebagai contoh, mereka duduk ketika makan dan
menggunakan tangan dan tidak membazirkan makanan.Selain itu, mereka senyap
semasa bersembahyang dan menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.

Dalam usaha ini, kerajaan kita telah melancarkan Kempen Budi Bahasa.
Kempen ini dilancarkan pada 11 Jan 2015, merupakan agenda lima tahun kerajaan
dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Tujuan kempen ini
dianjurkan adalah untuk mendedahkan dan menanam pelbagai nilai murni dan nilai
budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pelan tindakan pelaksanaannya
dilaksanakan secara bersepadu dan melibatkan beberapa kementerian dan agensi
kerajaan di samping lain-lain badan bukan kerajaan, sektor swasta dan persatuan
masyarakat yang berkaitan. Antara aktiviti yang dijalankan berdasarkan kempen ini
ialah mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (kekeluargaan), pelajar Berbudi Bahasa
(pembelajaran), berbudi bahasa (kemasyarakatan), senyum dan terima kasih
(perkhidmatan) serta cintai alam sekitar, flora dan founa.

Tegak rumah kerana sendi


Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Daripada pantun di atas, rumah kukuh disebabkan kerana mempunyai sendi, kalau
sendi runtuh maka rumah juga akan runtuh. Sendi bagi bangsa adalah budi, kalau
tiada budi maka tiada bangsa. Bahasa jiwa bangsa. Dengan ini, budi bahasa
boleh dirumuskan secara ringkas bahawa ia merujuk kepada tutur kata, kelakuan,
sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan, dan perbuatan kebajikan yang
tercantum dalam kata-kata yang mulia. Oleh itu, tadak dapat dinafikanlah amat
pentingnya budi bahasa perlu banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara kita.

Kesantunan Berbahasa

(Kesantunan)

Berdasarkan Kamus Dewan ( 1994 ), santun berdefinisi perihal sifat atau


sebagainya yang berkesopanan, kehalusan. Manakala, Awang Sariyan ( 2007 ) telah
memberinya maksud bahawa kesantunan sebagai penggunaa bahasa yang baik,
sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara. Padahal mengikut perspektif Melayu,
Asmah Haji Omar ( 2000 ), kesantunan ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada
pendengar.

Dalam masyarakat Melayu, konsep kesantunan telah dikaitkan dengan tiga


komponen peribadi atau sahsiah seseorang iaitu, perangai, hati budi dan tutur kata.
Melalui bahagian tutur kata, aspek yang dihubungkaitkan adalah cara sapaan,
pemakaian, penggunaan kata ganti nama , aspek perangai pula merangkumi tindak
balas atau dikatakan respon ketika berbahasa serta cara beraksi dan aspek hati budi
adalah sama ada orang tersebut ikhlas atau tidak. Kata Leech ( 1983 ) , kesantunan
dapat mengurangkan pergeseran antara satu sama lain. Misalnya, tindakan seperti
berbahasa halus, perlakuan lemah-lembut dan sebagainya.

Sebenarnya, kesantunan dapat dikategorikan kepada verbal dan non-verbal.


Kesantunan verbal adalah kesopanan dalam pertuturan atau percakapan manakala
kesantunan non-verbal adalah dalam aspek perbuatan atau dikatakan sebagai
bahasa badan. Kesantunan verbal ialah komunikasi seharian dengan menggunakan
bahasa secara sopan dan beradab manakala kesantunan non verbal merujuk
kepada kumunikasi bahasa tanpa kata-kata iaitu proses menyampaikan mesej
melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
Umumnya , kesantunan telah merangkumi cara berpakaian, cara bekerja, cara
bertutur, cara makan, cara belajar, cara berpolitik dan lain-lain.
(Bahasa)

Bahasa sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam


kehidupan seharian kita. Akal bahasa ini merupakan anugerah yang istimewa kita
daripada Allah SWT. Tanpa bahasa , kita mustahil dapat berkomunikasi dengan baik.
Lantaran itu, bahasa dikatakan berperanan dan dapat membangun akal budi bangsa.
Dengan ini, bahasa juga dikatakan sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai
alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa merupakan
saluran perumusan maksud, melahirkan perasaan, dan memungkinkan manusia
menciptakan kerja sama.(Yistiana, R. A., Sudiana, I. N., Indriani, M. S., & Hum, M. ,
2014). Abd. Rahman Abd. Rashid telah berpendapat bahawa bahasa mampu
memberi kesan sama ada yang baik mahupun yang buruk kerana ia umpama sebilah
pedang yang tajam, apabila tidak digunakan dengan betul dan seterusnya akan
membawa padah kepada diri sendiri.

(Kesantunan berbahasa)

Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah


kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama
ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib,
sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya,
bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu
mesej atau perasaan,ibarat peribahasa: Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Kesantunan berbahasa bukan sahaja
perlu dipraktikkan taktala berkomunikasi yang dihormati tetapi juga taktala
berkomunikasi dengan golongan yang sama taraf dengan kita dan orang yang
rendah kedudukannya daripada kita.

Secara ringkas, kesantunan berbahasa harus diamalkan dan telahpun


diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh , kesantunan berbahasa
dalam konteks verbal iaitu cara sapaan dan panggilan.

Misalnya,

i. bertanya khabar atau memberi salam apabila bertemu dengan kawan.


Sebagai contoh " apa khabar", "assalamualaikum", "Sila duduk"

ii. panggilan kekeluargaan atau panggilan berdasarkan usia:


"pakcik--untuk lelaki yang agak sebaya dengan ayah sendiri"
"makcik--untuk wanita yang sebaya dengan emak sendiri"
" kakak--untuk wanita yang tidak setua emak sendiri dan tidak semuda sendiri"
"pak long, pak ngah, Mak su, kak long, mak mentua"

iii. Gelaran formal seperti " tuan", "encik". "saudara"

Merujuk kepada kesantunan non-verbal (dengan menggunakan bahasa tubuh) yang


telah diperkatakan atas, kesantunan non verbal ini dapat dipisahkan lagi ke empat
bahagian iaitu gerakan anggota badan, mimic muka, gerakan mata dan gerakan
tangan. Bagi contoh amalan kesantunan non-verbal pula, contoh amalannya ialah:

i. gerakan mata
mata yang bergerak sana sini menunjukkan tidak berminat
mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta

ii. gerakan tangan


jari telunjuk diletakkan di depan mulut yang bermakna tolong diam
huruf "v" dengan jari yang menunjukkan keamanan

iii. mimik muka


berkedut dahi menunjukkan dia tidak kesabaran dengan orang lain

Dengan kata lain, terdapat juga ciri-ciri kebiadaban berbahasa. Antaranya


termasuklah komunikasi yang terlalu singkat dan tidak kena mengena pada
tempatnya, penggunnan kata-kata sindiran, kata-kata bersifat kehinaan, kesilapan
penggunaan kata ganti diri, serta bahsa yang palsu atau hipokrit. Dengan ini,
janganlah kita sesekali melakukan kebiadaan bahasa.

Peribahasa Yang Berkaitan

Dengan ini, terdapat beberapa peribahasa atau kata-kata hikmat yang


diwujudkan dalam masyarakat Melayu sejak dahulu untuk mengumpamakan
kehidupan seharian mereka dan agar menjadi pengajaran kepada orang masyarakat.
Peribahasa intan tersalah canai telah mengupaskan tentang budi bahasa. Maksud
peribahasa ini adalah walaupun seseorang itu berketurunan baik, jika tidak
berpelajaran baik atau berkelakuan sopan, nescaya jahat dan hina jadinya.
Bahasa menunjukkan bangsa. Peribahasa ini telah membawa definisi
bahawa baik dan buruk adat kelakuan dan tingkah laku seseorang akan
menunjukkan tinggi rendah tarafnya atau keturunannya. Peribahasa ini adalah
sinonim bagi peribahasa bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.

Peribahasa kerana santun pulut binasa, kerana mulut badan binasa


menunjukkan bahawa hanya dengan mengeluarkan beberapa patah perkataan yang
negatif akan membawa padah kepada sesiapa yang mengucapkannya. Sikap ini
yang sentiasa bercakap tentang sesuatu yang buruk adalah sikap yang tidak ada
kesantunan berbahasa.

Sebagai kesimpulan, ketegangan dapat dielakkan apabila kita berbicara


mengikut prinsip komunikasi yang betul iaitu kesantunan bahasa. Dengan ini,
hubungan persahabatan dapat dijalin antara satu sama lain dan seseorang itu akan
lebih bermesra dengan orang lain melalui kesantunan yang dimilikinya. Akhirnya,
sebuah masyarakat yang bertamadun dan bermaruah akan dapat dibentuk kerana
wujudnya perpaduan, persefahaman dan keharmonian dalam negara.

Bahasa dalam pembinaan tamadun baharu pada abad ini bukanlah setakat
berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi berperanan meningkatkan maruah dan
kecemerlangan budaya bangsa.

(Abd. Rahman Abd. Rashid(p.8), 2005)

Jelaslah bahawa betapa pentingnya peranan budi bahasa dan kesantunan


berbahasa dalam masyarakat majmuk kita bagi mengekalkan perpaduan dan
keharmonian kita sesame kaum. Selain itu, kepentingannya juga adalah meliputi
matlamat Malaysia yang mempunyai matlamat mencapai Wawasan 2020 dan
menjadi bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Kesimpulannnya, kita
haruslah banyak berbudi bahasa dan mengamalkan kesantunan berbahasa untuk
megekalkan hubungan silahturahim antara satu sama lain terutamanya dalam
negara kita yang berbilang kaum ini. Budi bahasa dan nilai-nilai murni harus
dipraktikkan di setiap aspek kehidupan agar keindahan Islam itu akan memberi
kesan baik yang menyeluruh terhadap sesebuah masyarakat. Dengan kata lain,
budaya berbudi bahasa, pengamalan nilai-nilai murni serta pemupukan kesantunan
berbahasa bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu diperkayakan lagi agar
ia tidak semakin luntur dalam zaman yang semakin berteknologi ini dan serta
sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi ke generasi
seterusnya. Dalam konteks ini, setiap golongan dan peringkat memainkan peranan
untuk bekerjasama mempertahan dan memperkukuhkan budaya menjadikan budi
bahasa dan pengamalan nilai-nilai murni sebagai satu cara dan gaya hidup
berkesinambungan. Oleh itu, Kita perlu terus menerus mempertahankan budaya
agar nilai-nilai murni dan budi bahasa yang dianggap paling penting di dalam
pengamalan budaya itu dapat diperah dan menjadi identiti masyarakat secara
umumnya. Akhir kata, marilah kita berbudi dan berbahasa!

Dari Daik pulang ke Daik


Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan


Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Burung Serindit terbang melayang


Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

Anda mungkin juga menyukai